Вы находитесь на странице: 1из 1

WANITA

Cabaran wanita dulu dan kini


MOHAMAD NURHADI RAZALI

emasa
perundangan
Greek,
wanita tidak diberikan peluang
untuk belajar dan hanya dikurung
di dalam rumah. Mereka dihina
serta dianggap hamba yang kotor
sehinggakan boleh dijual beli seperti
barang dagangan. Mereka tidak
mempunyai hak yang boleh dituntut
melainkan makan, minum, tempat
tinggal dan pakaian sahaja.

Di penghujung kemuncak
tamadun
ini, wanita dijadikan
alat untuk memuaskan nafsu lelaki
semata-mata manakala model-model
perempuan
bogel
dipopularkan
seterusnya
membawa
kepada
keruntuhan
moral
masyarakat
tamadun ini.

Dalam kitab Sarf al-Khuruj
kitab agama Yahudi, seseorang bapa
boleh menjual anak perempuannya
bagi mengatasi kemiskinan. Manakala
dalam kitab Thalmud, tidak boleh
seorang perempuan Yahudi mengadu
kepada sesiapa jika didapati suaminya
melakukan hubungan seks dengan
perempuan lain walaupun di dalam
rumah mereka sendiri. Lelaki Yahudi
boleh
menikmati,
merendam,
membakar atau membuat apa sahaja
yang digemarinya terhadap isteri
mereka.

Dalam bab pewarisan harta
pula, anak perempuan Yahudi tidak
boleh mewarisi apa-apa harta pusaka
yang ditinggalkan. Hanya lelaki sahaja
boleh menerima pusaka. Wanita
hanya boleh menerima belanja hidup
dari lelaki yang menguasai pusaka itu.

Pada era Rumawi, wanita
seawal usia remaja dikongkong di
bawah kekuasaan penjaganya. Mereka
boleh dihalau dan dijual oleh penjaga
mereka. Walaupun pada zaman ini
terdapat satu undang-undang yang
dikenali sebagai Undang-undang Dua
Belas, namun ia tidak memberikan
sebarang
pengiktirafan
terhadap
wanita.
Dalam
undang-undang
Inggeris sehingga tahun 1805, suami
boleh menjual isterinya dengan
harga minimum 6 pence seorang.
Apabila revolusi Perancis berlaku,
penindasan sesama manusia ini telah
ditamatkan namun penindasan ke
atas wanita masih berterusan. Dalam

58

CETUS EDISI 7

undang-undang Perancis ketika itu,


wanita tidak layak mendapat hak
sivil sepenuhnya. Hal ini boleh dilihat
apabila seseorang perempuan telah
berkahwin, maka secara automatik
namanya dan nama keluarganya akan
hilang dan diganti dengan nama baru
mengikut nama suaminya.

Setelah meneliti kedudukan
wanita dalam perundangan selain
Islam, maka sekarang kita akan
dapat gambaran yang jelas mengenai
penghormatan dan pengiktirafan
yang diberikan Islam kepada wanita.

Islam tidak pernah menafikan
hak wanita. Mereka disamakan
dengan lelaki kerana masing-masing
mempunyai kelebihan. Bahkan pada
sesetengah
keadaan
kedudukan
wanita akan menjadi lebih tinggi
dari lelaki seperti ibu-ibu yang mana
mereka ini lebih mulia berbanding
lelaki jika tinggi taqwanya.

Persamaan
antara
lelaki
dan wanita dilihat dari aspek asal
usul kejadian, tuntutan agama serta
tanggungjawabnya, pembalasan di
akhirat, hak-hak pemilikan harta serta
aspek ilmu.

Manakala dalam hak sivil
pula, wanita diberikan hak sivil sesuai
dengan tabiat semula jadi mereka.
Mereka tidak boleh dihina sama
sekali mahupun diperlakukan seperti
barangan jualan.

Dalam
mazhab
Hanafi,
wanita yang sudah sampai umur
tidak boleh dikahwinkan kecuali
dengan kemahuannya sendiri. Dalam
mazhab Syafie pula, jika wanita itu
dikahwinkan dengan orang yang
tidak setaraf dengannya, maka wanita
itu boleh membantah perkahwinan
tersebut. Secara umumnya pula,
wanita yang cukup umur, mereka boleh
bertindak sendiri dalam urusan jual
beli, mengadakan kontrak, memiliki
harta
dan
membelanjakannya,
menukar milik, menghadiahkan atau
mendermakan hartanya sesuka hati
selagi mana tidak berlawanan dengan
agama Islam.

Wanita dan media



Kebanyakan
iklan
yang
dipaparkan di media cetak dan
juga media elektronik menjadikan
wanita-wanita cantik sebagai model
pengiklanan mereka. Tidak dinafikan

bahawa ada model yang kecantikannya


adalah secara semula jadi. Akan tetapi
terdapat juga model-model yang
digunakan dalam pengiklanan adalah
palsu semata-mata.

Iklan
kecantikan akan
menyebabkan wanita
menghadapi masalah
jiwa dan kurang
keyakinan diri
Syarikat
pengiklanan
akan
menggabung dan menukar beberapa
bahagian model yang dianggap tidak
berapa sesuai untuk disiarkan dengan
teknik kesan kamera agar gambarnya
akan kelihatan lebih cantik dan
menarik.

Hal ini sebenarnya tidak elok
kerana terdapat kesan negatif dalam
kalangan penonton terutama wanita.
Para wanita yang lazimnya amat
meminati kecantikan akan terlalu
obses terhadap kecantikan model
iklan yang di pamerkan. Sekiranya
mereka tidak dapat apa yang mereka
impikan, potensi untuk mereka rasa
terpencil dan kurang keyakinan diri
adalah tinggi. Mahu tidaknya, apabila
seseorang yang kecantikannya tidak
seberapa sudah pasti akan berasa malu
dan segan untuk berhadapan dengan
orang yang lebih cantik darinya.

Maka dalam hal ini, sebarang
bentuk pengiklanan yang berkait
dengan
kecantikan
seharusnya
dihentikan
dalam
menggunakan
gambar-gambar yang tidak asli kerana
ia hanya akan memberikan kesan
psikologi kepada para wanita.

Sebagai kesimpulannya, Islam
bukanlah satu agama yang tidak
mempunyai kebebasan. Akan tetapi
kebebasan yang diberikan perlulah
berdasarkan landasan yang telah
ditetapkan agar tidak melanggar hak
mana-mana pihak. Dalam Islam dunia
diibaratkan sebagai penjara, namun
kebebasan yang berkekalan menanti
mereka di kehidupan selepas kematian
nanti.

Вам также может понравиться