Вы находитесь на странице: 1из 4

PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMAL SAINS

Peti pertolongan cemas


Peti pertolongan cemas yang lengkap hendaklah disediakan SEKARANG juga tiap-tiap
makmal dan bilik persediaan.
Saiz peti pertolongan cemas mesti sesuai untuk mememuatkan semua kelengkapan yang
disenaraikan dalam 2 di bawah.
Peti hendakalah dicatkan warna putih dan perkataan PETI PERTOLONGAN CEMAS
ditulis dengan cat merah dibahagian hadapannya.
Jangan kuncikan peti ini pada bila-bila masa.
Peti ini hendaklah di letakkan di bahagian hadapan bilik makmal dan di tempat yang
sesuai di bilik makmal .
Senaskah buku panduan pertolongan cemas hendaklah di masukkan dalam peti ini.
Kandungan peti pertolongan cemas
Tiap-tiap benda yang berada dalam peti pertolongan cemas hendaklah dilebel dengan
terang dan kegunaanya hendaklah nayatakan dan pastikan bahawa benda-benda
disimpan dalam keadaan yang bersih.
Peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi benda-benda
seperti berikut:
a) Antiseptic
i) Acraflavine yang di gunakan untuk luka baru
ii) Cetavlon (salvon) yang di gunakan sebagi pencuci luka
ii) Eusol yang di gunakan untuk luka lama
b) Cream
i) Burnol
ii) Paraffin Gauge
Kedua-dua untuk rawatan terbakar atau melepuh
c) Jenis balutan
i) Pembalut kain kasa 1 inci, 2 inci dan 3 inci lebar masing-masing
ii) Kain kasa
iii) kapas
iv) Andoh tiga segi
d) Zinc Oxide Plaster
e) Penyepit dan gunting
Peti pertolongan cemas

a) Amaran
Jika sesorang yang ditimpa kemalangan itu disyaki patah tulang atau cedera dalam
badan, panggil ambulan atau doktor dengan serta merta. JANGAN alihkan pesakit dari
tempatnya.segala kemalangan yang berlaku dalam makmal yang disyaki serius
hendaklah mendapat rawatan perubatan daripada doktor.
b) Melepuh
i) Melepuh terkena asid atau alkali
Basuh secukupnya dengan air, misalnya dengan membasuh di bawah air paip yang
terbuka selama 10 minit.
Semasa merawat melepuh terkena asid atau alakali adalah penting menggunakan air
yang banyak bagi menbasuhnya dan bahan penuetral tidak digunakan sehingga selepas
bahagian terjejas dibasuh dengan air. Jika pengawasan ini diabaikan, haba dari larutan
bahan penuetral mungkin akan merosakan lagi bahan yang terjejas.
ii) Melepuh terkena bahan panas
Jika tidak teruk letakkan bahgian anggota yang terjejas itu di bawah air yang mengalir
selama beberapa minit, kemudian biarkan terdedah kepada udara.
Jika teruk sebahagian besar anggota yang melepuh atau kulit melupas lekatkan selurat
badan yang terjejes itu dengan pedap kain kasa yang kering dan bersih.Jangan sapu
apa-apa minyak, ubat serbuk. Balut disekeliling pedap ini dengan kain pembalut dan
tentukan bahawa pembalut tidak terlalu ketat.
c) Kebakaran
i) Kebakaran bahan uji
Adalah mustahak untuk memadam api secepat yang mungkin demi mencegah berlakunya
kecederaan yang lebih teruk. Tutup semua penunun gas, tutup litar elektik
disekitardan pindah atau keluarkan apa-apa benda yang boleh terbakar.Kawalan api
adalah bergantung kepada saiz dan jenis kebakaran.
Kebakaran kecil (misalnya kebakaran alkohol dalam bikar) biasanya boleh dipadam
dengan menutupnya dengan kain lembab yang bersih. Api akan padam apabila
kekurangan udara.
Api yang lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir kering . Pasir yang telah
disimbahi hendaklah dibuang kerana ia mungkin menggandungi bahan meruapyang
mudah terbakar.Selaian daripada itu api boleh dipadam dengan menggunakan pemadam
api karbon dioksida atau busa.
Ii) Kebakaran pakaian
Jangan biarkan sesorang yang pakaiannya terbakar berlari dengan mengibas-ngibaskan
api. Suruh ia merebahkan badannya dan balut badannya sekejab-kejab dengan gebar
kalis api hingga padam.Rawat mana bahagian kulit yang melepuh.

Iii) Kelas api dan alat pemadam api yang sesuai digunakan adalah seperti di bawah:
KELAS API DAN JENIS PEMADAM API .
KELAS API

CONTOH

A Api pepejal

kayu, kertas, kain, getah Air, Air karbon dioksida,


dan lain-lain
serbuk kering (dry
powder)

B Api cecair - boleh


dibahagikan kepada 2
kumpulan:
i. Bercampur dengan air

- netil alkohol, etil alkohol, Semburan air Busa (foam)


aseton , oceton, octana,
pentana - minyak, petrol Cecair bersejat seperti
BCF

ii. Tidak bercampur


dengan air

C
Api Gas atau Gas Cecair

ALAT PEMADAM API


YANG SESUAI

Gas karbon dioksida


Serbuk kering (dry
powder)
- berupa pertumpah
cecair, kebocoran gas
atau cecair

Busa (foam)
Serbuk kering (dry
powder)

Contoh: methane, propane,


Air - berupa semburan
butane dan lain-lain
untuk menyejukkan tangki.
D
Air Logam

- Kalium, natrium, kalsium, Dry Powder, pasir kering,


megnesium, Aluminium,
simen kering, powder
zink dan lain-lain
graphite, powder talc, abu
soda.

D).

KECEDERAAN MATA

I)

Benda pepejal dalam mata

jika benda itu tajam atau merupakan kaca. JANGAN cuba mengeluarkannya. Minta
pesakit supaya jangan mengosokkan mata. Tutup mata itu dengan pedap kain kasa yang
tebal dan lembut. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta-merta.
Ii)

Kekotoran melekat di mata

Lentokkan kepala pesakit dan kemudian mengalirkan air ke dalam mata dari botol

basuh. Juga boleh meminta pesakit buka dan tutup matanya berulangkali di dalam
basin yang mengandungi air yang bersih. Jika ini berjaya untuk mengeluarkan
kekotoran. Gunakan bucu saputangan yang dibasahkan. Jika perlu kelopak mata bawah
boleh ditarik ke bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan. Sekiranya masih gagal,
ikuti cara (i) di atas.
iii).

Mata dimasuki asid atau alkali

Dengan serta-merta, basuh mata dengan air mengalir secukupnya atau membuka dan
menutup mata berulang-ulang dalam basin yang mengandungi air bersih. Tutup mata
dengan pedap lembut dan bawa berjumpa doktor.
E).

Renjatan Elaktrik

Matikan suis arus elektrik dengan serta-merta . jika ini tidak boleh berlaku, jangan
sekali-kali menyentuh badan orang yang terenjat elektrik. Dengan berdiri di atas kayu
kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa bahan bukan pengalir, cuba pisahkannya
daripada litar arus dengan menggunakan sebatang kayu yang kering. Jika
pernafasannya terhenti, jalankan pernafasan luar biasa. Bawa pesakit berjumpa
doktor dengan serta- merta.
F.

Tersedut Gas Beracun

Sesiapa yang tersedut gas beracun hendaklah dibawa keluar dari makmal ke udara
yang bersih. Jika tersedut gas bromin atau klorin, ubat penghidu ammonia boleh
digunakan. Jika masih tidak pulih, hendaklah dibawa berjumpa doktor.

PERTOLONGAN KECEMASAN PENENTU NYAWA


SESEORANG

Вам также может понравиться