Вы находитесь на странице: 1из 14

GGGB6013

KAEDAH
PENYELIDIKAN 1
TUGASAN KUMPULAN :
PENYELIDIKAN KORELASI

PENGENALAN REKA BENTUK


KAJIAN
Penyelidikan korelasi merupakan penyelidikan
jenis
deskriptif
kerana
penyelidikan
ini
menerangkan hubung kait atau perhubungan
sedia ada antara pemboleh ubah. Seseorang
penyelidik dapat menerangkan atau meramalkan
sesuatu fenomena melalui hubung kait atau
perhubungan yang diperoleh melalui penyelidikan
yang dijalankan. (Wan Azlinda Wan Mohamad, 2013)

DEFINISI PENYELIDIKAN
KORELASI
1) Satu kajian hubungan di mana kajian yang dilakukan adalah untuk

menentukan kekuatan pertalian atau hubungan antara satu


pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. (Majid Konting,
1994).
2) Korelasi pekali Pearson ialah anggaran kekuatan hubungan dan set
market di mana pekali kolerasi (Mokhtar Ismail, 1995).
3) Merujuk kepada penyelidikan yang cuba mencari hubung kait atau
perhubungan antara pemboleh ubah dengan menggunakan kaedah
statistik korelasi tanpa mencari sebab dan penyebabnya. Ia juga
menilai kekuatan dan arah hubungan atau kaitan antara pemboleh
ubah yang diselidik. (Wan Azlinda Wan Mohamad, 2013).

TUJUAN PENYELIDIKAN
KORELASI
A)Menerangkan Sesuatu Fenomena
Kebanyakan penyelidikan korelasi adalah untuk menjelaskan tentang
kepentingan fenomena yang berlaku melalui hubung kait atau
perhubungan antara pemboleh ubah yang diselidik. Lazimnya,
penyelidikan ini akan digunakan jika penyelidikan eksperimental sukar
dibentuk.
Contohnya, walaupun penyelidikan tentang hubung kait antara gejala
rokok dan barah
paru-paru dibuat secara eksperimen dengan
menggunakan haiwan, namun asasnya bermula dengan penyelidikan
korelasi, iaitu antara kekerapan merokok dengan penyakit barah paruparu. (Wan Azlinda Wan Mohamad, 2013)

TUJUAN PENYELIDIKAN
KORELASI
B) Meramalkan Sesuatu Fenomena
Boleh digunakan untuk membuat ramalan, dengan syarat
memperoleh maklumat yang mencukupi tentang hubung kait atau
perhubungan antara pemboleh ubah yang diselidik. Hal in kerana, kita
boleh meramal skor untuk sesuatu pemboleh ubah jika kita mengetahui skor
pemboleh ubah yang satu lagi.
Contohnya, pencapaian pelajar dalam peperiksaan percubaan SPM
digunakan untuk meramal prestasi atau pencapaian pelajar dalam
peperiksaan SPM yang sebenar. Pemboleh ubah yang digunakan untuk
membuat ramalan dikeenali sebagai pemboleh ubah peramal manakala
pemboleh ubah yang digunakan untuk meramal dikenali sebagai pemboleh
ubah kriteria (Wan Azlinda Wan Mohamad, 2013).

CONTOH TUJUAN DAN OBJEKTIF


KAJIAN YANG MENGGUNAKAN
KORELASI
Tajuk Artikel Jurnal :
Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya
dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah
Tujuan Kajian :

Melihat hubungan pengajaran guru Sejarah dengan


pencapaian muri dalam mata pelajaran Sejarah dari perspektif
murid berprestasi rendah SPM Sejarah di lima buah sekolah.

CONTOH TUJUAN DAN OBJEKTIF


KAJIAN YANG MENGGUNAKAN
KORELASI
Objektif Kajian :

1)Mengenal pasti aspek pengajaran Sejarah yang diminati oleh


murid.

2)Mengkaji pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah


berdasarkan jantina dan bangsa.

3)Mengenal pasti perbezaan persepsi dalam kalangan murid


terhadap aspek pengajaran guru Sejarah.

4)Mengkaji

hubungan pengajaran guru Sejarah


pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah.

dengan

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


DALAM PENYELIDIKAN KORELASI
1) Pekali

kolerasi
boleh
digunakan
untuk
menyemak
kebolehpercayaan skor yang diperoleh daripada ujian dan juga
menyemak instrumen yang digunakan dalam penyelidikan.

2) Apabila ia digunakan, pekali kolerasi ini dikenali sebagai pekali


kebolehpercayaan
Mohamad, 2013).

dan

pekali

kesahan.

(Wan

Azlinda

3) Untuk menyemak kebolehpercayaan skor, pekali

Wan

mestilah
selurang-kurangnya .70. Namun, nilai pekali kebolehpercayaan
dalam kebanyakan ujian boleh mencapai .90.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


DALAM PENYELIDIKAN KORELASI
4) Apabila mengukur korelasi antara dua pemboleh ubah
yang bebas, nilai pekali korelasi haruslah sekurangkurangnya .90.
5) Untuk menyemak kesahan skor, pekali korelasi haruslah
sekurang-kurangya .50. (Frankel dan Wallen, 2007).

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


DALAM PENYELIDIKAN KORELASI
Jadual : Tafsiran Pekali Kolerasi
PEKALI
.90 hingga 1.00

PENERANGAN
Korelasi Sangat Tinggi

.70 hingga .90

Korelasi Tinggi

.50 hingga .70

Korelasi Yang Sederhana

.30 hingga .50

Korelasi Rendah

.00 hingga 3.0

Sedikit, jika ada korelasi

PROSEDUR KAJIAN DALAM


PENYELIDIKAN KORELASI
1) Reka bentuk asas untuk penyelidikan korelasi sangat mudah kerana ia
hanya memerlukan pengumpulan data atau lebih pemboleh ubah daripada
setiap individu yang membentuk sampel, dan seterusnya mengira nilai
pekali kolerasi.

2) Bagi

penyelidikan korelasi yang menerangkan sesuatu fenomena,


penyelidik boleh mengumpul data dalam jangka masa yang pendek. Jadi,
penyelidik boleh mentadbir instrumen penyelidikannya dalam satu sesi
sahaja.

3) Bagi penyelidikan korelasi yang meramalkan sesuatu fenomena, pemboleh


ubah kriteria hanya diukur selepas pengukuran pemboleh ubah peramal.
(Wan Azlinda Wan Mohamad, 2013).

KELEBIHAN PENYELIDIKAN KORELASI


a) Boleh mencari perkaitan antara pemboleh ubah atau kemungkinan.
b) Untuk melihat perkaitan sama ada kebolehpercayaan ataupun tidak.
c) Menghuraikan statistik untuk menjelaskan hubungan antara dua
d)
e)
f)
g)

pemboleh ubah atau kemungkinan.


Berfaedah untuk membentuk hipotesis penyelidikan.
Menentukan sebab-musabab sesuatu peristiwa / fenomena.
Jika hubungkait antara dua pemboleh ubah adalah konsisten, maka
hubungan berkenaan bolh digunakan untuk meramal masa depan.
Boleh menyediakan data sama ada ia konsisten dengan teori
saintifik.

KELEMAHAN PENYELIDIKAN
KORELASI
a) Menggunakan data dalam banyak keadaan yang berbezabeza.

b) Pengkaji tidak boleh menyimpulkan kajiannya sekiranya


terdapat hubungan sebab-musabab antara pemboleh
ubah yang dikaji.

c) Penyelidikan korelasi ini adalah kurang sesuai sekiranya


matlamat penyelidikan
bahan pengetahuan.

adalah

untuk

meningkatkan

RUJUKAN
1. Anuar Ahmad (et.al). (2009). Tahap keupayaan pengajaran guru
Sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di sekolah
berprestasi rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1). hlm. 53-66.

2. Frankel, J.R., dan Wallen, N.E. (2007). How to design and evaluate
research in education (6 th ed.). Boston, MA : McGraw-Hill.

3. Mohd. Majid Konting. (1994). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.

Wan Azlinda Wan Mohamed. Penyelidikan Korelasi. (bb.) Nooraini


Idris. Penyelidikan dalam pendidikan. (2013). McGraw-Hill Education.

Вам также может понравиться