Вы находитесь на странице: 1из 1

Adegan 1

sinopsis
Stanley Kowalski dan mitch berjalan dari sebuah persimpangan jalan. Stanley
memegang jaket bolingnya dan suatu bungkusan yang berlumuran darah. Dia
sebenarnya baru membeli daging daripada penjual daging. Mereka berhanti di
kaki tangga rumhanya lalu Stanley memekik memanggil nama isterinya, stella.
Stella ,seorang wanita muda, lemah lembut, dalam lingkungan umur dua puluh
lima tahun, menyahut panggilan suaminya dengan suara yang lembut.
Setelah Stanley memberikan daging yang baru dibelinya kepada stella, dia
ingin pergi ke pusat boling, tetapi, stella ingin mengikutnya.Adegan ini berlaku di
halaman rumah mereka sambil diperhatikan oleh jiran tetangga mereka iaitu
Eunice dan wanita kulit hitam. Eunice sempat memesan kepada stella untuk
memberitahu steve agar membeli makanannya sendiri kerana tiada apa-apa di
rumah mereka untuk dimakan.
Tidak beberapa lama setelah pemergian stella ke pusat boling tersebut,
Blanche, kakak kepada stella, tiba di hadapan rumah tersebut. Setelah sekian
lama Eunice memerhatikan Blanche, akhirnya dia bertanya juga kepada Blanche
sama ada dia sesat ataupun sedang mencari seseorang. Blanche yang
sebenarnya begitu cemas dan hamper histerikal cuba menyembunyikan
perasaannya itu dengan tertawa seolah-olah dia geli hati. Blanche menyatakan
bahawa dia sedang menuju ke sebuah tempat bernama Elysian Fields.
Sebenarnya dia sedang mencari rumah adiknya, stella DuBois. Setelah
difahamkan oleh Eunice mengenai kedudukan rumah tersebut, Blanche masuk
ke rumah stella untuk meletakkan barang-barangnya manakala Eunice beredar
untuk memanggil stella serta memaklumkan kepadanya mengenai kehadiran
Blanche.

Вам также может понравиться