You are on page 1of 21

PEMARKAHAN

TUGASAN 1

TUGASAN 2

E-FORUM
JUMLAH

KBK 3043
PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS
TAJUK TUGASAN
TUGASAN 1
&
TUGASAN 2

KUMPULAN
GROUP UPSI 05 (A122PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NOR AZWIN BINTI AZLAN

NO. ID
D20102044905

NO. TELEFON
0196996692

NAMA TUTOR E-LEARNING: PN. NOREHA BINTI MOHD YUSOF


TARIKH SERAH: 4 MEI 2013
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN

Halaman
3

2.0 DEFINISI TINGKAH LAKU

3.0 DEFINISI ADHD

4.0 MASALAH DAN CIRI-CIRI TINGKAH LAKU ADHD

5.0 PENDEKATAN DAN KAEDAH MENGURANG TINGKAH LAKU

6.0 PENUTUP

BIBLIOGRAFI

10

1.0 PENGENALAN
Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan dikalangan masyarakat
umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara
emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan
yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah
merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Guru memainkan peranan utama

membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari
tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang
sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang
berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.
Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi,
jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa
mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat
dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak
memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam
dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif,
berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.
Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di
kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang
boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti,
tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul . Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah.
Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari
dituding ke arah guru.

2.0 DEFINISI TINGKAH LAKU


Tingkah laku adalah perlakuan atau percakapan seseorang individu. Ia juga merupakan
semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar atau separa sedar. Lewis M. Beaker (2001),
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar. Garry Martin dan Joseph Pear (2003) berpendapat bahawa tingkah laku juga merangkumi
aktiviti aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
Mengikut (PL94-142) masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk
kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku dalam tempoh yang lama, pada darjat
yang ketara dan keadaan ini menjejaskan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu
tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
3.0 DEFINISI ADHD
Ganguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau attention deficit hyperactivity disorder
(ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak
(Barkley, 1990). Ia merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman
kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsive
yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di
peringkat perkembangan yang normal.
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD berlaku dengan begitu ketara pada
sesetengah kanak-kanak terutamanya pada waktu prasekolah atau tadika dan murid-murid
sekolah rendah. Gejala ini menyebabkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal
tingkah laku mereka atau memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Satu kajian menunjukkan
terdapat antara 3% hingga 5% kanak-kanak menghidap ADHD atau sekitar 2 juta orang kanakkanak di Amerika Syarikat. Ini bermakna, di dalam sebuah kelas yang mengandungi 25 atau 30
orang murid, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka menghidap ADHD. Menurut Sir
George F. Still (1902), ADHD disebabkan oleh disfungsi genetik bukannya oleh asuhan yang
lemah.
Gangguan ADHD menjurus kepada aspek pemikiran, kelakuan, kebiasaan dan tindakan
sama ada dalam keadaan stabil atau tidak. Horrocks dan Jackson (1972) menjelaskan bahawa
4

sesuatu tingkah laku atau perbuatan devian yang berlaku dalam keadaan yang agak tetap (trait)
dianggap sebagai mengalami kecelaruan
Gangguan hiperaktif atau ADHD melibatkan tiga jenis keupayaan iaitu kurang tumpuan,
hiperaktif dan menurut kata hati. Ketiga-tiga keupayaan ini biasanya saling berkaitan antara satu
sama lain. Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 15 tahun
menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanakkanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan
bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
Semenjak itu, kecelaruan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuk minimal brain
dysfunction, hyperkinetic reaction of childhood, attention deficit disorder dan terkini attention
hyperactivity disorder. Terdapat banyak kajian saintifik berkaitan kecelaruan ini sudah dihasilkan
bagi memberi maklumat berkaitan tabiatnya, faktor-faktor kecelaruan ini, dan kaedah rawatan
bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kecelaruan ini.
4.0 MASALAH DAN CIRI-CIRI TINGKAH LAKU ADHD
Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain
biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention deficit
disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan
sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanakkanak perempuan.
Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk
memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan
masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar
menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini
melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang
dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak
penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan
ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.
Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami
kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah
hiperaktif.
5

Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif adalah seperti:

Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil.


Mereka suka membantah.
Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.
Lalai dan tidak memberi tumpuan.
Sering merasa tidak puashati.
Sering tertekan.
Menghadapi masalah dalam pelajaran.
Menghadapi masalah dalam hubungan sosial.
Cepat takut dan risau.
Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

Selain itu, Kanak-kanak yang bersikap Hiperaktif (ADHD) akan :

Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat


duduknya

Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ

Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)

Bising waktu bermain

Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)

Banyak bercakap

5.0 PENDEKATAN DAN KAEDAH MENGURANG TINGKAH LAKU ADHD


Oleh kerana ADHD menyebabkan masalah-masalah kanak-kanak terutamanya kanakkanak sekolah tadika dan sekolah rendah seperti seperti kesukaran mengikut arahan yang
diberikan oleh guru, suka bercakap dan susah untuk duduk diam dalam kelas, maka langkahlangkah pencegahan seperti peranan guru dan ibu bapa adalah diperlukan.
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan oleh sesebuah sekolah dalam membantu
pelajar-pelajar yang mempunyai gangguan ADHD ini antaranya memilih guru yang
6

berkebolehan iaitu dengan menepatkan pelajar kepada guru yang optimis, fleksibel dan
berkebolehan dalam menyelesaikan masalah. Guru yang liberal ini mampu menolong pelajar
yang mengalami gangguan ADHD ini.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan sokongan bagi mempromosikan
kelakuan yang ditugaskan iaitu dengan mencari seorang rakan belajar yang sesuai kepada pelajar
ADHD, memerhatikan setiap kerja yang dilakukan oleh pelajar ADHD dan mengekalkan
kekerapan komunikasi antara ibu bapa dengan sekolah.
Guru-guru dan ibu bapa juga boleh memberi sokongan motivasi seperti memberi pujian
dan ganjaran kepada pelajar dan anak-anak mereka yang membuat sesuatu tugasan dengan baik
terutamanya kepada pelajar dan anak-anak mereka yang mengalami masalah gangguan ADHD.
Ini dapat membantu membina keyakinan diri kanak-kanak ADHD ini. Berkomunikasi dengan
pelajar ADHD dan menanya kepada mereka aktiviti kegemaran mereka juga boleh memberi
motivasi kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan ini. Guru-guru dan ibu bapa juga harus
membantu pelajar ADHD ini mencungkil bakat yang terpendam seperti bermain alat muzik,
bersukan dan sebagainya serta menentukan satu matlamat yang realistik kepada kanak-kanak ini.
Selain sokongan motivasi, guru-guru dan ibu bapa juga hendaklah memberi sokongan
sosial seperti memberi sokongan dan galakan kepada kanak-kanak ADHD apabila mereka
menghadapi masalah supaya kanak-kanak ini dapat meningkatkan penghargaan kendiri dan
membantu pelajar membentuk kumpulan belajar terutama pelajar-pelajar. Hal ini dapat
menggalakkan pelajar berkongsi idea dan tanggungjawab di samping membantu hubungan
interpersonal dengan pelajar lain. Pembelajaran secara campuran umur juga dapat membantu
pelajar dalam hubungan sosial mereka.
Kajian telah membuktikan bahawa ubat-ubatan sedikit sebanyak dapat membantu
masalah tumpuan, tingkah laku dan kemahiran mengurus diri. Antara ubat-ubatan yang
seringkali digunakan adalah seperti ubatan stimulant seperti (methylphenidate dan amphetamine
preparations). Manakala ubat yang non-stimulants pula adalah seperti ubat atomoxetine. Terdapat
juga ubat-ubatan yang lain yang digunakan seperti ubat guanfacine, clonidine, dan antidepressi.
Terdapat beberapa rawatan yang sering digunakan bagi merawat kecelaruan ADHD ini.
Rawatan-rawatan ini kerap kali melibatkan pendekatan multidisiplin yang merangkumi bidang
psikologi, sosial dan pendidikan. Ubat perangsang turut digunakan bagi merawat ADHD, tetapi
7

tidak bermakna gangguan ini akan pulih sepenuhnya. Ubat perangsang membantu kanak-kanak
ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati.
Pada jangka masa keberkesanan ubat perangsang, tumpuan perhatian kanak-kanak akan
bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahirang yang baru.
Ubat perangsang yang utama bagi merawat ADHD adalah methylphenidate. Kesan ubat
ini di jangka bermula dalam masa 30 hingga 60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput
selepas 3 hingga 4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos
pada setiap hari bagi mendapatkan kesan yang terbaik. Antara ubat-ubat lain yang digunakan
bagi merawat gangguan ini ialah adderall amphetamine, concerta methylphenidate, dexerine
dextromphetamine dan dextrostat dextroamphetamine. Terdapat dadah atomoxetine yang
didaftarkan atas jenama Strattre, memberi kesan kepada neurotransmiter norepinephrine
sementara dadah perangsang berfungsi pada bahagian dopamine. Bahagian neurotransmiter
norepinephrine dipercayai memainkan peranan dalam gangguan ADHD di kalangan kanakkanak.
Walau bagaimanapun sebelum mengambil sebarang ubat bagi merawat ADHD, pesakit
atau penjaga kepada kanak-kanak ADHD perlu mendapatkan nasihat daripada doktor kerana
sesetengah ubat hanya berkesan pada individu tertentu sahaja. Bagi kebanyakan orang, dadah
jenis perangsang mengurangkan hiperaktif dan impulsiviti kanak-kanak dengan segera serta
memperbaiki kemampuan mereka bagi memberi tumpuan, bekerja dan belajar. Penggunaan ubat
ini juga dapat memperbaiki koordinasi fizikal seperti yang diperlukan dalam penulisan dan
sukan. Terdapat beberapa kesan sampingan yang biasa muncul akibat pengambilan ubat-ubat ini
adalah seperti kurang selera makan, sukar tidur, kebimbangan meningkat dan mudah mudah
marah. Sesetengah kanak-kanak dilaporkan mengalami sakit perut dan kepala selepas mengambil
ubat-ubat ini.
6.0 PENUTUP
Kecelaruan ADHD adalah gangguan tingkah laku yang serius. Ini kerana kanak-kanak
yang mengalami gangguan ini sering kali bertindak agresive dan menggangu kanak-kanak lain
terutamanya semasa berada di sekolah. Jadi apa yang jelasnya di sini, masalah ADHD ini adalah
satu masalah yang tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak termasuk pihak kerajaan dan
NGO. Memandangkan permasalahan ini semakin meningkat di kalangan kanak-kanak
8

terutamanya kanak-kanak lelaki, maka langkah-langkah segera perlu dilakukan supaya gejala
ADHD di kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki tidak membawa kepada
penglibatan dalam salah laku jenayah yang lebih serius seperti membunuh, merompak pengedar
dadah apabila kanak-kanak itu dewasa nanti.
Institusi keluarga nukleus dan sokongan masyarakat sangat penting dan mempengaruhi
proses pemulihan yang sedang dijalani oleh kanak-kanak yang menghidap kecelaruan ADHD. Di
samping itu hubungan yang baik antara guru dan murid bermasalah dengan ADHD ini juga perlu
diwujudkan. Oleh itu, peranan guru amat penting sewaktu di sekolah dalam mengendalikan
masalah murid ADHD ini. Kebijaksanaan akal dan kawalan emosi yang tinggi dengan bersikap
terbuka dan sabar memang sukar diamalkan, namun itu adalah langkah pertama bagi seorang
guru untuk berhadapan dengan murid yang mengalami masalah kecelaruan tingkah laku ini.
Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dan signifikan kepada kanak-kanak dan
pembabitan ibu bapa berperanan mempengaruhi pencapaian kanak-kanak di sekolah (Carter,
2003). Tahap ilmu pengetahuan ibu bapa tentang ADHD akan memberi kesan yang lebih
mendalam kepada kualiti kehidupan seseorang kanak-kanak yang mengalami ADHD. Maklumat
mengenai ADHD perlu disebarkan oleh berbagai institusi yang berkaitan supaya ibu bapa peka
akan manifestasi kecelaruan itu. Jikalau ibu bapa diberi kesedaran akan ciri-ciri ADHD besar
kemungkinan mereka akan mengambil tindakan awal untuk mendapatkan rawatan untuk anak
mereka yang mempamerkan ciri-ciri tersebut.

BIBLIOGRAFI
Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di
Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan .
Bangi. Fakulti Pendidikan UKM
Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan
Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: OUM
Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa .
Selangor : PTS
http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/cara-cara-mengatasi-dan-trenda-yang.html

10

ISI KANDUNGAN
TUGASAN 2
1.0 PENGENALAN

12

2.0 DEFINISI TOKEN EKONOMI

12

3.0 TUJUAN TOKEN EKONOMI

13

4.0 PELAKSANAAN TOKEN EKONOMI

13

5.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN TOKEN EKONOMI

14

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TOKEN EKONOMI

14

BIBLIOGRAFI

20

11

TOKEN EKONOMI
1.0 PENGENALAN
Seorang guru atau pasangan suami isteri, seringkali merasa kebingungan bagaimana
harus mengawal tingkahlaku anak. Kadang kala guru dan ibu bapa merasa kecewa dengan
tingkah laku anak. Mereka agak kebingungan bagaimana cara menghentikan perilaku negatif
anak.
Reaksi guru atau ibu bapa yang sering kita jumpa adalah membentak, meninggikan
tekanan suara, berteriak, bahkan melakukan kekerasan fizikal terhadap anak-anak seperti
mencubit, menampar, menarik rambut, memukul atau menekan bahagian tubuh anak. Tindakan
kekerasan ini baik dari segi fizikal atau mental kini dikenali sebagai buli (bullying).
Anak kecil masih belajar yang mana perkara yang baik dan yang mana perkara yang
buruk. Apabila kita hanya memberikan reaksi negatif saja pada anak, maka banyak risiko dan
kesan yang buruk akan muncul. Konsep kendiri, keyakinan diri, self-efficacy anak akan menjadi
lemah, anak menjadi agresif, berperilaku kasar, mengalami gangguan dalam perkembangan, dan
mungkin anak-anak akan mengalami gangguan jiwa apabila terus-menerus menerima kekerasan
mental atau pun fizikal.
Anak juga perlu dihargai, seperti kita merasa perlu dihargai atas pekerjaan atau perilaku
baik yang kita lakukan (golden rules), kita sering berpikir kita ingin diperlakukan orang seperti
12

kita memperlakukan orang dengan baik, begitu pula anak-anak juga ingin dihargai dengan
diberikan penghargaan. Ekonomi Token adalah satu teknik yang amat baik dalam mendidik
anak-anak berkelakuan yang sewajarnya.
2.0

DEFINISI TOKEN EKONOMI

Menurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah sebuah teknik dimana individu
mendapatkan token untuk tingkah laku diingini yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan boleh
ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi dilakukan
adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan terhadap klien. Token ekonomi juga
digunakan sebagai intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui
sebuah struktur semasa rawatan.
Setiap poin yang diterima untuk tingkah laku yang diingini adalah merupakan token.
Setiap kali klien menunjukkan tingkah laku yang diingini, klien akan diberikan token. Kemudian
token ditukarkan dengan peneguh simpanan. Apabila token dipasangkan dengan peneguh yang
lain, maka hal tersebut akan menjadi satu peneguh baru yang dapat memperkuatkan tingkah laku
yang diingini. Peneguh simpanan hanya dapat diperolehi dengan menggunakan token ekonomi.
Manakala token pula hanya dapat diperolehi apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan.
Peneguh simpanan dipilih kerana kaunselor mengetahui kekuatan peneguh kepada klien semasa
dalam tempoh rawatan. Oleh itu, klien akan bermotivasi untuk menunjukkan tingkah laku yang
diingini dan akan mengelak tingkah laku yang tidak diingini.
3.0 TUJUAN TOKEN EKONOMI
Tujuan utama Ekonomi Token adalah untuk meningkatkan tingkahlaku yang diinginkan
dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diinginkan. Ekonomi Token sering digunakan di
rumah sakit jiwa atau pusat pemulihan akhlak untuk mengawal tingkahlaku individu yang tidak
dapat diramalkan atau agresif. Bagaimanapun, tujuan yang lebih utama adalah untuk
mengajar tingkahlaku yang sesuai dan ketrampilan-ketrampilan sosial yang positif dan
wajar.
4.0

PELAKSANAAN TOKEN EKONOMI


13

Mendefinisikan sasaran tingkah laku.

Mengenalpasti item-item yang digunakan sebagai token.

Mengenalpasti peneguh simpanan.

Menentukan jadual yang sesuai untuk peneguhan.

Menetapkan nilai tukaran token.

Menetapkan waktu dan tempat untuk penukaran token.

Menentukan sama ada ingin menggunakan Response Cost atau tidak.

Latihan staff dan pengurusan.

5.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN TOKEN EKONOMI.


1

Kenalpasti terlebih dahulu tingkahlaku yang mahu diubah.

Lakukan satu 'baseline' untuk mengetahui apakah yang diperlukan untuk mengubah
tingkahlaku tersebut dengan berkesan.

Kenalpasti peneguhan yang sesuai berdasarkan dapatan daripada 'baseline'. Peneguhan


yang sesuai biasanya bersifat 'extrinsic' seperti ganjaran wang ringgit, markah tambahan
atau hadiah. Yang penting peneguhan itu mestilah dapat menggalakkan kepada perubahan
tingkahlaku.

Pilih token yang mahu digunakan. Token biasanya adalah dalam bentuk benda yang
boleh mewakili sesuatu peneguhan itu. Contohnya seperti 'sticker', cop, plastik coin
ataupun kad.

Kenalpasti bantuan sedia ada. Ini bergantung pada situasi. Kalau ada, ada... Kalau tiada
pun tak pe.. Tapi bantuan sedia ada biasanya adalah orang yang boleh membantu dalam
proses perubahan tingkahlaku itu misalnya seperti sukarelawan, guru, ataupun saya.

14

Pilih satu tempat atau lokasi yang sesuai. Biasanya ini bergantung kepada apakah dan
siapakah sasaran kita yang mahu diubah tingkahlakunya. Jika pelajar sekolah tempatnya
di bilik darjah atau sebaliknya. Biasanya dalam mengunakan kaedah token ekonomi
modifier tidak memiliki banyak pilihan.

Dalam hal ini adalah penting untuk pastikan peneguhan yang dijanjikan memang benarbenar wujud. Selain itu, modifier perlu menjelaskan prosuder penukaran dan kegunaan
token dengan jelas dan yang penting mesti ada rekod atau catitan yang menandakan
jumlah token yang diberi.

6.0

KEKUATAN DAN KELEMAHAN TOKEN EKONOMI

6.1

Kekuatan:

Token dapat digunakan untuk meneguhkan tingkah laku sasaran dengan segera setelah
tingkah laku tersebut ditunjukkan.

Token ekonomi sangat berstruktur, oleh itu, sasaran tingkah laku yang ingin diteguhkan
lebih konsisten.

Token digeneralisasikan sebagai peneguh terlazim kerana ianya dipasangkan dengan


pelbagai peneguh yang lain. Implikasinya, token berfungsi sebagai peneguh meskipun
terdapat operasi spesifik tertentu yang mungkin ada untuk individu pada setiap masa.

Token dapat dikuantifikasi dengan mudah sehingga tingkah laku yang berbeza dapat
diterima.

Tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan individu dapat diberi penghargaan dengan
segera.

Hadiah adalah sama nilainya untuk semua individu dalam suatu kelompok.

Penggunaan response cost lebih sedikit risiko berbanding dengan bentuk-bentuk


hukuman yang lain.

Individu dapat mempelajari kemahiran-kemahiran yang terlibat dalam perancangan masa


depan dengan menyimpan token untuk pembelian yang lebih besar.

6.2

Kelemahan :
15

Penggunaan token ekonomi melibatkan usaha dan masa yang banyak semasa
mengendalikan intervensi.

Memerlukan kos yang banyak untuk penyediaan peneguh simpanan.

Berikan Token beserta pujian.

Ketika mengimplementasikan Ekonomi Token, pujian harus selalu diberikan untuk


perilaku positif yang diinginkan. Pada masa anak menunjukkan perilaku yang diinginkan,
token dan pujian harus diberikan dengan cepat dan tidak boleh ditunda.

Kurangi token dan kekalkan pujian.

Untuk perilaku baru yang positif token hendaklah diberikan. Token dikurangkan apabila
perilaku tersebut sudah mula dimiliki oleh anak, namun pujian tetap diberikan sebagai
peneguhan apabila anak menunjukkan perilaku yang benar. Token tetap diberikan untuk
perilaku-perilaku baru yang harus dikuasai oleh anak. Hal ini dilakukan supaya anak
tidak bergantung pada token sehingga anak dapat belajar pada kehidupan sosial sebenar.

Buat penyesuaian yang diperlukan.

Untuk menjaga motivasi dan minat anak, sesuaikan harga untuk hadiah yang akan ditukar
dengan token dan sesuaikan sasaran aras kesukaran tingkahlaku. Hal ini perlu dilakukan
supaya anak terus terlibat dalam Ekonomi Token. Apabila perilaku terlalu mudah atau
terlalu sulit maka anak akan tidak bermotivasi untuk terlibat aktif dalam program
ekonomi token. Anda harus membuat keseimbangan di dalam program token supaya
sesuai dengan kemampuan, minat dan motivasi anak-anak.

Bahan yang diperlukan seperti di bawah.

16

17

MENU GANJARAN
Menu ganjaran yang saya gunakan ialah alat-alat tulis yang berkaitan dengan pelajaran. Mata
ganjaran yang digunakan adalah:

10 mata mewakili palet


20 mata mewakili crayon saiz kecil
30 mata mewakili 1 kotak pensil
40 mata mewakili 1 kotak warna pensil
50 mata mewakili 1 kotak crayon saiz besar

18

CARTA TOKEN
Di carta token pula senarai nama-nama murid untuk diberi peneguhan.

Di bawah ini carta token yang telah di beri mata ganjaran kepada murid yang berkelakuan baik.

19

BIBLIOGRAFI
Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di
20

Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan .


Bangi. Fakulti Pendidikan UKM
Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan
Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: OUM
Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa .
Selangor : PTS
http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/cara-cara-mengatasi-dan-trenda-yang.html
www.educateautism.com/token-economy.html
http://psikotube.blogspot.com

21