Вы находитесь на странице: 1из 32

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

BERITA UKUR
Bil : 43 JULAI - DISEMBER 2007 ISSN 0128-0414

P engiktirafan yang diberikan kepada penerima-penerima


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2006 JUPEM
perlulah dihargai dan dijadikan landasan untuk terus
memberikan perkhidmatan yang cemerlang pada masa-masa
yang akan datang. Ini penting bagi membuktikan warga JUPEM
dapat memberikan perkhidmatan terbaik, berkesan dan
komited kepada jabatan.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 telah disempurnakan


oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha
Negara pada 20 Julai 2007 bertempat di Hotel Istana Kuala
Lumpur. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyentuh
berkenaan kenaikan gaji yang dinikmati kakitangan awam,
modal insan dan integriti dalam perkhidmatan awam. Beliau
juga mengucapkan tahniah kepada JUPEM kerana berjaya
dalam penggunaan ICT (komputer) bagi kerja-kerja di jabatan
ini.

Y.Bhg Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia juga menyampaikan ucapan alu-aluan kepada
hadirin di majlis tersebut. Penyampaian Anugerah Khas Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) disampaikan
kepada penerima-penerima oleh Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia.

Manakala Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua
Setiausaha Negara diberi penghormatan bagi menyampaikan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 kepada penerima-
penerima JUPEM pada tahun ini.

Seramai 5 orang kakitangan JUPEM telah menerima Anugerah


Khas KPUP dan 381 orang sebagai penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang 2006.

Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan Koir JUPEM


dalam Jamuan Makan Malam bersama-sama tetamu
kehormat yang hadir pada majlis itu.

BeritaUKUR
BeritaUKUR 1
Pengurusan Tertinggi
DATUK HAMID BIN ALI
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia


DATO' DR. ABDUL KADIR BIN TAIB
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Budi Bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan kakitangan awam perlu
Pemetaan Malaysia ditingkatkan bagi membina warga kerja yang tinggi budi bahasa
AHMAD FAUZI BIN NORDIN, KMN
Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan)

dalam kerja seharian di jabatan. Sehubungan dengan itu, warga
JUPEM perlu terus diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah
ini dengan penuh iltizam dan bijaksana selaras dengan dasar
HAJI MUHAMED KAMIL BIN MAT DAUD, KMN
Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) perkhidmatan awam.

Ketua Penyunting
Nilai-nilai murni hendaklah dihayati oleh semua warga JUPEM kerana
AHAMAD BIN ZAKARIA
dalam era dunia tanpa sempadan hari ini boleh mendedahkan
Timbalan Ketua Penyunting warga JUPEM dengan pelbagai gejala dan unsur-unsur negatif,
AMRAN BIN ABU RASHID sehingga melunturkan budi bahasa dan nilai-nilai murni sekiranya
kakitangan leka serta tidak berhati-hati.
Penyunting
MUHAMMAD HUSAINI BIN YA’COB Oleh itu kesedaran dan usaha yang dijalankan pihak pengurusan
MURDINAH BT. ABDUL RAHIM
tertinggi jabatan bagi menjalankan program-program berkaitan
WAN SAFINAH BT. WAN AZLAN
peningkatan nilai-nilai murni wajar disanjung dan dihargai kerana
Pengarang/Jurugambar dapat meningkatkan generasi pelapis warga JUPEM pada masa akan
ZULKEFLE BIN ABU BAKAR datang tetap berakhlak mulia, berdisiplin tinggi dan berbudi bahasa.
MOHAMAD ROSLI BIN MURSIDI Bak kata pepatah ”Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Jati diri
SYED MAHADHIR BIN SYED AHMAD warga JUPEM memerlukan kekuatan dalaman yang kukuh lagi
MOHD ZAKARIA BIN GZAZALI dengan nilai-nilai murni yang mampu dijadikan sebagai benteng
untuk berhadapan dengan sebarang bentuk ancaman dan godaan
Ketua Rekabentuk/Percetakan
MUHAMMAT PUZI BIN AHMAT, KSD
yang kurang sihat.

Penampilan dan amalan budi bahasa wajar seiring dengan


kecemerlangan kerjaya di jabatan kerana penerapan nilai
Makluman
merupakan elemen penting yang perlu ditekankan supaya kelakuan
Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita
dan moral warga JUPEM tidak mencemarkan kualiti perkhidmatan,
Ukur ini tidak semestinya pendapat rasmi
sesuai dengan, ungkapan “Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa”
Pentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang Berita
seperti mana yang sudah menjadi ungkapan basahan dalam
Ukur mengalu-alukan sumbangan dari
kehidupan. Justeru, kelompangan ini perlu diisi segera dengan
pembaca.
kefahaman dan penghayatan tentang makna budi dan nilai secara
berhemah agar kualiti keinsanan yang hendak ditingkatkan menjadi
Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan
kenyataan dan dapat dilaksanakan dengan lebih terarah.
melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:
Budaya berbudi bahasa perlu jelas ditampilkan dalam komunikasi dan
Pengerusi
tugasan harian. Dalam penyelesaian sebarang masalah, setiap
Penerbitan Berita Ukur
pemimpin seharusnya mengamalkan pendekatan seperti “menarik
Tingkat 13, Bangunan Wisma JUPEM
rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak
Jalan Semarak
berselerak”. Sesungguhnya, mereka juga harus menjaga hubungan
50578 Kuala Lumpur
baik dengan anggota yang dipimpin. Pihak yang dipimpin pula
Tel : 03-2617 0800
janganlah menjadi “gunting dalam lipatan” dan menjadi “sokong
Faks : 603-2617 0990
membawa rebah” sebaliknya sentiasa bersifat seperti “aur dengan
Renungan tebing” untuk memastikan segala perancangan menepati matlamat
organisasi. Oleh yang demikian, budaya berbudi bahasa dan amalan
“Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah)
nilai-nilai murni mestilah diterjemahkan di persekitaran jabatan.
rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya,
maka hendaklah dia memperhubungkan
Warga JUPEM antara pewaris bangsa yang akan menentukan
silaturrahim (hubungan kasih sayang).”
kelangsungan amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni. Amalan
- Hadis Riwayat Bukhari
berbudi bahasa dan penghayatan nilai-nilai murni sebenarnya adalah
nilai tambah kepada keupayaan daya saing. Sesungguhnya,
Detik Sejarah JUPEM kehebatan sesuatu bangsa tidak sahaja diukur dengan kemajuannya
1880an - Gabenor Negeri Selat Sir Frederick Weld tetapi juga keupayaan terhadap penghayatan budi bahasa dan nilai-
memperkenalkan Sistem Torrens berdasarkan nilai murni.
sempadan-sempadan hak milik. Dengan itu
bermulanya penubuhan Jabatan Ukur dan Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan
Pemetaan. penerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat - Sidang Pengarang

2 BeritaUKUR
BeritaUKUR
Perasmian Tapak Ujian EDM

T apak Ujian EDM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Wilayah


Persekutuan/Putrajaya telah dirasmikan oleh YBhg.
Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia pada 25 Oktober 2007 bersamaan 13 Syawal
1428 Hijrah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tapak Ujian
EDM tersebut berfungsi untuk membekalkan traceability
bagi pengukuran yang telah dijalankan menggunakan
alat-alat yang tentu ukur berasaskan tapak ujian
berkenaan. Kerja-kerja pembinaan tapak ujian ini telah
dijalankan secara out-source kepada sebuah syarikat
swasta dan diselia sepenuhnya oleh pegawai-pegawai
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia yang mahir. Majlis
perasmian ini telah dihadiri oleh semua Pengarah-
Pengarah Seksyen dan wakil dari Ibu Pejabat JUPEM.

BeritaUKUR 3
Persidangan
Pengarah-Pengarah Ukur 2007

P ersidangan Pengarah Ukur tahun 2007, Jabatan Ukur


dan Pemetaan Malaysia telah berlangsung pada 19
hingga 20 November 2007 bertempat di Hotel Renaissance,
Kertas Kerja 5
Status Pelaksanaan Projek Pembangunan eKadaster JUPEM
Kuala Lumpur dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hamid bin Ali, T8/2006
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Persidangan Dr. Teng Chee Hua
ini dihadiri Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri-negeri dan Pengarah Ukur Seksyen Penyelarasan dan Dasar
Ibu Pejabat JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kadaster
12 kertas kerja berkaitan kerja-kerja ukur dan pemetaan Kertas Kerja 6
telah dibentangkan oleh pegawai-pegawai kanan JUPEM Cadangan Format Baru Pelan Strata
pada persidangan kali ini. Antara kertas kerja yang En. John Elvis Koh, PPT
dibentangkan seperti berikut: Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor
Kertas Kerja 1 Kertas Kerja 7
Cadangan Mengurangkan Masa Semakan Bagi Pecah Web Map Roll Out In JUPEM Geoportal And e-Map
Bahagian Bangunan Enhancement
Tn. Hj. Muhamed Kamil bin Mat Daud, KMN Tn. Hj. Mohamed Kamali bin Adimin
Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) Pengarah Ukur Seksyen Kartografi
Kertas Kerja 2 Kertas Kerja 8
Kadaster Pelbagai – Satu Langkah Ke Hadapan Pelaksanaan Pengukuran Aras Jitu di Negeri Sarawak
Tn. Hj. Muhamed Kamil bin Mat Daud, KMN Tn. Hj. Ramli bin Nor
Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) Pengarah Ukur Topografi Sarawak
Kertas Kerja 3 Kertas Kerja 9
Isu-isu Berkaitan Penyelarasan Kod-Kod Sempadan The Status Of The Implementation Of The Phase II Of The
Pentadbiran Tanah Di Antara Jabatan Ukur dan Pemetaan MyRTKNet Project
Malaysia (JUPEM) dan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Dr. Azhari bin Mohamed, PJK
En. Hasan bin Jamil, AMN Pengarah Ukur Seksyen Geodesi
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya Kertas Kerja 10
Implementation Of MS1759 In Digital Topographic Mapping
Kertas Kerja 4 En. Zoher bin Nomanbhoy
JUPEM : Selangkah Ke Hadapan Mendepani Cabaran Pengarah Ukur Seksyen Pangkalan Data
En. Mohamed Azhari bin Mohamed Zainudin, KMN
Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak Kertas Kerja 11
Tanah Rizab Kampung Air, Wilayah Persekutuan Labuan
En. Che Mohamad Bakri bin Omar, ADK
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Wilayah Persekutuan Labuan

Kertas Kerja 12
Cadangan Stesen Penyegitigaan Timbalai Sebagai Tapak
Kawasan Bersejarah Di Wilayah Persekutuan Labuan
En. Che Mohamad Bakri bin Omar, ADK
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Wilayah Persekutuan Labuan

Sempena Persidangan Pengarah Ukur 2007 itu, Mesyuarat


Panel Perunding JUPEM juga diadakan pada 20 November
2007 yang melibat sebahagian pegawai kanan JUPEM.

4 BeritaUKUR
BeritaUKUR
Tuntutan Had Pelantar Benua Malaysia
Marine Research Survey - MyMRS

D i bawah Artikel 76, Konvensyen Undang-Undang Laut


(KUUL) 1982, negara-negara berpantai yang berhasrat
untuk menetapkan perbatasan luar pelantar benua
melebihi 200 batu nautika dari garis pangkal laut wilayahnya
dikehendaki supaya mengemukakan data saintifik dan
maklumat teknikal kepada Suruhanjaya Mengenai Had
Pelantar Benua (CLCS) selewat-lewatnya pada 13 Mei 2009
mengikut keputusan The Eleventh Meeting of State-Parties
yang diadakan pada 14 - 18 Mei 2001. Ini bermaksud,
Malaysia perlu mengemukakan submission kepada CLCS
sebelum atau pada 13 Mei 2009.

Sehubungan itu, pada 25 Ogos 2001, Jawatankuasa


Pelantar Benua telah menubuhkan Kumpulan Kerja Pelantar
Benua yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk mengumpul,
menganalisis dan merangka penyediaan data-data asas
saintifik dan teknikal untuk kajian lanjut serta melantik JUPEM
sebagai Lead Agency. Dalam perkembangan selanjutnya,
pada 27 April 2005, JUPEM telah diberikan tanggungjawab
sebagai agensi pelaksana untuk melaksanakan ukuran
marin geofizikal yang dinamakan Malaysia Marine Research
Survey (MyMRS). Sejajar dengan itu, JUPEM dengan
kerjasama Jabatan/Agensi lain iaitu Majlis Keselamatan
Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar
Negeri, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mineral dan
Geosains, Pusat Hidrografi Nasional, TLDM dan PETRONAS
bagi menjayakan projek MyMRS.

Susulan daripada itu, TL GeoSciences Sdn. Bhd. telah dilantik


sebagai kontraktor untuk melaksanakan MyMRS di kawasan
Laut China Selatan bagi perairan luar Sarawak dan barat
Sabah. Pihak kontraktor telah menggunakan kapal M.V.

BeritaUKUR 5
Teknik Perdana bagi mendapatkan data-data batimetri, JUPEM antara lain berperananan dalam memastikan sistem
seismik, DGPS, magnetik dan graviti di bawah projek navigasi, sistem graviti dan check setting parameter ke atas
tersebut. Data-data daripada hasil ukuran tersebut akan sistem-sistem navigasi dan DGPS di atas kapal M.V. Teknik
diproses, dianalisis dan diinterpretasikan bagi menyediakan Perdana berfungsi dengan lancar dan menepati Scientific
dokumen submission tuntutan perbatasan luar pelantar and Technical Guidelines of the Commission on the Limits of
benua kepada CLCS kelak. the Continental Shelf. Pegawai-pegawai JUPEM yang juga
terlibat sebagai client berfungsi memantau kerja-kerja oleh
Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai-pegawai pihak kontraktor serta berbincang di atas kapal setiap
daripada JUPEM, JMG dan PHN, TLDM telah ditugaskan perkembangan pengukuran, penentuan laluan
sebagai client representatives di atas kapal M.V. Teknik pengukuran, penilaian dan analisis data serta sebarang
Perdana semasa pelaksanaan MyMRS untuk memastikan masalah sepanjang pengukuran tersebut dibincang dan
ukuran yang dijalankan menepati garis panduan, spesifikasi diatasi bersama.
teknikal dan piawaian yang telah ditetapkan.
Selain itu, komunikasi yang baik secara berterusan antara
Sebelum mengikuti pelaksanaan MyMRS, pegawai-pegawai wakil-wakil pegawai di atas kapal M.V. Teknik Perdana
yang dicalonkan oleh Jabatan/Agensi masing-masing untuk dengan ahli-ahli Pasukan Kerja Teknikal Pelantar Benua yang
mengikuti pelaksanaan MyMRS diwajibkan menjalani dan berada di darat antara faktor kejayaan pelaksanaan
lulus latihan Health, Safety and Environmental (HSE) - Basic MyMRS.
Offshore Emergency Training (BOSET).

Persediaan awal sebelum pelaksanaan MyMRS juga telah


dijalankan seperti, Mesyuarat Risk Management pada 23
Februari 2007, technical audit dan pemeriksaan kapal pada
27-28 Februari 2007 di Loyang Offshore Supply Base,
Singapura, close-out audit, system verification, calibration
dan Kick-off Meeting pada 11 Mac 2007.

Pada 14 Mac 2007, kapal M.V. Teknik Perdana telah berlepas


dari Singapura dan semasa dalam pelayaran sea trial telah
dijalankan sebelum kapal tersebut tiba di Pelabuhan Bintulu,
Sarawak pada 20 Mac 2007.

Seterusnya, ekspedisi MyMRS telah memulakan pengukuran


dari Pelabuhan Bintulu, Sarawak pada 29 Mac 2007 di
kawasan Laut China Selatan di perairan luar Sarawak dan
barat Sabah menggunakan kapal M.V. Teknik Perdana yang
dilengkapi dengan sistem pengukuran batimetri, seismik,
graviti, magnetik dan navigasi. Pelaksanaan MyMRS adalah
secara berperingkat bermula dengan Cruise 1 pada 29 Mac
- 13 April 2007, Cruise 2 pada 16 - 27 April 2007, Cruise 3
pada 3 - 13 Mei 2007, Cruise 4 pada 18 Mei - 4 Jun 2007 dan
Cruise 4-1 pada 20 Jun - 8 Julai 2007. Hasil kemajuan garis
pengukuran bagi kelima-lima cruise adalah 7,897 km.

6 BeritaUKUR
BeritaUKUR
Sesungguhnya, ekspedisi pengukuran di Laut China Selatan
menuntut banyak pengorbanan dan ketabahan serta ilmu
pengetahuan daripada semua pihak yang mana aspek
keselamatan antara isu utama yang dititik beratkan. Ini
disebabkan, isu persempadanan maritim antarabangsa
sememangnya isu yang sensitif seandainya melibatkan
kawasan - kawasan yang ada tuntutan bertindih dan pertikaian
antara negara-negara jiran. Bagi memastikan ukuran MyMRS
dijalankan tanpa ada sebarang malapetaka dan insiden yang
tidak diingini, kerjasama yang padu daripada pihak Markas
Tentera Laut telah membuat iringan keselamatan ke atas kapal
M.V. Teknik Perdana sepanjang pengukuran dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama,
sokongan dan sumbangan sehingga pengukuran MyMRS
berjaya dilaksanakan dengan sempurna tanpa sebarang
insiden yang tidak diingini.

Dalam pada itu, YBhg. Datuk Ketua Pengarah Ukur dan


Pemetaan selaku Pengerusi Kumpulan Kerja Pelantar Benua
turut membuat lawatan teknikal ke atas kapal M.V. Teknik
Perdana bagi memberikan sokongan padu serta keprihatinan
dan inspirasi kepada semua pegawai yang terlibat bagi
menjayakan MyMRS.

Malahan, YBhg. Dato’ Dr. Abu Bakar bin Jaafar yang merupakan
Ahli Suruhanjaya Mengenai Had-Had Pelantar Benua selaku
penasihat projek pelantar benua Malaysia turut turun padang
dengan membuat lawatan teknikal ke atas kapal M.V. Teknik
Perdana dan anak-anak kapal. Sesungguhnya, lawatan
daripada Pengerusi Kumpulan Kerja Pelantar Benua dan
Penasihat projek pelantar benua Malaysia tersebut telah
memberikan satu inspirasi, semangat yang berkobar-kobar serta
usaha yang lebih gigih kepada pegawai-pegawai yang terlibat
supaya hasil yang terbaik dicapai bagi menjayakan MyMRS.

BeritaUKUR 7
Pelaksanaan MyMRS yang memakan masa melebihi 3 bulan Pada keseluruhannya, data-data MyMRS yang dipungut di
yang bermula pada 29 Mac 2007 telah berakhir pada 8 Julai lapangan telah diproses dan kini sedang memasuki
2007 telah menjalankan pengukuran sepanjang 7897 peringkat interpretasi dan analisis untuk disediakan laporan
kilometer melibatkan data-data batimetri, seismik, graviti keseluruhan projek MyMRS. Persediaan rapi dan tersusun
dan magnetik. Kejayaan pelaksanaan MyMRS tidak akan sedang dirangka oleh ahli-ahli Kumpulan Kerja Pelantar
berjaya tanpa usaha gigih dan terancang oleh semua pihak Benua termasuk pewujudan pangkalan data pelantar
yang bertungkus lumus bagi memastikan ekspedisi benua Malaysia di JUPEM yang turut gunakan dalam
pengukuran ini berjaya. Bagi meraikan kejayaan MyMRS dan submission had tuntutan pelantar benua Malaysia kepada
menghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam projek CLCS sebelum tarikh keramat 13 Mei 2009.
MyMRS, satu majlis penutup MyMRS telah diadakan pada
11 Julai 2007 bertempat di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, Semoga usaha JUPEM dan jabatan-jabatan lain yang
Sabah dan telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis terlibat akan membuahkan kejayaan kepada negara
Keselamatan Negara, JPM. Turut hadir YBhg. Datuk KPUP dan dalam usaha mengemukakan submission ini, yang bukan
semua ahli-ahli Kumpulan Kerja Pelantar Benua. hanya untuk menentukan sempadan pelantar benua
negara, tetapi turut merungkaikan segala rahsia dan sumber
alam di bawah permukaan laut seperti petroleum, gas asli
dan sumber kuasa yang bakal menghasilkan limpahan
kekayaan bagi sesebuah negara kelak. Semoga hasil usaha
ini akan berjaya mencipta satu kegemilangan buat negara
Malaysia.

8 BeritaUKUR
JUPEM Terima Mesin Cetak Baru ROLAND R900 Dari Jerman

B agi mempercepatkan lagi perkhidmatan percetakan


di JUPEM pihak pengurusan JUPEM telah membeli
peralatan mesin cetak yang lebih produktiviti. Mesin cetak
Mesin percetakan empat warna jenama ROLAND R900
ditempatkan di Seksyen Percetakan Peta (SCP), Jabatan
Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk pengeluaran
empat warna jenama ROLAND R900 (tender T1/2007) yang produk hardcopy lembar-lembar syit-syit pemetaan
berukuran setiap satu 40 kaki dari Jerman dihantar mengikut mengikut skala yang telah ditetapkan atau pelbagai skala
jadual dalam syarat-syarat tender yang dikeluarkan oleh bagi pengeluaran peta-peta tematik.
pihak kerajaan mulai tarikh 24 hingga 27 November 2007
secara berperingkat bagi kerja-kerja pemunggahan dan Selain daripada itu, kerja-kerja penerbitan seperti Berita
penghantaran lori kontena ke tapak pemasangan mesin di Ukur JUPEM, Laporan Tahunan JUPEM dan lain-lain terbitan
Bangunan Seksyen Percetakan Peta, Ibu Pejabat JUPEM, JUPEM juga dicetak di Seksyen Percetakan Peta, Ibu
Kuala Lumpur. Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur.

Majlis Dialog Khas JUPEM & Juruukur Tanah Berlesen (JTB)

M ajlis Dialog JUPEM dengan Juruukur Tanah Berlesen (JTB) telah diadakan
pada 10 Disember 2007 bertempat di Dewan Ukur JUPEM, Kuala Lumpur.
Majlis itu dipengerusikan oleh Y.Bhg Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Malaysia. Turut hadir Y.Bhg Dato’ Dr. Abdul Kadir bin Taib, Timbalan
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Tuan Haji Muhamed Kamil bin
Mat Daud, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), En. Shahabuddin bin Ibrahim,
Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) dan En. Abu
Hamid bin Selamat, Penolong Setiausaha LJT.

Antara tujuan sesi dialog itu diadakan adalah untuk membincangkan dan
mencari penyelesaian bagi kerja-kerja tunggakan hak milik tanah di negara
kita terutamanya di semenanjung Malaysia. Dengan adanya perjumpaan ini
diharap beberapa masalah kecil kerja-kerja ukur hak milik tanah dapat diatasi
untuk kepentingan para pelanggan.

Sebagai rangsangan kepada usaha-usaha ini, LJT dengan kerjasama JUPEM


juga telah menganjurkan beberapa program ke arah peningkatan
profesionalisme, kualiti dan daya saing Juruukur Tanah Berlesen. Ini termasuk
beberapa program pembelajaran berterusan berupa seminar, kursus dan lain-
lain. Melalui program-program tersebut, Juruukur Tanah Berlesen telah
didedahkan dengan perkembangan teknologi terbaru dalam disiplin ukur tanah
dan pemetaan seperti GIS, LIS, Remote Sensing dan sebagainya.

Dengan adanya Majlis Dialog ini, ia dapat meningkatkan lagi kualiti


perkhidmatan dan profesionalisme Juruukur Tanah Berlesen. JUPEM juga
berharap agar Juruukur Tanah Berlesen turut meningkat usaha mereka dalam
memajukan perkhidmatan ukur tanah di negara ini.

BeritaUKUR
BeritaUKUR 9
Pelancaran Bendera
sempena Bulan Merdeka
Ke-50

M ajlis Sambutan Bulan Merdeka ke-50 dan


kempen kibar jalur gemilang peringkat
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah
disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 17 Ogos
2007, bertempat di perkarangan Wisma JUPEM, Jalan
Semarak, Kuala Lumpur.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak kerana telah bekerja keras
membantu menjayakan program jabatan ini. Semoga
dengan segala usaha yang telah warga JUPEM
sumbangkan, mudah-mudahan jabatan akan sentiasa
berupaya menikmati kemajuan dan kemakmuran
bersama pelanggan-pelanggan JUPEM di negara ini.

Zakat KOJUPEM berjumlah


RM 23,113.10

K operasi Jabatan Ukur dan Pemetaan


Malaysia Berhad (KOJUPEM) telah membayar Zakat
Perniagaan kepada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan
(PPZ) pada 20 September 2007 bertempat di Hotel
International Kuala Lumpur. KOJUPEM telah menyerahkan
replika cek wang zakat berjumlah RM 23,113.10 bagi
tahun 2006 ( tahun hijrah 1427), melalui wakilnya Encik
Khairul Zaid bin Zulkafli, Setiausaha Kehormat KOJUPEM Pada hari yang sama juga, upacara penyerahan wang
kepada YB. Datuk Dr. Abdullah Md Zin Menteri di Jabatan zakat bagi 13 koperasi seluruh Wilayah Persekutuan turut
Perdana Menteri yang mewakili Pusat Zakat Wilayah dijalankan di Hotel Grands Season Kuala Lumpur. Majlis
Persekutuan (PPZ). tersebut turut dihadiri oleh Menteri Koperasi dan
Usahawan, YB. Datuk Khalid bin Nordin.
Tujuan pembayaran zakat perniagaan itu bagi
menunaikan tanggungjawab sosial berdasarkan tuntutan Semoga dengan pembayaran zakat itu dapat memberi
agama Islam setelah cukup haul (tempoh diwajibkan keberkatan serta meningkatkan lagi prestasi pendapatan
pengeluaran zakat) bagi tempoh setahun. dan perkhidmatan kepada seluruh anggota KOJUPEM.

10 BeritaUKUR
BeritaUKUR
BILANGAN CALON KEPUTUSAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) SIRI 2
TAHUN 2007 MENGIKUT SKIM PERKHIDMATAN PERINGKAT JABATAN / AGENSI

Nama Lembaga Penilaian Kompetensi : Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Nama Jabatan / Agensi : Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Keputusan PTK
Kursus Peperiksaan
A+B+C
Bil. Skim Perkhidmatan Gred Lulus / MTK LB TMTK A Lulus / MTK LB TMTK B
Jumlah
a b c d (a+b+c+d) e f g h (e+f+g+h)
Besar
Aras IV Aras III Aras II Aras I Jumlah Aras IV Aras III Aras II Aras I Jumlah
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
1. Juruukur* J54-TK6 - - - - -
2. Juruukur* J52-TK5 - - - - -
3. Juruukur J48-TK4 - - - - -
4. Juruukur J44-TK3 - - - - -
5. Juruukur J41-TK2 - - - - -
6. Juruukur J41-TK1 0 33 28 13 74
Jumlah Kecil P&P - - - - - 0 33 28 13 74 74
Kumpulan Sokongan I
7. Pembantu Teknik J38-TK4 - - - - -
8. Pembantu Teknik J36-TK3 1 30 35 1 67
9. Pembantu Teknik J29-TK2 0 5 6 1 12
10. Pembantu Teknik J29-TK1 0 101 129 8 238
11. Juruteknik J26-TK4 - - - - -
12. Juruteknik J22-TK3 0 9 51 4 64
13. Juruteknik (J17/N17) J17/N17-TK2 21 433 159 10 623
14. Juruteknik (J17/N17) J17/N17-TK1 1 94 97 5 197
Jumlah Kecil Sokongan 1 23 672 477 29 1201 1201
JUMLAH KECIL P & P dan SOKONGAN I 1275

BeritaUKUR
BeritaUKUR
11
Keputusan PTK
Penilaian (PMR dan ke bawah)
Bil. Skim Perkhidmatan Gred Lulus / MTK LB TMTK C A+B+C
i j k (i+j+k+l) Jumlah
l
Aras IV Aras III Aras II Aras I Jumlah Besar

12 BeritaUKUR
BeritaUKUR
Kumpulan Sokongan II
1. Pengawal Keselamatan KP11-TK2 1 1 0 0 2
2. Tukang Batu (TK3-Batu) R9-TK2 0 1 0 0 1
3. Tukang Batu (TK3-Batu) R9-TK1 0 1 1 0 2
4. Pemandu Kenderaan R3-TK2 4 4 0 1 9
5. Pemandu Kenderaan R3-TK1 3 3 0 0 6
6. Pembantu Am Pejabat N4-TK3 0 2 1 1 4
7. Pembantu Am Pejabat N1-TK2 4 3 0 0 7
8. Pembantu Am Pejabat N1-TK1 2 3 0 0 5
9. Pek. Ren. Awam (Kadaster) R4-TK3 3 2 2 0 7
10. Pek. Ren. Awam (Kadaster) R1-TK2 32 45 3 0 80
11. Pek. Ren. Awam (Kadaster) R1-TK1 55 30 4 0 89
12. Pek. Ren. Awam (Topografi) R4-TK3 8 2 0 0 10
13. Pek. Ren. Awam (Topografi) R1-TK2 17 21 0 0 38
14. Pek. Ren. Awam (Topografi) R1-TK1 18 12 1 0 31
15. Operator Mesin (KUP) N1-TK1 1 0 0 0 1
16. Jaga R1-TK1 0 1 0 0 1
Jumlah Kecil Sokongan II 148 131 12 2 293 293
Jumlah Besar 1568

Petunjuk

P&P - Pengurusan & Profesional LB - Lulus Bersyarat


MTK - Melepasi Tahap Kompetensi TMTK - Tidak Melepasi Tahap Kecekapan

Disediakan oleh urus setia PTK Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Nama pegawai: En. Abdul Hamid b. Che Amat (Tel: 03-26170846 atau e-mel: abhamid@jupem.gov.my)
Penyelarasan Jam Besar Bagi Perayaan Kemerdekaan ke-50

P rogram Ambang Merdeka 2007 sempena Sambutan


Perayaan Kemerdekaan ke-50 berlangsung pada 30
Ogos 2007 bertempat di perkarangan Bangunan Sultan
Abdul Samad Kuala Lumpur. Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan (KEKKWA) melalui Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan program
Ambang Merdeka di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Seramai 5 orang kakitangan JUPEM turut memberi


sumbangan dalam acara tersebut khususnya bagi
penentuan kiraan detik 12 malam, dengan menyelaraskan
masa di Mercu Tanda Jam Besar Bangunan Sultan Abdul
Samad. Peranan kakitangan JUPEM bagi menjayakan
majlis yang penuh bersejarah ini amat bermakna untuk
warga Malaysia yang sama-sama merayakannya.
Sebelum itu kerja-kerja penyelenggaraan jam ini dilakukan
untuk memastikan jam tersebut berfungsi dengan baik
tanpa menimbulkan sebarang masalah teknikal ketika
majlis berlangsung.

Sambutan Ambang Merdeka itu disertai oleh seramai 6,386


yang terdiri dari 5,642 orang wakil dari UMNO, MCA dan
MIC, manakala selebihnya daripada pertubuhan-
pertubuhan sukarela dan pelajar-pelajar sekolah. Antara
acara kemuncak pada sambutan tersebut adalah
menunggu detik 12 malam yang merupakan malam
bersejarah negara dan disusuli upacara menaikkan
bendera diiringi lagu Negaraku. Upacara yang penuh
bersejarah ini telah diketuai oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia.

BeritaUKUR 13
Kursus Digital Fotografi
anjuran JUPEM
J UPEM dengan Kerjasama RFM Photomaster Sdn.
Bhd. telah menganjurkan Kursus Latihan Praktikal
Fotografi Asas dan Digital pada 3 - 7 Disember 2007
bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Program ini dikendalikan oleh Seksyen Perancangan,
Penyelidikan dan Pembangunan, JUPEM.

Seramai 20 orang kakitangan JUPEM telah menyertai


kursus itu bagi menghasilkan bahan-bahan fotografi
jabatan untuk kegunaan rasmi seperti penerbitan
berita, laporan tahunan, poster jabatan, kertas kerja,
mesyuarat, persidangan dan dokumen-dokumen
jabatan yang memerlukan perkhidmatan atau bahan
fotografi yang berkualiti.

14 BeritaUKUR
Cerapan Anak Bulan Ramadan 1428 di Menara Kuala Lumpur

P ada 29 Syaaban 1428 bersamaan 11 September 2007,


jawatankuasa melihat anak bulan yang terdiri daripada
8 (lapan) orang pegawai dari JUPEM dan pegawai-pegawai
Sebanyak 28 stesen cerapan telah diperkenankan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk jawatankuasa itu
melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
telah melaksanakan rukyah bertempat di Menara Kuala Setelah selesai cerapan pengisytiharan tarikh hari raya
Lumpur di Ibu Kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi puasa diumumkan melalui media massa di negara ini oleh
menentukan tarikh bermulanya ibadat puasa di negara kita. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Turut hadir sama dalam aktiviti itu ialah Dr. Azahari bin
Mohamed, Pengarah Ukur Seksyen Geodesi JUPEM Ibu
Pejabat Kuala Lumpur.

BERIKUT ADALAH KORDINAT TEMPAT CERAPAN RASMI DI MALAYSIA :

BIL TEMPAT CERAPAN ANAK BULAN LATITUD LONGITUD


J M S J M S
1. Tanjung Dumpil, Sabah 5 54 19 116 02 12
2. Menara Universiti Malaysia Sabah 5 16 46 115 10 14
Kampung Sungai Pagar, Labuan
3. Tanjung Lubang, Miri, Sarawak 4 21 39 113 57 30
4. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak 3 12 51 113 02 43
5. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak 1 45 13 110 18 39
6. Pontian Kecil, Johor 1 29 15 103 23 18
7. Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang 3 12 22 103 26 48
8. Gunung Brincang, Cameron Highland, Pahang 4 31 04 101 23 03
9. Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang 3 49 53 103 21 46
10. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu 5 18 19 103 08 08
11. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu 4 19 03 103 28 00
12. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu 5 54 53 102 43 08
13. Merang, Setiu, Terengganu 5 32 09 102 56 55
14. Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan 5 51 32 102 29 03
15. Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Kelantan 5 15 19 102 16 18
16. Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu, Kelantan 6 07 46 102 14 12
17. Tanjung Bidara, Melaka 2 18 00 102 05 00
18. Teluk Kemang, Negeri Sembilan 2 26 44 101 51 21
19. MENARA KUALA LUMPUR 3 09 11 101 42 19
20. Bukit Jugra, Selangor 2 50 10 101 25 07
21. Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor 3 20 29 101 14 44
22. Pulau Angsa, Kuala Selangor, Selangor 3 11 13 101 13 09
23. Pantai Pasir Panjang, Perak 4 21 43 100 34 55
24. Menara Telekom, Alor Setar, Kedah 6 07 29 100 22 08
25. Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah 5 39 36 100 19 36
26. Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah 6 20 11 99 44 34
27. Pantai Acheh, Pulau Pinang 5 24 44 100 11 52
28. Kuala Sungai Baru Simpang 4, Perlis 6 19 43 100 09 27

BeritaUKUR 15
Program Warga
Cemerlang Berkelompok

J UPEM telah menghantar 2 peserta bagi


menyertai Program Warga Cemerlang
Berkelompok (PWCB) bersama-sama wakil-wakil
agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar (NRE) pada 30 Julai 2007 hingga 2
Ogos 2007 bertempat di Hotel Copthorne Orchid,
Pulau Pinang anjuran Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, NRE.

Objektif program PWCB itu adalah untuk


melahirkan kakitangan yang akan mempunyai
hubungan interpersonal yang baik, memahami
kesan atau akibat daripada sesuatu tindakan
yang dilakukannya terhadap diri dan orang lain,
memahami kepentingan mengawal emosi
dalam tindakan dan kehidupan dan memahami
dan mengetahui kaedah/langkah untuk
mengurus emosi.

Antara agensi yang menghantar peserta PWCB,


selain daripada JUPEM ialah PERHILITAN, JMG,
JAS, BTUP, BTM, BPK, BPSM, INSTUN, MaCGDI,
JKPTG, BPKN dan JPSM. Jumlah peserta seramai
22 orang yang dijemput hadir mewakili jabatan
masing-masing.

16 BeritaUKUR
Delegasi Thailand Melawat JUPEM

D elegasi Thailand seramai 13 orang pegawai dari


Jabatan Tanah Thailand (Department of Lands, The
Kingdom of Thailand) diketuai oleh Encik Paroj Phhuekvlai,
lebih dekat lagi aktiviti dan peranan jabatan ini dalam
melaksanakan kerja-kerja ukur kadaster di negara ini.

Surveyor General, Department of Lands The Kingdom of Dalam sesi soal jawab antara Tuan Hj. Muhamed Kamil
Thailand telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat dengan delegasi Thailand, mereka menyentuh
JUPEM Kuala Lumpur, pada 23 dan 24 Julai 2007. perkembangan sistem ukur tanah di Malaysia sehingga kini.
Menurut Tuan Hj. Muhamed Kamil, ’Sistem Torren’ dalam
Program lawatan itu telah dimulakan dengan sesi taklimat amalan kerja-kerja bagi menentukan Hak Milik di negara ini
dan ucapan selamat datang, bertempat di Bilik telah terbukti keberkesanannya bagi menentukan
Mesyuarat,Tingkat 15, Wisma JUPEM Kuala Lumpur yang sempadan-sempadan Hak Milik tanah serta diiktiraf dalam
dipengerusikan oleh Encik Ahmad Fauzi bin Nordin, kes-kes mahkamah. Manakala e-Kadaster yang diwujudkan,
Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan), JUPEM dan diikuti dapat mempercepatkan lagi peranan JUPEM dalam kerja-
dengan taklimat MyRTKNet oleh Encik Chang Leng Hua. kerja Ukur Kadaster untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Pada sebelah petang delegasi tersebut dibawa melawat
ke Seksyen Penawanan dan Pangkalan Data JUPEM. Selepas lawatan di JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur selesai dijalankan, Dr. Azahari bin Mohamed
Pada sesi pertama 24 Julai 2007, taklimat e-Kadaster telah bersama-sama 4 orang pegawai JUPEM yang lain telah
disampaikan oleh Tuan Hj. Muhamed Kamil bin Mat Daud, membawa delegasi Thailand ke Stesen MyRTKNet yang
Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), JUPEM, seterusnya terletak di Kampus Universiti Putra Malaysia. Dalam program
diikuti dengan sesi soal jawab antara pihak delegasi Thailand lawatan itu, para delegasi Thailand dapat melihat dengan
dengan pegawai JUPEM. Pada sebelah petang pula, lebih dekat lagi antara peralatan yang digunakan dalam
delegasi tersebut turut dibawa melawat ke JUPEM Wilayah sistem MyRTKNet.
Persekutuan Kuala Lumpur untuk memperlihatkan dengan

BeritaUKUR 17
Ceramah Pengurusan Stress YPEIM

J UPEM dengan kerjasama Urus Setia Perunding Yayasan


Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah
mengadakan sesi ceramah/penerangan mengenai
Pengurusan Stress Menjana Modal Insan Cemerlang khusus
kepada pegawai/kakitangan Jabatan ini pada 25
September 2007 bertempat di Dewan Ukur, Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kuala Lumpur pukul 10.00 Kesimpulannya ceramah itu ialah:-
pagi. • Menerangkan prinsip asas pengendalian dan
pengurusan stress
Stress adalah penyumbang utama kepada penyakit jantung
(Cardiovascular Diseases). Desakan kerja dan kekangan • Memantapkan pengetahuan di dalam kerjaya.
sumber pula merupakan punca utama stress. Program ini • Mempertingkatkan kemahiran komunikasi berkesan di
akan mendedahkan pegawai JUPEM kepada isu dan teknik dalam organisasi
dalam mengatasi stress dalam pekerjaan. • Membentuk dan membangunkan keterampilan diri

Kemajuan Pembinaan Kuarters


JUPEM W.P. Labuan

P embinaan 8 (lapan) unit, Kuarters 4 (empat) tingkat


Pekerja Rendah Awam JUPEM bertempat di Jalan
Patau-Patau, Wilayah Persekutuan Labuan dijangka siap
pembinaannya pada 16 Oktober 2007 dengan kos
berjumlah RM 2.1 juta.

Projek ini adalah merupakan kesinambungan projek


pembinaan kuarters bagi membantu pegawai berjawatan
rendah menyewa tempat tinggal yang selesa dan
berpatutan, selain berdekatan dengan pejabat bagi
mengurangkan beban tekanan inflasi terhadap
kakitangan rendah. JUPEM juga berharap dengan
menyediakan kemudahan yang berkualiti dan selesa
kepada keluarga kakitangan JUPEM, usaha itu dapat juga
memberikan impak yang positif terhadap produktiviti di
jabatan.

Upacara penyerahan kunci kuarter, JUPEM Labuan telah


diadakan pada 2 November 2007 oleh Pengarah JKR W.P.
Labuan kepada wakil Ketua Pengarah JUPEM, En. Ahamad
bin Zakaria sambil diperhatikan oleh Pengarah Ukur JUPEM
Labuan.

18 BeritaUKUR
Perubahan kepada Sistem Kadaster Menjelang 2010

1 Pengenalan
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) khususnya Bahagian Kadaster, kini sedang giat melaksanakan projek mega
JUPEM dalam Rancangan Malaysia KeSembilan (RMK9) iaitu Projek Pembangunan eKADASTER. Projek ini akan disediakan
di semua JUPEM negeri termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan bagi memberikan perkhidmatan ukur kadaster yang
lebih efisyen kepada orang ramai dan ianya dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2007 hingga
2008.

Bagi tahun 2007, JUPEM negeri akan disusunatur ruang kerja mengikut persekitaran eKADASTER, penyediaan data centre,
pemasangan infrastruktur rangkaian, perolehan perkakasan komputer dan peralatan kerjaluar serta pembekalan
commercial off-the-shelf (COTS) software. Sementara itu, kerja-kerja mengkontrakkan perkhidmatan kutipan data kepada
Jurukur Tanah Berlesen (JTB) menggunakan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) dan cerapan garisan sambungan
kepada lot-lot kadaster untuk pembentukan Sistem Kadaster Berkoordinat akan dimulakan dalam tahun ini.

Pada tahun 2008, pemasangan perisian aplikasi eKADASTER akan dilaksanakan disusuli dengan proses pengujian oleh
pengguna serta pengtauliahan sistem. Walaupun perisian aplikasi akan dipasangkan pada tahun hadapan, namun
kerja-kerja pembangunan perisian aplikasi tersebut telah bermula sekarang mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

2 Pembangunan
Berkoordinat
National Digital Cadastral Database (NDCDB) ke arah pemakaian Sistem Kadaster

Pembangunan NDCDB merupakan teras utama dalam pembentukan Sistem Kadaster Berkoordinat. Sistem ini yang telah
dibuat kajian perintis di negeri Melaka telah berjaya melaras sistem koordinat cassini sedia ada kepada koordinat cassini
GDM2000 yang lebih uniform melalui kerangka Cadastral Control Infrastructure (CCI). Ujian kesesuaian penggunaan
berdasarkan kerja sebenar telah dilaksanakan dan memberikan hasil yang positif.

Berdasarkan model tersebut, pengurusan tertinggi JUPEM telah mengesyor untuk memperluaskan pemakaian Sistem
Kadaster Berkoordinat ke keperluan pewujudan NDCDB amatlah tinggi dimana keseluruhan sistem kadaster pada masa
hadapan berasaskan kepada pangkalan data tersebut. NDCDB yang mengandungi survey accurate coordinate
membolehkan perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja ukur menjadi lebih fleksibel serta jitu. Sebagai contoh,
perancangan jajaran lebuh raya akan lebih tepat dimana komposisi koordinat di antara negeri telah diselaraskan dan
pengiraan terhadap baki lot-lot yang terlibat dengan kerja pengambilan balik tanah akan dapat dihitung dengan
sempurna.

3 Penyusunan semula carta organisasi mengikut workflow yang baru


Bagi mengoptimumkan proses bagi setiap peringkat tindakan kerja, penyusunan semula kepada carta organisasi JUPEM
negeri telah dicadangkan. Dalam cadangan tersebut Unit Pendaftaran dan Unit Surihan Kerjaluar telah digabungkan
menjadi Cawangan Pendaftaran Ukur (PU), di mana pemproses berkebolehan untuk mendaftar, mengemaskini lapisan
PU dan mengekstrak data NDCDB untuk kegunaan pegawai kerjaluar. Oleh yang demikian, jangkamasa prosesan akan
dapat disingkatkan apabila pemproses yang sama mengambil tindakan daripada awal (telah faham keperluan sesuatu
fail ukur) hinggalah pengeluaran output.

Hal yang sama akan dilaksanakan kepada Unit Juruukur Tanah Berlesen (JUBL) di mana unit ini akan dimansuhkan dan
segala urusan dengan JUBL akan dikendalikan oleh Cawangan PU. Adalah dijangkakan bahawa urusan dengan JUBL
hanya melibatkan skop sebagaimana kerja-kerja jabatan dan tindakan menyemak data-data hasil pengukuran akan
dikendalikan sendiri oleh JUBL melalui SUM Server.

Satu lagi unit yang akan diubahsuai ialah Unit Prosesan Kadaster (CPS) di mana ianya akan dimansuhkan. Dalam
persekitaran eKADASTER, tindakan memproses data-data kerjaluar akan dilaksanakan sendiri oleh pegawai kerjaluar melalui
SUM Server. Penempatan semula staf sedia ada akan dilaksanakan berdasarkan cadangan carta organisasi yang baru
sebagaimana Rajah 1.

BeritaUKUR 19
Rajah 1 Carta Organisasi JUPEM Negeri Persekitaran eKADASTER

4 Mengautomasi tugas-tugas yang boleh dijalankan oleh sistem

Bahagian Kadaster telah mengenalpasti sebahagian tugas-tugas pemproses untuk diambilalih oleh sistem secara
pengautomasian. Tugas utama seperti kerja-kerja semakan data-data cerapan kerjaluar akan dikendalikan secara berpusat
oleh komputer berkonsepkan “semakan oleh pengguna” sebelum menghantarkan kerja siap kepada Cawangan Standard.
Dalam hal yang berkaitan, Bahagian Kadaster telah menetapkan kaedah pelarasan yang akan digunakan dalam semua
kerja ukur adalah menggunakan kaedah least square yang akan dipasangkan pada SUM Server.

Senario ini tidak akan membebankan pengguna kerana JUPEM negeri akan memberikan perkhidmatan prosesan tersebut
secara dalam talian menggunakan modul JUPEM2U. Pengguna akan mendapat keputusan pelarasan sama ada diterima
atau ditolak berdasarkan krateria yang telah ditetapkan oleh JUPEM. Kemudahan akan disediakan kepada pengguna
untuk memuat turun dokumen keputusan tersebut secara terperinci ke dalam komputer masing-masing.

Sehubungan dengan perkara di atas, pembantu kerjaluar JTB masih diberi pilihan untuk membuat pelarasan awal kepada
data-data cerapan kerjaluar menggunakan kaedah Bowditch iaitu untuk melaksanakan tanam pastian ataupun membuat
penandaan tanda-tanda sempadan baru. Walau bagaimanapun pelarasan yang muktamad akan dilaksanakan secara
least square dalam SUM Server menggunakan raw data (*.fbk) yang dicerap di lapangan. Carta alir pergerakan data
ditunjukkan sebagaimana Rajah 2.

5 Memperkenalkan peraturan kutipan data di lapangan secara fleksibel dan mudah


Penggabungan pewujudan NDCDB serta kaedah pelarasan least square telah membolehkan peraturan kutipan data
bagi ukuran kadaster di lapangan dapat dipermudahkan. Kaedah lama yang rigid boleh dihapuskan di mana pegawai
kerjaluar dibenar menggunakan pelbagai kaedah seperti GPS, terabas, radiasi, persilangan, silangalikan atau mana-
mana kaedah yang ditetapkan oleh JUPEM bagi menjalankan proses kutipan data.

Apabila pegawai kerjaluar menghantarkan fail ASCII kepada SUM Server melalui laman web JUPEM2U, server tersebut
akan menukarkan raw data (*.fbk), fixed coordinate (*.coo) dan solar (*.sob) ke format least square (*.dat). Pada masa
yang sama file projek (*.prj) akan dijana dan seterusnya pelarasan menggunakan least square akan dijalankan. Sekiranya
data yang dilaras tersebut lulus ujian Chi Square, maka dokumen koordinat terlaras (*.lst) akan dihasilkan.

20 BeritaUKUR
Manakala jika ianya gagal dalam ujian Chi Square, dokumen ralat (*.err) akan dijana. Berdasarkan keputusan lulus/gagal
ujian Chi Square, pegawai kerjaluar boleh menganalisis dokumen (*.lst) atau (*.err) untuk di buat penambahbaikan jika
perlu.

Penyediaan Pelan Akui berformat baru secara automasi dan pengesahannya menggunakan
6 tandatangan berdigit dalam talian
Bagi memenuhi keperluan perundangan, penyediaan Pelan Akui masih lagi dilaksanakan. Walau bagaimanapun Pekeliling
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bilangan 4/1999 iaitu mengenai format Pelan Akui akan dipinda untuk disesuaikan
dengan aplikasi penjanaan Pelan Akui bentuk baru. Pembangunan aplikasi akan mengambilkira konsep penjanaan
secara automasi untuk mempercepatkan lagi pengeluaran Pelan Akui. Dengan pengautomasian pengeluaran Pelan
Akui tersebut, data-data daripada JTB juga boleh dijana Pelan Akui nya oleh JUPEM.

Penyediaan Pelan Akui berformat baru akan lebih ringkas tetapi berinformasi. Pelan Akui akan dijanakan secara terus
daripada pangkalan data Pre-NDCDB menggunakan template yang ditetapkan dan pada ruangan grafik akan
dimasukkan polygon lot, keluasan dan nilai bearing/jarak akan disediakan dalam bentuk jadual.

Setelah penyediaan Pelan Akui siap dilaksanakan, satu notis kepada Pengarah Ukur atau JTB akan disampaikan melalui
mesin khidmat pesanan ringkas (sms)/e-mail bagi membuat pengesahan menggunakan tandatangan berdigit secara
dalam talian. Fleksibiliti akan diberikan kepada pengguna di mana tindakan pengesahan ini boleh dilaksanakan di mana-
mana sahaja (komputer dengan capaian internet) dalam sebarang waktu 24 jam.

7 Penutup
Projek eKADASTER adalah bertujuan untuk meningkatkan delivery system Ukuran Hakmilik Tanah dari 2 tahun ke 2 bulan.
Produktiviti kerja akan dapat ditingkatkan dan disiapkan secepat mungkin memandangkan hakmilik tetap merupakan
instrumen penting dalam urus niaga hartanah.

Justeru itu, JUPEM akan melangkah ke era baru apabila projek eKADASTER dilaksanakan sepenuhnya dalam RMK9 ini.
Kejayaan projek ini memerlukan komitmen yang padu dari semua warga JUPEM. Segala persiapan yang telah dan akan
dirancang hendaklah dilaksanakan dengan berkesan.

Rajah 2 eKADASTER - Data Flow


Oleh : Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud
Bahagian Kadaster

BeritaUKUR 21
Hari Kualiti JUPEM Pahang dan Sehari Bersama Pelanggan

D alam era globalisasi yang semakin mencabar, negara


amnya dan JUPEM khususnya memerlukan modal insan
bestari lagi berkualiti yang boleh menyumbang kepada
kegemilangan negara. Oleh itu, jabatan harus proaktif, JUPEM Labuan memperolehi
bersedia dan menjadi agen perubahan.
Sijil Amalan 5S
Bagi mengekalkan kualiti perkhidmatan awam, JUPEM
Pahang telah mengadakan majlis sambutan Hari Kualiti dan
sehari bersama pelanggan pada 17 - 18 Disember 2007
bertempat di perkarangan JUPEM Pahang. Tema sambutan
Hari Kualiti pada tahun ini adalah “Muafakat Membina Insan
J UPEM W.P. Labuan telah berjaya memperolehi Sijil Amalan
5S dalam Audit Persijilan 5S yang telah diadakan pada
29 November 2007 di JUPEM W.P. Labuan oleh NPC Ibu
Bestari”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Pejabat, Kuala Lumpur. Kejayaan JUPEM W.P. Labuan
Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia memperolehi Sijil Amalan 5S dalam Auditan Persijilan 5S
(KPUP). secara keseluruhan adalah merupakan kejayaan JUPEM
pada amnya.
Majlis tersebut telah diserikan dengan persembahan
kumpulan koir JUPEM Pahang dan deklamasi sajak
‘Muafakat Bestari’. Persembahan multimedia ‘JUPEM
Milestone To Success – Antara Legasi dan Realiti’ telah
memaparkan secebis kisah mengenai liku-liku perjalanan
JUPEM ke mercu kegemilangan dalam menyokong serta
menyumbang kepada pembangunan negara.
Penyampaian sijil kepada pesara JUPEM Pahang dan
sumbangan kepada anak-anak yatim turut diadakan.Datuk
KPUP juga telah berbesar hati merasmikan pembukaan
Galeri JUPEM Pahang dan telah mengadakan lawatan ke
galeri tersebut.

Beberapa program lain juga telah diatur sempena dengan


sambutan tersebut, antaranya ceramah oleh Puan Razinah
bt. Sohor, Pegawai Kaunselor, Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar. Tajuk ceramah yang diberikan adalah Sebelum itu Taklimat Amalan 5S Yang Efektif telah
Pengurusan Stress. Tujuan ceramah ini diadakan adalah disampaikan oleh Pegawai NPC Sabah kepada pegawai
untuk memberi kefahaman terhadap punca-punca stres dan kakitangan JUPEM W.P. Labuan pada 24 Ogos 2007 di
dan strategi mengurangkan stress dalam menghadapi tugas JUPEM W.P. Labuan. Manakala semakan cara penyimpanan
harian mereka. dokumen-dokumen dalam Bilik Kebal JUPEM W.P. Labuan
telah dilakukan Pegawai NPC Sabah pada hari yang sama.
Selain itu, program derma darah dan program sehari
bersama pelanggan turut juga diadakan. Objektif program Ketua Zon Pentadbiran menerima hamper daripada
sehari bersama pelanggan diadakan adalah untuk Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P. Labuan kerana
merakyatkan masyarakat dengan maklumat ukur. memenangi Zon Terbaik 5S.

22 BeritaUKUR
Jamuan Berbuka Puasa Bersama Menteri

Beliau turut menjelaskan bahawa umat Islam menunaikan


ibadah puasa, kita berpuasa dengan penuh kesabaran dan
ikhlas kerana Allah semata-mata mengharapkan
keampunan dan keredhaan dari Allah SWT. Begitu juga,
bersamanya kita mengharapkan agar digandakan pahala,
dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan hidup kita
dijauhi dari godaan syaitan. Beliau membawa petikan
sabda Rasulullah SAW:

"Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah


bersabda: apabila telah tiba bulan Ramadan, maka
terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu
neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

M ajlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato’ Seri Azmi bin


Khalid, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar anjuran
JUPEM telah diadakan pada 8 Oktober 2007(Isnin)
Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW:

bersamaan 26 Ramadan 1428 bertempat di Wisma JUPEM, "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh
Jalan Semarak, Kuala Lumpur keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala
dosa-dosanya yang terdahulu."
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
seramai 40 orang dari Rumah Kebajikan anak-anak Yatim
di sekitar lembah Klang. YB Menteri NRE turut menyampaikan Seterusnya beliau turut berpesan supaya kita mencari
sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim itu. keredhaan dan keampunan Allah adalah merupakan
amalan harian hamba-hamba-Nya yang beriman dan
Ceramah agama turut diadakan di Surau JUPEM, Bangunan bertakwa, mereka tidak jemu dan berputus asa
Wisma JUPEM selepas solat sunat terawih. Penceramah melakukannya kerana mereka yakin bahawa Allah akan
undangan khas YBhg. Ustaz Yusri bin Ariffin, Guru Bahasa mengurniakan kepada mereka keredhaan dan keampunan
Arab, Sekolah Menengah AU3 Keramat, Kuala Lumpur. diatas segala dosa-dosa yang telah dilakukan selagi mana
mereka terus memohan.
Di dalam ceramah agama yang diadakan itu, Ustaz
menjelaskan bahawa kehidupan kita di dunia ini tidak bererti Justeru, Allah SWT yang bersifat Maha Pemurah dan Maha
sekiranya kita tidak mendapat keredhaan dan rahmat dari Pengampun tidak akan keberatan memberi keredhaan dan
Allah SWT dan lebih tidak bererti lagi jika segala kesalahan, keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang meminta
keterlanjuran dan dosa-dosa yang kita lakukan tidak dan memohon dirinya.
mendapat keampunan dari Allah SWT. Maka, sebagai orang
yang beriman kita dituntut agar sentiasa memohon Beliau berkata, salah satu hikmah diwajibkan kita berpuasa
keampunan kepada Allah di atas segala dosa yang telah adalah untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.
kita lakukan sama ada dosa kecil mahupun dosa besar. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:
Sesungguhnya bagi orang yang tidak memohon
keampunan kepada Allah dengan menangguh- Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan
nangguhkannya atau melambat-lambatkan tindakan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang - orang
tersebut, mereka dianggap sebagai orang yang angkuh terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa."
dan sombong dengan Allah SWT.
Berdasarkan firman Allah tersebut, membawa maksud
Menurutnya lagi bersempena bulan Ramadan yang penuh kepada kita bahawa kesan dari ibadah puasa bagi orang
dengan keampunan dan sebagai orang yang beriman kita yang beriman ialah bertambah ketakwaan Mereka kepada
sentiasa mengharapkan keredhaan dan rahmat dari Allah Allah. Justeru, setelah kita melaksanakan ibadah puasa,
SWT. Kerana itulah, kita dituntut agar mempertingkatkan adakah bertambah ketakwaan kita atau semakin
amal bagi memperolehi keredhaan tersebut, terutama berkurang. Atau adakah jiwa kita semakin bersemangat
dengan memperbanyakkan amal ibadah di samping untuk memperbanyakkan amal ibadah atau jiwa kita
mengerjakannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. semakin lalai dan meringan-ringankan tuntutan ibadah.

BeritaUKUR 23
Jelas beliau lagi, adalah sungguh bijak bagi kita merebut i. Menghayati malam tersebut dengan
segala peluang yang Allah sediakan pada bulan Ramadan memperbanyakkan beribadah seperti mengerjakan
ini, daripada kita mensia-siakannya. Kerana kita belum pasti solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir, beriktikaf,
lagi sama ada kita berpeluang atau tidak untuk terus berdoa dan sebagainya.
bersama dengan Ramadan pada tahun hadapan. Kerana
sesungguhnya Allah telah menyediakan dalam bulan ii. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul
Ramadan ini satu malam yang nilai keberkatan dan Qadar itu adalah benar dan dituntut
ganjaran pahalanya pada malam tersebut lebih baik dari menghayatinya dengan beribadah serta dikerjakan
seribu bulan. semata-mata kerana Allah SWT dengan
mengharapkan rahmat dan keampunan-Nya.
Menurut beliau dari surah al-Qadr tersebut dapatlah kita
fahami bahawa besar kelebihannya bagi orang yang iii. Dalam kita melaksanakan ibadah di malam Lailatul
beribadah pada malam Lailatul Qadar. Amalan yang Qadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-
dikerjakan pada malam tersebut digandakan. Sama ada benarnya iaitu taubat nasuha dengan terus
solat yang kita kerjakan, bacaan al-Quran atau zikrullah beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan
yang kita ucapkan serta amalan-amalan lain digandakan Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.
oleh Allah SWT. Kerana itulah, bagi mendapatkan malam
tersebut Rasulullah SAW mempertingkatkan dengan iv. Perbanyakkan berdoa terutama doa khusus untuk
melakukan ibadah pada malam-malam sepuluh terakhir malam Lailatul Qadar. Iaitu sepertimana yang
Ramadan dan bukan hanya setakat bagi dirinya sahaja diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA.
malahan Baginda menyuruh ahli keluarganya bangun
bersama-sama untuk beribadah. “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW seandainya
saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa
Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh hari yang patut saya akan doakan pada saat itu. Baginda
terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal menjawab berdoalah dengan doa berikut: "Ya Allah Ya
ibadah, menghidukan malam dan mengejutkan ahli Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan
keluarga." (Hadis Riwayat Bukhari) sentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-
Mu oleh itu maafkanlah segala kesalahanku."
Dalam petikan akhir tazkirah, beliau telah menjelaskan (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
bahawa orang yang tekun beribadah semata-mata untuk
menemui malam Lailatul Qadar pasti akan mendapat
rahmat yang telah dijanjikan Allah SWT terutama dengan
melakukan amalan seperti berikut:

24 BeritaUKUR
Majlis Perasmian Balai Cerap Al-Biruni, Sabah

M ajlis Perasmian BalaiCerap Al-Biruni Negeri Sabah


telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun
Datuk Seri Panglima Haji Alimadshah bin Abdullah, Yang
Dipertua Negeri Sabah. Majlis itu telah diadakan pada
29 Oktober 2007 Miladiah bersamaan 17 Syawal 1428
Hijrah, bertempat di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah,
Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Ucapan perasmian tersebut telah dibacakan oleh


Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya bin Hussin mewakili
Yang Dipertua Negeri Sabah. Hadir sama YBhg. S. Datuk
Hj. Ahmad Alawi bin Hj. Adnan, Mufti Kerajaan Negeri
Sabah untuk menyaksikan upacara bersejarah itu.
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sabah, Encik
Zakaria bin Saat mewakili Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia turut hadir di Majlis Perasmian Balai
Cerap Al-Biruni, Sabah.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Seksyen


Topografi Sabah) telah dijemput untuk mengadakan
pameran berkaitan astronomi dan peranan yang
dimainkan oleh jabatan dalam melaksanakan kerja-
kerja hitungan serta cerapan bulan, matahari dan
bintang untuk penentuan arah kiblat, waktu solat,
cerapan hilal bagi awal bulan hijrah dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, pewujudan Balai Cerap Al-


Biruni Negeri Sabah akan menjadi pemangkin dan
wadah kepada JUPEM khususnya bagi membuka
lembaran ke arah penerokaan ilmu sains dan astronomi
bersesuaian dengan misi dan visi ia diujudkan.

Balai Cerap Al-Biruni di Tanjung Dumpil dalam daerah


Putatan, Sabah bukan sahaja akan menjadi tempat
untuk menentukan takwim hijrah, penentuan waktu solat
dan jadual berbuka puasa serta imsak tetapi ia juga
dibangunkan sebagai pusat kecemerlangan ilmu
astronomi di Sabah, malah sebagai mercu tanda di
Sabah yang diharap dapat dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya serta menjadi rujukan kepada
masyarakat khususnya umat Islam.

Balai Cerap Al-Biruni di Sabah merupakan Balai Cerap


keempat dibina di Malaysia selepas Balai Cerap KUSZA
di Terengganu, Balai Cerap Sheikh Tahir di Pulau Pinang
dan Balai Cerap Al-Khawarizmi di Melaka.

BeritaUKUR
BeritaUKUR 25
Seminar Falak Syarie 2007

B agi menyedarkan umat Islam kepentingan ilmu falak,


seminar ilmu falak syarie telah diadakan di Institut
Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim, Perak
pada bulan September 2007 anjuran INSTUN. Seminar
sehari itu dihadiri kira-kira 600 peserta, terdiri daripada
penduduk daerah Batang Padang, Manjung dan Hulu
Selangor serta pelajar sekolah menengah sekitar daerah
Tanjung Malim, Perak.

Peranan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)


dalam kerja-kerja hitungan bagi penentuan bulan Hijrah,
Ramadan, Syawal dan Zulhijah antara sumbangan
jabatan ini kepada negara khususnya kepada umat
Islam di Malaysia. Justeru, kakitangan JUPEM dijemput
secara rasmi bagi menyertai program ini sebagai
penceramah jemputan bersama beberapa agensi lain.

Penceramah-penceramah jemputan seminar tersebut Promosi Jualan dan


adalah seperti berikut:
Perkhidmatan KOJUPEM
• Dr. Azhari bin Mohamad
• En. Wan Kamel bin Wan Hussin (pembantu)
dari JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA P romosi Jualan produk pengguna dan perkhidmatan
Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Berhad (KOJUPEM) telah diadakan pada 28 hingga 30
• En. Faizal bin Jani
Ogos 2007 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
dari JABATAN MUFTI PERAK
bertempat di Dewan Ukur JUPEM, Kuala Lumpur.
• En. Hanafiah bin Abd Razak
Antara perkhidmatan yang ditawarkan KOJUPEM ialah
dari JABATAN MUFTI JOHOR

• En. Rahim bin Mohamed • PEMBIAYAAN BAI-INAH


dari INSTITUT UKUR DAN TANAH NEGARA (INSTUN)
• PEMBIAYAAN BAI-BITHAMAN AJIL
Atur cara seminar merangkumi penentuan tarikh • PEMBIAYAAN KHADRUL HASSAN
perayaan Islam, isu, masalah dan penyelesaian;
kedudukan bulan sebagai penentu perubahan cuaca, • PERKHIDMATAN INSURAN BERMOTOR
penetapan awal Ramadan, Syawal serta Zulhijah • PEMBIAYAAN PELANCONGAN DALAM DAN LUAR
mengikut hukum fiqah, penentuan waktu solat dan zon NEGARA
waktu serta pembentukan Takwin Islam.

JUPEM turut menyertai pameran astronomi kebangsaan, Selain mengadakan promosi jualan produk dan
cerapan teleskop objek planet di langit malam, perkhidmatan KOJUPEM juga turut membuka kaunter
bersama-sama agensi lain iaitu Jabatan Fizik Universiti pendaftaran ahli baru kepada kakitangan JUPEM yang
Malaya, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains masih lagi belum berdaftar.
Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Unit Falak, Jabatan
Mufti Perak, Kompleks Khawarizmi Melaka serta Universiti Dengan adanya program seumpama itu, koperasi ini
Darul Imam, Terengganu. dapat membantu warga JUPEM yang telah menjadi
ahli/anggota atau yang ingin menjadi ahli/anggota
Sesungguhnya pendedahan ilmu falak melalui seminar baru bagi mendapatkan perkhidmatan ditawarkan di
dan pameran itu jelas memberi ilmu berguna kepada samping dapat menggalakkan warga JUPEM melabur
masyarakat yang sebelum ini kurang memahami ilmu untuk keperluan masa hadapan.
itu.

26 BeritaUKUR
JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan juri
MALAYSIA BOOK OF RECORDS Jalur Gemilang

Malaysia Book of Records Jalur Gemilang Pada 17 November 2007

Records Jalur Gemilang


n seb ag ai juri untuk Malaysia Book of uan
JUPEM W.P. Lab ua Kg. Gersik / Saguking Lab
pena Sam bu tan Min i Karnival dan Hari Keluarga
Sem

Ahli Parlimen W.P. Labuan Y.B. Dato


’ Hj. Suhaili bin Abdul Rahman bers
kampung dengan Sijil Malaysia Boo ama penduduk
k of Records Jalur Gemilang.

Jalur Gemilang yang dibentuk dari telur bagi Malaysia Book of Records.
BeritaUKUR
BeritaUKUR 27
Gerhana Bulan pada 28 Ogos 2007
Gerhana bulan pada 28 Ogos 2007 telah disaksikan di
Malaysia. Ketika itu, berlaku seperti berikut :
PANDUAN:
i. Gerhana separa bulan di mana bulan akan mula
lah
memasuki bayangan bumi (penumbra) pada jam 4.51 Kae dah Sola t Sun at Ger han a ada
petang seperti berikut :
ii. Gerhana penuh bulan di mana bulan memasuki
sun at
bayangan bumi (umbra) dijangka berlaku bermula 1. Nia t sep erti bia sa 2 rak aat
pada jam 5.52 petang Gerhana
iii. Kemuncak gerhana bulan adalah pada jam 6.37 2. Baca Al Fatihah dan surah Qul Ya…
petang. 3. Rukuk
Bukan
(Ketiga-tiga perkara di atas tidak dapat disaksikan 4. Takbir…bukan untuk iktidal (
memandangkan bulan belum terbit lagi di Malaysia dan sam iaA llah ..) dan bac a Al Fati hah
masih berada di bawah ufuk timur) kemudian Al Ikhlas….rukuk
idah)
iv. Gerhana penuh bulan akan tamat pada jam 7.22 5. Iktidal (SamiaAllah huliman ham
per ti
malam dan gerhana separa bulan akan bermula. Pada 6. Suju d..d udu k…t ahiy at awa l..se
ketika ini, matahari telah terbenam dan bulan akan terbit biasa...bangun dari sujud
h
di Malaysia. Oleh itu, penduduk Malaysia dijangka akan 7. Qiam baca fatihah dan baca sura
dapat melihat gerhana separa bulan (insyaallah Al Falaq
sekiranya cuaca mengizinkan). Umat Islam juga boleh 8. Rukuk
bac a
mula menunaikan solat sunat Gerhana Bulan sebanyak 9. Tak bir lag i(bu kan iktid al)
dua rakaat dan diikuti dengan khutbah pendek. Alfatihah baca AnNas…rukuk
v. Gerhana Bulan dijangka tamat pada jam 8.24 malam 10. Kemudian Iktidal
ir dan
di mana keseluruhan bulan akan terkeluar daripada 11. Suju d… dud uk. …ta hiya t akh
bayangan bumi dan penduduk Malaysia akan mula salam.
menyaksikan bulan mengambang semula (bulan
surah
purnama) Kesimpulan rukuk 4 kali, fatihah 4 kali,
(Solat sunat Gerhana Bulan boleh dilaksanakan mulai 4 kali tetapi dalam 2 rakaat sahaja.
jam 7.22 malam hingga 8.24 mlm pada masa itu)

E W

Mid-Eclipse - 6:37 pm
Malaysia Standard Time
S
28 BeritaUKUR
Aktiviti Pameran JUPEM

Cenderahati disampaikan oleh YB.


Tn. Hj. Zainal Abidin b. Hj. Osman, YB. Dato' Seri Hj. Azmi b. Khalid, Menteri
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kementerian Sumber Asli dan Alam Kunjungan YAB. Dato' Seri Abdullah
Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Sekitar (NRE) diiringi oleh Ketua Ahmad Badawi, Perdana Menteri
Manusia, Sains, Teknologi dan Pengarah Ukur dan Pemetaan Dato' Malaysia sempena Expo Merdeka
Inovasi Negeri Johor sempena Hamid b. Ali melawat pameran JUPEM ke 50 tahun di PWTC pada 30 Ogos
Minggu Sains dan ICT Negeri Johor sempena hari bertemu pelanggan NRE hingga 2 September 2007.
bertempat di PERSADA Johor pada pada 27 Ogos 2007.
20-25 Julai 2007

Penerangan ringkas peranan JUPEM dalam Ilmu


Pelajar IPTA mencuba peralatan teodolit di Falak oleh Pengarah Ukur JUPEM Sabah ketika
Hari Terbuka Kolej Ke-2 UTM bertempat di perasmian Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil,
Kolej Kedua UTM City Campus, Kuala Sabah pada 29 Oktober 2007 oleh Yang Dipertua
Lumpur pada 6-9 September 2007. Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri
Panglima Hj. Ahmad Shah b. Abdullah.

Perdana Menteri Malaysia melihat


teleskop yang digunakan oleh JUPEM
dalam kerja cerapan astronomi
sempena Perkampungan Islam
Hadhari Peringkat Negeri Melaka di
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Pameran JUPEM sempena Seminar
dan Inovasi Malaysia, YB. Dato' Kong Tanjung Bidara, Melaka pada 1-2 Falak Pahang 2007 bertempat di
Cho Ha melawat gerai JUPEM Disember 2007. Hotel MS Garden, Pahang pada 27
selepas perasmian 'The 28th Asian Disember 2007 yang dirasmikan
Conference On Remote Sensing’ oleh YB. Dato’ Seri Haji Adnan b. Haji
pada 12-16 November 2007 (ACRS Yaakob, Menteri Besar Pahang.
2007) di PWTC, Kuala Lumpur.

BeritaUKUR 29
Detik Jam Besar Sambut Tahun Baru

E mpat orang kakitangan JUPEM terlibat menjayakan


sambutan detik 12:01 malam tanda tahun 2008 bermula
anjuran Am Bank Group dengan kerjasama Dewan
Tahun 2007 menutup tirainya dengan memori suka duka
yang mewarnai warga JUPEM di jabatan ini. Dalam
menyambut tahun baru warga JUPEM harus bersyukur
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa agensi kerana ekonomi negara kita teguh dan modal insan
kerajaan dan swasta. berminda kelas pertama.

Kerja-kerja penyelenggaraan Jam Besar di bangunan Sultan Perkara yang baik seharusnya dijadikan teladan dan yang
Abdul Samad dikendalikan kakitangan jabatan ini bagi buruk dijadikan sempadan. Warga JUPEM perlu
memastikan ia berfungsi dengan baik semasa warga kota meningkatkan minda dan sikap untuk terus memperkasa
menyambut tahun baru 2008 bersama-sama YAB Datuk Seri dan memartabatkan pembangunan diri, keluarga, jabatan
Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia di dan negara amnya.
Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Disember 2007.
Sesi taklimat kepada petugas-petugas JUPEM oleh pegawai Lebih 100,000 orang hadir pada malam gemilang tersebut
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi kerja meraikan sambutan tahun baru dengan keazaman baru
penyelenggaraan jam besar tersebut telah diadakan pada untuk mencapai kejayaan.
hari yang sama pukul 5:00 petang di bangunan Sultan Abdul
Samad Kuala Lumpur. S e m o g a
tahun 2008
menjadi tahun
istimewa buat
warga jabatan ini.
Sebagai warga
JUPEM pula diharap
kita lebih produktif
dan meningkatkan
taraf moral yang tinggi
untuk kepentingan
perkhidmatan awam.

Majlis Perpisahan Pegawai


Kanan JUPEM Labuan

J ASAMU DIKENANG - Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P.


Labuan menyampaikan cenderahati sumbangan
pegawai dan kakitangan JUPEM W.P. Labuan sempena
pertukaran Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan Labuan
En. Muzafar bin Dol ke JUPEM Negeri Sembilan pada 24
September 2007.
Kakitangan JUPEM Labuan bersama-sama Pengarah Ukur
dan Pemetaan Labuan turut mengambil kesempatan
mengadakan sesi bergambar beramai-ramai sempena
Majlis Perpisahan dengan Timbalan Pengarah Ukur dan
Pemetaan, En. Muzafar bin Dol.

Pertukaran kakitangan JUPEM di kalangan pegawai kanan


JUPEM dilakukan mengikut keperluan atau kepentingan
jabatan serta selaras dengan dasar pentadbiran awam
negara terutamanya melibatkan kakitangan dalam
kumpulan pengurusan dan profesional.

30 BeritaUKUR
Sekitar Lawatan ke JUPEM

kil pelajar
airuliza, wa
Cik Er nie H liteknik
ur tanah Po
kursus sijil uk b e rt a ny akan
Melaka
Merlimau, m a sa se si
so a la n se
b e b e ra p a rto g rafi.
di Seksyen Ka
soal jawab

Pelajar kursus Sijil Ukur Tanah


Politeknik Ungku Omar, Ipoh
melawat sambil belajar ke
JUPEM WPKL untuk mendapat
gambaran sebenar proses kerja
pengeluaran hak milik dan
penyediaan Pelan Akui.

Peserta kursus GDM


2000 dari INSTUN
m e n d e n g a r
p e n e r a n g a n
kegunaan alat GPS
Pelajar Diploma Geomatik UiTM
daripada kakitangan
Perlis diberi penerangan
Seksyen Geodesi,
kegunaan peralatan stereo
JUPEM.
plotter yang terdapat di galeri
JUPEM.

rangkan
tak peta dite
Proses mence m ba ga Ju ru uk ur
ja r Le
ke pa da pe la la m ra ng ka
n (L JT ) da
Ta na h Be rle se n Pe rc et ak an Peta.
ks ye
lawatan ke Se

ri (PUSARTI)
t Latihan Artile
Penuntut Pusa an be rk ai ta n
pe ne ra ng
m en da pa t sa tu-satunya
merupakan Pegawai kerajaan dari SUDAN
MyRTKnet yang n G PS ya ng
ra ng ka ia seramai 20 orang mengadakan
in fra st ru kt ur ng un ka n ba gi
ya ng di ba sesi lawatan ke JUPEM.
m en ye lu ru h RT dan DGPS
K
perkhidmatan
menyediakan .
na GPS
untuk penggu

BeritaUKUR 31
Kejohanan Badminton MAKSAK Malaysia
Tahun 2007 Kali Ke-3

S ebagai ahli gabungan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota


Kerajaan Malaysia (MAKSAK) JUPEM Labuan dipilih sebagai urus setia
penginapan sempena dengan Kejohanan Badminton MAKSAK Malaysia tahun
2007 kali ke-3 yang berlangsung pada 13 hingga 15 Julai 2007 di Wilayah
Persekutuan Labuan.

Pejabat MAKSAK Wilayah Persekutuan Labuan beralamat di MAKSAK WP


Labuan, Perbadanan Labuan, Peti Surat 235, 87008 W.P Labuan. Talian telefon
087-415235 dan nombor faks 087-419622 boleh dihubungi jika ahli-ahli
gabungan ingin mendapatkan informasi berkenaan kalendar aktiviti tahunan.
Encik Sudin bin Samat mengetuai MAKSAK WP Labuan pada masa ini.

Sukan NRE Ke 21 Tahun 2007


Malaysia dan Singapura

K ejohanan sukan persahabatan tahunan antara Kementerian


Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Malaysia dan Kementerian
Alam Sekitar dan Sumber Air (MEWR) Singapura telah berlangsung
di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 25 Ogos
2007. Acara sukan yang diadakan setiap tahun ini merupakan
platform antara kedua-dua Kementerian dalam menjalinkan
hubungan dua hala serta membincangkan isu-isu berbangkit
berkaitan penjagaan alam sekitar dan perubahan iklim serantau.

Sebanyak 13 acara sukan telah dipertandingkan dengan


penyertaan seramai 134 orang atlet dari semua agensi di bawah
NRE. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah
menghantar seramai 12 orang wakil bagi menyertai acara sukan
tersebut.

Pada keseluruhannya kejohanan sukan ini telah dimenangi oleh


kontinjen Malaysia dalam 9 acara sukan dari 13 sukan yang
dipertandingkan. Acara ini telah berjaya mencapai objektif bagi
merapatkan hubungan silaturahim dan perbincangan dua hala
berkaitan pemuliharaan alam sekitar kedua-dua kementerian.
Walaupun menang atau kalah, semangat kesukanan dan
komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan
yang bertanding. Kerjasama yang erat ini diharap dapat
dikekalkan melalui kejohanan sukan persahabatan.

Timbalan Ketua Setiausaha I NRE, YBhg. Puan Fatimah Raya bt.


Nasron telah sudi menyampaikan hadiah kejohanan serta piala
pusingan kepada pasukan yang menang dalam acara majlis
penutup di auditorium FRIM. Dalam majlis tersebut sebuah piala
pusingan yang baru telah disumbangkan oleh NRE bagi
menggantikan piala pusingan lama yang telah berusia lebih 20
tahun.

32 BeritaUKUR
BeritaUKUR

Вам также может понравиться