Вы находитесь на странице: 1из 11

http://www.geocities.ws/padeat68/analisis_pengurusan_maklumat.

htm

PEMIKIRAN dan PERASAAN dalam pantun


Pantun adalah sebuah karya kreatif, oleh itu, memiliki komponen penting pemikiran dan
perasaan/emosi

PEMIKIRAN merangkumi pandangan hidup, nasihat, pedoman,

falsafah . PERASAAN/EMOSI termasuk sedih, suka, bahagia, kagum, sayu dsbnya


Sebuah karya kreatif berbeza dari sebuah rencana sebagaimana sebuah filem cereka
berbeza daripada sebuah filem dokumentari. Seorang sasterawan mengungkap tentang
sesuatu yang bermain di fikiran dan perasaannya. Oleh itu dia mereka-cipta karya yang
dapat menyentuh perasaan pembaca dan dari sentuhan emosi ini pembaca akan
terangsang untuk turut berfkir tentang apa yang diutarakan oleh penulis tersebut.
Sebagaimana hasil sastera Melayu yang lain, Emosi dan Pemikiran itu tidak dicurahkan
dengan berterus terang tetapi dengan menggunakan unsur-unsur alam sebagai
perlambangan. Penggunaan unsur alam ini pula menambah keindahan atau estetika
sesebuah pantun.
Menggunakan alam sebagai perlambangan bermaksud menyamakan sesuatu dengan
alam. Kata pantun itu sendiri adalah dari kata sepantun iaitu menyamakan atau
mengumpamakan seperti terlihat di dalam baris pantun: kami sepantun telur itik,
kasihan ayam maka menjadi.
Karya sastera mengemukakan Pemikiran melalui sentuhan emosi atau deria.Karya
sastera yang bermutu adalah jalinan yang harmonis di antara penggunaan bahasa,
gaya penceritaan dan subjek yang disampaikan.Unsur alam memberikan
Kesanaudio,dan kesan visual. Dan kedua ini berpadu menyampaikan makna pantun.
Kesan audio atau kesan bunyi merujuk kepada cara penyair menyusun kata-kata dengan
menggunakan unsur-unsur rima (rima akhir, rima awalan, dalaman) , asonansi dan aliterasi, ulangan
perkataan , bilangan sukukata pada setiap baris dan bilangan baris pada setiap rangkap.

Metafora berlaku apabila perkataan-perkataan yang digunakan mempunyai makna


yang menyimpang dari maknanya yang asal atau makna yang literal. Bererti telah

terdapat pemindahan atau penyimpangan makna di dalam kata-kata. Ia tidak lagi dapat
dirujuk secara literal . Contoh metafora dalam pantun
Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Pantun ini menyatakan kepada yang ditujukan tentang rasa kesal, kecewa dan duka
cita. Jelas di sini bahawa pantun menyembunyikan maksud atau perasaan dengan
penyusunan kata-kata yang indah. Si penutur pantun mungkin mengharapkan agar dia
dapat dihargai dan tidak dilupakan begitu saja dengan kehadiran orang baru.
Contoh metafora yang lain: Dilambung ombak, (kalau takut dilambung ombak/jangan
berumah di tepi pantai) Ditimang gelombang (kecil-kecil ditimang ibu/sudah besar
ditimang gelombang).
CONTOH SIMILE
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagi bunga kembang tak jadi
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jika hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.
Contoh Hiperbola
Sekuntum bunga dalam padi
Ambil barang cabut uratnya
Tuan sepantun langit tinggi
Bolehkan berlindung di bawahnya
(sepantun langit tinggi juga contoh simile)
Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Keringlah laut Selat Melaka

Barulah dinda mungkirkan janji


Hiperbola berlaku di dalam ungkapan keringlah laut Selat Melaka
CONTOH PERSONIFIKASI
bacang masak mempelam manis
makanan anak bidadari
bintang teresak, bulan menangis
hendak bertemu si matahari.
Pokok pakis tumbuh di hutan
Tumbang melepa di atas duri
Pulau menangis kering lautan
Ikan juga menghempas diri.
Pulau menangis kering lautan juga contoh hiperbola
Pantun

menggunakan

pelbagai

mengungkap pemikiran danemosi/perasaan.

unsur
Di

antara

alam
unsur

yang

untuk
dominan

ialah alam laut dan lautan dan unsurwaktu, peralihan hari dan cuaca. Tinjuan
penulis mendapati bahawa:

Alam laut dan lautan sering digunakan untuk menyatakan PEMIKIRAN (falsafah,
pandangan hidup, nasihat dan pedoman)

Unsur waktu, peralihan hari dan cuaca digunakan untuk menyatakan PERASAAN
menggambarkan emosi (sedih, sayu, bahagia, gembira, rindu dendam).

LAUT DALAM PANTUN


Secara keseluruhannya laut digunakan di dalam pantun untuk menyampaikan
pemikiran , memberi nasihat dan pedoman hidup. Dalam pantun2 ini akan terdapat
gambaran laut sebagai simbol perjalanan hidup manusia. Menempuh hidup disamakan
dengan mendayung perahu atau melayari bahtera di lautan. Manusia akan menempuh
pelbagai peristiwa, suka dan duka, bahagia dan sengsara umpama pelbagai perkara

yang ditemui di dalam pelayaran. Cabaran dan dugaan yang dilalui digambarkan
sebagai ombak, gelombang, badai dan batu karang yang mengganggu perjalanan.
Setiap orang perlu berhati-hati di dalam hidupnya sepertimana seorang pelaut mesti
berhati-hati di tengah lautan. Kehidupan yang hancur disamakan dengan kapal yang
karam.
Laut adalah cabaran yang mesti ditempuh oleh seorang yang telah dewasa seperti
mana yang dinyatakan di dalam pantun ini:
Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sbatang
Kecil2 ditimang ibu
sudah besar ditimang gelombang
Pantun ini sering diselitkan di dalam lagu2 rakyat atau nyanyian kanak-kanak. Melalui
pantun ini orang2 tua menyediakan minda anak2 untuk menempuh alam kedewasaan .
ia menyedarkan bahawa dalam hidup ini tidak boleh selamanya berharap atau
bergantung kepada ibubapa dan orang lain. Juga adalah tanggungjawab ibu menimang
atau member kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya kepada si anak ketika ia masih
kecil.

Bila

meningkat

dewasa

anak

mesti

dilepaskan

untuk

pergi

mencari

penghidupannya sendiri. Tibalah waktunya untuk berdikari. Keluar membina kehidupan


biasanya melibatkan perjalanan menyeberang lautan . segala susah payah akan
dialami bagaikan menempuh gelombang di tengah lautan.
Angin barat gelombang barat
Barat ditiup si angin timur
Tidak dirintang muatan sarat
Akibat laut tempat berkubur
Pantun ini menyentuh perihal membuat pilihan dan menentukan prioritas di dalam
kehidupan. Orang yang berjaya dan selamat adalah mereka yang bijak membuat
pilihan.Sudah dikatakan bahawa hidup adalah pelayaran, maka pilihlah yang terbaik
dan yang diperlukan sahaja untuk dibawa.

Terlalu banyak muatan yang tidak

diperlukan akan menyebabkan perahu karam di lautan. Orang tua-tua menasihati agar
kita berpada-pada di dalam segala segi. Kalau mahu selamat mestilah menjaga batas

dan sempadan. Hidup adalah umpama pelayaran maka belayarlah dengan bekalan
yang mencukupi dan bawalah hanya yang diperlukan.
Contoh-contoh lain penggunaan laut untuk mengungkap pemikiran

Nasihat kepada guru supaya bersabar dalam mengajar dan mendidik kerana pekerjaan
itu bukanlah mudah. Cubaan dan dugaan akan terus dihadapi seperti ombak yang tidak
berhenti-henti menghempas ke pantai.
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak.

Seseorang diberi amaran supaya Lebih baik menjauhkan diri dari bahaya dengan tidak
menumpang biduk yang tiris dan menanti karam.
Orang Padang ke Sukabumi
Berangkat dari Pulau Karam
Jangan ditumpang biduk kami
Biduk tiris menanti karam

Menyatakan Falsafah kempimpian. Sebuah negara tidak akan aman jika ditadbir oleh
dua orang apatah lagi yang bercanggah pendapatnya.
Duduk berbual di remang senja
Angin taufan bertiup kencang
Kalau kapal dua nakhoda
Alamat karam dipukul gelombang.

Seaeorang mestilah mengukur kemampuannya dan benar-benar faham sebelum


mengambil risiko mencuba nasib misalnya melabur dan memulakan perniagaan.
Kalau mengail di lubuk dangkal

Dapat ikan penuh seraga


Kalau kail panjang sejangkal
Jangan laut hendak diduga

Jika tidak berani atau tidak bersedia menempuh dugaan dan cabaran jangan
melibatkan diri di dalam sesuatu lapangan yang berisiko. Di sini ombak diibaratkan
sebagai kesukaran-kesukaran di dalam menjalani kehidupan.
Jika dilurut padi masak
Jatuh ke tanah berderai-derai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah ditepi pantai

Untuk berjaya seseorang mesti melengkapkan diri dengan peralatan dan ilmu
pengetahuan. Persiapan yang tidak sempurna adalah umpama biduk yang tidak ada
pengayuh . Keadaan ini akan menyebabkan seseorang gagal di dalam cita-cita, tidak
mencapai sesuatu matlamat umpama orang yang tidak sampai ke pulau yang
diingininya..
Beringin di kampung Pulau
Pautan ayam tedung Gombak
Hati ingin memandang pulau
Biduk ada pengayuh tidak

UNSUR WAKTU DAN EMOSI


Pertukaran malam dan siang adalah ketentuan Allah yang membuktikan kebijaksanaanNya.
Bahawa sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal
(Surah Ali-Imran, ayat 190). Peredaran waktu iaitu pagi, petang, malam turut mempengaruhi
perasaan dan kreativiti pengarang pantun.

Apa digulai orang di ladang


Pucuk kacang bersela2
Apa untung anak dagang
Hari petang tangga berhela

Kalau nak tahu rumpun padi


Lihatlah rumput di permatang
Kalu nak tahu diuntung kami
Lihatlah laut petang2
Pucuk pauh berulam pauh
Petang-petang kacau inti
Sayang saya berkasih jauh
Petang-petang hancur hati
Pantun pantun di atas dipetik dari Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin
Bakar (DBP 1984). Pantun yang dikategorikan sebagai pantun percintaan ini
mempunyai maksud dan kisah yang jelas mengenai seseorang yang merindui
kekasihnya pada waktu petang. Kisah percintaan, perpisahan dan rindu-rinduan seperti
ini memang banyak terdapat di dalam pantun Melayu. Tetapi soalnya mengapa
perasaan rindu itu semakin hebat dirasai pada hari petang hingga ke tahap petangpetang hancur hati.
Pantun ini adalah salah satu pantun yang memperlihatkan hubungan waktu atau
peralihan hari dengan emosi manusia. Mengapakah emosi seseorang terusik pada
waktu petang? Ini mungkin akibat dari dua faktor. Pertama, pada waktu petang
lazimnya orang akan duduk berehat setelah penat bekerja di sebelah pagi.
Di dalam keadaan sibuk bekerja biasanya kita melupakan hal lain atau sebarang
masalah yang mungkin dihadapi. Tetapi apabila tidak membuat apa-apa, pelbagai
perkara mula memenuhi ruang fikiran. Di sinilah datangnya kenangan dan rasa rindu
kepada orang yang dikasihi.
Kedua pada waktu petang matahari tidak lagi terang benderang. Mata hari yang cerah
dianggap sebagai keadaan cuaca yang baik dan diasosiasikan dengan suasana ceria.
Kecerahan atau keceriaan ini menghilang pada waktu petang. Hari semakin redup
dikaitkan dengan kemuraman dan kesedihan. Dalam hubungan yang sama kita melihat
bagaimana teknik penataan cahaya digunakan di dalam pementasan teater untuk
membina suasana gembira atau sedih. Oleh itu tidak hairanlah jika orang yang
berjauhan dengan kekasih merasa amat rindu apabila hari petang.

Pencipta pantun sering menggunakan peralihan hari bagi menggambarkan perasaan


selain petang, waktu pagi, tengah hari, senja dan malam juga digunakan bagi
membawa pengertian tertentu. Berkait rapat dengan waktu atau peralihan hari ialah
keadaan cuaca dan pertukaran musim. Hal ini dapat dilihat didalam beberapa buah
pantun.
Pantun Melayu amat banyak menggunakan unsur alam. Salah satu objek alam yang
sering terdapat di dalam pantun ialah laut. Selain melambangkan cabaran hidup, laut
juga membawa rasa sayu kerana laut yang luas adalah pemisah di antara insan. Laut
yang terbentang membawa rasa sayu. Kesayuan ini semakin meningkat apabila hari
petang. Ini digambarkan oleh pantun di bawah:
Antara fenomena cuaca yang sering digambarkan di dalam pantun ialah hujan. Hujan
menjadi perlambangan yang amat ketara di dalam puisi Melayu baik puisi tradisi atau
puisi moden.Perkara ini terjadi kerana hujan menyekat perjalanan atau aktiviti .Di dalam
hujan terpaksa menghentikan aktiviti dan mengurung diri di dalam rumah. Sekali lagi, di
dalam keadaan tidak bekerja mula mengenang sesuatu yang mungkin dapat di lupakan
semasa bekerja. Keadaan semakin samar dan kabur dan dikaitkan dengan rasa tidak
menentu. Hujan yang menitis juga menyerupai air mata yang mengalir. Lalu terciptalah
pantun di bawah ini:
Dari ladang pergi ke gurun
Buluh duri melingkar kota
Hari petang hujan pun turun
Dagang berurai air mata
Mata hari yang cerah dikaitkan dengan suasana yang ceria. Kehilangan matahari
membawa suasana muram. Awan dan mendung juga mempengaruhi perasaan
manusia dan digunakan oleh pencipta puisi bagi membina suasana sedih dan sayu. Ini
terlibat di dalam pantun di bawah:
Singkorak kotanya tinggi
Buah pauh dari seberang
Awan berarak tangisi
Badan jauh di rantau orang
Suasana cerah melambangkan kebahagiaan manakala mendung dan hujan dikaitkan
dengan

sesuatu

yang

menyedihkan.

Dengan

keadaan

ini

seseorang

yang cuba menyembunyikan perasaan sedihnya di sebalik senyuman digambarkan


sebagai panas yang mengandung hujan. Keadaan ini dijelaskan oleh pantun:
Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimpal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan
Seperti yang disebut di atas, di dalam pantun dan puisi Melayu yang lain, sinar matahari
diasosiasikan dengan kebahagiaan atau sesuatu yang membawa harapan di dalam
hidup seseorang. Oleh itu kebahagiaan yang tidak kekal lama dianggap sebagai hujan
di tengah hari. Hujan yang turun diumpamakan sesuatu yang datang untuk menggangu
kebahagiaan seseorang. Inilah yang dimaksudkan oleh pantun di bawah:
Panjanglah rumput di permatang
Disabit orang Inderagiri
Disangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari.
Walau bagaimanapu hujan di dalam pantun bukanlah semestinya membawa konotasi
yang tidak menyenangkan seperti gangguan kepada kebahagiaan. Hujan juga
digunakan bagi membawa pengertian rahmat dan rezeki sesuai dengan sifatnya
sebagai sumber air untuk meneruskan kehidupan manusia. Hujan menyuburkan
tanaman lalu ia diasosiasikan dengan sesuatu yang membawa harapan baru atau
membawa sinar kebahagian.
Sehubungan dengan itu seseorang yang sedang menunggu dan mengharapkan
kebahagiaan diumpamakan sebagai sedang menunggu hujan turun. Apabila sesuatu
yang diharapkan tidak menjadi kenyataan, maka keadaan itu diibaratkan sebagai hujan
tak jadi.
Di dalam peribahasa Melayu, hujan tak jadi membawa pengertian impian yang tidak
kesampaian khasnya pertunangan yang putus di tengah jalan dan perkahwinan tidak
berlangsung seperti yang diheboh-hebohkan. Situasi ini tergambar di dalam pantung di
bawah. Pantun ini dinyanyikan di dalam sebuah lagu yang dipetik dari filem keluaran
Cathay Keris,Puteri Gunung Ledang, arahan S.Romai Noor.
Pergi ke hutan memotong nibung
Parangnya tumpul tidak diasah

Petir berdentum kliat bersabung


Hujan tak jadi bajuku basah
Oleh kerana itu orang tua sering menasihatkan supaya jangan terlalu yakin dan terlalu
mengharapkan sesuatu. Sikap terlalu mengharap atau terlalu yakin dianggap
sebagaimengharapkan hujan di langit. Lebih buruk lagi jika kita membuang sesuatu
yang telah dimiliki kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu. Ini digambarkan di
dalam pantun:
Harapkan si untung menggamit
Kain di badan didedahkan
Harapkan guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Gangguan emosi ini menjadi lebih hebat pada waktu malam ketika suasana lebih
senyap dan sunyi. Hal ini dapat dilihat di dalam dua pantun di bawah:
Riuh rendah di tepi telok
Lihat orang duduk bertenun
Tengah malam ayam berkokok
Serasa tuan datang membangun
Terang bulan di Pulau Pinang
Anak Belanda turun ke kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal.
Penggunaan unsur alam dalam karya sastera termasuk pantun memberikan
identiti kepada sastera Melayu; malah menjadi alatan terpenting sastera Melayu, sejak
awal lagi hinggalah ke zaman mutakhir . Penggunaan lambang atau bahasa kiasan
juga berpunca daripada sifat orang-orang Melayu yang menghargai orang-orang tua,
ibu bapa, raja, pembesar, jiran, kawan sebaya, dan saudara seagama, justeru itu tidak
menegur dan mengkritik secara tidak berlapik . Sehingga ke hari ini Penyair-penyair
Melayu kontemporari menggunakan objek-objek alam fizikal sebagai lapisan tersurat
yang mengandungi maksud yang tersirat. Ini bermakna hasil sastera Melayu tidak dapat
dihayati atau dinilai selagi tidak ditafsir dan difahami perlambangan yang digunakan.

Rujukan:
1. Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbincangan Genre dan Fungsi, 1989,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Zurinah Hassan, Unsur Alam dalam Puisi Melayu , 2010 . Penerbit UKM.
3. Zurinah Hassan. Puisi Melayu Tradisional- Pantun, Syair, Gurindam, Seloka , 2012, Kuala
Lumpur. Penerbit Pekan Ilmu.

Вам также может понравиться

  • Pembelajaran Syair
    Pembelajaran Syair
    Документ9 страниц
    Pembelajaran Syair
    SeindahNya
    Оценок пока нет
  • Puisi
    Puisi
    Документ22 страницы
    Puisi
    Faiz Akbar Fadhlullah
    Оценок пока нет
  • PUISI
    PUISI
    Документ8 страниц
    PUISI
    Vaniehexz Screamolovetodeath ThescretofLove
    Оценок пока нет
  • Pengertian Pantun 3
    Pengertian Pantun 3
    Документ6 страниц
    Pengertian Pantun 3
    klopetra
    Оценок пока нет
  • PANTUN
    PANTUN
    Документ12 страниц
    PANTUN
    Nizat Dochi Dorkzilla
    Оценок пока нет
  • Penjelasan Dan Contoh Serta Makna Pantunnya
    Penjelasan Dan Contoh Serta Makna Pantunnya
    Документ20 страниц
    Penjelasan Dan Contoh Serta Makna Pantunnya
    Juliantari Munadin Onggo
    Оценок пока нет
  • Contoh Syair Pendidikan
    Contoh Syair Pendidikan
    Документ8 страниц
    Contoh Syair Pendidikan
    Icha Kila
    Оценок пока нет
  • Koleksi Sajak Dan Syair
    Koleksi Sajak Dan Syair
    Документ7 страниц
    Koleksi Sajak Dan Syair
    Chenta Kyra Kirana
    Оценок пока нет
  • B.ind. Kls 8 Bab 10. Pemanfaatan Hasil Laut
    B.ind. Kls 8 Bab 10. Pemanfaatan Hasil Laut
    Документ24 страницы
    B.ind. Kls 8 Bab 10. Pemanfaatan Hasil Laut
    Putra's Shiro
    Оценок пока нет
  • Pantun Peribahasa
    Pantun Peribahasa
    Документ7 страниц
    Pantun Peribahasa
    Firda
    100% (5)
  • Buah Rindu - Amir Hamzah
    Buah Rindu - Amir Hamzah
    Документ56 страниц
    Buah Rindu - Amir Hamzah
    Ain Nazri
    Оценок пока нет
  • Esei 2 (Pantun)
    Esei 2 (Pantun)
    Документ4 страницы
    Esei 2 (Pantun)
    AL Black
    Оценок пока нет
  • Twisi Diary: Puisi-puisi twitter
    Twisi Diary: Puisi-puisi twitter
    От Everand
    Twisi Diary: Puisi-puisi twitter
    Рейтинг: 5 из 5 звезд
    5/5 (3)
  • BMMB1074 Kumpulan2 S2
    BMMB1074 Kumpulan2 S2
    Документ14 страниц
    BMMB1074 Kumpulan2 S2
    Amnie Syakirah
    Оценок пока нет
  • Jenis Jenismajaspwp 130811093359 Phpapp01
    Jenis Jenismajaspwp 130811093359 Phpapp01
    Документ17 страниц
    Jenis Jenismajaspwp 130811093359 Phpapp01
    IbNu Rosid Afandi
    Оценок пока нет
  • Kosa Kata Baru
    Kosa Kata Baru
    Документ22 страницы
    Kosa Kata Baru
    via liany
    Оценок пока нет
  • SYAIR
    SYAIR
    Документ17 страниц
    SYAIR
    ivory ignatius
    Оценок пока нет
  • Pengertian Dan Jenis Pantun
    Pengertian Dan Jenis Pantun
    Документ17 страниц
    Pengertian Dan Jenis Pantun
    Abu Hafidz
    Оценок пока нет
  • Puisi
    Puisi
    Документ81 страница
    Puisi
    LENNY OKTAVIA
    Оценок пока нет
  • Jenis Pantun
    Jenis Pantun
    Документ4 страницы
    Jenis Pantun
    azri
    Оценок пока нет
  • Analisis Puisi Senja Di Pelabuhan Kecil Galuh
    Analisis Puisi Senja Di Pelabuhan Kecil Galuh
    Документ8 страниц
    Analisis Puisi Senja Di Pelabuhan Kecil Galuh
    GALUH VENUSA
    Оценок пока нет
  • Bahasa Indonesia
    Bahasa Indonesia
    Документ11 страниц
    Bahasa Indonesia
    ALIFIA PUSPITA
    Оценок пока нет
  • Mewarisi Nilai Luhur Dan Mengkreasikan Puisi Rakyat
    Mewarisi Nilai Luhur Dan Mengkreasikan Puisi Rakyat
    Документ9 страниц
    Mewarisi Nilai Luhur Dan Mengkreasikan Puisi Rakyat
    Mas Ipung
    Оценок пока нет
  • Pendekatan Analitis
    Pendekatan Analitis
    Документ5 страниц
    Pendekatan Analitis
    dewi
    50% (2)
  • Syair
    Syair
    Документ24 страницы
    Syair
    Nurul Annisa
    Оценок пока нет
  • Majas Perbandingan
    Majas Perbandingan
    Документ30 страниц
    Majas Perbandingan
    CangCiLung
    Оценок пока нет
  • Kumpulan Pantun
    Kumpulan Pantun
    Документ53 страницы
    Kumpulan Pantun
    Hairon Dhiyaulhaq
    100% (1)
  • 1000 Pantun
    1000 Pantun
    Документ201 страница
    1000 Pantun
    Mohamad Nazree
    94% (18)
  • Majas Perbandingan 2
    Majas Perbandingan 2
    Документ30 страниц
    Majas Perbandingan 2
    lukman_files
    Оценок пока нет
  • Bagai Aur Dengan Tebing
    Bagai Aur Dengan Tebing
    Документ3 страницы
    Bagai Aur Dengan Tebing
    Izzat Shukor
    Оценок пока нет
  • Contoh Puisi Majas
    Contoh Puisi Majas
    Документ5 страниц
    Contoh Puisi Majas
    sulti
    Оценок пока нет
  • Pantun
    Pantun
    Документ82 страницы
    Pantun
    Ismail Yusop
    Оценок пока нет
  • Kritik Sosial Dalam Pantun Melayu
    Kritik Sosial Dalam Pantun Melayu
    Документ10 страниц
    Kritik Sosial Dalam Pantun Melayu
    U2003805 STUDENT
    Оценок пока нет
  • Kisi-Kisi Soal Pat Basa Jawa SMT Genap
    Kisi-Kisi Soal Pat Basa Jawa SMT Genap
    Документ47 страниц
    Kisi-Kisi Soal Pat Basa Jawa SMT Genap
    Pandhu Wisnu Aji
    Оценок пока нет
  • METAFORA
    METAFORA
    Документ7 страниц
    METAFORA
    Izzah Zafira
    0% (1)
  • Majas
    Majas
    Документ13 страниц
    Majas
    Oktri Maulidyana
    Оценок пока нет
  • Pantun
    Pantun
    Документ7 страниц
    Pantun
    Nur Ain Mohd Amin
    100% (3)
  • Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu
    Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu
    Документ31 страница
    Kenali Pantun Dan Kebijaksaaan Bangsa Melayu
    syiedafadzlina
    Оценок пока нет
  • Jenis Pantun
    Jenis Pantun
    Документ5 страниц
    Jenis Pantun
    Kamal Tomon
    Оценок пока нет
  • Melodi Pelangi Rasa
    Melodi Pelangi Rasa
    От Everand
    Melodi Pelangi Rasa
    Оценок пока нет
  • Hal 104
    Hal 104
    Документ11 страниц
    Hal 104
    Emil P. Muhammad
    100% (1)
  • Maklumat Pantun
    Maklumat Pantun
    Документ8 страниц
    Maklumat Pantun
    Nur Auni Syafiah
    Оценок пока нет
  • BAB II Unsur-Unsur Dan Analisa Puisi
    BAB II Unsur-Unsur Dan Analisa Puisi
    Документ7 страниц
    BAB II Unsur-Unsur Dan Analisa Puisi
    Tito Dani
    Оценок пока нет
  • Mari Bersajak
    Mari Bersajak
    Документ21 страница
    Mari Bersajak
    Mohd Faisal
    Оценок пока нет
  • Puisi UF Ke 14
    Puisi UF Ke 14
    Документ6 страниц
    Puisi UF Ke 14
    SN Khadeejah
    Оценок пока нет
  • Puisi Alam
    Puisi Alam
    Документ28 страниц
    Puisi Alam
    andriana
    Оценок пока нет
  • Bahan Ajar Teks Puisi
    Bahan Ajar Teks Puisi
    Документ11 страниц
    Bahan Ajar Teks Puisi
    aw
    100% (1)
  • Puisi Pantun
    Puisi Pantun
    Документ11 страниц
    Puisi Pantun
    dharma pradana
    Оценок пока нет
  • Pantun
    Pantun
    Документ7 страниц
    Pantun
    Chanthonx cammoranessi
    Оценок пока нет
  • Juknis Lomba Baca Puisi SMPN 4 KK
    Juknis Lomba Baca Puisi SMPN 4 KK
    Документ20 страниц
    Juknis Lomba Baca Puisi SMPN 4 KK
    sri utami
    Оценок пока нет
  • Diary Puisi: #3 Magnolia
    Diary Puisi: #3 Magnolia
    От Everand
    Diary Puisi: #3 Magnolia
    Рейтинг: 4 из 5 звезд
    4/5 (2)
  • Puisi
    Puisi
    Документ9 страниц
    Puisi
    O L Put
    Оценок пока нет
  • Mengenal Dan Menulis Pantun - Kiswati
    Mengenal Dan Menulis Pantun - Kiswati
    Документ123 страницы
    Mengenal Dan Menulis Pantun - Kiswati
    Muhamad Nur Halim
    Оценок пока нет
  • Macam Macam Tembang Macapat
    Macam Macam Tembang Macapat
    Документ5 страниц
    Macam Macam Tembang Macapat
    galihcr
    Оценок пока нет
  • Kumpulan Pantun
    Kumpulan Pantun
    Документ5 страниц
    Kumpulan Pantun
    Eko Heryanto
    Оценок пока нет
  • Penjelasan Struktur Puisi
    Penjelasan Struktur Puisi
    Документ3 страницы
    Penjelasan Struktur Puisi
    Smpit Madinah Al Fatih
    Оценок пока нет
  • Makalah Puisi Rakyat
    Makalah Puisi Rakyat
    Документ13 страниц
    Makalah Puisi Rakyat
    Zam Sdm
    83% (6)
  • Gurindam 7
    Gurindam 7
    Документ9 страниц
    Gurindam 7
    Yudi Rahmanda
    Оценок пока нет
  • Puisi Alam
    Puisi Alam
    Документ19 страниц
    Puisi Alam
    Haeriyah Ahmad
    Оценок пока нет
  • Jenis-Jenis Paragraf
    Jenis-Jenis Paragraf
    Документ16 страниц
    Jenis-Jenis Paragraf
    Primanitaersyah
    Оценок пока нет
  • Three Part Lesson
    Three Part Lesson
    Документ34 страницы
    Three Part Lesson
    akilhazim
    Оценок пока нет
  • Contoh Soalan Viva
    Contoh Soalan Viva
    Документ6 страниц
    Contoh Soalan Viva
    akilhazim
    100% (1)
  • Latih Tubi Tatabahasa: Peribahasa
    Latih Tubi Tatabahasa: Peribahasa
    Документ14 страниц
    Latih Tubi Tatabahasa: Peribahasa
    cikgu pak long
    75% (24)
  • Literasi BM Konstruk 1-12
    Literasi BM Konstruk 1-12
    Документ159 страниц
    Literasi BM Konstruk 1-12
    akilhazim
    Оценок пока нет
  • Belalang Dan Semut
    Belalang Dan Semut
    Документ19 страниц
    Belalang Dan Semut
    akilhazim
    Оценок пока нет
  • Kosa Kata Dan Ungkapan Dalam Penulisan Karangan
    Kosa Kata Dan Ungkapan Dalam Penulisan Karangan
    Документ8 страниц
    Kosa Kata Dan Ungkapan Dalam Penulisan Karangan
    akilhazim
    Оценок пока нет
  • Lirik Lagu Ya Dondang
    Lirik Lagu Ya Dondang
    Документ2 страницы
    Lirik Lagu Ya Dondang
    akilhazim
    Оценок пока нет
  • Hbae3103 Nota Ringkas Kraf Tradisional
    Hbae3103 Nota Ringkas Kraf Tradisional
    Документ0 страниц
    Hbae3103 Nota Ringkas Kraf Tradisional
    akilhazim
    Оценок пока нет
  • Maksud Lokatif
    Maksud Lokatif
    Документ1 страница
    Maksud Lokatif
    akilhazim
    100% (1)
  • Borang Penilaian Kursus
    Borang Penilaian Kursus
    Документ3 страницы
    Borang Penilaian Kursus
    akilhazim
    Оценок пока нет