Вы находитесь на странице: 1из 1

KEPENTINGAN SENAMAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan
berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen
kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.
Tidak cukup dengan aktiviti harian, hujung minggu atau ada waktu terluang, anda pasti
ringankan badan untuk melakukan senaman. Tetapi kini, sejak anda dihambat oleh kesibukan
kerja di pejabat, kuliah, mahupun masalah peribadi, entah kenapa anda seperti malas dan kurang
berminat untuk meneruskan riadah tersebut. Jangan risau, anda tetap boleh mengekalkan
amalan senaman walaupun sudah lama tidak melakukannya. Ikuti tip-tip berikut untuk
meningkatkan kembali semangat serta usaha anda dan seterusnya bagi mendapatkan bentuk
badan yang menawan juga untuk kesihatan tubuh badan.

Banyak kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita sekiranya kita kerap melakukan aktiviti
senaman. Antaranya ialah, dapat mencegah diri kita dari sebarang penyakit yang boleh
membahayakan diri kita. Aktiviti senaman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali
dalam seminggu. Terdapat beberapa fakta yang menyatakan bahawa dengan melakukan aktiviti
senaman dapat mengurangkan penyakit. Antara penyakit yang boleh dibendung melalui aktiviti
senaman ialah dapat mencegah sakit belakang. Senaman dapat menguatkan tulang belakang dan
otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan sekaligus dapat mencegah sakit belakang.
Pada masa ini, kita dapat lihat ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengalami
masalah obesiti. Melalui aktiviti senaman juga dapat mengatasi masalah obesiti. Senaman
berterusan dan pada masa yang sama, mengamalkan diet seimbang dapat membnatu mengawal
masalah berat badan yang berlebihan. Obesiti dapat meningkatkan risiko mendpat pelbagai
penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Senaman juga dapat mengurangkan
risiko penyakit kanser. Kajian perubatan mengesahkan bahawa tahap kecergasan yang rendah
akan meningkatkan risiko mendapat sesetengah penyakit yang berkaitan dengan kanser.
Bersenam secara konsisten juga mapu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan
menjadikan diri lebih positif dan tenang.

Вам также может понравиться