Вы находитесь на странице: 1из 2

http://chujuaik.blogspot.com/2012/12/cara-mengesan-murid-murid-yang.

html

CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kumpulan Sasaran Pendidikan Pemulihan


Pendidikan pemulihan dijalankan untuk menampung keperluan-keperluan murid di dalam kelas biasa
yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal :
1) Masalah pembelajaran akibat :
a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
b) sering tidak hadir ke sekolah
c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
d) leka dan lambat
2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
a) masalah peribadi
b) masalah psikologi
c) kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir, bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah
pengamatan.

Cara Mengesan
A

Pemerhatian

Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru boleh
memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan
sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal
pasti masalah mereka lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali
serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.

Penafsiran rekod prestasi

Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya
dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara
berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan
keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas.

Rekod profil

Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua mata
pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred.
Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada
awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam rekod ini
berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR

http://chujuaik.blogspot.com/2012/12/cara-mengesan-murid-murid-yang.html
dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat , bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal
bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat
dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan
pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.

Ujian kertas dan pensel

Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa
murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam
sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis
jawapan.

Temu bual dengan guru darjah

Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yang hendak
dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaranm kita boleh
mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja
akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan muridmurid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan
masalah pembelajaran murid.

Temu bual dengan ibu bapa

Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberi maklumat tentang masalah
pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat
mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan,
pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah, Dengan adanya
maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dpat
merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.

Вам также может понравиться