Вы находитесь на странице: 1из 14

1.

0 Pendahuluan

Malaysia merupakan Negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang


bangsa dan keturunan. Hal ini telah mewujudkan perbezaan dari segi latar
belakang, status budaya dan status sosial dalam kalangan masyarakat yang
berbilang bangsa serta budaya .Sehubungan dengan itu konsep intergrasi
nasional sangat ditekankan oleh kerajaan bagi membentuk kesatuan bagi
merapatkan jurang perbezaan serta menyatukan kefahaman serta fikiran
dalam masyarakat majmuk di Negara kita ini.
Integrasi budaya bertujuan untuk menyatukan antara semua negeri di
Malaysia khususnya penyatuan antara negeri negeri di semenanjung
dengan sabah dan serawak bagi membentuk satu bangsa Malaysia sekaligus
mencapai matlamat 1Malaysia.
Oleh itu, guru sewajarnya memahami konsep integrasi nasional serta
matlamat-matlamat yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Hal ini
demikian kerana guru merupakan salah satu wasilah kearah penyatuan
antara bangsa dan kaum di Negara kita. Guru berperanan menjadi agen
untuk memberi kefahaman kepada para pelajar agar memahami konsep
kepelbagaian bangsa yang wujud serta aplikasinya kepada diri, bangsa dan
Negara.

1.1 Budaya
1.1.1 Pengertian dan konsep budaya
Mejoriti pengkaji budaya dan masyarakat telah memberi takrif yang pelbagai
tentang konsep budaya mengikut pandangan masing-masing.
Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah
yang terbentuk daripada perkataan buddhi ( budi atau akal) yang dikaitkan
dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa inggeris pula, budaya disebut
sebagai culture yang berasal daripada bahasa latin iaitu colere bermaksud
mengolah atau mengerjakan.
Di samping itu, menurut kamus dewan ( 2007 ) mendifinikan budaya sebagai
tamadun, peradaban, kemajuan akal fikiran dan akal budi. Manakala
kebudayaan pula dijelaskan sebagai cara

hidup yang merangkumi cara

bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan juga merupakan hasil


kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan dan kerohanian sesuatu
masyarakat.
Menurut koentjaraningrat ( 2002), budaya merupakan keseluruhan pemikiran
dan hasil manusia yang berasaskan proses pembelajaran. Budaya dalam
difinisi diatas mencakupi hampir semua aspek kehidupan manusia. Hal ini
bermaksud budaya dapat dipelajari secara individu atau sekumpulan individu
dalam aspek kehidupan mereka.
Tambah koentjaraningrat lagi, budaya mengandungi tujuh unsur utama,
iaitu :

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Agama dan upaya keagamaan


System dan organisasi kemasyarakatan
Sistem pengetahuan
Bahasa
Kesenian
System ekonomi
Sistem teknogi dan peralatan.

Menurut beliau ketujuh tujuh unsur inilah yang membentuk suatu budaya
secara keseluruhanya.

Pada pandangan A. Aziz Deraman ( 1994 ) pula, beliau mengatakan bahawa


sifat budaya adala universal dan tetap dari segi paradoksnya. Pada masa
yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain. Namun begitu, terdapat persamaan antara ciri-ciri
budaya.
Ciri-ciri budaya dalam suatu kelompok ialah :
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Budaya perlu dipelajari


Dikongsi
Bersifat sejagat
Boleh diwarisi
Berubah-ubah
Mempunyai unsur simbolik
Adanya pandangan semester ( word view )

Menurut tafsiran yang dibuat oleh Mohd Taib Osman ( 1988 ) di dalam buku
budaya dan pembelajaran karangan Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan
Ahmad Subki Bin Miskon, beliau menyatakan bahawa budaya merupakan
satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu
memenuhi

kehendak

biologi

dan

kemasyarakatan

menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

serta

dapat

Menurut Selo Soemardjan dan soelaiman Seomardi bersepakat bahawa


budaya merupakan satu alat menghasilkan karya seni, rasa dan penciptaan
dalam sesebua masyarakat. Penghasilan karya atau kesnian tersebut
dipersembahkan

dalam

pelbagai

bentuk

yang

akan

menjadi

asas

kebudayaan masyarakat.
Secara kesimpulanya, budaya dari segi bahasa merupakansatu cara hidup
yang diamalkan dalam masyarakat pada hari ini. Dari segi istilah pula
budaya ialah satu gaya hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang
termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir
seseorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya dapat
dikaitan dengan interaksi individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya
merupakan warisan social manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah
laku yang boleh diwarisi.Budaya adalah hak masyarakat yang akan
menentukan bentuk tingkah laku mereka.

1.1.2 komponen budaya


Masyarakat majmuk khususnya di Malaysia kaya dengan pelbagai budaya.
Kepelbagaian budaya ini boleh dilihat dari segi cara berfikir, cara hidup,
komunikasi sosial,taraf ekonomi, ilmu pengetahuan, tingkah laku dan
sebagainya. Walaupun perbezaan ini kelihatan agak ketara antara budaya
suatu kelompok dan satu kelompok yang lain, sebenarnya ada lima unsur
utama budaya dalam setiap kelompok masyarakat iaitu :
a)
b)
c)
d)
e)

Symbol dan lambang


Bahasa
Nilai dan kepercayaan
Norma
Teknologi, resam dan mores

Simbol atau lambang


Simbol atau lambang iaitu merupakan suatu tanda yang melambangkan
sesuatu kelompok atau bangsa yang berkongsi budaya yang sama.
Kebiasaanya symbol atau lambing dikhususkan kepada objek fizikal. Sebagai
contoh, masyarakat melayu akan dilambangkan dengan objek keris. Apabila
orang terlihat sahaja keris pasti orang akan melihat kepada masyarakat
melayu. Keris bermaksud kebaranian dan kepahlawanan. Lambang untuk
kaum cina pula ialah naga.

Bahasa
Naga dan singa lambing
Keris lambang
kaum cina
kaum melayu

Bahasa merupakan alat komunikasi. Bahasa juga bole menjadi symbol atau
lambing sesuatu bangsa atau kelompok budaya. Bahasa digunakan untuk
berinteraksi atau kelompok masyarakat baik intraksi lisan ataupon bukan
lisan. Sebagai conto, masyarakat melayu mempunyai bahasa dan gaya
bahasa yang tersendiri contohnya terdapat pelbagai bahasa kiasan, bidalan
atau pepatah yang digunakan dalam interaksi dalam masyarakat melayu.

Contohnya pepatah melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


yang bermaksud semangat kerjasama dalam kehidupan seharian. Bahasa
juga melambangkan corak pemikiran dan amalan seharian sesuatu bangsa
tersebut. Namun kebiasaanya, bahasa ini hanya akan difahami oleh
kelompok

yang menggunakan bahasa tersebut sahaja. Sebagai contoh,

masyarakat kadazan dan iban akan menggunakan dialek mereka bila mereka
berinteraksi antara satu sama lain. Namun apabila orang lain mendengar
apa yang mereka perkatakan, sudah tentu mereka tidak faham kerana
bahasa atau dialek tersebut hanya digunakan oleh bangsa atau kelompok
mereka sahaja. Namun dengan usaha transmisi bahasa yang dilakukan oleh
kerajaan seperti, bengkel-bengkel, serta mewujudkan kamus-kamus, suatu
hari nanti suatu bangsa yang lain boleh merinteraksi dengan menggunakan
bahasa atau dialek asing daripada bahasa mereka sendiri.

Nilai dan kepercayaan.


Kepercayaan merupakan rumusan tentang masa lalu, menerangkan tentang
masa kini dan meramalkan masa yang akan dating. Nilai pula bermaksud,
idea yang abstrak serta dikongsi bersama tentang apa yang betol, diingingi
dan

dihormati.

Nilai

ialah

prinsip-prinsip

umum

yang

berasaskan

kepercayaan, iaitu yang dianggap benar, betol dan sebaliknya. Secara


umumnya, nilai iala menjelaskan sesuatu yang patut dilakukan dan
kepercayaan pula merujuk kepada sesuatu yang betol atau sebenar.
Disamping itu nilai ini bersifat sejagat dan universal. Misalnya setiap
masyarakat mempunyai nilai baik dan buruk terhadap sesuatu perkara.
Perkara tersebut mesti dipatuhi oleh masyarakat tersebut. Sebagai contoh,
masyarakat melayu menekankan nilai berbudi bahasa dengan orang yang
lebih tua dan mengasihi golongan yang lebih muda. Masyarakat Cina
mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling

menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai


perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk
dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Sebagai contoh
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung.
Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku
kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil
juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata
kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari
terkena badi.

Melayu : Hormati yang


Cinatua
: Jaga
dan pantang
sayangi larang semasa
yang muda
mengandung

Norma
Norma merupakan peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan
yang dijangka akan dipatuhi ole setiap anggota masyarakat ( kamus dewan,
2007 ). Selain itu, norma dikaitkan dengan peraturan dan jangkaan yang
membimbing perlakuan seseorang ahli masyarakat. Hal ini bermakna, norma

bermaksud cara seseorang individu itu seharusnya bertingka laku. Norman


ini juga adalah standart peraturan yang dipersetujui dalam masyarakat.
Terdapat

norma

proskriptif

iaitu

menggariskan

apa

yang

tidak

sepatunya dilakukandan norma preskriptif pula bermaksud apa yang boleh


dilakukan. Contoh dalam masyarakat melayu terdapat norma semasa
berlaku kematian. Semasa menziarari kubur ada norma pemakaian yang tela
ditetapkan oleh masyarakat melayu dan ia mesti diikuti oleh semua
masyarakat melayu semasa berlaku kematian dan menziarahi kubur.

Teknologi, Resam dan Mores.


Teknologi merupakan artifak dan kaedah yang digunakan dalam kehidupan
seharian sesuatu kelompok sosial. Teknologi juga merupakan satu gagasan
pengetahuan praktis dan peralatan untuk meningkatkan keberkesanan
penggunaan tenaga serta mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia.
Resam pula bermaksud adat kebiasaan atau peraturan yagng mnejadi
adat. Misalnya dalam upacara peminangan dalam masyarakat melayu,
peminangan dilakukan oleh orang lelaki bukan orang perempuan. Sekiranya
wanita yang pergi meminang lelaki ianya kelihatan janggal dan menyalahi
adat walaupon sebenarnya ia bukan sesuatu yang bertentangan dengan
agama islam.
Mores

pula

bermaksud

norma

yang

kuat.

Manusia

meletakkan

kepentingan moral dan mores ini dan ianya tiada toleransi dalam hal ini.
Mereka percaya bahawa mores amat penting bagi menentukan masyarakat
yang bersopan santun dan teratur. Oleh itu siapa yang melanggar mores ini
akan dikecam. Contohnya, anak lelaki sewajarnya menghormati ibu bapa.
Sekiranya anak lelaki tersebut tidak menghormati ibu bapa mores dalam
masyarakat melayu akan melabelkan anak tersebut sebagai derhaka.

1.2 Konsep kepelbagaian kelompok di Malaysia


Dalam memahami pengertian dan konsep kepelbagaian kelompok di
Malaysia , kita juga perlu jelas dengan beberapa konsep berikut :
1.2.1 Etnik
Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan
kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat
dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan
penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan
pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks
masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup
berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza
berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan
hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau dan
pelbagai

lagi

dianggap

sebagai

etnik.

Etnik

pada

dasarnya

bersifat

etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan


lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta
dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk


kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti
wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan
anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang
wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya
dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat
kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
Etnosentrisme cenderung memandang rendah orang-orang yang
dianggap asing, etnosentrisme memandang dan mengukur budaya asing
dengan budayanya sendiri. ( The Random House Dictionary ).
Ada satu suku Eskimo yang menyebut diri mereka suku Inuit yang berarti
penduduk sejati [Herbert, 1973, hal.2]. Sumner menyebutkan pandangan
ini

sebagai

etnosentrisme,

yang

secara

formal

didefinisikan

sebagai

pandangan bahwa kelompoknya sendiri adalah pusat segalanya dan


semua kelompok lain dibandingkan dan dinilai sesuai dengan standar
kelompok tadi [Sumner, 1906, hal.13]. Secara kurang formal etnosentrisme
adalah

kebiasaan

setiap

kelompok

untuk

menganggap

kebudayaan

kelompoknya sebagai kebudayaan yang paling baik.


Etnosentrisme terjadi jika masing-masing budaya menolak bercampur
dengan kebudayaan lain. Porter dan Samovar mendefinisikan etnosentrisme
dengan menuturkan, Sumber utama pertelingkahan budaya dalam sikap
adalah etnosentrisme, yaitu kecenderungan memandang orang lain secara
tidak sedar dengan menggunakan kelompok kita sendiri dan kebiasaan kita
sendiri sebagai kriteria untuk penilaian.

Kecenderungan etnosentrisme berkait rapat dengan kemampuan


belajar dan berprestasi. Dalam buku The Authoritarian Personality, Adorno
(1950) menemukan bahwa orang-orang etnosentrisme cenderung kurang
terpelajar, kurang bergaul, dan pemeluk agama yang fanatik. Dalam
pendekatan ini, etnosentrisme didefinisikan terutama sebagai kesetiaan
yang kuat dan tanpa kritik pada kelompok etnik atau bangsa sendiri disertai
prasangka terhadap kelompok etnik dan bangsa lain. Yang ertinya orang
yang etnosentrisme susah berasimilasi dengan bangsa lain, bahkan dalam
proses belajar-mengajar.

1.2.2 Ras
Ras adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri
fizikal yang diwarisi secara genetik. Terdapat tiga ras yang dominan iaitu
Caucasian (kulit putih), Negroid (kulit hitam) dan Mongoloid (kulit kuning).
Warna kulit merupakan ciri utama bagi menentukan ras seseorang. Rupa
bentuk fizikal seperti rambut,paras wajah,bentuk kepala dan kumpulan darah
juga digunakan untuk menentukan ras. Walau bagaimanapun hasil daripada
evolusi manusia telah menyebabkan wujudnya pertindihan sebahagian
kriteria antara ras. Oleh itu sangat sukar untuk membuat perbezaan yang
tepat. Sebagai contoh, kumpulan Polynesian memiliki rupa paras
yang mengelirukan. Mitos ras ini telah digunakan bagi menentukan perasaan
keagungan sesebuah kumpulan ras.
1.2.3 Minoriti
Perkataan

minority

tidak

merujuk

kepada

bilangan

penduduk

aau

statistiknya. Sebenarnya kumpulan minority ini merujuk kepada kumpulan

yang lebih rendah kedudukannya,statusnya dan sering didikriminasikan.


Kreteria untuk menentukan satu kumpulan itu menoriti atau tidak iala ras
dan etnik.
1.2.4 Masyarakat
Masyarakat ialah satu konsep yang paling penting dalam memahami
hubungan

etnik.

Terdapat

pelbagai

pendapat

yang

diberikan

dalam

mendefinisikan konsep masyarakat. Ralph Linton (1936) melihat masyarakat


sebagai kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan
saling bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan
diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu.
Lucy Mair (1965) pula menyatakan masyarakat adalah satu gagasan yang
terdiri daripada manusia yang saling berhubungan secara kolektif dengan
mampunyai hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf. Menurut
definisi Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu.
Secara umumnya masyarakat boleh didefinisikan sebagai sekumpulan
manusia hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai
kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan. Secara umum,
masyarakat mengalami proses evolusi dari satu tahap ke satu tahap yang
lain. Bermula dengan masyarakat primitif, masyarakat berubah kepada
masyarakat menternak, masyarakat holtikultur dan tani. Keempat-empat
tahap

ini

dikenali

sebagai

masyarakat

tradisional.

Masyarakat

terus

berkembang daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden


seperti masyarakat industri, masyarakat pascaindustri dan masyarakat sains
dan teknologi. Perkembangannya adalah berbentuk sehala dan berterusan.
Ciri-ciri utama masyarakat ialah :
a) Berkelompok
b) Berbudaya

c) Mengalami perubahan
d) Berinteraksi ( dalaman dan dengan pihak luar )
1.2.5 Kelompok
Kelompok merupakan sekumpulan yang memiliki kesedaran yang sama
tentang

keanggotaan

ahlinya,

sering

berinteraksi

dan

dibentuk

oleh

masyarakat.Terdapat dua jenis kelompok iaitu kelompok asas dan kelompok


sekunder. Jarak interaksi bagi kelompok yang berlainan adalah berbeza beza.
Kelompok asas mempunyai ciri-ciri berikut :
a)
b)
c)
d)
e)

Interaksi bersemuka yang berterusan.


Identifikasi peribadi yang kuat dengan kelompok.
Hubungan kemesraan yang erat dalam kalangan ahli.
Hubungan yang pelbagai bentuk
Hubungan yang lebih berkekalan

Kelompok sekunder pula mempunyai ciri-ciri berikut :


a)
b)
c)
d)
e)

Interaksi bersemuka dan terhad.


Identifikasi peribadi dengan kelompok lemah
Pertalian antara ali kelompok lemah
Hubungan antara ahli renggang dan terhad
Hubungan biasanya tidak berkekalan.

Hubungan kelompok sekunder biasanya tidak berkekalan. Individu anya


mengenali antara satu sama lain secara formal dan tidak melibatkan
perasaan. Sebagai contoh, kehidupan di Bandar Bandar besar seperti di
Kuala Lumpur. Biasanya individu akan mengenali jiran terdekat atau rumah
yang berampiran dengannya.hubungan sebegini hanya melibatkan interaksi
yang terhad. Berbeza dengan masyarakat kampong, mereka saling kenal
mengenali. Mereka hidup dalam suasana mahabbah dan bergotong royong
dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan atau pemermasalahan. Oleh itu,

dapatlah kita kategorikan mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar ialah


kelompok sekunder.

Вам также может понравиться