Вы находитесь на странице: 1из 10

BAB 2

LATAR BELAKANG FIRMA

2.1 Pengenalan
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal telah ditubuhkan pada tahun 1952 di
peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia dan merupakan salah satu cawangan terawal yang
ditubuhkan di Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) berada di bawah Sektor Pakar JKR
Malaysia. CKM dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu Bahagian Penyelarasan Dan
Khidmat Sokongan, Bahagian Pembangunan Rekabentuk, Bahagian Pembangunan
Kepakaran serta Bahagian Perkhidmatan Harta (JKR Workshop Persekutuan). Cawangan
ini menyediakan khidmat Perundingan Teknikal, Pengurusan Projek dan Pengurusan
Penyelenggaraan yang komprehensif.
Pejabat utama cawangan ini terletak di Tingkat 18-21, Centrepoint North, The
Boulevard, Mid-Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur yang menempatkan
semua bahagian kecuali Bahagian Perkhidmatan Harta (JKR Workshop Persekutuan)
iaitu terletak di Jalan Cheras, KualaLumpur.
Terdapat seramai lebih kurang 300 orang kakitangan yang bertugas di cawangan
ini iaitu 200 orang kakitangan di Mid Valley dan 100 orang kakitangan lagi di JKR
Workshop Persekutuan.

2.2 Objektif
1. Menyiapkan kerja rekabentuk sistem mekanikal yang menepati piawaian, kualiti,
masa dan kos yang ditetapkan.
2. Menyerahkan projek sistem mekanikal yang menepati, kualiti, masa dan kos
yang ditetapkan.
3. Melaksanakan kerja penyenggaraan sistem mekanikal, kenderaan, logi
pembinaan jalan dan logi kuari kepunyaan kerajaan yang menepati kualiti, masa
dan kos yang ditetapkan.
4. Mengurus aset-aset yang terdiri dari sistem mekanikal dalam bangunan,
kenderaan, logi pembinaan jalan dan logi kuari kepunyaan JKR yang dapat
memenuhi keperluan semasa jabatan.
5. Menyediakan khidmat rundingan teknikal berhubung dengan bidang kejuruteraan
mekanikal kepada agensi kerajaan dan badan berkanun dengan tepat dan cepat.

2.3 Visi Dan Misi


Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

Visi
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan
Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk
Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif
Serta Teknologi Terkini.

Misi
Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:
1.
2.
3.
4.
5.

Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan


perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang
konsisten.
Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.

6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.


7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

2.4 Logo Firma

Deskripsi Logo
1.
2.

3.
4.
5.

Secara umumnya, Logo yang dipaparkan itu mencerminkan kepelbagaian bidang kerja
dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).
Bermula dari bawah, garisan lengkung berwarna hitam memberi simbol kerja
membekal air bersih dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang
dinamik.
Garisan yang berbentuk arch berwarna hitam pekat menunjukkan simbol kerja
berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga mencerminkan JKR
sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju utama negara untuk
melaksanakan kerja kejuruteraan.
Garisan lurus berwarna hitam di atas garisan berbentuk arch melambangkan
penglibatan untuk melaksana rangkaian jalanraya negara.
Empat belas garisan yang terletak di atas garis lurus melambangkan penglibatan untuk
melaksana kerja bangunan meliputi 14 negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.

2.5 Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan Mekanikal


Melaksanakan kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan mekanikal di dalam projek-projek
pembangunan negara yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya sama ada di bawah
Sektor Bisnes atau CKM sendiri seperti merancang, merekabentuk dan pengawasan
pemasangan perkhidmatan mekanikal dalam bangunan kerajaan, pengujian dan
pentauliahan, penyerahan dan pengawasan kerja penyelenggaraan selepasnya.
Perkhidmatan-perkhidmatan mekanikal dalam bangunan kerajaan antaranya adalah
seperti berikut :
1. Sistem Penghawa Dingin dan Pengalihan Udara
2. Sistem Bekalan Air dan Sanitari Dalaman
3. Sistem Pencegah Kebakaran
4. Sistem Lif
5. Sistem Kren
6. Sistem Pam Penggalak
7. Sistem Gas Perubatan
8. Sistem Dandang dan Stim
9. Sistem Penstril
10. Sistem Kelengkapan Dapur dan LPG

11. Sistem Kelengkapan Kerusi Pergigian


12. Sistem Pneumatic Tube
13. Sistem Automasi Bangunan (BAS)
14. Sistem Pemampatan Udara

2.6 Perkhidmatan Pengurusan Projek Untuk Kejuruteraan Mekanikal


Melaksanakan perkhidmatan pengurusan projek perkhidmatan mekanikal untuk projekprojek pembangunan negara yang dilaksanakan terus oleh CKM sendiri.

2.6.1 MELAKSANAKAN AKTIVITI KEPAKARAN DAN


PENYELIDIKAN
1. Mengaplikasikan bidang kecekapan tenaga dalam menghasilkan rekabentuk
mekanikal dalam sesebuah bangunan dan seterusnya mengesyorkan langkah
penjimatan tenaga dalam operasi sistem mekanikal.
2. Mengesyorkan langkah penambahbaikan dalam aplikasi kawalan bunyi &
getaran dalam sesuatu sistem perkhidmatan mekanikal sesebuah bangunan.
3. Menentukan check & balance dalam sesuatu pemasangan kelengkapan
mekanikal melalui pengujian, pentauliahan dan forensik bertujuan untuk
mencegah peralatan dari terus mengalami kerosakan dan seterusnya
mengenalpasti punca kerosakan dan mencadangkan pelan tindakan pemulihan
bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.
4. Melaksanakan kualiti persekitaran dalaman IAQ & IEQ (Indoor Air Quality &
Indoor Environment Quality) bertujuan untuk memastikan bekalan udara ke
tempat-tempat penghuni mengikut standard dan spesifikasi supaya tidak
menyumbang kepada masalah kesihatan disebabkan oleh SBS (Sick Building
Syndrome).
5. Merangka polisi, dasar, kajian dan menggalakkan bidang inovasi serta
penyelidikan dan pembangunan ke atas aktiviti kepakaran khusus bidang
kejuruteraan mekanikal.
6. Menyediakan piawaian, penyeliaan, pengujian, pentauliahan perkhidmatan
mekanikal, membangunkan spesifikasi, garispanduan rekabentuk, arahan
teknikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

7. Menyediakan maklumat berpusat bagi semua aktiviti mekanikal termasuk


maklumat projek-projek mekanikal, kos anggaran dan sebenar kerja-kerja
mekanikal, prestasi kontraktor mekanikal dsbnya.
8. Mewujudkan pakar-pakar mekanikal di bidang perkhidmatan mekanikal seperti
Pakar Sistem Penyaman Udara, Pakar Sistem Pencegah Kebakaran, Pakar
Kecekapan Tenaga, Pakar Getaran & Bunyi dll.
9. Meningkatkan peranan dan kepakaran di dalam urusan penyenggaraan bangunan
termasuk aplikasi Condition Monitoring ke atas peralatan sistem mekanikal.

2.6.2 KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL


Memberi khidmat nasihat teknikal berhubung dengan kejuruteraan mekanikal sesuai
dengan perkembangan teknologi masa kini seperti berikut :
1

Penetapan Verifikasi Kastam di bawah Kod tarif barangan akta duti kastam 1996.

Penyeliaan kerja perunding teknikal.

Perolehan sistem mekanikal untuk pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Pelupusan Aset-Aset Mekanikal (BER/PEP) untuk pelbagai jabatan dan agensi.

Penilaian kenderaan kerajaan yang terlibat dalam kemalangan dan pinjaman


pembelian kereta terpakai.

Semakan harga untuk perbatuan elaun perjalanan kakitangan awam.

Perkhidmatan kemudahan penggunaan harta mekanikal dan urusan berkaitan


dengannya.

Menyediakan perkhidmatan untuk menyelenggara sistem perkhidmatan


mekanikal di premis-premis kerajaan.

Menyediakan pakar rujuk kepada agensi-agensi yang memerlukan khidmat


kepakaran mekanikal seperti menjadi Ahli Jawatankuasa Teknikal di SIRIM,
CIDB serta lain agensi dan sebagai ahli lembaga tender bagi kementeriankementerian.

2.6.3 PENGURUSAN ASET - KENDERAAN DAN LOJI


1

Mengurus dan menyelenggara woksyop, kenderaan dan loji milik Jabatan Kerja
Raya.

Mengurus perolehan loji dan kenderaan jabatan-jabatan kerajaan seperti lori


tangki, bas, pacuan empat roda dan lain-lain.

2.6.4 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN KUARI


Bertanggungjawab, merancang dan mengurus perolehan kelengkapan kuari, bitumen dan
alatgantinya ke atas Kuari milik Jabatan Kerja Raya iaitu:
1

Kuari Pusat Pekan Awah, Temerloh yang mempunyai keluasan 46.8 hektar,

Kuari Bukit Buloh, Machang dengan keluasannya 38 hektar dan

Kuari Bukit Penggorak, Kuantan dengan keluasannya 65.16 hektar.

2.6.5 PENGURUSAN & PERKHIDMATAN KERJAYA


1

Membangun profesionalisma, pengembangan kerjaya, pembangunan kompetensi


dan merangka program-program latihan teknikal dan menyediakan tenaga
pengajar berkaitan perkhidmatan mekanikal kepada pegawai dan kakitangan
CKM, CKM Negeri dan dari Cawangan Sektor Busines.

Menyediakan silibus untuk peperiksaan jabatan bagi jurusan Mekanikal di JKR.

Memantau kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan CKM , CKM Negeri dan
dari Cawangan Sektor Busines.

Menempatkan pegawai-pegawai teknikal jurusan mekanikal pada semua


peringkat di unit, bahagian dan di negeri yang bersesuaian dengan tahap
kompetensi pegawai berkenaan.

2.7 Piagam Pelanggan dan Pelancaran Piagam Pelanggan


2.7.1 Piagam Pelanggan
Kami adalah komited untuk menyediakan dan menyelenggarakan infrastruktur dan
kemudahan awam bagi memenuhi keperluan pembanguan negara. Dalam menyediakan
keperluan di atas, jabatan ini akan sentiasa menambahbaikan perkhidmatan profesional
yang berkualiti dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan dalam
segala projek dan program dengan memberi penekanan kepada:
1. Jangka masa secepat mungkin
2. Kos yang ekonomik
3. Reka bentuk yang menarik dan kualiti yang terbaik

2.7.2 Pelancaran Piagam Pelanggan


Piagam pelanggan JKR Melaka telah dilancarkan dengan rasminya oleh YB Setiausaha
Kerajaan Negeri Melaka pada sambutan hari kualiti JKR Melaka yang diadakan pada 22
Oktober 1994.

2.8

SEJARAH PENGGUBALAN PIAGAM PELANGGAN


JABATAN KERJA RAYA MELAKA
Melalui mesyuarat pegawai-pegawai kanan yang telah diadakan pada 26 MAC

1994 di Ombak Beach Resort Kuantan,Pahang Darul Makmur, Jabatan Kerja Raya
Melaka telah Berjaya mengubal satu piagam pelanggan.
Jabatan ini juga telah mengenal pasti bahawa pelanggan utamanya terdiri dripada
orang awam.Jabatan atau agensi kerajaan dan juga pihak swasta.dalam memastikan
bahawa jaminan yang termaktub di dalam piagam adalah pratikal dan dapat
dipenuhi,jabatan menggunakan kaedah-kaedah berbincang serta mengkaji kemampuan
yang ada berdasarkan penglibatan kakitangan dan keupayaan peralatan serta prestasi
yang cemerlang agar penentuan tempoh masa yang ditetapkan boleh menghasilkan
perkhidmatan yang berkualiti.

2.9

OBJEKTIF BAHAGIAN-BAHAGIAN DI JKR CAWANGAN


KEJURUTERAAN MEKANIKAL

2.9.1 BAHAGIAN PENTADBIRAN AM/KEPERKHIDMATAN.


1) Mengendalikan pengesahan perkhidmatan,penjawatan,dan
peperiksaan.
2) Mengendalikan urursan keperluan latihan
pegawai/kakitangan jabatan
3) Menguruskan dokumen-dokumen pencen kakitangan untuk
dikemukanan ke ibu pejabat.
4) Menguruskan pentadbiran Am jabatan seperti
kebersihan,disiplin kakitangan,keselamatan dan keceriaan
5) Menguruskan penyediaan laporan penilaian prestasi pegawai
dan kakitangan jabatan

2.9.2 BAHAGIAN KEWANGAN/COSTING


1)

Mengendalikan hal-hal kewangan pejabat.

2)

Menyediakan baucer-baucer bayaran untuk tuntutan kakitangan dan


pembekal.

3)

Menguruskan penetapan harga sebenar untuk kerja-kerja pembaikan.

4)

Menguruskan penyata tahunan perbelanjaan dan pendapatan.

5)

Mengeluarkan laporan ringkas berjadual bagi kod amanah mekanikal.

2.9.3 BAHAGIAN STOR


1)
2)
3)
4)

Menyemak dan meluluskan rancangan pembelian stok tahunan.


Membuat perolehan bagi bahan-bahan.
Menguruskan penyediaan hapus kira.
Menguruskan pendaftaran harta modal dan kelengkapan pejabat.

2.9.4 BAHAGIAN BENGKEL


1) Menguruskan penyenggaraan kenderaan dan jentera berat kepunyaan JKR
Negeri Melaka.
2) Menguruskan penyenggaraan peralatan mekanikal di dalam bangunan kerajjan
seperti sekolah dan lain-lain.

2.9.5

BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK

1) Menguruskan projek-projek perkhidmatan mekanikal dalam bangunan kerajaan


meliputi reka bentuk perolehan penyediaan dan pengujian serta pengtauliahan.

Вам также может понравиться