Вы находитесь на странице: 1из 18

Laras Bahasa Sastera

1.0

Pengenalan

Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras
bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera.
Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya
cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman
pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan
mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan
saluran

untuk

mengungkapkan

ekspresi

dan

pemikiran,

memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu


bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya
wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi
(syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan).
Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya
wujud dalam bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang
sering diperkatakan termasuklah plot, tema, teknik, latar, sudut
pandangan,

watak

dan

perwatakan.

Laras

bahasa

sastera

ini

memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri.


Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan,
perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan. Penggunaan
bahasanya bermula daripada fonem, iaitu satu unit linguistik yang
terkecil (melibatkan unsur aliterasi, dan asonansi), kemudian pemilihan
kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. Unsur-unsur
inilah yang berperanan bagi mengungkapkan penulisan yang bermutu,
berkesan serta indah.

2.0 Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera


a) Perbendaharaan Kata / Istilah
Penggunaan perbendaharaan kata dalam laras bahasa kreatif mudah
difahami. Laras kreatif ini tidak mengandungi istilah teknikal. Perkataan
pinjaman juga tidak banyak digunakan. Kadang-kadang terdapat
penggunaan kata-kata yang berunsur ketaksaan dengan tujuan untuk
menimbulkan kekaburan atau kesamaran yang memperlihatkan nilai
seni dan estetika. Oleh itu, terdapat beberap perkataan untuk satu
pengertian, sama ada perkataan itu yang membawa makna yang sama
atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa
konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan.
Namun demikian, laras ilmiah yang memperkatakan bidang sastera
mengandungi istilah-istilah teknikal yang mempunyai makna yang
khusus. Istilah-istilah ini bersifat teknikal dan digunakan dalam
memperkatakan aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan karya
sastera. Penggunaan istilah-istilah ini menjadi penanda laras bahasa
sastera yang nyata. Istilah tersebut tidak digunakan dalam bidang ilmu
yang lain. Contohnya istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak
protoganis,

dialog,

sudut

pandangan

orang

ketiga,

hiperbola,

personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan sebagainya.

b)

Tatabahasa

Dari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang


penting dalam laras bahasa sastera. Aspek morfologi merangkumi
pengimbuhan, manakala aspek sintaksis meneliti penggunaan bentuk,
struktur, dan binaan ayat.

Pengimbuhan dalam karya-karya sastera mencakupi bentuk imbuhan


awalan, apitan, dan sisipan. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai
ragam, ada ayat tergantung, dan ayat susunan songsang.
Selain itu, unsur penggandaan dan klitik ku, mu, dan kau juga lazim
digunakan.
Contoh tatabahasa:
Contoh 1:
Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tiadalah
menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti
khayal-khayal yang tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa
bahawa government kita telah berlelah paya dan telah berugi-rugi
mengusahakan beberapa sebab-sebab yang boleh menjadi contoh
perbandingan dan yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah
dan lain-lain sebagainya.
(Petikan daripada novel lakah Salmah)
Contoh 2:
Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah.
Rumah itu diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang
gejala yang bertentangan dengan kesucian doa itu. Pak cik
menyudahkan pesannya.
(Petikan daripada novel Norhana, karya Rahman Shaari)
Contoh 3:
pulangkan kembali
pada saat ini
gerak yang sejak dulu kaukumpul
warna-warna yang kautusuk ke dada dinding
kata-kata yang kaubenam ke mulut almari
garis-garis yang lemas
titik-titik yang kering
ke tempat asalnya.
(Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin)

c)

Gaya bahasa

Gaya bahasa laras bahasa sastera memperlihatkan manipulasi struktur


sintaksis, pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan
dan sindiran serta unsur-unsur stilistik yang lain. Bentuk dialog juga
boleh digunakan.
Contoh gaya bahasa:
Contoh 1 (Ayat bersifat konotasi):
Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore
yang merah pekat, juga warna kelam pangkal malam.
(Petikan daripada novel Arus, karya Anwar Ridhwan)
Contoh 2 (Ayat pendek, tegas dan pengulangan):
Gagasan tentang tamu:
Tamunya kali ini seorang yang agung
Tamu itu juga pelanggannya
Langganan yang diimpikannya selama ini.
Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agung
itu kepadanya.
Tamu itu seorang menteri.
(Petikan daripada cerpen Tamunya Seorang Menteri, karya S.Othman
Kelantan)
Contoh 3 (Penggunaan Personifikasi dan Metafora):
gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahanabahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucu
seribu garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknya yang besar.
(Petikan daripada novel Daerah Zeni, karya A.Samad Said)
Contoh 4 (Kiasan dan Sindiran):
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

(Pantun Melayu)

3.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi
bahasa yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang
dituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara
kita berhubung dan bidang pengkhususan yang diperkatakan.
Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat
jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa
teknikal seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lainlain tidak terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-unsur
ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja dimasukkan bagi
pembaca membuat tafsiran masing-masing.
http://retibasa.blogspot.com/2010/08/laras-bahasa-sastera.html#more

Teknik Pengajaran Komsas / Sastera / Bahasa


Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti
yang berikut:
(a) Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi

(a) Teater Pembaca


Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di
hadapan kelas.
Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka
sahaja.
Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita
itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.
(b) Teater Bercerita
Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang
pelakon.
Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak
dalam cerita tersebut.
Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(c) Persidangan Meja Bulat
Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan
seorang pencatat.
Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
dijalankan.
Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.
Masa perbincangan 15 20 minit.
Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
(d) Monodrama
Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan
peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan
perwatakan individu lain.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(e) Balang Kaca

Seorang murid berlakon sebagai watak utama.


Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak
utama.
Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik
muka, gerak tubuh dan sebagainya.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(f) Kerusi Panas
Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak
berkenaan.
Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang
sedang dilakonkannya.
Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan
Grafik (LPG) yang disediakan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(g) Improvisasi
Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau
situasi sebenar.
Dijalankan dalam kumpulan antara 2 5 orang murid.
Mereka diberi masa 10 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(h) Stesen
Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.
Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
(i) Peta Minda
Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta
minda.
Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri
membina peta minda itu.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
(j) Mestamu
Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu
itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan
seloka.

(k) Dekon
Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak/puisi
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk sajak.
(l) Adaptasi
Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre.
Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama
berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.
Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa
mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak
membosankan murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk
mempelajari komsas dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar
kemahiran belajar mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang
menarik pula sudah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap
pengetahuan murid. Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut
disuburkan oleh guru yang mengajarkan komsas dengan memberikan bimbingan
bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan berupaya untuk
menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan novel.
http://retibasa.blogspot.com/2010/08/teknik-pengajaran-komsas-sasterabahasa.html

Memahami Istilah Sastera

Cikgu Mohd Khir Kassim


Asonansi pengulangan bunyi huruf vokal, iaitu a, e, i, o, u yang sama dalam
satu baris.
Babak bahagian utama dalam satu drama atau lakonan yang terdiri daripada
adegan.
Bahasa istana bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan
kerabat diraja.
Bahasa kiasan pengg unaan kiasan atau perbandingan untuk menimbulkan
kesan.
Bait bahagian dalam sajak, rangkap
Balada puisi naratif yang romantis
Cerita asal usul cerita yang menerangkan asal usul atau perkara-perkara yang
berkaitan dengan kehidupan manusia
Cerita penglipur lara suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan
oleh tukang cerita secara lisan
Cerita rakyat cerita yang dituturkan secara lisan dan terkenal dalam
masyarakat
Melayu tradisional
Dialek loghat atau pelat daerah
Diksi pemilihan dan penggunaan kata-kata dalam penulisan
Drama karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, televisyen,
atau sandiwara
Epifora pengulangan kata-kata pada akhir baris puisi untuk penegasan
Epik prosa atau puisi panjang yang mengisahkan kepahlawanan tokoh penting
yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau negara
Episod sebahagian cerita daripada cerita yang lebih besar dalam karya sastera
atau drama
Gaya bahasa susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha

mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya


Genre jenis, bidang, atau cabang sastera atau seni
Gurindam - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada dua
baris maksud dan mempunyai rima akhir aa
Hiperbola gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau
atau berlebih-lebihan
Imbas kembali teknik plot atau cerita yang memperlihatkan peristiwaperistiwa yang terdahulu dan dikenang atau diingat semula
Imbas muka teknik plot atau cerita yang memungkinkan pembaca
meramalkan atau menjangkakan sesuatu yang akan berlaku
Imej gambaran yang timbul kesan daripada penggunaan kata-ungkapan, dan
ayat dalam puisi
Imejan bayangan tentang sesuatu yang dapat dikesan melalui pancaindera
Inversi keterbalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim
Klimaks/kemuncak bahagian dalam cerita yang paling menarik atau penting
daripada
bahagian-bahagian lain
Konflik ketegangan atau pertentangan antara dua watak
Kronologi susunan atau urutan peristiwa mengikut masa
Latar keterangan mengenai waktu, ruang, atau masyarakat yang terjadinya
sesuatu peristiwa itu berlaku
Latar masa gambaran tentang zaman, era, sejarah atau musim sesuatu
peristiwa itu berlaku
Latar tempat gambaran tentang tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu
berlaku
Latar masyarakat gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup
masyarakat dalam sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap, dan
sebagainya
Mesej segala yang berupa gagasan, pengajaran, amanat, atau teladan yang
hendak disampaikan

Metafora sejenis bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu dengan


menggunakan kata konkrit dengan kata abstrak atau perbandingan langsung
yang tidak menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, persis, laksana dan
macam
Monolog dalaman rakaman pengalaman atau emosi watak yang berlaku hanya
dalam fikiran atau dalam hati watak serta tidak disuarakan
Monolog pembicaraan yang dilakukan dengan diri sendiri, cetusan rasa atau
suara hati yang terluah tanpa disedari
Nada perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi bunyi
dari segi tinggi rendahnya tekanan suara
Paradoks pernyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya
mengandung kebenaran dengan pendapat umum yang realiti
Peleraian peringkat akhir dalam binaan plot dalam sesuatu cerita;
penyelesaian suatu cerita dalam karya
Pengajaran suatu perkara yang berkaitan dengan nilai murni yang dapat
mengajar manusia supaya berbuat baik dan meninggalkan yang jahat
Pengulangan hal berulang-ulangnya kata, ungkapan, baris, atau rangkap
Persoalan perkara-perkara utama yang ingin disampaikan oleh pengarang bagi
memantap tema
Personifikasi pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang,
tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa.
Perwatakan gambaran sifat-sifat luaran dan dalam sesuatu watak
Plot rentetan atau urutan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat
Prosa sebarang bentuk tulisan atau karangan yang mempunyai corak atau
gambaran yang tertentu
Puisi suatu bentuk tulisan yang berirama dan dilahirkan melalui tanggapan
yang penuh imaginatif daripada penyair atau penyajak
Rangkap beberapa baris yang merupakan satu kesatuan dalam puisi
Repitasi pengulangan bahagian ayat yang dianggap penting bagi menunjukkan
penegasan yang dikehendaki

Responsi pengulangan kata di tengah baris pantun atau sajak


Rima keselarasan bunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu baris puisi atau
rangkap
Romantis nada yang perlahan dan penuh dengan kelembutan dan kasih saying
Sampiran pembayang maksud bagi pantun
Saspens unsure ketegangan yang berlaku hasil daripada konflik-konflik yang
ditimbulkan oleh watak dalam cerita yang menyebabkan pembaca tertanyatanya
Seloka puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya mempunyai bilangan baris
maksud yang bebas dan rima akhirnya juga tidak terikat.
Simbol lambang-lambang tertentu yang digunakan untuk menggambarkan
sesuatu maksud
Simile perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan
atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama,
macam dan persis
Sinkof penyingkatan kata
Sinopsis ringkasan cerita atau sesuatu perkara penting dalam sesebuah cerita
Subplot plot sampingan kepada plot utama
Sudut pandangan cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika
mengembangkan sesuatu plot
Syair - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada empat baris
maksud dan mempunyai rima akhir aaaa.
Tema gagasan, fikiran, atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh
pengarang
Watak pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam karya
Watak antagonis- watak dalam karya yang merupakan penentang watak utama
Watak bulat/bundar watak yang aktif ,iaitu ada perubahan pada fikiran
,aksi ,atau
perwatakannya dari semasa ke semasa

Watak dinamik watak yang bergerak bukan saja dari segi fizikal tetapi juga
dari segi
pemikirannya
Watak kodi watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat
Watak pipih/statik watak yang tidak menampakkan sebarang perubahan dari
mula hingga akhir cerita
Watak protagonis watak utama ,iaitu watak dasar atau watak pusat yang
berperanan penting dalam cerita
Watak putih watak yang senantiasa melakukan tindakan yang positif dan baik
Watak sampingan watak pembantu yang membantu watak utama dalam suatu
cerita
Watak utama watak yang berperanan paling penting dalam cerita dan
menggerakkan
keseluruhan cerita.

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS: KAEDAH GLOBAL


Oleh; Mohd Imran Sofwani, Khairudin Ruslee dan Mohd Khairi Ariffin
Pengenalan
Sastera merupakan satu bidang yang amat unik. Keunikan bidang sastera akan
dirasai apabila kita menyelami dunia sastera bersama-sama dengan tokoh-tokoh
sastera ataupun dengan tokoh kritikan. Akan tetapi, anak muda masa kini
terutama yang melibat pelajar ipt sekarang kurang meminati bidang sastera.
Namun, semua ini bukanlah satu penghalang kepada kumpulan kami untuk
menyelami bidang sastera seterusnya menyiapkan tugasan ringkas yang telah
diberikan kepada kami. Setelah diundi, kami telah bernasib baik kerana
dihadiahkan tajuk pendekatan memahami teks melalui kaedah global. Jadi,
pada bahagian seterusnya kami akan menghuraikan serba sedikit perihal kaedah
global beserta contoh-contoh yang bersesuai.

Konsep Pendekatan
Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikan oleh
Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin
untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik
yang timbul dan berbagai-bagai lagi.
Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks
pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara
mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, ita lihat
contohterdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai
objektif pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa
pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut
Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian
mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima
sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk
pendekatan. Dalam istilah yang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada
cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Definisi Kaedah Global
Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya
berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan
situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan
(permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini : aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan
perasaan.
aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.
aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan
Pelaksanaan Kaedah Global
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya
sastera.
3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan
gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti: lakonan berasaskan gambar
lakonan berasaskan skrip

lakonan guna topeng


lakonan guna cerita berlagu

Fungsi sastera membentuk negara bangsa

1. Berfungsi sebagai protes/kritikan sosial

Karya-karya berbentuk satira (sindiran)


Dalam cerita contohnya Hang Tuah dipanggil alegori-menceritakan tentang kisah
sosial masyarakat/golongan istana pada masa itu.
Menyindir kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat tidak kira lapisan
Berikan contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan novel Shahnon Ahmad
puisi-T. Alias Taib, J.M Aziz

2. Menawarkan gagasan idea dan pemikiran

Menyalurkan idea dan fikiran untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat


terhadap sesuatu perkara

Zaman sebelum perang semangat menentang penjajah-nyatakan contoh

Semangat nasionalisme nyatakan contoh

Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap
huraian

3. Memberikan pengajaran/ unsur deduktik

Karya sastera yang mempunyai unsur-unsur pengajaran sama ada mengajar secara
langsung ataupun secara tidak langsung melalui watak-watak binatang

Sastera rakyat
Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap
huraian

4. Menjadi bahan hiburan

Karya-karya yang berkisar tentang kehidupan masyarakat pada masa itu yang boleh
dijadikan hiburan setelah melaksanakan tanggungjawab seharian.

Karya-karya yang boleh memberikan hiburan kepada pembaca

Cerita-cerita jenaka hiburan yang macam mana dan contoh

Berikan contoh-contoh berdasrkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan

5. Menyeimbangkan sosial dan politik negara

Karya-karya sastera yang membicarakan persoalan-persoalan berkaitan perpaduan


kaum, fahaman politik secara tidak langsung menyedarkan masyarakat tentang
pentingnya perpaduan dan kesefahaman dalam masyarakat
Contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan

6. Mencerminkan estetika dan nilai budaya

Nyatakan nilai estetika dalam karya sastera yang dapat membentuk negara bangsa
dan contoh karya
Nyatakan nilai budaya dan contoh

7. Memberikan pendidikan dan ilmu

Nyatakan bagaimana dalam karya sastera dapat memberikan pendidikan dan ilmu
kepada masyarakat untuk membina negara bangsa

8. Menambahkan khazanah intelektual


Bagaimana khazanah intelektual
pembentukan negara bangsa.

(karya

sastera)

dapat

menyumbang

kepada

Вам также может понравиться