Вы находитесь на странице: 1из 15

1

TERHAD

STPM/S930

930/4

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)

MANUAL
KERJA KURSUS
(KERJA PROJEK) SYARIAH (930/4)
PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2015

Buku panduan ini mengandungi 15 halaman bercetak


Majlis Peperiksaan Malaysia 2015

2
KANDUNGAN
Halaman
1

PENGENALAN

OBJEKTIF

2.1

Kemahiran kognitif

2.2

Kemahiran manipulatif

2.3

Kemahiran insaniah (soft skills)

PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH


3.1

Arahan Kerja Projek Syariah

3.2

Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

3.3

Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

3.4

Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

3.5

Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

3.6

Tanggungjawab Calon

36

JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

78

FORMAT PENULISAN

89

STRUKTUR PENULISAN

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH

LAMPIRAN

9
9 11
12 15

3
1

PENGENALAN
Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon
persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Projek
Syariah (KPS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja projek
adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-sama dengan
markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.

OBJEKTIF
Kerja Projek Syariah (KPS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam;
2.1

Kemahiran kognitif iaitu:


(a) mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul
Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum
syarak;
(b) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak
disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit;
(c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;
(d) membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah;
(e) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh;
(f)

2.2

mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan
semasa dalam bidang Syariah.

Kemahiran manipulatif iaitu:


(a) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada
daripada sumber primer atau sumber sekunder;
(b) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan
hasil kajian;
(c) memproses dan menganalisis data.

2.3

Kemahiran insaniah iaitu:


(a) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;
(b) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;
(c) berupaya menyelesaikan masalah;
(d) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;
(e) berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;
(f)

berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel;

(g) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.


3

PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH


3.1

Arahan Kerja Projek Syariah


(a) KPS wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua.
(b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang dikenal
pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.

4
(c) Tema tersebut adalah seperti berikut:
(i) Jual beli
(ii) Khiyar
(iii) Riba
(iv) Ijarah
(v) al-Rahn
(vi) Syarikat
(vii) Wakalah
(viii) Wadiah
(ix) Hibah
(x) Wasiat
(xi) Praperkahwinan
(xii) Perkahwinan
(xiii) Talak
(xiv) Iddah dan Rujuk
(xv) Konsep Mirath
(xvi) Liabiliti Harta Pusaka
(xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka
(xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka
(xix) Konsep jenayah
(xx) Qisas
(xxi) Diyat
(xxii) Kaffarah
(xxiii) Hudud
(xxiv) Tazir
3.2

Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam


(a) Memastikan calon yang mengambil KPS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata
pelajaran
(b) Mengesahkan penulisan KPS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah
oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani
Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KPS
(e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KPS kepada Majlis
Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan
(f)

Mengesahkan markah penulisan KPS yang diperoleh calon dengan menandatangani


borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

(g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens penulisan KPS di sekolah
(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
(i)

Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan

5
3.3

Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran


(a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan
pelaksanaan KPS
(b) Memuat turun Manual KPS dari portal MPM
(c) Memastikan calon menghasilkan penulisan KPS secara individu
(d) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(e) Memantau kemajuan kerja penulisan KPS calon mengikut masa yang ditetapkan
(f)

Membimbing calon dari aspek yang berikut:


(i) memilih tema,
(ii) mengenal pasti isu,
(iii) menetapkan tajuk dan skop KPS,
(iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.

(g) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS
(h) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS
(i)

Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KPS

(j)

Memastikan calon menghantar KPS pada masa yang ditetapkan

(k) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KPS ke MPM dua minggu
sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan
(l)

Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)


(Lampiran 3)

(m) Menilai penulisan akhir KPS setiap calon, mengisi, dan memperakui BMKKC
(Lampiran 4). Borang tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke
MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan
(n) Mengisi dan menghantar markah KPS calon melalui e-submission ke MPM mengikut
tarikh yang ditetapkan
(o) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah
calon yang baharu
(p) Menghantar salinan BMKKC yang telah disahkan oleh pengetua ke MPM (u.p :
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM, Bgn. MPM,
Persiaran 1, Bdr. Baru Selayang, 68100 Bt. Caves Selangor). Kegagalan menghantar
maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KPS dan
dianggap tidak mengambil kertas 930/4
3.4

Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM
(b) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(c) Menyemak dan menilai penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon
(d) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian
e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan.
(e) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan
markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

6
(f)

Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(g) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan
3.5

Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM
(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KPS
dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan
tugasan
(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(d) Menyemak penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon
(e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah
ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4)
(f)

Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian
e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan
markah
(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
(i)

3.6

Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan

Tanggungjawab Calon
(a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KPS
(b) Melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
(c) Menghasilkan penulisan KPS secara individu
(d) Melaksanakan tugas berikut:
(i) memilih tema,
(ii) mengenal pasti isu,
(iii) menetapkan tajuk dan skop KPS,
(iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.
(e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS
(f)

Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/


pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS

(g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan
borang tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah
(h) Menghantar hasil KPS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah
(i)

Membentangkan hasil KPS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat
yang ditetapkan oleh pihak sekolah

7
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Tarikh
19 Dis 2014

12 Jan hingga
10 April 2015

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

Muat naik
Manual Kerja
Kursus

Melayari portal MPM

Melayari portal MPM

Pengajaran dan
pembelajaran,
pelaksanaan,
pemeriksaan, dan
pembentangan
KPS

Menyampaikan taklimat
tugasan kepada calon
Memaklumkan tarikh akhir
penyerahan KPS mengikut
arahan MPM
Membimbing calon
mengenal pasti tema dan
memilih isu, tajuk, dan
skop KPS

Menerima tugasan KPS


dan pemakluman tarikh
akhir penyerahan KPS
Memahami skop KPS
Membincangkan tema, isu,
tajuk, dan skop KPS yang
telah dikenal pasti, dipilih,
dan ditetapkan bersamasama dengan guru

Menjelaskan calon tentang


elemen kemahiran insaniah
(soft skill) yang dinilai

Merancang jadual kerja


Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, temu bual,
dan kaji selidik daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan (data
dan maklumat)

Membimbing calon
melaksanakan tugasan
Menilai elemen kemahiran
insaniah (soft skill)
Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan KPS
Membimbing calon
memproses dan
menganalisis data
Membimbing calon untuk
menulis mengikut format
yang ditetapkan
Memantau kemajuan hasil
penulisan calon secara
berterusan dengan
merekodkan dan
menandatangani Borang
BRKKC (Lampiran 3)
Membimbing calon
membuat penambahbaikan
Menerima KPS daripada
calon
Menilai pembentangan
KPS mengikut skema yang
ditetapkan oleh MPM

Memproses data dan


maklumat mentafsir,
menganalisis, dan
membuat hubung kait
antara dapatan yang
diperoleh
Mempersembahkan data
dan maklumat dalam
bentuk jadual, graf, carta,
dan lain-lain yang
bersesuaian
Membincangkan dapatan
kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori
yang bersesuaian
Menghasilkan penulisan
yang lengkap mengikut
format yang ditetapkan
Menyemak dan membuat
penambahbaikan terhadap
kualiti penulisan KPS
Menyerahkan KPS
mengikut tarikh yang
ditetapkan kepada guru
Membentang KPS pada
tarikh dan masa yang
ditetapkan

Tarikh
13 April
hingga 13 Mei
2015

2 Mac hingga
10 April 2015

Perkara

Tindakan Guru

Pengisian dan
penghantaran
markah melalui
e-submission

Membuat semakan dan


penyelarasan semula
markah bagi setiap calon

Menghantar markah KPS


calon kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission

Pemantauan
Kerja Kursus
oleh MPM

Mengemukakan sampel
KPS untuk pemantauan
markah oleh MPM

15 Okt 2016

Tindakan Calon
Tidak berkenaan

Tidak berkenaan

Penyimpanan evidens

* Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta


5

FORMAT PENULISAN
5.1

Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(TMK) untuk mencari maklumat tambahan.

5.2

Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KPS mengikut format
berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.

5.3

Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk
kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran.

5.4

Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5

Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi
permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis
dalam satu perenggan.

5.6

Gaya penulisan rujukan dalam teks KPS hendaklah menggunakan sama ada sistem nota
kaki atau sistem pengarang-tarikh.

5.7

Susunan penulisan KPS adalah seperti berikut:


(a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
(e) Kerja Projek Syariah.

5.8

KPS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan
seperti perkara 5.7 di atas.

9
6

STRUKTUR PENULISAN
6.1

Kandungan

6.2

Abstrak

6.3

Penghargaan

6.4

Pengenalan latar belakang dan penyataan masalah kajian

6.5

Objektif kajian penyataan objektif kajian

6.6

Kaedah kajian huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan
menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal
selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya

6.7

Perbincangan dan dapatan kajian huraian untuk mendapatkan dapatan kajian dengan
menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam
bidang Syariah

6.8

Rumusan dan cadangan

6.9

Senarai rujukan

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH


7.1

MPM mengemukakan tiga tema.

7.2

Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop
tugasan daripada tema yang telah dipilih.

7.3

Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada
kampung/bandar/ daerah/negeri sekolah calon sahaja

Contoh:
Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Projek Syariah
Tema 1:
Jual beli

Tema 2:
Talak

Tema 3:
Qisas

Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan

Calon pilih tema 2


Talak

10

Calon mengenal pasti isu


(Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri
sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan)
Contoh:
Peningkatan kes penceraian di Malaysia

Calon menentukan tajuk


(Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti)
Contoh:
Faktor peningkatan penceraian di Daerah Padang Terap, Kedah

Calon menentukan skop tugasan


(Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada kerja projek yang akan
dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami
sempadan kerja projek berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau
limitasi penghasilan kerja projeknya; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan
limitasi tempat kajian)
Contoh:
1. Sampel kajian Kes-kes penceraian di Mahkamah Syariah Daerah Padang
Terap, Kedah
2. Tempoh kajian Dari Januari 2015 hingga Mac 2015
3. Limitasi tempat kajian Padang Terap Kedah

Calon menentukan objektif kajian


(Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat
dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan
dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai)
Contoh:
Menjelaskan konsep penceraian menurut perspektif Islam
Mengenal pasti faktor peningkatan penceraian di Daerah Padang Terap,
Kedah

11
B

Calon menentukan kaedah kajian


Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat, antaranya adalah seperti berikut:
1. Kajian perpustakaan/Dokumentasi
Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti
buku, majalah, akhbar, jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga
boleh membuat rujukan Internet.
2. Soal Selidik
Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan
lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik digunakan
untuk memudahkan kajian yang hendak dilakukan. Calon boleh mereka
bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan
objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang
berkaitan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di
kawasan kajian.
3. Temu bual
Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai
maklumat mengenai bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat,
iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan
individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau
kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan
temu bual dengan orang persendirian. Contoh temu bual secara formal
seperti menemu bual Pendaftar Mahkamah Syariah, manakala temu bual
tidak formal seperti menemu bual Imam, JKKK, dan orang awam di tempat
kajian.
4. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui
pemerhatian dan penelitian terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan
kes, gelagat, dan sebagainya.

Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian


Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan
menghubungkait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam
bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah disertakan dengan rujukan dan
boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya.

Calon menghasilkan rumusan kerja projek


Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan.
Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang
dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh
menyatakan kepentingan (signifikan) kajian dan cadangan daripada hasil kajian
yang telah dijalankan.

12
8 Lampiran
Lampiran 1
TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH
TAJUK:

FAKTOR PENINGKATAN PENCERAIAN DI DAERAH PADANG


TERAP, KEDAH.

NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA GURU/
PEMERIKSA
TANDATANGAN
GURU/PEMERIKSA
TARIKH

TERHAD

13
Lampiran 2
TERHAD

BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek
calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja Kursus Calon
Makluman kepada calon:
Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk
meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara
sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja
projek............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan
bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau
pemeriksa kerja projek mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian
individu).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Penilai:
Saya mengesahkan bahawa kerja projek............................................. telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
TERHAD

14
Lampiran 3
TERHAD
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran: ........................................

Tarikh

Aktiviti dalam Penghasilan


Kerja Projek
(diisi oleh calon)

No. Kad Pengenalan: ...............................

Ulasan Guru

Tandatangan
Guru

Tandatangan
Calon

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)


Pengesahan Guru Mata Pelajaran: .........................................
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2015 mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: .............................................
Nama Guru: .......................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek.

TERHAD

15
Lampiran 4
TERHAD

BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: ..............................................................

Angka Giliran: .......................................

No. Kad Pengenalan: .................................................


(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Kriteria Penilaian
A. Penulisan
1. Abstrak
2. Pengenalan
3. Objektif Kajian
4. Kaedah Kajian
5. Perbincangan dan Dapatan Kajian
6. Rumusan dan Cadangan
7. Senarai Rujukan
8. Kemahiran Manipulatif
9. Kemahiran Insaniah
B. Pembentangan dan Soal Jawab
1. Pembentangan Kerja Projek
2. Soal Jawab
3. Kreativiti
4. Keterampilan
Jumlah Markah

Markah
Penuh

Markah
Guru/Pemeriksa

Markah
Penyelaras

4
4
4
4
20
4
3
3
4
4
2
2
2
60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan


butiran di atas adalah benar.

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran


di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa : ...........................


Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : .....................................
(bimbit) : .....................................

Tandatangan Penyelaras: .....................................


Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ....................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
TERHAD

Вам также может понравиться