Вы находитесь на странице: 1из 5

CADANGAN PENUBUHAN INKUBATOR PERNIAGAAN

PUSAT GIATMARA SERIAN DI BANGUNAN AKRED MARA SERIAN


1.0

PENDAHULUAN

Didalam Rancangan Malaysia ke-9 , Kementerian Pembangunan Usahawan dan


Koperasi telah mensasarkan seramai 150,000 usahawan bumiputera dapat dilahirkan sepanjang
tempoh tersebut melalui beberapa buah agensi di bawah kementerian berkenaan. Oleh itu
GIATMARA telah diberi sasaran seramai 11,000 usahawan bumiputera dapat dilahirkan
sepanjang tempoh berkenaan melalui beberapa mekanisma dan program yang telah dirancang
termasuklah program Inkubator, PUTEK, Latihan Kerja Sambilan ( LSKU ) dan program
keusahawanan yang lain didalam GIATMARA.
GIATMARA Negeri Sarawak telah diberi sasaran seramai 176 pelatih yang akan terlibat
didalam program inkubator untuk setahun dimana purata seramai 8 orang bagi setiap pusat perlu
diwujudkan termasuklah Pusat GIATMARA Serian.
2. OBJEKTIF

3.0

2.1

Melahirkan seramai yang mungkin usahawan GIATMARA Negeri Sarawak


melalui program inkubator yang ditubuhkan.

2.2

Menempatkan para peserta inkubator perniagaan GIATMARA pada persekitaran


sebenar dunia keusahawanan di premis perniagaan yang strategic.

2.3

Memberi galakkan dan kemudahan yang terbaik kepada para peserta inkubator
agar mereka lebih terdorong untuk meneruskan kerjaya sebagai usahawan di
masa hadapan.

2.4

Menjalin dan mendapatkan kerjasama dan khidmat nasihat yang lebih baik dari
pegawai-pegawai MARA yang sentiasa mempunyai pengetahuan,pengalaman
dan kepakaran bidang keusahawanan dari masa ke semasa.

PERLAKSANAAN
3.1

Peserta Inkubator Perniagaan


Para peserta Inkubator perniagaan akan dipilih dari kalangan lepasan Pelatih
Pusat GIATMARA Serian yang telah menamatkan sesi latihan di Pusat ini untuk
sesuatu tempoh seperti yang telah ditetapkan.Seramai 3 orang peserta Inkubator
Jahitan dan Hiasan Dalaman akan ditempatkan premis perniagaan berkenaan
untuk satu-satu masa bagi sesuatu tempoh yang telah ditetapkan iaitu 6 12
bulan.
Setelah tamat tempoh peserta berkenaan menjalani program inkubator
perniagaan , mereka akan diarah untuk keluar mencari tempat-tempat perniagaan
yang lain untuk memberi ruang kepada peserta baru untuk menyertai program
berkenaan selanjutnya. Para peserta akan bersilih ganti memasuki ruang
perniagaan berkenaan sebagai proses melatih mereka terlibat secara langsung
dengan proses dan persekitaran perniagaan sebenar.
1

3.2

Proses Pemilihan Peserta


Proses pemilihan peserta akan dilakukan oleh Pusat ini melalui cadangan tenaga
pengajar kursus berkenaan dan dipilih oleh Pengurus Pusat dan
Pegawai/Pen.Peg. MARA Daerah Serian bagi menentukan peserta-peserta yang
benar-benar kompeten untuk mengisi ruang berkenaan sebagai peserta Inkubator
Perniagaan Pusat GIATMARA Serian.

3.3

Peralatan dan Mesin


Bagi memberi kemudahan dan galakkan kepada para peserta Inkubator
berkenaan, segala kemudahan peralatan dan mesin serta beberapa keperluan
inkubator yang lain akan disediakan oleh Pusat GIATMARA Serian bagi
beberapa peralatan dan mesin yang asas untuk menjalankan inkubator
perniagaan berkenaan.
Disamping itu juga para peserta akan digalakkan untuk mendapatkan Skim
Kemudahan Sewabeli Mesin dan Peralatan Program Pembentukan Usahawan
Teknikal ( PUTEK ) Kepada Peserta Inkubator GIATMARA.Sepertimana Surat
Pekililing MARA Am Bil.4/2006 dipatuhi.

3.4

Sewa Premis
Pihak kami memohon jasa baik pihak MARA Negeri Sarawak agar dapat
memberi sebuah ruang perniagaan untuk dijadikan sebagai Inkubator Perniagaan
Pusat GIATMARA Serian di Bangunan Aked MARA Serian untuk suatu tempoh
yang berpanjangan selagi program Inkubator GIATMARA diwujudkan dari masa
ke semasa dengan kadar bayaran secara percuma , jika mana surat edaran
MARA bil 6/2006 diberi pertimbangan berkaitan sebagai galakkan usahawan
lahir dari institusi-institusi MARA sendiri iaitu Pusat GIATMARA Serian. Di
samping itu juga sebagai memberi kemudahan kepada para peserta yang baru
nak bertapak sebagai usahawan sudah tentu belum mendapat pulangan jualan
yang memberangsangkan diperingkat awal penglibatan mereka.
Untuk 2 tahun pertama GIATMARA akan membayar sewa bulanan premis
berkenaan iaitu sehingga tahun 2010 , namun kutipan sewa akan tetap dibayar
oleh peserta kepada GIATMARA dan dimasukkan kedalam akaun ESR sebagai
pusingan sewa nanti bagi kegunaan dimasa akan datang.Sudah tentu kadar
kemampuan para perserta untuk membayar sewa akan diberi pertimbangan
sewajar agar mereka tidak merasa terbeban dengan sewa yang dikenakan.
Sebagai alternatif yang lain dan usaha untuk melibatkan mereka terlibat dalam
inkubator perniagaan ini nanti ialah dengan mengenakan konsep perkongsian
pembayaran diatas jumlah sewa bulanan yang dikenakan dengan kadar bayaran
sama rata dikenakan bagi setiap peserta .

3.5

Bayaran Deposit
Dipohonkan juga bayaran deposit adalah ditanggung oleh GIATMARA
memandangkan kemampuan para peserta untuk mendapatkan keuntungan
diperingkat awal penglibatan dalam dunia keusahawanan masih kecil.

3.6

Bayaran Bil Air dan Elektrik


Bayaran bil air dan elektrik akan dikenakan kepada semua peserta dengan agihan
sama rata bagi setiap bulan daripada jumlah keseluruhan caj yang dikenakan
oleh syarikat-syarikat utility berkenaan.

3.7

Lesen Perniagaan
Pada peringkat permulaan lesen perniagaan akan didaftar sebagai milikan salah
seorang atau secara perkongsian, namun usaha-usaha akan dibuat agar setiap
para peserta akan memiliki lesen perniagaan sendiri agar mereka akan lebih
bersedia nanti setelah tamat tempoh menjalani inkubator perniagaan di premis
berkenaan seterusnya menjalankan perniagaan di tempat-tempat lain dengan
telah mempunyai asas perlesenan yang ada.

3.8

Peraturan .Disiplin dan Etika


Para peserta akan terikat dengan Peraturan ,Disiplin dan Etika yang telah
ditetapkan oleh GIATMARA Malaysia dan MARA dari masa ke semasa semasa
menduduki premis perniagaan MARA.

3.9

Penyertaan Program
Para peserta juga perlu mematuhi arahan dari masa ke semasa untuk menyertai
sebarang program yang dianjurkan oleh Pusat GIATMARA Serian dan Pejabat
MARA Daerah Serian demi untuk memajukan mereka dalam kerjaya
keusahawanan berkenaan.

3.10

Penyambungan Bekalan Elektrik


Penyambungan bekalan elektrik akan dibuat oleh GIATMARA ini termasuklah
kos penyambungan dan pendawaian dan mendapat kebenaran Pegawai MARA
Daerah Serian.

3.11

Peralatan dan kelengkapan


Peralatan dan kelengkapan yang haruslah disediakan oleh Pusat ini dan juga para
peserta Inkubator Perniagaan berkenaan dengan mendapat kebenaran terlebih
dahulu dari Pegawai/Pen.Peg MARA Daerah Serian.

3.12

Kos-Kos
a) Peralatan dan kelengkapan Inkubator Jahitan dan Hiasan Dalaman

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Peralatan/Kelengkapan
Mesin Heavy Duty
Mesin Edging
Iron board
Strika
Meja Panjang ( Meja gunting 8 X 4)
Almari Pameran
Cermin Fitting Room
Meja biasa / meja kaunter
Patung Penuh Badan
Patung Separuh Badan
Kipas siling

Kuantiti
3 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit
1 unit

Harga seunit
RM 2500
RM 3500
RM 80
RM 60
RM 400
RM 1000
RM 180
RM 200
RM 950
RM 700
RM 200

Jumlah
RM 7,500
RM 3500
RM 80
RM 60
RM 400
RM 1000
RM 180
RM 200
RM 950
RM 700
RM 200

Jumlah

RM 14770

c) Senggaraan
Bil
Perkara
1
Membuat susunatur dan decoration
dalaman
2
Sign board
3
Kos Penyambungan semula elektrik
Sesco. ( meter sebelum ini telah ada)

Kuantiti
Lump sum

Harga seunit
Jumlah
RM 3,000
RM 3,000

Lump sum
Lump sum

RM 1000
RM 300

RM 1000
RM 300

Jumlah

RM 1600

Kuantiti
1

Harga seunit
RM 200

Jumlah
RM 200

3 bulan

RM 600

RM 600

d) Sewaan
Bil
Sewaan
1
Anggaran sewa seperti diberitahu oleh
Pegawai MARA Daerah Serian
2
Deposit sewa
3. 13 Starter Kit
Sepertimana yang telah dirancangkan semasa SOP usahawan GIATMARA tempohari
bahawa setiap peserta inkubator akan dibekalkan dengan Starter Kit yang bernilai RM 1000.
Oleh itu bagi peserta inkubator di dalam GIATMARA Serian ini akan disertai seramai 3 orang
peserta maka jumlah stater kit yang diperlukan adalah sebanyak 8 X RM 1000 = RM 8000
4.0

PENUTUP
Adalah diharap dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh MARA menerusi
Program Inkubator Perniagaan di Bangunan Aked MARA Serian kepada lepasan
pelatih Pusat GIATMARA Serian ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan
bumiputera amnya dengan lahirnya Usahawan GIATMARA Negeri Sarawak.
4

Вам также может понравиться