Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Ternyata Negara kita Malaysia sangat kurang guru-gru penerbitan video pengajaan
sendiri. Sepanjang pencarian saya, saya boleh membuat kesimpuan bahan 1:5
video pendidikan dan lagu-lagu dalam Bahasa melayu. Kebanyakkannya adalah
dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian saya terpaksa juga memasukkan video
dan lagu dalam Bahasa Inggeris dan Lgu kanak-kanak Indonesia.
Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah
menyiapkan kerja kursus ini. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap aplikasi
teori psikologi, teori pembelajaran, teori dan prinsip grafic, teori media pengajaran,
teknik penyoalan, kemahiran berfikir dan sebagainya dalam penyediaan pakej
TPP. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak mencukupi bagi saya
untuk memahami sukatan pelajaran pada semester ini. Oleh itu, tugasan ini telah
banyak membantu saya menerokai segala perkara atau topik yang dipelajari dalam
sepanjang semester ini..
Malah, saya berpeluang untuk mengaplikasi beberapa teknik fotografi, video,
perisian persembahan elektronik dan sebagainya. Hal ini adalah penting kerana sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan di
samping mencapai objektif dan hasil pembelajaran. Guru juga dapat menarik
perhatian dan minat murid terhadap pembelajaran melalui kecanggihan teknologi
alat bantu mengajar yang disediakan. Di samping itu, nilai-nilai kerjasama dan saling
bantu-membantu juga dipraktikkan semasa menghasilkan tugasan ini walauun
tugasan ini dijalankan secara individu, kami telah bekerjasama berbincang dan
mencari maklumat bagi topik yang berkaitan jika menghadapi masalah atau
kekangan. Jadi, walaupun masa yang diberi singkat, tetapi tugasan yang dihasilkan
benar-benar memuaskan hati saya.
Antara masalah yang saya hadapi ialah kesukaran untuk menghasilkan video
klip yang menarik dan berkualiti. Hal ini kerana saya mengakui kurang
berpengalaman
dalam
menggunakan
perakam video
digital
dan
teknik
menggambar yang sesuai. Namun, nota dan bimbingan daripada Puan Rosnah Bt
Ahmad Zain amat saya hargai kerana telah berjaya membantu saya menyelesaikan
masalah tersebut. Melalui pencarian maklumat dan pengolahan kerja kursus ini,
saya berjaya meningkatkan pemahaman saya dalam topik ini dengan bantuan Puan
Rosnah Bt Ahmad Zain dan rakan-rakan saya. Oleh itu, saya ingin mengucapkan
terima kasih lagi kepada Puan Rosnah Bt Ahmad Zain kerana menyediakan soalan
kerja kursus yang sedemikian rupa kerana ia banyak menolong meningkatkan
kemahiran dan pemahaman saya dalam topik yang dipelajari.
Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat menimba ilmu tentang caracara menghasilkan video yang menarik serta cara-cara penggunaan kamera video.
Sebelum ini, saya langsung tidak mengetahui cara-cara penggunaan kamera
apatah lagi untuk menghasilkan video. Sekarang saya sudah mampu untuk
menggunakan kamera dan serba sedikit mahir untuk meng edit video. Saya juga
dapat belajar tentang langkah-langkah penghasilan skrip untuk video. Untuk
menghasilkan video yang berkualiti, kita perlukan perancangan dan persiapan rapi.
Melalui tugasan ini, saya dapat belajar bagaimana cara untuk menghasilkan skrip
dan membuat perancangan untuk menghasilkan sesuatu video.
Jika saya diberi peluang untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada
masa hadapan, saya akan menghasilkan video klip yang lebih menarik dan
berkualiti. Saya akan memahirkan diri saya dengan teknik fotografi, penggambaran,
perisian komputer dan sebagainya supaya dapat menghasilkan hasil kerja yang
memuaskan. Selain itu, saya juga akan untuk menggunakan reka bentuk dan grafik
yang lebih menarik yang dapat menarik perhatian murid-murid.
Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus pendek
ini. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini
mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.
Syukur Alhamdulillah, segala puji terhadap Illahi kerana akhirnya saya berjaya
menyiapkan tugasan untuk mata pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran ini. Saya juga bersyukur kerana tugasan ini dapat disiapkan pada
masa yang telah ditetapkan oleh pihak pensyarah. Ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada pensyarah saya, Puan Mimma Sayuti yang banyak membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini.
Ketika mendapat tugasan ini, saya tanpa berlengah masa mencari bahan
rujukan sama ada di dalam internet atau dalam buku. Hal ini demikian, tugasan ini
bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jadi masa begitu penting supaya
tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Pertama sekali, melalui tugasan Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran ini
saya dapat belajar bahawa kerjasama antara rakan sangat penting dalam
menyiapkan sesuatu tugasan. Tugasan ini memerlukan saya untuk bekerjasama
dengan rakan bagi mendapatkan maklumat. Segala pengetahuan yang ada di kongsi
bersama. Sekiranya tidak berbuat demikian, sudah tentu tugasan ini tidak dapat
dihasilkan dengan sempurna.
Melalui tugasan ini saya mendapat pemerolehan ilmu yang cukup tinggi.
Hal ini demikian kerana, kerja kursus ini memerlukan saya membuat perancangan
pengajaran yang mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bagi membuat RPH ini saya dan rakan perlu mengkaji beberapa aspek
seperti media pengajaran apa yang sesuai untuk diintegrasikan dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran. Walaupun banyak unsur TMK yang boleh dipilih
tetapi untuk mencari media pengajaran yang sesuai bukanlah mudah. Hal ini
demikian setiap media pengajaran yang dipilih hendaklah memberi manfaat kepada
murid-murid dan membantu mereka dalam aktiviti pembelajaran.
Melalui tugasan ini juga saya dapat menerokai pelbagai jenis media
pengajaran yang sebelum ini saya tidak pernah dengar. Sebagai contohnya
Voicethread, Google Docs dan bermacam-macam lagi. Di samping itu, apa yang
saya peroleh daripada melakukan tugasan ini pula, saya dapat mengetahui
bagaimana untuk merancang pengajaran mengikut format yang sesuai dan baik.
Sebagai contohnya saya memilih untuk mengambil sukatan KSSR Tahun 3. Jadi
untuk membuat RPH berdasarkan KSSR ini memerlukan saya mencari dan
membuat rujukan tentang format dan kandungannya dengan betul. Jadi,
pendedahan yang saya dapat dari awal ini sudah tentu dapat membantu saya
apabila saya menjalani praktikum kelak.
Selain itu, saya juga belajar bagaimana untuk memilih kaedah dan teknik
yang bersesuaian untuk perancangan pengajaran dan pembelajaran yang saya
hasilkan. Tambahan lagi, saya dapat mengaplikasikan segala pengetahuan sedia ada
dan baharu berkaitan teori pembelajaran saya dalam RPH. Pada pendapat saya,
tugasan ini agak sukar pada mulanya untuk dilaksanakan kerana saya bimbang
sekiranya apa yang saya rancangkan lari daripada konsep yang dikehendaki.
Namun begitu, saya bertuah kerana memiliki pensyarah dan rakan-rakan yang sudi
membimbing saya.
Manakala bagi tugasan seterusnya ialah saya perlu menghasilkan portfolio
dan mendokumenkannya dalam perisian LiveBinders. Bagi saya, tugasan ini paling
menyeronokkan. Hal ini demikian kerana sebelum ini saya tidak pernah
menggunakan perisian LiveBinders. Jadi, banyak perkara yang saya perlu terokai.
Salah satu kelebihan menggunakan perisian ini ialah saya dapat berkongsi
maklumat yang saya ada dengan orang lain dan begitulah sebaliknya.
Sepanjang saya membuat tugasan ini, saya begitu seronok kerana tugasan
ini melatih saya untuk menjadi bakal guru yang kreatif, bijak menganalisis dan
berfikiran tajam serta berani untuk melontarkan pendapat dalam menghasilkan
sesuatu perkara. Sebagai bakal guru, saya juga bersyukur kerana sudah mendapat
pendedahan yang mendalam pada peringkat awal tentang pelbagai media
pengajaran untuk saya gunakan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran
saya.
Akhir sekali, kemuncak kepada pentingnya kerja kursus ini dilaksanakan
ialah saya dapat meningkatkan kompetensi diri saya untuk menjadi insan yang
mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan
seharian saya. Tugasan yang diberi cukup bermanfaat dan membantu guru pelatih
dalam meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.Insya-Allah.Sekian, terima
kasih
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dapat juga saya dan rakan-rakan menyiapkan
kerja kursus EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Jutaan
ucapan terima kasih didahulukan kepada pensyarah subjek ini iatu Puan Zainab
Binti Ahmad yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam
Sehubungan dengan itu, melalui mata pelajaran ini, saya dapat mempelajari untuk
menyediakan pelbagai jenis kaedah dalam teknologi dan saya dapat bersedia
menghadapi segala cabaran dalam era teknologi ini.
Sekian, terima kasih.