Вы находитесь на странице: 1из 23

PENGENALAN

SEJARAH RINGKAS KEJURUTERAAN ASAS

Walaupun kepentingan utk membina asas yang baik unruk sebarang binaan sudah di
kenal pasti beribu tahun lamanya, namun disiplin kejuruteraan asas seperti mana yang
kita ketahui sekarang ini tidak mula di bangunkan sehinggalah pada awal abad
kesembilan puluhan. Rekabentuk awal asas adalah semata-matanya berdasarkan
pengalaman yang lepas serta pengatahuan am. Contohnya dinding batu yang dibina di
bandar New Yorkpada awal tahun sembilan puluhan disokong diatas asas yang lebarnya
1.5 kali lebar dinding tersebut dan dibina diatas kerikil yang di mampat.

Menara Eiffel di Paris (Rajah 1.1) adalah contoh terbaik struktur baru yang dibina dengan
prinsip kejuruteraan asas ‘moden’. Menara ini dibina oleh Alexandre Gustave Eiffil pada
tahun 1889. Beliau menyedari pentingnya asas yang baik untuk menara ini untuk
mengelakkan nasib yang sama seperti Menara Condong di Pisa, Itali. Sebelum menara
tersebut dibina, Eiffel telah mencipta kaedah baru untuk menjelajah tanah. Kaedah ini
terdiri daripada memacu ke dalam tanah paip bergaris pusat 200mm yang diisi dengan
udara termampat. Udara ini menghalang air bumi daripada masuk ke dalam tiub dan
membolehkan sampel tanah berkualiti tinggi diambil. Berdasarkan kajian ke atas
keadaan tanah ini, Eiffil telah berjaya mengenal pasti kawasan tanah lembut yang boleh
mendatangkan masalah kepada menara yang hendak dibina, dan telah berjaya
menempatkan keempat-empat kaki menara di atas asas yang sesuai di atas tanah yang
kukuh.

Kini pengatahuan kita mengenai rekabentuk dan pembinaan asas adalah jauh lebih baik
daripada apa yang ada seratus tahun dahulu. Kini kita boleh membina asas yang reliabel
dengan penjimatan kos da kapasiti yang tinggi untuk pelbagai jenis struktur moden.
Kejuruteraan asas moden bolehlah dikatakan sebagai pelbagai disiplin. Ianya
merangkumi Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Geoteknik dan Kejurutreraan
Pembinaan.

Rajah 1.1: Menara Eiffel di Paris, Perancis

KLASIFIKASI ASAS

Asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:


i. asas cetek, dan
ii. asas dalam

Asas cetek merupakan asas yang menghantar beban struktur kepada tanah berdekatan
dengan permukaan bumi. Sementara asas dalam adalah asas yang menghantar beban
struktur ke lapisan tanah yang lebih dalam.

Asas jentera merupakan asas khas yang akan dibincangkan dalam bab 5.
Asas

Asas Dalam
Asas Dalam

Cerucuk Kaison
Asas
Tergabung Asas Pad Asas Rakit Asas Jalur

BEBAN REKA BENTUK

Proses rekabentuk asas memerlukan beban reka bentuk di tentukan terlebih dahulu.
Beban ini adalah beban superstruktur pada asas.

JENIS DAN SUMBER BEBAN

Terdapat 4 jeis beban reka bentuk seperti berikut:


- Beban normal, P
- Beban ricih, V
- Beban momen, M
- Beban kilasan, T
Rajah 1.2 menunjukkan beban-beban struktur yang bertindak selari dengan paksi asas.
Kebiasaannya paksi ini adalah tegak, dengan itu beban normal lazimnya bertindak dalam
arah tegak. Beban ricih adalah beban yang bersudut tepat dengan paksi asas. Beban ini
boleh dinyatakan dalam du komponen Vx dan Vy. Beban momen juga boleh dinyatakan
dalam komponen Mx dan My. Kadangkala beban kilasan jug apenting, contohnya papan
tanda julur lebuh raya. Walaubagaimanapun dalam kebanyakan kes, beban kilasan ini
adalah kecil dan boleh diabaikan.
Rajah 2.1: Jenis-jenis beban struktur yang bertindak pada asas.

Beban rekabentuk juga boleh diklasifikasikan menurut sumber beban berikut

Beban mati - adalah berat struktur termasuk alatan-alatan yang kekal.


Beban hidup - adalah beban oleh penggunaan serta pengguna bangunan tersebut,
alatan yang bergerak, dan kenderaan.
Beban hujan - beban oleh hujan
Beban cecair - beban disebabkan oleh cecair dengan tekanan serta ketinggian
tertentu, contohnya tangki penyimpan.
Beban angin - beban akibat daripada hembusan angin pada struktur
Beban hentaman - beban hasil daripada kesan-kesan khas seperti getaran, dan
dinamik dan hentaman.
KEPERLUAN UMUM REKABENTUK ASAS

Sesebuah asas pada amnya direka bentuk untuk memenuhi keperluan umum iaitu:

i. keperluan kekuatan geoteknik.


ii. keperluan kekuatan struktur dan
iii. keperluan prestasi

keperluan geoteknik adalah untuk memastikan tanah atau batuan dapat menerima beban
asas tanpa gagal. Dalam kes asas cetek, keperluan geoteknik ini dinyatakan dalam
keupayaan galas tanah. Sekiranya beban yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada
keupayaan tanah maka kegagaln seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3 akan berlaku.
Kegagalan ini dinamakan sebagai kegagalan keupayaan galas.

Keperluan kekuatan struktur pula ialah kebolehan struktur asas untuk membawa beban
yang dikenakan. Ini bermaksud kekuatan bahan-bahan binaan itu sendiri, iaitu sama ada
konkrit, keluli atau kayu.

Rajah 1.3: Kegagalan keupayaan galas

Sesebuah asas yang memenuhi keperluan kekuatannya tidak akan runtuh, tetapi asas
tersebut mungkin tidak mampu untuk berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, asas yang
mengalami enapan berlebihan seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.4.
Enapan adalah pergerakan tegak asas akibat penurunan tanah bawah oleh sebab enapan
serta-merta dan atau enapan pengukuhan. Bangunan yang mengalami masalah-masalah
seperti berikut:

i. sambungan struktur,
ii. utiliti seperti paip air dan paip gas
iii. longkang
iv. laluan masuk, serta
v. estetik

Jadual 1.1 menunjukkan nilai tipikla jumlah enapan yang boleh di benarkan dalam reka
bentuk asas.

Enapan kebezaan atau condong berlaku apabila sebahagian daripada struktur mengalami
enapan yang lebih besar daripada sebelah yang satu lagi. Contohnya, Menara Condong
Pisa.

Rajah 1.4: Model enapan (a) seragam (b) senget tanpa herotan, (c) dengan herotan.
Jadual 1.1: Jumlah enapan yang dibenarkan untuk reka bentuk asas
________________________________________________________________________
Jenis Struktur Jumlah Enapan Tipikal yang Dibenarkan, a (mm)
Bangunan pejabat 12-50 (25 ialah nilai paling lazim)
Bangunan industri berat 25 - 75
Jambatan 50

1. Pergerakan mendatar – asas boleh juga dikenakan dengan pergerakan jenis ini.
Ianya perlu dihadkan ke minimum.
2. Getaran – sesetengah asas akan dikenakan getaran yang kuat. Contohnya asas
jentera. Oleh itu asas-asas sebegini perlu direkabentuk khas.
3. Ketahanlasakan – asas-asas juga perlu tahan lasak kepada pelbagai proses
pereputan fizikal, kimia dan biologi. Contohnya untuk struktur-struktur seperti
jeti dan dok.

REKABENTUK ASAS RUTIN

Peck (1962) telah menyenaraikan beberapa perkara yang dianggap sebagai perlu dalam
kejuruteraan asas seperti berikut, iaitu:

a. Pengatahuan tentang kerja-kerja yang telah dijalankan dahulu,


b. Pengatahuan tentang geologi tapak, dan
c. Pengatahuan tentang mekanik tanah
Kebanyakan daripada reka bentuk asas adalah berdasarkan pengalaman hasil daripada
rutin atau peraturan tempatan. Kajian dan pengalaman tempatan ternyata mampu untuk
memberi bukti yang langsung tentang apa yang boleh dicapai dan apa yang tidak boleh di
capai.

Pengatahuan tentang kerja-kerja yang telah dijalankan dahulu adalh kemahiran yang
sangat bernilai bagi seseorang jurutera asas. Begitu juga pengetahuan tentang geologi,
kerana ianya merupakan asas bagi kejuruteraan asas. Geologi tapak hendaklah difhamami
secukupnya sebelum sebarang penilaian munasabah dapat dibuat tentang ralat-ralat yang
terbabit dalam pengiraan dan ramalan. Lagipun, kerja-kerja penjelajahan subpermukaan
yang baik dan menyeluruh tidak mungkin dapat di buat tanpa pengatahuan tentang
geologi yang mencukupi.

Di dalam buku ini, penekanan diberi kepada kaedah meramal beban kegagalan, dan ubah
bentuk tanah pada tahap beban kerjauntuk asas bercerucuk dan asas tak bercerucuk.
Tidaklah dinafikan bahawa pengatahuan tentang kerja-kerja duluan dan geologi adalah
sama pentingnya dalam kejuruteraan asas. Tetapi seseorang jurutera asas perlu juga tahu
tentang penyimpangan daripada hakikat yang sebenarnya yang dibuat dalam andaian
tentang kelakuan tanah dan struktur dalam sebarang analisis. Begitu juga dalam kes-kes
khas apabila struktur yang ingin dibina adalah di luar pengalaman tempatan. Dengan ini
pengatahuan tentang mekanik tanah yang mencukupi adalah sangat penting.

Sebahagian besar daripada pengalaman tentang rekabentuk asas dihasilkan daripada


struktur-struktur berbentuk menyerupai kotak dengan nisbah ke ketinggiannya antara ½
ke 1/3, dan dengan tiang-tiang yang teragih seragam supaya beban pada setiap tiang
berbeza tidak lebih daripada ½ ke 2 kali beban purata. Beban-beban mati di kenakan
dengan lambatnya, iaitu sebelum kerja-kerja kemasan yang peka di buat. Beban hidup
hanya berkadaran antara 15% ke 30% beban mati, dan ianya dikenakan dengan lambat.

Dalam rekabentuk asas rutin, beban kenaan selalunya kuran gdaripada beban reka bentuk.
Dengan demikian kita boleh faham kenapa masalah asas selalu timbul pada struktur-
struktur seperti tangki dan silo dimana nisbah beban hidup ke mati struktur-struktur
tersebut adalah tinggi. Dalam kes-kes seperti ini, beban hidup boleh mencapai nilai reka
bentuknya, dan dikenakan dengan cepat. Kita juga perlu sedar yang menganggar enapan
dengan jitu juga merpakan masalah. Oleh itu, masalah-masalah akan timbul daripada
bangunan-bangunan dengan pembebanan tiang yang sangat berbeza atau bangunan-
bangunan tinggi yang condong dengan banyak. Dengan itu, jurutera-jurutera asas perlu
sedar bahawa reka bentuk asas rutin menurut kerja-kerja terdahulu mungkin tidak boleh
digunakan dengan jayanya untuk struktur-struktur atau keadaan pembebanan yang luar
daripada kebiasaan.

PENYIASATAN TAPAK

Penyiasatan tapak merupakan amalan yang penting sekali dalam reka bentuk asas. Ianya
perlu dijalankan dengan baik, dan dengan pengetahuan tentang keperluan struktur yang
akan dibina. Penyiasatan permulaan perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum sesebuah
struktur direka bentuk. Tujuan penyiasatan permulaan ini ialah untuk mengenal pasti
tapak-tapak yang sesuai untuk pembinaan, kesediaan bahab-bahan untuk pembinaan dan
masalah-masalah yang akan timbul apabila struktur ini dibina kelak. Selanjutnya
penyiasatan yang lebih terperinci dijalankan dalam usaha untuk mencari penyelesaian.
Peringkat penyiasatan dan maklumat yang ingin didapati daripada kerja-kerja penyiasatan
tapak ini disenaraikan seperti berikut.

KERJA-KERJA PENYIASATAN DI PEJABAT

Objektif utama penyiasatan tapak adalah untuk memperolehi pengetahuan tentang


susuk tanah dan keadaan air bumi di tapak dalam konteks geologi tempatan, dan
seterusnya dihubungkan dengan pengalaman tempatan. Ini boleh dilakukan dengan
mula-mula sekali melakukan kerja-kerja penyiasatan di pejabat. Misalnya dengan
merujuk kepada peta-peta seperti geologi, tofografi, kegunaan tanah (peta tanah
pertanian), gambar-gambar udara, maklumat daripada memoir geologi, peta-peta
hidrologi, sejarah perlombongan tapak jika ada, dan maklumatmaklumat kejuruteraan
daripada penviasatan lepas di tapak-tapak yang berhampiran atau tapak-tapak
lain yang sama keadaan geologinya. Dengan ini, tapak-tapak yang dikira sesuai
dapat dikenal pasti.

PENYIASATAN LUAR PERMULAAN

Selanjutnya penyiasatan luar permulaan perlu dijalankan. Objektif utama


penyiasatan peringkat ini adalah untuk mengesahkan atau mengembangkan lagi kerja-
kerja yang sudah dijalankan di peringkat pejabat tadi. Penyiasatan luar permulaan
ini boleh dimulakan dengan melawat tapak cadangan, membuat peta geologi
permulaan, mencerapi kelakuan struktur tempatan untuk sebarang kerosakan
disebabkan oleh faktor-faktor seperti enapan kebezaan, penurunan lombong, gelangsar
tanah dan sebagainya; mengenal pasti jalan jalan masuk ke tapak dan
kebolehlalulintasan untuk jentera jentera pembinaaan, pengaruh dan saling tindak-
balas struktur yang akan dibina dengan struktur-struktur lain yang berdekatan; dan
kesediaan bahan-bahan binaan seperti lubang pinjam, kuari dan bekalan air yang
mencukupi.

PENYIASATAN TAPAK

Setelah siap kerja-kerja penyiasatan di pejabat dan kerja-kerja penyiasatan


permulaan di luar tadi, program penyiasatan selanjutnya ditentukan daripada
masalah-masalah yang dikenal pasti pada peringkat (1) dan (2) di atas. Pro gram ini
hendaklah meliputi masalah keluasan dan kedalaman yang hendak diselidik, serta
hipotesis geologi.
Penggerudian permulaaan, misalnya lubang-lubang jara dan gerimit tangan, dan lubang-
lubang cubaaan dibuat untuk memerihalkan secara terperinci dan skematik susuk tanah.
Sifat-sifat yang boleh nampak dan tekstur tanah termasuk kelapisan tanah, satah
pendasaran dan fabrik, perlu diperihalkan dengan terperinci. Ujian-ujian di situ
seperti ujian penusukan piawai (SPT) dan ujian rintangan kon juga dijalankan. Objektif
utama ujian-ujian di situ ini adalah untuk menentukan parameter tanah seperti
kebolehmampatan dan kekuatan ricih tanah. Untuk tanah-tanah lembut, ujian seperti
ujian ram ricih boleh dilakukan untuk mengukur kekuatan ricih tak bersalir di situ
tanah. Sampel-sampel terganggu dan tak terganggu dipungut untuk ujian-ujian mudah.
Contohnya sampel terganggu diguna untuk pengenalpastian tanah, ujian-ujian indeks seperti
had cecair, had plastik, kecutan, ketumpatan tentu dan taburan saiz zarah. Sementara
sampel-sampel tak terganggu di guna untuk ujian-ujian makmal seperti odometer, tiga
paksi tak terkukuh tak bersalir, mampatan tak terkurung dan kotak ricih. Sampel-
sampel tak terganggu ini juga diguna untuk tujuan pengenalpastian tanah dan ujian-
ujian indeks. Kerja-kerja geofizik seperti penjelajahan seismik boleh juga dijalankan
sekiranya susuk umum tapak ingin diketahui. Keadaankeadaan air bumi boleh
ditentukan dengan meletak piezometer dalam lubang jara. Bacaan aras air bumi
diambil untuk mencerapi perbezaan musiman aras air. Sampel-sampel air bumi
juga, sekiranya perlu, diambil dan diuji untuk kandungan organik dan sulfat.

Contoh-contoh kaedah penggerudian digambarkan dalam Rajah 1.5. Rajah 1.6


menunjukkan contoh log gerudi.

Penyiasatan yang sudah dijalankan setakat ini pada kebiasaannya mencukupi untuk
memberi data-data untuk tujuan reka bentuk permulaan. Maklumat tentang struktur
geologi tapak membolehkan keratan rentas dibuat untuk menunjukkan setakat mana
pengukuran tambahan perlu dilakukan sekiranya perlu. Penggerudian selanjutnya
akan dijalankan, sekiranya perlu, iaitu sebagai `senarai semakan' kepada masalah-
masalah yang dikenal pasti semasa reka bentuk. Sampel tanah untuk ujian makmal yang
lebih canggih diambil. Misalnya untuk ujian tiga paksi terkukuh bersalir. Ujian-ujian di
situ seperti penusukan piawai, rintangan kon dan ram ricih juga dilakukan.
Kebolehtelapan di situ tanah boleh ditentukan dengan ujian-ujian seperti pengepaman
telaga. Tegasan di situ boleh diukur dengan menggunakan sel-sel tekanan, meter tekanan
dan sel beban. Kebolehmampatan di situ tanah dapat diukur secara langsung dengan
ujian di situ yang lebih canggih seperti pembebanan plat.

Dalam kes-kes khas, misalnya dalam projek-projek yang besar dengan pembebanan
struktur yang kompleks atau dalam kes geologi tapak didapati tersangat kompleks,
cubaan-cubaan luar yang besar dan bersaiz penuh mungkin perlu dijalankan untuk
mendapatkan maklumat untuk reka bentuk. Misalnya cubaan mampatan luar, ujian
beban cerucuk dan benteng cubaan.

Rajah 1.5: Kaedah penjaraan (a) dengan selongsong (b) kaedah gerimit (c) kaedah
penggerudian putar
PENGAWASAN DAN PENGALATAN

Penting juga diingatkan di sini bahawa walaupun penyiasatan tapak tamat setakat ini, dan
reka bentuk akhir sudahpun dibuat, semasa pembinaan kita perlu juga membuat
pemeriksaan pengawasan untuk mengesahkan sama ada andaianandaian yang dibuat
dalam reka bentuk adalah sah ataupun tidak. Dengan itu sebarang pengubahsuian dapat
dibuat kepada reka bentuk sekiranya didapati perlu.

Rajah 1.6: Log gerudi

PENENTUAN SIFAT-SIFAT TANAH


Dalam seksyen di atas kita telah memerihalkan secara ringkas tentang ujian-ujian makmal
dan di situ yang biasanya digunakan untuk menentu atau menganggar sifat-sifat mekanik
tanah.

Sampel-sampel terganggu yang dipungut daripada lubang jara, lubang cubaan dan
gerimit tangan diguna untuk ujian-ujian mudah untuk tujuan pengelasan. Misalnya
ujian indeks. Nilai-nilai indeks tanah ini boleh juga dihubung kaitkan dengan beberapa
parameter tanah. Contohnya untuk tanah fiat terkukuh normal, indeks kebolehmampatan
tanah, Cc, boleh dihubung kait dengan had cecair tanah seperti berikut:

Cc = 0.009 (LL-10%) (1.1)

Wroth dan Wood (1978) pula menerbitkan kehubungan antara indeks kecairan tanah, LI,
dengan kekuatan ricih tak bersalir, cu, untuk tanah-tanah liat terkukuh lebih yang
mempunyai nilai kandungan lembapan, w, yang hampir sama dengan had plastik, PL
tanah tersebut seperti berikut:

cu = 170 exp. (- 4.61 LI) (1.2)

dengan indeks kecairan tanah, LI:

LI = (w - PL) / (LL - PL) (1.3)

Persamaan mudah Wroth dan Wood ini terbukti berguna untuk kes sampelsampel tak
terganggu untuk penentuan kekuatan ricih tanah sukar diperolehi. Misalnya, dalam kes
penjelajahan lepas pantai untuk industri petroleum.

Banyak usaha telah dibuat untuk menerbitkan persaman hubung kait antara keputusan-
keputusan ujian di situ seperti penusukan piawai dan rintangan kon dengan parameter-
parameter asas tanah seperti kebolehmampatannya, kekuatan ricih dan juga jenis jenis
tanah. Khususnya untuk tanah-tanah berbutir, yang tidak mempunyai kejelekatan, adalah
sangat sukar dan mahal untuk disampelkan dalam keadaan tak terganggu. Walau
bagaimanapun, persamaan hubung kait yang diterbitkan merupakan persamaan ghalib,
dengan serakan keputusan yang besar. Lagipun, persamaan hubung kait ini tidak
semestinya betul untuk tanah-tanah selain daripada apa yang diuji. Dengan itu, jurutera
jurutera haruslah berhatihati apabila menggunakan persamaan ghalib seperti ini. Tetapi,
apabila ianya digunakan dalam konteks pengalaman tempatan yang sudah kukuh,
persamaan ghalib seperti ini boleh digunakan.

Rajah 1.7 - Rajah 1.10 menunjukkan contoh-contoh hubung kait antara keputusan ujian-
ujian di situ dengan sifat-sifat kejuruteraan tanah.Kita juga faham bahawa penggunaan
pensampelan tak terganggu tradisional dan teknik ujian makmal adalah terhad dalam
kejituan dan jenis-jenis tanah yang boleh dikaji. Ujian-ujian makmal yang dimaksudkan
di sini adalah yang biasanya dijalankan dalam makmal pada sampel-sampel `tak terganggu'
untuk menentukan parameter tanah seperti kebolehmampatan dan kekuatan tanah.
Contohnya, ujian odometer, ujian kotak ricih dan ujian tiga paksi. Ciri-ciri ubah
bentuk jisim tanah sebenar sukar untuk digambarkan sepenuhnya dengan sampel-sampel
kecil yang biasanya kita uji di makmal. Ini adalah kerana tanah-tanah pada amnya adalah tak
homogen dan tak isotrop, contohnya tanah baki tropika. Sifat-sifat seperti lapisan, satah
pendasaran, fabrik adalah sifat-sifat yang penting yang mengawal sifat-sifat mekanik
tanah dalam konteks kelakuan jisimnya. Walaupun pada kebiasaannya sampel-sampel
tanah diambil daripada lubang jara atau lubang uji dengan alatan seperti pensampel pacu
terbuka (atau pensampel tak terganggu) dikelaskan sebagai sampel tak terganggu, tetapi
tindakan persampelan, semasa diangkut ke makmal dan semasa disediakan untuk ujian
makmal, sebenarnya mengganggu sampel-sampel ini. Ini boleh mengubah struktur dan
kekonsistenan tanah sehingga kadangkala perihalan insani juga boleh mengelirukan.
Rajah 1.7: Hubungan antara N60 dengan Ø’ untuk pasir tak tersimen (De Mello 1971)

Rajah 1.8: Pengelasan tanah berdasarkan Ujian CPT (Robertson & Campanella 1983)
Rajah 1.9: Hubungan antara keputusan CPT, tegasan tanggungan atas dengan geseran
pasir tak tersimen (Robertson & Campanella 1983)

Rajah 1.10: Kehubungan antara qc /N60 dengan purata


saiz zarah (Kulhawy & Mayne 1990)
Gangguan pada sampel-sampel ini boleh disenaraikan seperti berikut:

a. Tegasan kitar - semasa menekan masuk sampel ke dalam pensampel dan


menariknya keluar.

b. Peronggaan - sekiranya sampel tidak dapat menahan sedutan yang


diperlukan untuk menahan tegasan berkesan malar apabila tegasan jumlah
disingkirkan, iaitu apabila sampel dikeluarkan daripada keadaan 'tak
terganggu'nya daripada bumi. Udara akan memasuki rongga-rongga sampel
menyebabkan tegasan berkesannya berkurangan. Lapisan kelodak dalam sampel
tanah liat contohnya akan 'merongga' dan lapisan tanah liat yang berdekatan
akan menyerap ke dalamnya air yang dikeluarkan oleh lapisan kelodak
tersebut. Ini merupakan masalah utama dalam mensampel dan menguji tanah-
tanah liat berlapis. Ujian seperti ujian tak terkukuh tak bersalir pada tanah jenis ini
akan memberi nilai kekuatan ricih tanah yang rendah berbanding kekuatan tak
bersalir tanah di situ. Dengan itu, keputusan yang diperolehi boleh
mengelirukan.

c. Pembasahan sampel - sampel-sampel yang diambil di dalam lubang jara yang


basah boleh menyerap air yang diguna dalam inenggerudi tanah. Ini boleh
menyebabkan sampel kehilangan tegasan berkesannya.

d. Penyejatan semasa persediaan sampel - sampel-sampel boleh kehilangan


kandungan lembapannya semasa disediakan untuk ujian di makmal disebabkan
oleh haba dan angin. Begitu juga semasa pensampelan di luar. Oleh itu, langkah-
langkah persedian perlu diambil untuk menghindar kehilangan lembapan ini.
Misalnya, kedua-dua penghujung pensampel pemacu terbuka hendaklah
disumbat dengan lilin sebaik sahaja ianya dikeluarkan dari dalam bumi bersama-
sama dengan sampel 'tak terganggu' di dalamnya. Sampel-sampel terganggu yang
dipungut daripada pensampel sudu terbelah (ujian SPT) atau daripada korekan
hendaklah dimasuk dengansegera ke dalam bekas yang kedap udara. Sampel-
sampel terganggu yang dipungut dengan pensampel sudu terbelah (ujian SPT)
atau daripada korekan hendaklah dimasukkan segera ke dalam bekas yang kedap
udara dan tahan karat.

e. Ricih semasa pensampelan - walaupun sekiranya kandungan lembapan tanah tidak


hilang, tegasan berkesan purata sampel tanah boleh juga berubah disebabkan oleh
ricih sisi di antara dinding dalam tiub pensampel dengan tanah semasa pensampelan.
Dalam tanah Hat kukuh, tanah yang ada dalam zon ricih ini akan membangunkan
tekanan air liang yang lebih rendah berbanding bahagian tengah sampel yang tak
ricih. Ini menyebabkan perubahan dalam tegasan berkesan purata sampel tanah.
Apabila diuji, sampel ini akan memberi kekuatan tak bersalir yang lebih tinggi.
Dalam tanah liat lembut pula, kesan yang sebaliknya akan berlaku. Zon ricih sampel
tanah liat lembut ini akan membangunkan tekanan air liang yang lebih, iaitu tanah
dalam zon ricih akan cuba untuk mengukuh. Apabila tekanan air liang dalam
sampel ini cuba untuk 'menyeimbang', tekanan sedutan di bahagian tengah sampel
akan berkurangan. Dengan itu, ujian tiga paksi tak terkukuh tak bersalir pada sampel
tanah liat lembut ini akan memberi anggaran kekuatan dan kekukuhan tanah yang
terkurang

Gangguan kepada sampel tanah yang diperihalkan di atas boleh diatasi sebahagian
daripadanya dengan menggunakan alatan-alatan khas seperti pensampel omboh,
pensampel Swedish foil dan Begeman. Ini adalah khususnya untuk tanah-tanah liat lembut
yang sensitif. Untuk tanah-tanah berbutir yang tiada sedutan dan mudah jatuh jika cuba
disampelkan dengan pensampel pemacu terbuka, pensampel seperti pensampel Bishop
boleh digunakan. Tetapi ketidakbaikan alatan-alatan ini adalah pengendaliannya yang
agak kompleks serta kosnya yang mahal. Dalam kes-kes tertentu masalah di atas boleh juga
separa di atasi dengan menguji sampel-sampel representatif yang bersaiz besar. Contohnya,
Rowe (1972) menunjukkan bahawa kelakuan penyaliran tanah liat sangat bergantung
kepada fabrik tanah. Lapisan pasir nipis, kelodak dan lubang akar boleh menyebabkan
kebolehtelapan keseluruhan tanah liat di situ lebih besar daripada nilai yang diukur
dengan sampel kecil di makmal. Oleh itu, odometer hidraul yang dicipta oleh Rowe dan
Barden boleh memuatkan sampel sebesar 250mm garis pusat dan setinggi 125mm.
Simon (1967) telah membuat perbandingan antara keputusan yang diperolehi daripada
`analisis balik' gelincir di atas tapak yang sama dengan ujian kotak ricih di situ bersaiz
610mm x 610mm segi empat sama, dan sampel-sampel tiga paksi berukuran 305mm garis
pusat x 610mm tinggi dan 38mm garis pusat dan 76mm tinggi untuk tanah liat terkukuh
lebih. Keputusan yang didapati oleh Simon adalah seperti berikut:

a. Sampel tiga paksi bersaiz 38mm garis pusat x 76mm tinggi, iaitu saiz yang
biasanya digunakan dalam ujian tiga paksi, memberi kekuatan tak bersalir tanah
185 % lebih tinggi daripada keputusan yang diperolehi daripada 'analisis balik'.
b. Sampel tiga paksi berukuran 305mm garis pusat dan 610mm tinggi memberi
keputusan 21 % lebih tinggi daripada keputusan 'analisis balik'.
c. Kotak ricih di situ 610mm x 610mm memberi kekuatan tak bersalir tanah 16% lebih
tinggi daripada keputusan 'analisis balik'.

Dengan itu, dapat dilihat di sini bahawa saiz sampel yang besar memberi keputusan
dengan persetujuan yang lebih baik jika dibandingkan dengan sampelsampel yang
bersaiz kecil.

Dalam kes-kes lain, ujian besar di situ, atau analisis balik struktur yang sedia ada
dijalankan sebagai alternatif. Sebagai contoh, ujian besar di situ ialah ujian
pembebanan plat. Secara teori, ujian ini mengukur secara langsung kekukuhan dan
ubah bentuk tanah. Tetapi ketidakbaikan ujian ini ialah kosnya yang agak mahal.
Marshland (1971) telah menjalankan beberapa ujian untuk mem bandingkan
kekuatan ricih tak bersalir yang dianggar dengan plat bergaris pusat 865mm dengan
keputusan ujian tiga paksi pada sampel kecil berukuran 38mm garis pusat dan 98mm
garis pusat, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11.

Jelas kelihatan daripada Rajah 1.11 bahawa keputusan yang diperolehi daripada ujian
pada sampel bersaiz kecil boleh mengelirukan
KELAKUAN ASAS DAN STRUKTUR - SATU CABARAN

Tugas seorang jurutera asas rumit sekali. Kita terpaksa berdepan dengan bahan seperti
tanah dan batuan yang tidak kita tentukan penentuannya, pembentukannya dan
penempatannya. Oleh itu, mekanik tanah dan kejuruteraan asas terpaksa berdepan dengan
beberapa cabaran penting seperti berikut:

a. Perihalan yang ringkas, jelas dan skematik susuk tanah termasuk struktur dan
fabrik tanah.
b. Penentuan sifat berbagai-bagai jenis bumi memerlukan alatan di situ yang jitu,
tahan lasak dan senang untuk diguna.
c. Walau apa saja pun kaedah ujian yang diguna, penggunaan keputusan ujian yang
berjaya memerlukan penggunaan kaedah statistik dan kebarangkalian.
d. Reka bentuk dan pembinaan yang berjaya dan ekonomik hanya akan
diperolehi sekiranya bangunan termasuk asas, struktur dan kerja-kerja
kemasannya dianggap sebagai satu unit. Ini memerlukan pengetahuan tentang
kelakuan keseluruhan bangunan dan kesedaran realistik mengenai kejituan yang
boleh dicapai dalam reka bentuk dan pembinaan.
e. Akhirnya, kemajuan dalam reka bentuk dan teknik-teknik pembinaan dan
pengumpulan pengalaman bergantung kepada pengawasan kelakuan asas dan struktur
yang kerap, iaitu perlu adanya pengalatan yang mencukupi.
Rajah 1.11: Perbandingan kekuatan tak bersalir yang dianggar daripada plat
bergaris pusat 865mm dengan sampel-sampel tiga paksi bersaiz 38 mm
dan 98 mm garis pusat (Marshland, 1971)

RINGKASAN GEOLOGI MALAYSIA

Geologi ditakrifkan sebagai kajian tentang kejadian asal bumi yang merangkumi
aspek asal-usul, struktur, komposisi dan sejarah bumi termasuk transformasi pada
hidupan dan clam semula jadi. Di Malaysia, terdapat banyak tempat yang
mempunyai kesemua ciri geologi.

Rupa bentuk bumi di Malaysia adalah bergunung-ganang dan kawasan hutan hujan tropika
yang menandakan hutan tebal. Lokasinya adalah strategik kerana hampir keseluruhan
bumi Malaysia (Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak) ini dikelilingi oleh laut yang
menjadi salah satu agen luluhawa. Terdapat banyak pantai di Malaysia telah dihakis yang
proses geologinya telah berlaku sejak dahulu lagi. Dengan itu, mendapan kuartenari
banyak berlaku di tepi-tepi pantai. Lebih 90% mendapan ini meliputi pesisiran pantai
Malaysia

Вам также может понравиться