Вы находитесь на странице: 1из 39

Bahagian Sintaksis

(Menganalisis Binaan Ayat)


Disediakan oleh:
Saharuddin Abdullah
SMK Sijangkang Jaya

Format Peperiksaan
6 markah diperuntukkan dalam bahagian
ini.
2 . Terdapat beberapa jenis soalan yang
boleh disoal dalam bahagian ini ;
a. Menyambung ayat.
b. Memisahkan ayat.
c. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah.

Format Peperiksaan

d. Ayat Aktif dan Ayat Pasif.


e. Ayat Songsang.
f. Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk.
g. Jenis Ayat ( Ayat Penyata, Ayat Tanya,
Ayat Perintah, Ayat Seruan )
h. Menganalisis ayat

Panduan Menjawab Soalan


Bahagian Sintaksis

Teknik Menyambung Ayat


Anda mungkin diberikan satu atau
beberapa petikan ringkas.
Petikan yang diberi akan terdiri daripada
beberapa ayat pendek.
Anda dikehendaki menyambung atau
menggabungkan ayat-ayat pendek dalam
petikan itu menjadi dua, tiga, empat ayat
( berdasarkan pada arahan soalan)

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN


Baca arahan soalan untuk memahami
kehendak arahan soalan.
Baca petikan dan fahami maksud
keseluruhan petikan.
Kenal pasti ayat-ayat yang mempunyai
kaitan dan sesuai digabungkan mengikut
isi .

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN


Gunakan hanya Kata Hubung, sama ada
Kata Hubung Gabungan, Pancangan,
atau Berpasangan untuk menyambung
ayat-ayat ini.
Contoh: Kata Hubung Gabungan.
dan, serta, atau, lalu, sambil, maka, tetapi,
kecuali / melainkan / malahan,
kemudian.

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN


Kata Hubung Pancangan.
yang, bahawa, untuk, kerana, supaya / agar, jika /
jikalau / sungguhpun / meskipun / walaupun,
semasa / sewaktu / ketika / apabila, sementara,
setelah,
hingga / sehingga.

- Kata Hubung Berpasangan.


baik ataupun / mahupun, bukan sahajabahkan
juga, sedangkanapatah lagi / tambahan pula,
makinmakin.

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN


Bukan semua kata dalam ayat-ayat pendek itu
mesti digunakan. Perkataan yang berulang
boleh ditiadakan supaya ayat menjadi lebih
kemas dan tidak meleret-leret.
Penanda wacana juga boleh digunakan di
permulaan ayat untuk menunjukkan
kesinambungan ayat itu dengan ayat yang lain.
Contoh:Oleh yang demikian, Oleh sebab itu, Di
samping itu, Namun demikian, Dalam pada itu

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN


Elakkan penggunaan kata yang bukan merupakan kata
hubung seperti di mana, yang mana,
seperti mana, menyebabkan, mendatangkan,dan
lain-lain.
Jangan membina ayat yang kurang daripada yang
diarahkan kerana markah tidak akan diberikan
langsung jika hal ini berlaku.
Jangan ubah struktur ayat kerana hal ini boleh
menjejaskan pemarkahan anda.
Tulis ayat-ayat yang telah disambungkan itu dengan
kemas dengan tanda bacaan yang betul.

MEMINDAHKAN PETIKAN
( Cakap Ajuk dan Cakap Pindah )
Terdapat dua bentuk soalan memindahkan
petikan iaitu :
a)Memindahkan petikan perbualan atau cerpen
kepada bentuk karangan biasa dengan menggunakan
cakap pindah.
b)Memindahkan petikan karangan biasa
(Cakap Pindah) kepada bentuk perbualan /
dialog (Cakap Ajuk).

Teknik memindahkan petikan perbualan atau


cerpen kepada bentuk karangan biasa.
Baca petikan dengan teliti dan fahamkan
maksud petikan serta perkaitan antara watakwatak yang terdapat di dalam petikan.
Pindahkan dialog baris demi baris dan elakkan
daripada membuat ringkasan.
Gunakan ayat penyata sahaja ketika
memindahkan petikan

Teknik memindahkan petikan perbualan atau


cerpen kepada bentuk karangan biasa.
Gugurkan/hilangkan tanda baca ( pembuka dan penutup
kata ) dalam perbualan atau petikan yang diberikan.
Gantikan kata seruan dalam petikan perbualan atau
carpen kepada kata yang membawa makna yang
sesuai: Contoh :
o Cis!
- dengan marahnya
o Amboi! - dengan perasaan terkejut
o Eh!
- dengan rasa hairan
o Aduh! - sambil mengerang kesakitan
o Hore! - dengan perasaan gembira

Teknik memindahkan petikan perbualan atau


cerpen kepada bentuk karangan biasa.
Tukarkan kata ganti diri , masa, dan tempat,
kepada bentuk kata ganti yang sesuai. Contoh:
Saya
kita / kami
beta
Ini
begini
di sini
esok
sekarang
semalam

dia
mereka
baginda
itu
begitu
di sana
hari keesokannya
pada masa itu
hari sebelumnya

Teknik memindahkan petikan perbualan atau


cerpen kepada bentuk karangan biasa.
Hasilkan ayat yang gramatis dengan
a) Memberi imbuhan yang sesuai kepada kata-kata
tertentu.
b) Tidak menggunakan kata-kata singkatan seperti
tapi, sikit, tak, nak, dll.
c) Menggunakan kata hubung yang sesuai.
Contoh:
berkata / mengatakan / menerangkan memberitahu
bahawa.
Bertanya
menanyakan sebab atau tujuan.
Adakah anda ingin tahu / ingin memastikan sama ada
Meminta / mencadangkan
mengharapkan agar

Teknik memindahkan petikan perbualan atau


cerpen kepada bentuk karangan biasa.
Jangan mencampuradukkan bentuk cakap ajuk
dan cakap pindah dalam jawapan anda.
Tulis petikan yang telah dipindahkan dalam satu
perenggan sahaja / beberapa perenggan.
(elak daripada menjawab dalam bentuk point )

Contoh Soalan.
Tulis semula perbualan di bawah ini dalam
bentuk karangan biasa dengan menggunakan
cakap pindah.
Ali

: Sudah lama ayah sampai ? Mengapa ibu


tidak ikut sama ?
Pak Aji : Baru lagi. Ibu engkau tak dapat datang. Dia
kirim salam saja.

Contoh Jawapan.
Ali menyambut kedatangan ayahnya sambil
menanyakan sama ada ayahnya telah lama
sampai. Selain itu, Ali menanyakan sebab
ibunya tidak datang.ayah Ali memberitahunya
bahawa dia baru sahaja sampai. Dia seterusnya
menjelaskan bahawa ibu Ali tidak dapat datang
dan hanya berkirim salam

Contoh Soalan.
Tulis semula petikan cerpen di bawah dalam bentuk
karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
" Hai , Mat! Apa khabar ?
" Khabar baik. Kamu pula bagaimana, Ramli?
" Macam biasa tetapi minggu depan saya akan pergi ke Ipoh.

Contoh Jawapan.

Ramli menegur Mat lalu bertanyakan khabar. Mat


menjawab bahawa dia berada dalam keadaan baik lalu
menanyakan pula keadaan Ramli. Ramli menjelaskan
bahawa keadaannya seperti biasa sahaja tetapi pada
minggu berikutnya dia akan pergi ke lpoh.

Teknik memindahkan petikan karangan biasa


kepada bentuk perbualan / dialog .
Baca petikan perbualan dengan teliti dan
fahamkan maksud petikan serta perkaitan
antara watak yang terdapat dalam petikan.
Pindahkan petikan karangan ke dalam bentuk
dialog.
Gunakan ayat-ayat pendek ( dialog ) yang
sesuai dengan situasi.
Masukkan perlakuan, atau tindakan watak
dalam kurungan bagi melengkapkan jawapan.

Teknik memindahkan petikan karangan biasa


kepada bentuk perbualan / dialog .
Masukkan kata seruan yang sesuai dengan makna yang
dinyatakan dalam petikan itu. Contoh :
o dengan marahnya
- cis, nyah kau!.
o dengan perasaan terkejut - amboi, hebatnya!.
o dengan hairan
- eh, mana beg
aku!.
o dengan hati yang gembira - hore, aku menang!.

Contoh
Si penjual bertanya kepada Encik Abu tentang jenis ikan
yang hendak dibelinya.
Penjual : Encik nak beli ikan apa?

Encik Abu berkata bahawa dia hendak membeli ikan


bawal lalu menanyakan harga sekilogram ikan tersebut.
Encik Abu : Ikan bawal . Berapa harganya sekilo ?

Si penjual berkata bahawa harga sekilogram ikan bawal


itu ialah RM7.50.
Penjual : RM 7.50 sahaja, encik.

Encik Abu terkejut apabila mendengar jawapan si


penjual itu kerana pada pendapatnya harga tersebut
terlalu mahal.
Encik Abu : Amboi, mahal betul ! Kenapa mahal sangat ?

Contoh Soalan.
Si penjual menjelaskan bahawa harga sekilogram ikan
bawal itu agak mahal pada waktu itu kerana ikan
kurang akibat musim tengkujuh.
Penjual : Mahal sedikit encik, oleh sebab ikan kurang sekarang.
Maklumlah musim tengkujuh.

Encik Abu berpuas hati dengan penjelasan penjual itu


lalu meminta penjual menimbangkannya ikan bawal
yang besar seekor dan yang sederhana besar
seekor.
Encik Abu : Oh , begitu ! Timbangkan saya ikan bawal yang
besar seekor dan ikan yang sederhana besar
seekor.

Latihan
(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap
pindah.
Meor : Aduhai, mana baju Melayu saya yang berwarna biru?
Dah puas saya cari, tak ada!
Ibu
: Janganlah kelam-kabut! Carilah betul-betul.
Meor : Hai, ke mana perginya? Siapa pulak yang ambil?
Ibu
: Tak ada siapa yang hendakkan baju awak tu. Tepi sikit,
biar emak cari. Ini apa? Lain kali carilah betul-betul.

[6 markah]

Contoh Jawapan.
Meor mengeluh sambil bertanya kepada ibunya duduk letak baju
Melayunya yang berwarna biru. Dia menambah sambil mengatakan
bahawa dia telah puas mencarinya tetapi tidak dijumpai.
Ibu menasihati Meor agar tidak kelam-kabut. Ibu juga menyarankan
agar Meor mencarinya betul-betul.
Meor mengeluh kerana tidak tahu tentang kedudukan bajunya. Dia
tertanya-tanya tentang orang yang telah mengambil baju itu.
Ibunya mencemuh/menyindir kata-kata Meor dengan mengatakan
bahawa tiada sesiapa yang ingin akan baju Meor itu.
Ibu seterusnya mengarahkan agar Meor ke tepi sedikit agar
memberikan laluan kepadanya untuk mencari baju itu. Apabila
menemukan baju itu, ibu menyindir/mencemuh kekalutan Meor.
Ibu kemudian menasihati Meor agar mencari sesuatu dengan berhatihati kali lain

Ayat Aktif dan Ayat Pasif


A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan
(sebagai subjek ayat) manakala benda yang kena buat terletak di
belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan
men.i.
iii. Contoh :
Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan
ialah benda kena buat)

Ayat Aktif dan Ayat Pasif


B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat
terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala
pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau
di.i. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan
kena. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama
dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa
imbuhan.
Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF


Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di
sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang
ditebang oleh bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang
tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang
dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut .

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan


pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor
yang berkaca mata tebal itu.

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF


Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai
itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah
saya lukis.
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains
dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan
Matematik itu belum awak jelaskan.

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif


1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki
motosikal di Bandar Melaka.
2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus
yang sangat besar.
3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri
di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu
memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.
5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung
tangan plastik ketika bertugas.
6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun
amat berat untuk dipikul.

MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF


Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai
itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah
saya lukis.
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains
dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan
Matematik itu belum awak jelaskan.

AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK


A. MAKSUD AYAT:
1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat
tunggal.
ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan
satu pradikat sahaja.

2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat


panjang.
ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu
subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat.

MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA


MENJADI AYAT MAJMUK
Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.
Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu
mesti didahulukan.
Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.
a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan
sebagainya.
b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab.maka,
walaupun .namun
dan lain-lain.

Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali atau


digunakan.

MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA


MENJADI AYAT MAJMUK
Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan
soalan yang diberi.
Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu
menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara
yang sebelumnya.
Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA


AYAT MAJMUK
Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya.
Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.
o Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk
membeli gula dan ikan.
Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
o Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.
Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan
melabur juga.
o Ayat majmuk : Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka
digalakkan melabur.
o Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.

Latihan 1
Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3
ayat majmuk.

Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu


selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu
sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang
hadir. Mereka dating dari seluruh kampung itu. Mereka
meraikan hari jadi anak Tok Mudim. Hari jadi itu ialah hari
jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan. Makanan
itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka
sungguh gembira

Вам также может понравиться