Вы находитесь на странице: 1из 2

Tajuk: Cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti

Pada era globalisasi yang penuh dengan pancaroba, cuti semester


adalah tempoh untuk semua strata masyarakat melepaskan tekanan
selepas berhempas pulas dalam kerjaya masing-masing. Dengan
kepelbagaian kaum, negara kita kaya dengan tempat percutian yang khas
untuk setiap individu mengisi masa cuti dan beriadah. Secara tidak
langsung, masa cuti ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan
seterusnya merangsangkan ekonomi Negara. Walau bagaimanapun,
marilah kita renungkan cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti.
Cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti yang perdana adalah
melawat pusat kebudayaan. Pusat kebudayaan, yakni Muzium Negara
adalah tempat yang menganjurkan bengkel yang mempamerkan
dokumen dan model yang melambangkan keunikan adat resam rakyat
Malaysia. Secara mendalam, bengkel yang dianjurkan adalah meliputi
semua aspek kebudayaan setiap etnik iaitu pemakanan, tarian, pakainan,
musim perayaan dan sebagainya. Dengan ini, pelbagai bangsa di negara
kita yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sebagainya dapat
mengetahui budaya berlainan dengan lebih mendalam sekali gus
menwujudkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.
Natijahnya, dengan aspirasi yang sama sudah pasti keharmonian dan
kedaulatan negara dapat dikekalkan sehingga akhir zaman.
Selain itu, pusat beli-belah juga merupakan tempat yang dikunjungi
oleh rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti. 1 Utama, Mid Vallley,
Pavillion dan KL Suria ialah gedung aneka yang tersohor dalam arena
antarabangsa yakni duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara lain. Menjelang musim perayaan atau cuti semester, sudah pasti
rakyat Malaysia akan mengunjungi pusat beli belah kerana inilah tempoh
pengusaha melancarkan promosi dan cabutan bertuah yang hebat. Selain
membeli barangan domestik, pengunjung juga boleh melepaskan stress
dengan mengunjungi pusat hiburan seperti pawagam dan tempat
menjamu selera. Jelaslah bahawa, cara rakyat Malaysia mengisi masa
terluang adalah berkunjung ke pusat beli belah.
Selanjutnya, mengembara juga ialah cara rakyat Malaysia mengisi
masa cuti. Pada masa cuti semester, kebanyakan rakyat Malaysia akan ke
luar bandar atau kawasan hutan untuk mengembara. Hal indemikian
kerana, dengan mengembara kita mampu menambahkan ilmu
pengetahuan tentang biodiversiti di samping menguatkan ketahanan
fizikal dan mental. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan tempat
yang popular untuk mengembara kerana suasana yang indah nian itu
dapat menyuntik aura positif dalam jiwa dan naluri kita. Dengan ini, kita
dapat mencari ketenangan jiwa dan fikiran untuk berfikir secara kritis dan
rasional. Pendek kata, cara rakyat Malaysia mengisi masa senggang
adalah mengembara kerana jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak
pengalaman.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat seribu satu alternatif untuk


mengisi masa cuti agar masa tidak disia-siakan. Dengan ini, marilah kita
sama-sama doakan msa cuti kita dapat diisi dengan penuh bermakna dan
terhindar daripada segala anasir negatif yang tidak diingin.

Вам также может понравиться