Вы находитесь на странице: 1из 14

1.

0 Pendahuluan
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang untuk menjadi Bahasa
Melayu seperti yang wujud sekarang. Perjalanan sejarah bahasa inilah yang akan dicatat dan
dibahaskan dari keadaan awal,seterusnya menempuh beberapa fasa tertentu sehingga ke arah
pembentukan dasar bahasa di Malaysia. Fasa demi fasa ditinjau dari sudut padangan ilmu
bahasa, sejarahwan yang didukung fakta-fakta sejarah mahupun arkeologi.
Seterusnya, perpindahan dari Bahasa Melayu Kuno kepada Melayu Klasik adalah hal
penting yang akan dicirikan sehingga bertukarnya bentuk tulisan kawi kepada tulisan jawi.
Selain itu, perkembangan mutakhir Bahasa Melayu setelah berakhirnya zaman penjajahan
barat di bumi Melayu sehingga Bahasa Melayu menerima penambahbaikan serta persaingan
dengan bahasa lain disekelilingnya dan berjaya menjadi bahasa rasmi,bahasa kebangsaan, dan
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan pentadbiran negara. Rentetan
perjalangan perkembangan bahasa Melayu ini telah memperlihatkan kepada kita kematangan
atau perubahan evolusi bahasa tersebut.
Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang
arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi .
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang
individu yanga lain dan sebagainya). Manakala menurut Abdullah Hassan (1984) yang berpendapat
Dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita mengetahui cirri-ciri bahasa tersebut. Cirri-ciri
bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya
sebagai alat perhubungan.
Jelaslah tokoh bahasa sendiri telah menyatakan bahawa akan kepentingan bahasa itu sendiri.
Situasi ini dapat dilihat apabila apabila wujudnya Persatuan ASAS 50 dimana pelajar-pelajar lepasan
sekolah Inggeris yang sedar, pelajar-pelajar dan bekas pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC),
Tanjung Malim, golongan berpendidikan Timur Tengah dan tokoh-tokoh politik mendapat semangat
baru dan bergabung memberikan tentangan terhadap British. Mereka menyuarakan rasa tidak puas
hati tentang kedudukan bahasa dan kebudayaan Melayu dan kemudian beralih kepada persoalan
kemunduran ekonomi orang-orang Melayu (Anuar Kamaruddin, 1989).

2.0 Perkembangan bahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan


untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu terjaga dan selaras dengan keperluan
matlamat pendidikan di Malaysia.
Setelah merdeka pada 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967, telah berlaku pelbagai perubahan
di dalam perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan
undang-undang yang terkandung di dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang
menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Antara kandungan yang terdapat di dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia iaitu;
1. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat
bahawa :
a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa
maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa
bahasa lain; dan
b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau
hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.
2. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas hari Merdeka,
dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris
boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap
Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
3. Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,
naskhah yang sahih :
a) Bagi segala Rang Undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan
mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan
b) Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris
4. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala
pembicaraan dalam Mahkamah Persekutuan dan Mahkaman Tinggi hendaklah dijalankan
dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-

dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi
tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.
Dipetik daripada sumber Internet : Bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka.
Justeru itu, berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan
sewajarnya telah pun diberikan terhadap kedudukan bahasa Melayu itu sendiri. Sejak tahun
1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah
menjadi bahasa kebangsaan dimana yang telah disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah berasaskan beberapa faktor antaranya
bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Selain itu, bahasa
Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini maka bahasa Melayu dapat
melahirkan jati diri penduduk bagi negara ini. Disamping itu, penggunaan bahasa Melayu
sebagai alat komunikasi yang telah sekian lama digunakan dan tidak akan menimbulkan
masalah bagi komunikasi umum dan faktor yang terakhir iaitu bahasa Melayu telah lama
menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Oleh itu, peranana bahasa melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak dapat lagi disanggah oleh mana-mana
pihak. Pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam
semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain
dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan juga dari segi undangundang dimana dasar ini telah dimaktubkan melalaui perlembagaan dan akta.
Jika dilihat dari segi pendidikan dan matlamat pendidikan, penggunaan bahasa
Melayu telah digunakan dengan baik. Senario ini dapat dilihat apabila bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa utama di sekolah rendah mahupun sekolah menengah kecuali
sekolah Inggeris. Bahkan, menjelang kemerdekaan telah timbul kesedaran untuk
mewujudkan satu sistem persekolahan dimana beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk
mengkaji sistem persekolahan pada masa itu, antaranya ;
1. Laporan Barnes 1951 menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum
Melayu
2. Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cina
3. Ordinan pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan kebangsaan

4. Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk
memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan
pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Sebelum diterangkan akan kepentingan Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan
kita, sewajarnya kita perlu mengetahui akan matlamat pendidikan yang telah diterapkan di
dalam sistem pendidikan di negara ini. Sebelum itu, kita perlu lihat akan Falsafah Pendidikan
Negara ;
Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Sungguhpun kenyataan falsafah itu mempunyai banyak premis ideal yang bombastic,
namun pengggubalannya dibuat selepas Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan. Jika dilihat akan tujuan
pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu manusia atau rakyat Malaysia
yang terdidik dalam pelbagai segi agar mereka matang berfikir, berkemahiran untuk memikul
tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara agar hasrat
pembangunan masyarakat dari segi fizikal, material dan spiritual dapat dicapai sepenuhnya
( Sufean Hussin, 2004).
Berlandaskan tujuan inilah maka matlamat pendidikan negara lebih bertumpu kepada
beberapaaspek, iaitu aspek individu, sosial, ekonomi, politik, pemodenan dan kefahaman
antarabangsa. Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang
terdidik dari segi intelek, moral, estetika, emosi dan untuk menggalakkan perkembangan
potensi pada tahap maksimum. Bagi aspek sosial pula, pendidikan adalah untuk membina
individu yang mempunyai celik akal dan kefahaman tentang persekitaran alam, budaya hidup
masyarakat dan peranan sebagai warganegara yang mempunyai sikap dan komitmen positif.

Manakala dalam aspek ekonomi pula, pendidikan dan latihan adalah untuk membangunkan
sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti sector ekonomi
negara. Aspek politik pula, pendidikan adalah untuk membentuk warganegara yang
mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi dan
ideologi serta idealisme kepimpinan negara. Dalam aspek pemodenan pula, pendidikan
adalah untuk mengubah nilai-nilai tradisional dan konservatif yang bersifat menghlang
kemajuan fizik, material, spiritual dan pemikiran dalam usaha pembentukan masyarakat yang
progresif dan integratif namun bukan budaya kebaratan. Akhir sekali, dari segi kefahaman
antarabangasa, pendidikan adalah untuk membina semangat persaudaraan sesama umat
manusia sejagat apabila dunia merupakan satu komuniti.
Berdasarkan huraian dan perkaiatan antara Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat
pndidikan negara wajarlah menunjukkan satu budaya negara yang patut ditanam di dalam diri
rakyat agar dapat membentuk satu jati diri yang kuat. Melalui kedua-dua ini telah
membentuk jawatankuasa untuk membangunkan dan memantapkan lagi sistem pendidikan
negara disamping memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam sistem
pendidikan mahupun pentadbiran kerajaan. Antara laporan dalam meningkatkan martabat
bahasa Melayu agar lebih mantap di dalam sistem pendidikan negara iaitu;
1. Laporan Razak 1956
Pada hari 6 Mei 1956, Dato Abdul Razak bin Dato Hussein sebagai Menteri Pelajaran
Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangancadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Berdasarkan cadangan
Jawatan Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada
dasar pelajaran bagi Tanah Melayu yang telah dikemukakan. Antara cadangan itu
termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008) :
a) Sekolah-sekolah rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan
ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang
menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju.
b) Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun
semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.
Selain itu, Jawatankuasa ini turut menyentuh mengenai kedudukan guru-guru dan
nazir-nazir sekolah dimana pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan
disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah

Melayu, Cina atau Tamil. Manakala mengenai Bahasa Melayu pula, Jawatankuasa mahu
supaya tumpuan diberikan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar
kepada setiap sekolah. Oleh iu, Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima
bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Selain
itu, satu institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guruguru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah
Melayu serta kaedah pengajarannya. Satu Kementerian Pelajaran perlu diwujudkan untuk
bertanggungjawab dalam mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan
meningkatkan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Selain itu, sistem peperiksaan dicadangkan
supaya diadakan iaitu Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu
bagi sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula seta
memajukan pelajaran teknik.
Jawatankuasa ini turut mendesak agar semua sekolah menukar sikap kepada berorak
Tanah Melayu dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan
mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan bahkan
dapat memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk
Persekutuan Tanah Melayu.
2. Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961
Jawatankuasa Pendidikan 1960 telah dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib selaku
Menteri Pelajaran. Jawatankuasa ini dilantik oleh kerajaan Persekutua Tanah Melayu pada
bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956. Pada 8
Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama
sembilan orang anggota jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran iaitu;
1) Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi
2) Menteri Kehakiman
3) Tun Leong Yew Koh
4) Menteri Perdagangan dan Perusahaan
5) Encik Mohd. Khir Johari
6) Penolong Menetri Pelajaran
7) Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Shakhawat Ali Khan
8) Penolong Menteri Buruh
9) Encik V. Manickavasagam

10) Senator Koh Kim Leong


11) Encik Mohd Dahari Ali
12) Ketua Menteri Pulau Pinang
13) Datuk Wong Pow Nee
14) Encik Abdul Ghani bin Ishak.
Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini antaranya untuk mengulang kaji
Dasar Pelajaran razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb
Mei 1956. Selain itu, tugasa Jawatankuasa Penyemak ini adalah mempertimbangkan kesankesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan
pelajaran peringkat rendah dengan percuma serta mengkaji langkah-langkah untuk
mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang utama. Jawatankuasa ini juga akan turut dibantu kelak oleh beberapa
buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran
termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Disamping itu, orang ramai, badan-badan
pelajaran dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar
Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu.
Hasil yang diperolehi oleh jawatankuasa ini iaitu cadangan supaya bahasa kebangsaan
diajar mulai Darjah satu dalam semua sekolah randah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada
bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga turut mencadangkan agar
bahasa Melayu dapat dimajukan dengan dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua
sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Oleh itu, kementerian Pelajaran telah
mengeluarkan peraturan dimana mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan
di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-kursus Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya
mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah
Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala di sekolah menengah pula, penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dimulakan pada tahun 1963 apabila semua mata
kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian
pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan
percuma kepada semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal
selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah
dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan
peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah apabila terdapat perubahan dasar yang

melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992
(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006) .
3. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya bahasa
Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat
menengah di Semenenjung Malaysia dan sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada
tahun 1990.walau bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan
kerajaan yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar telah
diteruskan. Namun, pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan
cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan lagi sistem pendidikin. Antara
kandungan laporan tersebut iaitu;
Memebrikan penegasan kepada pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang
diingini.
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia dimana pendidikan menengah atas akan
melalui dua jurusan iaitu akademik dan vokasional
peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahiun ke 11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.
Pada era ini juga, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988
bagi memantapkan lagi hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Bahasa Melayu telah
digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan
sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, bahasa Melayu menjadi bahasa tunggal dalam latihan
perguruan. Manakala pada tahun 1980, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar
lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya
di Tingkatan Enam Rendah telah bermula pada tahun 1981 manakala Tingkatan Enam Atas
pada tahun 1982. Di peringkat pendidikan tinggi iaitu di institut pengajian tinggi, kedudukan
bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek iaitu, bahasa melayu sebagai
mata kursus, bahasa pengantar dan akhirnya bahasa Melayu dijadikan sebagai satu pengajina
dari segi sejarah, analisis linguistik dan aspek budaya. Apabila pelajar selesai persekolahan

menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam
bahasa melayu pada tahun itu juga. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian
jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu. Sejak tahun 1983 hingga
tahun 1991, penggunaan bahasa Melayu di dalam pendidikan baik di peringkat rendah,
menengah, maktab dan universiti telah dilaksanakan dengan lancar.
Jelaslah, perkembangan bahasa Melayu dari pascamerdeka mengalami peredaran
yang baik dalam memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
bahkan pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memartabatkan lagi bahasa Melayu.
Menurut Nik Safiah Karim et.al ( 2010), bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat
cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi
peruntukan dalam perlembagaan dan juga penggunaannya yang luas. Dasar Pelajaran
Kebangsaan negara telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan
dalam bahasa Melayu, dan bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-pusat
pengajian telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Menurut A. Aziz Deraman (2006), semenjak ditetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan Malaysia dan dijadikan bahasa pendidikan utama yang ditegaskan
pelaksanaannya pada awal 1970-an itu, kelihatan penerimaannya cukup baik, dan Malaysia
melangkah maju dalam pelbagai bidang ilmu penting termasuk sains dan teknologi.Ratusan
ribu istilah telah digubal dan yang disepakati di antara negara-negara anggota Majlis Bahasa
Brunei Indonesia Malaysia (MABBIM) sahaja berjumlah kira-kira 300,000 istilah.
Menurut Asmah haji Omar (1993), perancangan bahasa adalah satu proses yang
dilakukan oleh sesebuah negara untuk menentukan satu sistem bahasa yang mampu
digunakan dalam semua bidang terutama sekali bahasa yang mampu digunakan dalam semua
bidang terutama sekali bidang pendidikan, pentadbiran dan yang lebih penting sekali adalah
proses penyatuan negara.
3.0 Pendapat mengenai perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka sama ada telah
mencapai matlamat pendidikan seperti yang diharapkan atau sebaliknya.
Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Menunjukkan Bangsa, Maju Bahasa Maju Bangsa
adalah merupakan sebahagian daripada kata-kata hikmat yang berkait rapat dengan bahasa

sekali gus dapat menggambarkan perkait rapat antara bahasa dan bangsa. Dengan erti kata
lain, maruah bangsa juga tertakluk kepada bahasa. Apabila bahasa sesuatu bangsa itu
diperkotak-katikkan, maka goyahlah bangsa. Melihat kepada pernyataan di atas je;las dapat
dilihat akan perkembangan bahasa Melayu yang mantap yang telah dilaksana sebagai bahasa
Kebangsaan bahkan sebagai bahasa perpaduan bagi membentuk kesejahteraan negara kita.
Apabila dilihat arus perubahan yang berlaku di dalam perkembangan bahasa Melayu
selepas era pascamerdeka dapat memperlihatkan kepada kita akan perubahan yang begitu
mendadak dalam meantapkan lagi bahasa tersebut terutama penekanannya sebagai bahasa
pengantar di dalam sistem pendidikan negara dari sekolah rendah hinggalah ke pendidikan
tinggi. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga turut digunakan di dalam sistem pentadbiran
negara. Namun setiap perkembangan yang baik itu pastinya akan ada ujian atau dugaan di
dalam pelaksanaannya.
Pada tahun 1996 kedudukan bahasa Melayu mengalami cabaran yang hebat apabila
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 17(1) diperkenalkan oleh kerajaan. Akta ini
memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan Malaysia untuk mengecualikan penggunaan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar pendidikan. Dengan pengisytiharan undangundang ini, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di institusi swasta (IPTS)
makin bertambah dan penggunaan bahasa Inggeris di IPTA juga semakin meningkat (Hashim
Hj. Musa, 2004). Walaupun pengisytiharan undang-undang telah dilakukan tetapi diharapkan
pihak kerajaan dapat mengawal penggunaan bahasa Inggeris di IPTA supaya ianya tidak
mengatasi kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Kemudian pihak kerajaan membuat kejutan lagi apabila mengumumkan termaktubnya
Akta Pendidikan 1996 dan arahan penggunaan bahasa Inggeris dalam Pengajaran Mata
pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI). Senario ini menyaksikan percanggahan yang ketara
dengan Akta Pendidikan 1996 yang memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama. Dasar PPSMI ini hanya terlaksana terhadap pelajar Sekolah Kebangsaan, Sekolah
Jenis Kebagsaan Tamil dan Sekolah Menengah Kebangsaan, yang selama ini mejadi agen
perpaduan dan pendaulat Bahasa Kebangsaan. Pengecualian PPSMI diberikan kepada
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kerana Sains dan Matematik diajar dalam dwibahasa iaitu
bahasa Cina dan bahasa Inggeris (Tan Yao Sua, 2012). Oleh yang demikian, isu pengukuhan
bahasa Melayu yang didukung selama ini oleh dasar dan Akta Pendidikan Negara dilihat

seolah-olah diabaikan dan dikhuatiri merobek integrasi nasional dan pendaulatan bahasa yang
diidamkan.
Namun setelah hampir tujuh tahun mengguna pakai PPSMI, kerajaan akhirnya
mengambil keputusan memansuhkan dasar ini dan menggantikan dasar tersebut dengan dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada
tahun 2009. Penukaran dasar ini dilihat perlu kerana PPSMI telah menyebabkan kerugian
besar kepada pelajar, yakni 75 peratus murid seluruh Malaysia didapati tergolong dalam
kategori pencapaian sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terlibat iaitu Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik (Berita Harian 4 November 2011). Dengan MBMMBI,
bahasa Melayu kembali menjadi bahasa pengantar utama, lantas proses pendaulatan bahasa
terjamin.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ledakan ilmu pengetahuan dan kemajuan sains
dan teknologi kini yang pesat banyak ditulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa utama
dunia. Namun proses untuk memperolehi ilmu-ilmu tersebut boleh dilakukan dalam bahasa
apa sekalipun. Penyampaian dan pembudayaan ilmu pengetahuan kepada rakyat seharusnya
dilakukan dalam bahasa yang paling mudah difahami oelh rakyat, iaitu bahasa kebangsaan
mereka sendiri (Hashim Hj. Musa, 2004). Ilmu-ilmu yang berasal daripada pelbagai bahasa
boleh diambil, diolah dan diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Proses ini lebih berkesan
untuk menerapkan ilmu kepada masyarakat yang mendukung bahasa tersebut. Oleh itu, satu
badan penting perlu ditubuhkan untuk penterjemahan ilmu-ilmu ini agar pelajar dapat
mempelajarinya. dengan bahasa sendiri.
Selain itu, menurut Hassan Ahmad (1999), berpendapat bahawa satu sistem ejaan
yang moden bukan sahaja dapat digunakan oleh masyarakat umum tetapi oleh para pakar
seperti saintis, teknologis dan lain-lain dalam penulisan teknikal mereka. Sistem Ejaan Baru
telah dilaksanakan untuk menyesuaikan dan menjadikan bahasa Melayu lebih fleksibel
terhadap kemasukan perkatan-perkataan (leksikon) bahasa asing terutamanya istilah-istilah
sains. Penyesuaian ini telah menyebabkan perubahan-perubahan terhadap fonologi, grafem
dan struktur dalam bahasa Melayu (Hassan Ahmad, 1999). Perkembangan ini telah menarik
minat Indonesia dan te;ah bersama-sama menandatangani satu perjanjian penggunaan satu
sistem ejaan umum yang dikenali sebagai Ejaan Malindo (Ejaan Malaysia dan Indonesia)
untuk Malaysia dan Indonesia. Pada tahun 1967 perjanjian kedua ditandatangani oleh kedua-

dua negara untuk mencari satu pendekatan terhadap satu sistem ejaan yang bersepadu dan
dapat digunakan oleh kedua-dua pihak. Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 1972, Ejaan
Bersama Malaysia-Indonesia (Ejaan baru) telah secara rasminya digunakan oleh kedua-dua
negara.
4.0 Kesimpulan
Segala cabaran yang dilalui oleh bahasa Melayu untuk menjadi bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai rintangan dalaman dan
luaran yang perlu ditempuhi sebelum akhirnya bahasa Melayu terbukti dan berjaya menjadi
bahasa utama yang dihormati kini.
Usaha kerajaan dalam memartabatkan bahas Melayu di dalam sistem pendidikan telah
diuji apabila Akta Pendidikan 1996 dan Pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris sedikit sebanyak mencalarkan rekod cemerlang bahasa Melayu.
Usaha-usaha untuk menyakinkan masyarakat terhadap kemampuan bahasa Melayu tidak
harus terhenti dengan kesilapan-kesilapan yang dilakukan pemimpin politik.
Kita seharusnya bangga dengan percaturan dalam memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dari zaman sebelum merdeka sehinggalah zaman pascamerdeka
dapat memperlihatkan kepada kita akan kekuatan bahasa ini berkembang dengan pesat
seiring dengan arus pemodenan yang berlaku di dunia ini. Jika dilihat, bahasa Melayu mula
mendapat tempat sebagai kursus-kursus pengajian bahasa di luar negara termasuklah negaranegara dunia pertama. Ini jelas sekali, apabila rancangan TV1 telah mengadakan
pertamdingan Pidato bahasa Melayu di kalangan pelajar luar negara. Bahkan pertandingan
ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar luar negara yang mengambil kursus
pengajian bahasa Melayu. Kita seharusnya bangga dengan pengiktirafan dunia luar terhadap
bahasa kita.
Demi kelangsungan bahasa Melayu, semua pihak dipohon bekerjasama menghormati
dan menjulang bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi. Perhebatkan lagi keutuhan
bahasa Melayu dengan menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi. Proses ini sangat penting untuk menyediakan
bahasa Melayu supaya mampu menjadi bahasa utama semasa negara menjengah tahun 2020.

Rujukan

2012. Makna, falsafah dan peranan bahasa dalam pendidikan kebangsaan. Himpunan
Keilmuan Muslim (HAKIM) dan Klasika Media. http://hakim.org.my/blog/wpcontent/uploads/2012/06/HAKIM_Memorandum-Pendidikan-Kebangsaan.pdf pada 1
Jun 2014.
A. Aziz Deraman.2006. Kebudayaan Kebangsaan Isu dan Cabaran.Kuala Lumpur:
Gapeniaga Sdn. Bhd.
Anuar Kamaruddin. (1989). Kesusasteraan Melayu Moden. Negeri Sembilan : Pustaka Thaju
Pelajaran.
ASAS 50 dipetik http://hids.arkib.gov.my/doc/2002/ogos/06_08_2002.htm pada 1 jun 2014
Asmah Hj. Omar, 1993. Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada
Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahasa

Melayu
sebelum
dan
selepas
merdeka.
dipetik
http://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-3-iankaka.pdf
pada 1 Jun 2014

Berita Harian 2011. Keputusan muktamad 4 November


Hashim Bin Hj. Musa, 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia : Menghadapi
Globalisasi Barat. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Hassan Ahmad, 1999. The Language Policy of Malaysia. Kuala Lumpur : Art Printing Works.
Ku Hasnita Ku Samsu et.al. 2013. Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa.
International Journalof the Malay World and Civilisation. Dipetik
http://journalarticle.ukm.my/6393/1/IMAN1_4.pdf pada 1 Jun 2014.
Nik Safiah Karim et.al . 2010. Tatabhaasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur ; Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kementerian Pelajaran 2007.
Penyata
Pelajaran
1952.
Dipetik
daripada
http://hids.arkib.gov.my/doc/2002/november/21_11_1952_2002.htm pada 1 jun 2014.
Perkembangan Bahasa Melayu : Tinjauan Terhadap Pengguna dalam Pelbagai Bidang dan
Sektor
di
negara
ini
selepas
kemerdekaan.
dipetik
http://202.185.40.214/idc/groups/portal_padat/documents/ukmpd/padat_3220.pdf
pada 1 Jun 2014.
Suffean Hussin. 2004. Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Dewam Bahasa dan Pustaka
.
Tan Yao Sua. 2012. Dasar bahasa dalam sistem pendidikan. Pemikir. Jan-Mac 2012.

Вам также может понравиться