Вы находитесь на странице: 1из 21

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

1.0

PENGENALAN

Penciptaan manusia di muka bumi Allah SWT

ini diakui sebagai suatu

ciptaan yang begitu sempurna, sangat kompleks dan

tiada tolok

bandingnya berbanding ciptaan ciptaan Allah yang lain. Sebagaimana


buktinya yang terdapat pada firman Allah,

iaitu dalam surah At- Tiin :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang


sebaik-baiknya

(dan

berkelengkapan

sesuai

Dengan

keadaannya).

Bersandarkan kepada pemerhatian ilmiah dan bukti yang ditunjukkan, kita


sama sekali tidak dapat menafikan ketidakbenaran firman Allah SWT
dalam kitab suci-Nya.
Sehubungan dengan itu, lahirlah pakar pakar pengkaji dan tokoh
tokoh ilmuan yang terkenal seperti tokoh Jean Peaget, Eric Erickson,
Arnold Lucas Gesell, Robert Havighurst, Sigmund Freud, Imam Ghazali dan
sebagainya untuk mengkaji tentang rahsia rahsia dan misteri kejadian
manusia yang tidak diketahui umum. Antara aspek aspek penting yang
dikaji mereka adalah berkaitan dengan teori perkembangan kanak kanak
seperti teori perkembangan kognitif, emosi, moral dan fizikal serta
pengaruhnya terhadap pembangunan pendidikan awal kanak kanak.
Hasil daripada kajian kritis yang dilakukan , kita dapat mengetahui
secara mendalam apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan
kognitif, moral, emosi dan juga fizikal manusia. Perkembangan kognitif
menurut Jean Peaget didefinisikan sebagai suatu fitrah perkembangan
kanak-kanak dalam membina tahap pemahaman terhadap persekitaran
berdasarkan 4 tahap perkembangan kognitif iaitu kematangan biologi,
interaksi

individu

dengan

persekitaran,

pengalaman

sosial

dan

keseimbangan.
Menurut

kamus

Dewan

Edisi

Ke-empat,

Emosi

bermaksud

perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan seumpamanya.
Kecerdasan emosi juga ditakrifkan sebagai

kebolehan individu mengenali

makna emosi dan yang berkaitan dengannya, serta membuat rasional dan
1

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


menyelesaikan masalah berdasarkannya. (Mayer & Salovey 1990).
Lihatlah betapa besarnya kesan perkembangan emosi yang baik dalam diri
seseorang

kerana menurut Daniel Goleman (1995) , beliau pernah

mengatakan bahawa 80% kejayaan seseorang bergantung kepada emosi (


EQ) dan 20% kejayaan disebabkan kecerdasan mental (IQ).
Perkembangan fizikal pula merujuk kepada perubahan saiz fizikal,
kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota
badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Manakala
perkembangan moral kanak kanak bermaksud perubahan pemikiran,
perasaan dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran. Lawrence Kohlberg
(1987)

berpendapat

penaakulan

moral

berkait

rapat

dengan

perkembangan kognitif seseorang individu.


Sebagai bakal guru, kita perlu memahami aspek pertumbuhan dan
perkembangan

murid.

Kajian

Bloom

(1964)

membuktikan

80%

kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat


umur prasekolah. Pada usia ini kanak-kanak bertindak aktif kepada
ransangan, berinteraksi bebas dengan orang sekeliling dan peka kepada
keadaan

sekeliling.

mengalami

Sehubungan

pengalaman

itu

adalah

pembelajaran

penting

prasekolah

kanak-

yang

kanak

berkesan,

bermakna dan menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan


kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebelum memasuki alam
persekolahan

formal

(Rohaty

2003).Konklusinya,

teori

teori

perkembangan yang dihasilkan oleh tokoh tokoh ilmuan terkemuka ini


sangat penting untuk diketahui dan dipelajari secara mendalam kerana ia
sangat berkait rapat dengan perkembangan kanak kanak yang berlaku di
sekeliling kita.

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

2.0

LATAR BELAKANG JEAN PEAGET

Jean Piaget (1869-1980) ialah seorang pakar biologi Switzerland dan pakar
psikologi kanak-kanak. Beliau dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9
Ogos 1896 dan berpengalaman dalam membuat kajian ke atas tingkahlaku kanak-kanak. Terdapat beberapa pendapat antaranya

seperti yang

diutarakan oleh Dasen dan Heron (1984) mengatakan bahawa teori


perkembangan kognitif Piaget bukannya suatu teori psikologikal tetapi
ialah satu pandangan epistemologi, iaitu suatu falsafah pengetahuan
(Philosophy of Knowledge) yang diperolehi melalui pemerhatian terperinci
yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai umur dan
perkembangan. Walau bagaimanapun, melalui kaedah ini, Piaget telah
berjaya mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak
-kanak yang telah diterima pakai sebagai satu teori komprehensif yang
meliputi

kesemua

budaya

dan

masyarakat

(Mahamood

Nazar

Mohamed, 2001).
2.1

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PEAGET

Jean Piaget ( 1896 1980 ) merupakan pengasas kepada teori


perkembangan
perkembangan.

kognitif
(

manusia

Ramlah

melalui
dan

peringkat

Mahani,2002).

peringkat
Beliau

telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan


membina hipotesis. Antara konsep penting yang diutarakan oleh beliau
dalam teori ini ialah perkembangan kognitif merujuk kepada potensi am
yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara
3

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


tertentu. Sebagai contoh, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan
dengan beberapa gerakan pantulan seperti menghisap, memandang,
mencapai, merasa dan memegang. Peaget mengenalpasti empat faktor
yang berkait rapat dengan proses pemikiran individu (rujuk lampiran, rajah
1.0) .
2.1.1 KONSEP ASAS MENCAPAI KESEIMBANGAN
Dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), proses pemikiran
kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita
mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba
untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang
berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti lima konsep
asas yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang
individu iaitu skema, organisasi, adaptasi, asimilasi dan akomodasi:

1) Skema : Merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu


yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang
diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Dalam erti
kata

lain,

skema

juga

boleh

diklasifikasikan

sebagai

fitrah.

Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan


beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti
gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang,
serta menggerakkan tangan dan kaki.
2) Organisasi: Merujuk kepada proses penyusunan dan pembentukan
skema skema individu. Setiap kali individu memperolehi sesuatu
pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman pengalaman
tersebut

dalam

minda

masing

masing

bermula

dengan

pembentukan skema yang mudah dan kemudian beransur mengikut


proses

semula

jadi

kepada

skema

yang

semakin

kompleks.

Contohnya, bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek,


kanak kanak membina skema untuk mengklasifikasikan sesuatu

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


objek yang dilihat, dan orang dewasa membina skema untuk bekerja
serta memasak.
3)

Adaptasi:

Merupakan

satu

keadaan

yang

mana

wujud

keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan


dengan

persekitaran.

Ia

juga

merupakan

suatu

proses

yang

melibatkan perubahan atau penukaran skema lama kepada skema


baru. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak
mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan
apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget
mendapati kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu
dalam

proses

perkembangan

yang

dilalui.

Menurut

beliau,

perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya


hanya

akan

berlaku

apabila

kanak-kanak

mencapai

tahap

kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang


relevan.
4) Asimilasi: Merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang
baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang
berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema
hasil

daripada

pengalaman

yang

baru

diperolehi.

Contohnya,

seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.


Oleh

itu,

kanak-kanak

tersebut

akan

menggunakan

skema

memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.


Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan
yang

baru

baginya

berkenaan

"sebiji

epal".

5) Akomodasi: Merupakan suatu proses yang mana struktur kognitif


mengalami perubahan. Ia akan berlaku apabila individu dapat
menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.
Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses
pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun
yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke
5

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap
magnet itu.
2.1.2 PERINGKAT PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF
Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Haliza
Hamzah dan Joy N. Samuel, (2010),

kognitif kanak-kanak

terbahagi kepada empat peringkat iaitu:

a
rik
e
D
g
tn
P
(0
o
M
-2
) O
u
h
-P
ra
k
g
in
te
)7
u
h
(2
s P
p
o
tK
a
k
g
rin
e
) ta
u
h
2
-1
(7
e
P
k
rg
p
O
in
l(s
o
m
F
2
)1
u
h
.
RAJAH 1.1
1) Peringkat Deria Motor / Sensorimotor ( 0-2 tahun ).
Pada peringkat ini, bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal
untuk mempelajari tentang persekitarannya. Skema skema yang
terbentuk adalah hasil daripada interaksi fizikal bayi dengan
persekitaran. Contoh, bayi menggunakan mulut untuk merasa
sesuatu

objek

dan

mengkoordinasi

mata

dan

tangan

untuk

mencapai objek. Menurut Piaget, aktiviti intelektual bayi merupakan


reaksi kitaran, iaitu mengulang- ulangkan kejadian pengalaman baru
yang ditemui akibat daripada aktiviti pergerakkan dan penerimaan
maklumat melalui deria bayi tersebut. Pengalaman meneroka perlu
diawasi oleh orang dewasa kerana bayi belum pandai membezakan
antara sesuatu yang merbahaya dengan yang tidak merbahaya.
Pengawasan yang disertakan dengan penjelasan atau perbualan
daripada

orang

dewasa

akan

meningkatkan

intelektual bayi. ( Rohani Abdullah, 2001)


2) Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun )
6

perkembangan

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


Apabila berumur 2 tahun, berlaku perubahan besar dari segi
perkembangan kognitif apabila ia mula boleh menggunakan skema
yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan
simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah
yang mudah. Bayi sudah boleh menggunakan simbol, objek atau
perkataan untuk mewakilkan sesuatu benda atau peristiwa. Walau
bagaimanapun, Piaget juga beranggapan bahawa pemahaman
kanak- kanak praoperasi masih lemah. Misalnya, kanak-kanak
praoperasi masih tidak dapat menguasai konsep kekekalan yang
melibatkan kekekalan jisim, isi padu dan nombor. Prinsip ketekalan
iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung dengan
susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Contohnya apabila
segumpal tanah liat yang di bentuk segi tiga yang kemudiannya
diubah membentuk segi empat tanpa mengubah amaunnya, mereka
mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi empat itu lebih
besar daripada yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa,
2004). Sebab utama seseorang kanak-kanak gagal memahami
konsep kekalan ialah pemikirannya masih dipengaruhi oleh apa yang
mereka lihat.
3) Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun )
Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap
ketiga berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi
konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun.
Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik
seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Pada ketika ini, sikap
mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keperluan orang
lain akan beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak
akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi
peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean Piaget
berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan
perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh
konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya
7

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


mengamati proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu
kanak-kanak mula meningkat dan gemar bertanyakan sesuatu yang
menarik

minat

mereka

kepada

orang

yang

lebih

dewasa.

Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan


mereka mula menerima pendapat orang lain. Mengikut Jean Piaget
dalam buku Mok Soon Sang(2009), kanak-kanak akan mula belajar
bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada
tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu
lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit
sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka hanya
memahami

konsep-konsep

yang

konkrit

atau

objektif

seperti

mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder


dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini
boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi
tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya
sendiri.
4) Peringkat Operasi Formal ( 11tahun ke atas )
Mula berfikiran abstrak. Berupaya menyelesaikan masalah yang
konkrit dan abstrak. Kanak - kanak pada peringkat ini boleh
mengkaji

masalah

masalah

abstrak

secara

sistematik

dan

membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Sebagai contoh,


kanak - kanak boleh menyelesaikan masalah matematik dimana
melibatkan perwakilan abstrak. Cth : 4x + x =10. Apakah nilai x?
3.0

PROFIL ROBERT JAMES HAVIGHURST

Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin.


Beliau adalah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan. Robert
Havighurst mula melangkah ke bidang pendidikan di Wisconsin dan Illinois.
Beliau mendapat banyak ijazah dan telah mencapai pelbagai pencapaian
dalam bidang akademik Pada tahun 1918 -1921 B.A dari Ohio Wesleyan
University, manakala pada tahun 1922 M.A dari Ohio State Universiti,
8

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


seterusnya pada tahun1924, mendapat PHD di Chemistry Ohio State
Universiti, pada tahun 1953-1954, Fulbright Scholar, Universiti Canterbury,
New Zealand, pada tahun 1961, Fulbright Scholar, University Buenos Aires,
1962 Honorary Degree Sc. Di Universiti Adelphi dan pada tahun 1963,
beliau mendapat Hon. L.L.D di Ohio Wesleyan University.
3.1

TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK KANAK

Robert

Havighurst

berpendapat

perkembangan

kanak-kanak

amat

dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi


personaliti

kanak-kanak. Beliau

telah

menghuraikan

konsep

tugas

perkembangan dalam bukunya human Development and Education yang


diterbitkan pada tahun 1953. Tugas perkembangan bermaksud jangkaan
ibu bapa dan masyarakat tentang tinkah laku yang sepatutnya dikuasai
oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu ( Atan Long,
1980).

Perkembangan

fizikal

ialah

perkembangan

motor

yang

merangkumi kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan


aktiviti-aktiviti

fizikal.

Contohnya

ialah

seperti

berjalan,

berlari,

memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu,


perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya
penglihatan dan pendengaran.

3.1.1 PERINGKAT PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK KANAK


Robert Havighurst dalam bukunya Human Development And Education
(1953) menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak. Beliau
telah membahagikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak
kepada tiga iaitu peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6
tahun), kanak-kanak (6 hingga 12 tahun), awal remaja dan remaja (12
hingga 18 tahun). Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu
mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat perkembangan.
i) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0 6 tahun)

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


Tugasan atau perkembangan adalah satu set kemahiran atau kebolehan
yang perlu dikuasai oleh individu.

Sebagai contohnya, bayi perlu

merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) yang mana bayi
perlu

menyelesaikan

masalah

merangkak

sebelum

berjalan

iaitu

kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, beliau juga percaya
bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilainilai, norma-norma dan budaya masyarakat. Ini kerana perkembangan
kanak-kanak

sudah

semestinya

lebih

lancar

sekiranya

ibu

bapa

memahami keperluan pembelajaran anak mereka terutamanya dlam


proses ini. Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut peringkat
umur

masing-masing.

Pada

usia

ini

kanak-kanak

mula

mengenali

persekitaran yang ada disekeliling mereka. Keinginan mereka untuk


mencuba

sesuatu

amat

ketara.

Contohnya,

Syauqina

mempunyai

keinginan untuk membuat sesuatu yang dirasakan betul seperti mengayuh


basikal bersama teman-teman serta meniru gaya orang lain seperti
meniru gaya ibunya memakai tudung.
ii) Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 12 tahun )
Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanakkanak,

dapat

dilihat

beberapa

perkembangan

fizikal

berlaku

iaitu

ketinggian dan berat badan meningkat secara perlahan hinggalah


keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-lahan diganti dengan gigi
kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik.
Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang
diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan
menambah permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti
yang lebih kasar. Faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak, setiap individu, kecuali kanak-kanak berkembar, mempunyai
ciri-ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi rendah, berat- ringan, bentuk dan
warna, organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian menunjukkan
ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ deria diwarisi oleh
gen-gen ibu bapa. Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada
peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak10

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti
yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat
aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat
untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak.
Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9
hingga 11 semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti
berlari,

melompat,

melontar,

menyepak,

menangkap,

menggelecek

diuruskan dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Selain
itu, masa tindak balas bertambah baik dan membantu perkembangan
kemahiran motor. Kemahiran perwakilan mendalan dalam tulisan juga
semakin berkembang. Perlu diketahui bahawa peralihan akhir kanak-kanak
kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun
lebih awal.
iii) Peringkat akhir kanak kanak ( 12 ke atas)
Ketika umur meningkat kepada 12 hingga 14 tahun iaitu zaman awal
remaja, pertumbuhan paling utama sekali ialah melibatkan perkembangan
organ seks dan pertumbuhan tumbesaran seperti bentuk tubuh. Bagi
remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada
bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan
akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja
perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan
badan.

Bagi

remaja

lelaki,

pada

ketika

inilah

pertumbuhan

mula

memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud. Bentuk tubuh


remaja lelaki kelihatan lebih gagah.

4.0

KAITAN

PERKEMBANGAN

KOGNITIF

DENGAN

PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Terdapat

pelbagai

isu

pendidikan

yang

boleh

dikaitkan

dengan

perkembangan kognitif kanak kanak di Malaysia. Antaranya ialah


Kurikulum

Standard

Sekolah

Rendah
11

(KSSR),

Kurikulum

Standard

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


Prasekolah, Kurikulum Permata Negara, Dasar Asuhan dan Didikan Awal
Kanak- Kanak dan juga Konsep Literasi Dan Numerasi.
4.1

DASAR KURIKULUM PERMATA NEGARA

Menurut Jean Peaget, implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak pada


peringkat pra operasi dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun ialah
dengan mengajar kanak-kanak menggunakan bahan bantu mengajar yang
konkrit seperti menggunakan bahan maujud seperti batu dan guli untuk
mengajar kemahiran menambah dan menolak. Disamping itu, arahan yang
diberikan guru haruslah pendek disertai dengan contoh. Sebagai contoh,
arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan
sesuatu aktiviti dengan menggunakan ayat yang mudah, ringkas dan jelas.
Jadi, di sini kita dapat mengaitkan perkembangan kognitif pra
operasi kanak kanak dengan isu pendidikan yang berkaitan dengan
Dasar Permata Negara yang difokuskan kepada kanak

- kanak yang

berusia 0 4 tahun di Malaysia. Dasar Kurikulum Permata Negara


dilaksanakan bertujuan untuk memupuk minat belajar pada awal usia
kanak- kanak dan mengembangkan bakat serta kebolehan mereka yang
tersendiri. Bertepatan dengan Falsafah Kurikulum Permata Negara yang
bertujuan mengembangkan potensi setiap anak permata negara secara
holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi.
Usaha ini memerlukan kerjasama yang jitu antara pendidik, ibu bapa
dan komuniti. Memetik kata kata Datin Rosmah Mansor dalam ucapan
beliau ketika sidang media pada 12 April 2011, "Kanak-kanak perlu diberi
peluang untuk berinteraksi dengan alam sekitar, dibenarkan mencari
pengetahuan baru dan nilai-nilai berdasarkan pengalaman konkrit supaya
mereka

dapat

membina

Turut mencadangkan agar

kemahiran

berfikir,"

ujarnya.

Beliau

menerbitkan bahan bacaan atau rujukan

mengenai pengasuhan dan pendidikan awal kanakkanak hasil dari kajian


yang

dijalankan

berasaskan

keperluan

pembangunan

kanakkanak

dan membina jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan luar dalam

12

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


meningkatkan mutu dan kualiti asuhan dan didikan awal kanak kanak di
Malaysia (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008).

4.2

DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK KANAK

Selain itu, perkembangan kognitif pada awal usia kanak kanak juga boleh
dikaitkan dengan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak Kanak seperti
yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Taman
Didikan/Bimbingan Kanak- Kanak ( TADIKA/TABIKA), dan Taman Asuhan
Kanak Kanak (TASKA). Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak- Kanak
Kebangsaan

ialah

dasar

yang

komprehensif

bagi

memastikan

perkembangan yang holistik bagi semua kanak kank dari lahir hingga 4
tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak kanak
berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh dan pelengkap
kepada dasar pendidikan yang sedia ada.
Berdasarkan teori perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh
Jean Peaget dalam buku Mok Soon Sang, (2010), kita dapati bahawa
empat faktor yang berkait dengan pemikiran individu atau pun kanak
kanak

iaitu

kematangan

biologi,

interaksi

dengan

persekitaran,

pengalaman sosial dan keseimbangan dapat dikembang dan diperluaskan


melalui program Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak Kanak yang
dilaksanakan. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan telah mengambil
langkah yang bijak bertujuan mendedahkan kanak kanak kepada kempat
empat faktor tersebut pada usia yang masih mentah dan baru setahun
jagung. Contohnya, kanak kanak dapat memperluaskan interaksi mereka
dengan persekitaran kondusif yang terdapat di sekeliling mereka, mampu
menjalinkan pengalaman sosial bersama rakan rakan dan guru serta
membentuk keseimbangan dalam pemikiran mereka.
Pada tahun 1972, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang
dinamakan Akta

Pelajaran

1961

P.U

(A),

Kaedah-kaedah

Pelajaran

(Kindergarten/ Sekolah Asuhan) (Pendaftaran). Sebanyak 90 % daripada


13

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


kanak-kanak yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di
dalam kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah
Meng 1998).
4.3
Di

KURIKULUM STANDARD PRA SEKOLAH


samping

itu,

Kurikulum

Standard

Prasekolah

Kebangsaan

turut

menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam


tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan social,
intelek

dan

rohani.

Fokus

utama

adalah

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri


penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran konstektual
dan pembelajaran berasaskan projek.
Sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan teori perkembangan
kognitif Jean Peaget iaitu hal yang berkaitan dengan empat faktor yang
mempengaruhi pemikiran individu, kanak kanak yang didedahkan
kepada Kurikulum Standard Pra sekolah mampu mencapai standard
pemikiran kanak kanak yang dikehendaki khususnya berkaitan dengan
kerohanian, sikap dan nilai. Sebagai contoh, kanak kanak mampu
mengamalkan nilai murni seperti mengamalkan amalan membaca doa
sebelum dan selepas makan, menghormati guru, ibu bapa dan rakan
rakan dalam kehidupan seharian. Dari segi aspek fizikal dan estetika,
kanak kanak dirangsang untuk membentuk kesejahteraan diri, menjaga
kesihatan dan juga memupuk daya daya imaginasi, kreativiti, bakat dan
apresiasi. Mereka juga berkebolehan berinteraksi dengan orang lain dan
boleh bekerja secara bersendirian dan juga secara berkumpulan. Lebih
lebih lagi, mereka mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), pendidikan prasekolah adalah
tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta
menentukan kejayaan hidup seseorang individu.

14

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


4.4

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Menurut Jean Peaget, bagi kanak-kanak kategori operasi konkrit ( 7 hingga


12 ), mereka berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran
mereka masih terikat dengan situasi konkrit dan mereka sepatutnya
memahami proses perubahan, keterbalikan dan menaakul. Maka, di sini
kita dapat mengaitkannya dengan salah satu daripada konsep 4M yang
terdapat dalam KSSR iaitu menaakul. Pemikiran kanak kanak dibentuk
untuk mencapai tahap pemikiran yang kreatif dan kritis. Menaakul adalah
kemahiran pemikiran aras tinggi dalam memahami sebab-akibat. Dalam
Taxonomy Bloom sekalipun, ia berada dalam aras kesusahan sederhana.
Kemahiran menaakul juga dikategorikan dalam kebolehan menganalisis.
Murid seharusnya mampu memahami proses mendapat suatu ilmu itu,
daripada menerima suatu ilmu itu seadanya.
Menurutnya lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak bagi peringkat
umur 7 hingga 11 tahun adalah lebih menjurus kepada

pengetahuan

tentang bahan yang konkrit terutama untuk belajar kemahiran baru.


Sebagai contoh, model-model tiga dimensi 3D seperti haiwan dan
tumbuhan

boleh

membantu

kanak-kanak

mengaitkannya

dengan

pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses ini ialah
kanak-kanak harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objekobjek yang diajar. Sebagai contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam
subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses
fotosintesis tumbuhan.
Berdasarkan penjelasan tersebut, kita dapat mengaitkannya dengan
salah satu daripada ciri ciri penting KSSR iaitu literasi sains dan
teknologi. Dalam aspek ini, kanak kanak didedahkan untuk menguasai
pengetahuan sains, kemahiran dan sifat saintifik serta menguasai
kemahiran berasaskan teknologi. Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok
Soon Sang (2009), kanak-kanak pada peringkat ini juga akan mula belajar
bermain dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya kerana pada tahap ini
mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Maka, kita dapat
mengaitkannya dengan aspek kemanusiaan dan sosial yang terdapat
15

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


dalam KSSR. Kanak kanak digalakkan untuk membina sahsiah diri yang
dikehendaki dan menjalin hubungan yang baik bersama masyarakat
terutamanya rakan rakan.
4.5

LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam buku Sudut Pandang Muhyiddin
Yassin, ( Isu, Kontroversi, Pandangan Serta Harapan.Sebuah Wawancara
2012), LINUS merupakan program pemulihan yang dilaksanakan bermula
2010 untuk murid murid normal yang menghadapi masalah membaca,
menulis

dan

mengira

atau

singkatannya

3M

khususnya

tahun

1.

Menurutnya lagi, secara ringkas literasi adalah kebolehan membaca,


menulis dan memahami perkataan, manakala numerasi bermaksud
kebolehan melakukan operasi asas matematik.
Dasar ini bersesuaian dengan teori Jean Peaget yang hendak
dikaitkan iaitu kanak kanak pada peringkat operasi konkrit (7-12 tahun)
sudah berkebolehan untuk berfikir secara logik walaupun pemikiran
mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. Mereka juga sudah
boleh menguasai konsep pengekalan, pengelasan dan proses menyusun
secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun.
Dalam konteks ini, kita dapat melihat program LINUS ini adalah
sangat bersesuaian bagi memantap dan memperkemaskan lagi kebolehan
kanak kanak. Mereka didedahkan kepada aktiviti pemulihan dan
pengukuhan yang terdapat dalam LINUS agar kemahiran kognitif mereka
pada peringkat ini tidak disia siakan seperti kebolehan pengekalan,
pengelasan yang lebih menjurus kepada subjek Matematik. Menurut Tan
Sri Muhyiddin Yassin, program ini memberi penekanan kepada murid 3
tahun pertama persekolahan sekali gus membolehkan pembelajaran Tahun
4 bermula 2013 diteruskan tanpa banyak kekangan.
5.0

KAITAN

PERKEMBANGAN

FIZIKAL

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

16

DENGAN

PEMBANGUNAN

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


5.1

DASAR KURIKULUM PERMATA

Berdasarkan pandangan Robert Havighurst dalam buku Perkembangan


Kanak Kanak ( Mok Soon Sang, 2009), perkembangan fizikal kanak-kanak
pada peringkat awal sekitar umur 2 hingga 6 tahun adalah melibatkan
perkembangan di psikomotor peringkat awal iaitu kanak kanak mula
belajar makan sendiri, memegang objek objek besar seperti bola dan
memanipulasi objek objek kecil seperti pensel warna. Dalam hal ini, kita
dapat mengaitkannnya dengan Kurikulum Permata yang dilaksanakan di
Malaysia. Kanak kanak mengikuti bidang pelajaran yang berkaitan
dengan perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri.
Dalam kurikulum permata ini, kanak kanak diberikan penekanan dalam
aspek fizikal seperti belajar memperkembangkan kebolehan psikomotor
seperti memegang alat alat permainan, melompat dan berlari. Mereka
juga diajar untuk tahu menguruskan diri seperti membutangkan bajunya
sendiri yang mana memerlukan kepada aplikasi koordinasi motor. Maka,
keperluan mereka dipenuhi melalui dasar ini iaitu guru-guru diajar dan
diberikan latihan dalam membantu kanak-kanak mengembangkan diri
mereka seperti melatih mereka memahirkan penggunaan otot halus untuk
menulis dan mewarna, menyusun dan bermain dengan alat alat
permainan.
5.2

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Mengikut teori Robert Havighurst, perkembangan fizikal akhir kanak-kanak


iaitu ketika berumur 9 hingga 11 semakin berkembang. Perkembangan
mereka lebih cenderung kepada membentuk kemahiran fizikal untuk
permainan. Mereka menguasai sesuatu permainan contohnya permainan
yang melibatkan pergerakan motor kasar seperti tangan, kaki dan
sebagainya Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat,
melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih
cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Maka, sesuailah dengan dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2011, iaitu Dasar 1 Murid 1
Sukan.
17

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


Menurut Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar
Mahmud, dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami
masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau
dijalankan dengan persetujuan sekolah. Antara lain juga, dasar ini
berhasrat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid supaya
menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan
cergas. Justeru, dengan adanya dasar tersebut, perkembangan fizikal dan
pemupukan potensi kesukanan kanak kanak dapat dicungkil dan
seterusnya dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, dasar
ini tidak hanya memfokuskan kepada sesetengah murid yang sedia
berkebolehan dalam sukan sahaja, bahkan diwajibkan untuk semua murid
bagi melahirkan modal insan yang sesuai dengan ungkapan Minda Yang
Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini, guru guru
bagi dasar ini digalakkan untuk membimbing kanak kanak untuk belajar
menguasai

perkembangna

psikomotor

mereka

seperti

berlari

dan

bersukan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M


1S agar setiap murid menikmati
manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang
membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
5.3) JERIS
Berdasarkan teori Robert Havighurst, kanak-kanak mula membentuk
konsep diri yang sihat terutamanya dalam aspek fizikal dan jasmani
sekitar umur 6 12 tahun. . Hal ini kerana badan yang aktif akan
menjadikan tubuh badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas, seterusnya
membentuk pemikiran yang cerdas dalam diri mereka. Dalam aspek ini,
kita juga boleh mengaitkan perkembangan jasmani kanak kanak sesuai
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu menghasilkan
individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang merangkumi aspek
pembangunan

kemanusiaan.

Choong

Pendidikan Di Malaysia, 2008)


18

Lean

Keow,

Falsafah

Dan

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


Berkaitan dengan konteks ini, perkembangan diri individu yang
seimbang dan harmonis sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan
dengan kompetensi kecerdasan jasmani. Hal ini demikian kerana ia
meruapakan suatu aspek yang bergerak seiring dengan

unsur unsur

intelek, rohani, emosi dan sosial. Justeru, kita dapat melihat dan menilai
mengapa dasar pendidikan negara amat mementingkan keseimbangan
JERIS dalam diri murid. Unsur jasmani kanak kanak dititikberatkan agar
mereka menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dalam diri, kanak

kanak

mampu

mengembangkan

bakat

dan

kemahiran

teknikal,

manipulatif dan sosial. Seterusnya, mereka juga diberikan kesedaran dan


penghayatan agar menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk
memanfaatkan masyarakat.
5.4) KSSR
Mengikut teori Robert Havighurst, pada peringkat umur 7 12 tahun,
tugas tugas perkembangan fizikal kanak kanak berkembang dengan
stabil dan tidak begitu pesat. Ia merupakan lebih kepada penambahbaikan
kemahiran kemahiran psikomotor yang sedia ada seperti perkembangan
otot otot halus, koordinasi mata dan tangan serta kebolehan menulis
dengan kemas .Seiring dengan itu, penulisan kanak-kanak ketika ini
menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu
menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam
permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut
peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar. Pergerakan psikomotor
mereka yang semakin berkembang dan terlatih ini membolehkan mereka
untuk mempelajari alat alat muzik seperti piano dan biola, menjahit,
mengait dan membina model.

Dalam konteks ini, dasar yang diperkenalkan dalam KSSR adalah


sangat bersesuaian dengan kebolehan kanak kanak itu sendiri iaitu
berkaitan

dengan

perkembangan

Fizikal

&

Estetika.

Melaluinya,

perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri terpelihara


19

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


dan berlakunya pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan asperiasi.
Kebolehan, keupayaan dan potensi mereka dapat dikembangkan dengan
lebih meluas dan sistematik dengan adanya mata pelajaran mata
pelajaran yang berkaitan seperti Seni Visual dan Muzik,

Pendidikan

Jasmani & Pendidikan Kesihatan, Dunia Sains dan Teknologi, serta Reka
Bentuk & Teknologi / TMK .Kanak kanak mampu mengaplikasikan
kemahiran kemahiran mereka sekali gus bakat dan potensi yang dimiliki
dapat digilap dengan lebih berkesan.
5.5

KSPK

Berdasarkan pandangan Robert Havighurst dalam buku Perkembangan


Kanak Kanak ( Mok Soon Sang, 2009), perkembangan fizikal kanak-kanak
pada peringkat awal iaitu sekitar umur 2 hingga 6 tahun adalah
melibatkan perkembangan pada psikomotor peringkat awal iaitu kanak
kanak mula mengaplikasikan kemahiran psikomotor yang dimiliki seperti
belajar makan sendiri, memakai pakaian sendiri, mampu

memegang

objek objek besar seperti bola dan memanipulasi objek objek kecil
seperti pensel warna dan sebagainya.
Berdasarkan

KSPK, perkembangan fizikal kanak kanak khususnya

kemahiran psikomotor dan otot otot halus dititikberatkan dengan


menyediakan modul bertema yang menyepadukan elemen-elemen dalam
6 tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif
guru

prasekolah

sentiasa

menyediakan

Sebagai contoh, guru

bahan

pengajaran

dan

pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan kanak kanak sesuai


dengan

tahap

kecerdasan

mereka.

Namun

begitu,

tujuan

guru

menyediakan alat bantu mengajar seperti bola, pensel warna, kombinasi


pecahan pecahan bongkah, dan alat alat permainan yang sedemikian
adalah sangat berkait rapat dengan kebolehan psikomotor mereka iaitu
melatih murid murid memahirkan kemahiran tersebut.

20

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK


Selain itu, KSPK turut mengaplikasikan konsep 4M ( membaca,
menulis, mengira dan menaakul) dalam P&P. Namun begitu, jika dikaitkan
dengan teori fizikal Robert Havighurst, proses menulis lebih diambil kira
kerana di situlah terletaknya pengaplikasian psikomotor kanak kanak.

21

Вам также может понравиться