Вы находитесь на странице: 1из 25

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HUBUNGAN ETNIK

Bincangkan secara kritis dan berfakta cabaran-cabaran pro


dan kontra hubungan etnik di Malaysia
PENDAHULUAN
Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia ini yang diwarnai dengan kepelbagaian ragam
dan budaya rakyatnya disebabkan di dalamnya wujud pelbagai etnik dengan agama dan
UNTUK:
kepercayaan yang berbeza-beza. DISEDIAKAN
Kewujudan budaya
yang pelbagai yang wujud di Malaysia
boleh difahami dengan meneliti kembali sejarah sebelum pembentukan Malaysia. Sekurang.....................................................................................................
kurangnya tiga peristiwa besar yang berlaku yang membawa kepada kewujudan masyarakat
plural di Malaysia, iaitu, penjajahanDISEDIAKAN
barat (khusunya
Inggeris), kemerdekaan Persekutuan
OLEH:
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan Pembentukan Negara Malaysia pada 16 September
1963. Secara umumnya Malaysia didiami oleh tiga etnik terbesar iaitu etnik Melayu, etnik
Cina dan etnik India, manakala, etnik Dayak/Iban dominan di negeri Sarawak dan etnik
Kadazan/Dusun pula di Negeri Sabah. Selain daripada itu terdapat juga etnik-etnik kecil

lainnya yang juga memberi impak tertentu apabila kita membicarakan tentang hubungan etnik
di Malaysia, seperti etnik Siam, Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak, etnik Serani dan
lain-lain lagi.

Menelusuri catatan sejarah awal negara Malaysia, penjajahan bermula pada tahun 1511
apabila penjajah Portugis menakluki Melaka yang pada masa itu adalah sebuah empayar
Melayu yang terkenal dan terpenting. Walau bagaimanapun wilayah jajahan penjajah Portugis
tidaklah meliputi keseluruhan Tanah Melayu. Kemudian pada tahun 1641, Belanda berhasil
mengalahkan Portugis dan mengambil alih pentadbiran kerjaan Melaka, namun seperti juga
Portugis penjajah Belanda tidak dapat bertahan lama dan tidak dapat meluaskan kuasanya ke
negeri-negeri Melayu yang lain akibat ancaman peperangan yang berterusan oleh kerajaankerajaan Melayu yang lain khususnya dari Sumatera.
Pada tahun 1824 Inggeris mula mengambil alih tanah jajahan Belanda di Tanah Melayu
melalui perjanjian Inggeris-Belanda tahun yang sama. Melalui perjanjian tersebut maka
bermulalah era penjajahan penuh Inggeris di Tanah Melayu dengan kesemua negeri Tanah
Melayu dijajah oleh Inggeris. Penjajahan Inggeri sesungguhnya membawa perubahan besar
dalam mencorakkan demografi dan sosiopolitik Tanah Melayu. Inggeris telah membawa
masuk secara beramai-ramai buruh murah dari India untuk bekerja di ladang-ladang getah dan
teh, manakala buruh dari negara China dibawa masuk untuk bekerja di lombong-lombong
bijih timah. Kemasukan beramai-ramai imigran dari India dan China seterusnya telah
mengubah lanskap penduduk tanah Melayu daripada bersifat homogen kepada masyarakat
multi-cultural atau plural society.

Sebagai langkah memudahkan perjalanan pentadbirannya, pihak British telah menjalankan


dasar pecah perintah dengan mengasingkan ketiga-tigak etnik terbesar ini bukan sahaj secara
geografinya tetapi juga kepada pengkhususan pekerjaan mereka. Etnik Melayu dikekalkan
untuk tinggal di kampung-kampung dengan orang Melayu yang mempunyai pendidikan
diambil bekerja dalam sektor kerajaan seperti perkeranian dan pertahanan. Etnik Cina
menduduki kawasan-kawasan perlombongan bijih timah yang akhirnya kawasan tersebut
berkembang menjadi bandar-bandar penting. Manakala etnik India mengisi tenaga kerja di
estet-estet getah dan ladang teh.

Kesan daripada dasar pecah perintah pihak British itu begitu ketara sehinggakan setelah lebih
50 tahun mencapai kemerdekaan taburan penduduk Malaysia masih lagi dipengaruhi oleh
pengkhususan pekerjaan tersebut. Seperti yang dikatakan di atas tadi, walaupun kawasan
perlombongan bijih timah telah ditutup namun kawasan tersebut terus dikuasai oleh etnik
Cina yang memonopoli aspek perniagaan dan perdagangan, sehingga kawasan-kawasan
tersebut menjadi kawasan perbandaran. Disebabkan keterasingan terancang tersebut telah
memberi kesan kepada rendahnya sikap setia kawan dan kemesraan dalam hubungan antara
kaum. Sanusi Osman (1987:1)) dalam kajiannya tentang masalah perhubungan etnik di
Malaysia mendapati terdapat beberapa persepsi negatif antara satu kaum dengan kaum yang
lain, iaitu:
1.

Negara Malaysia diperintah oleh Melayu dan kuasa politik di negara ini berada di
tangan orang Melayu.

2.

Kuasa ekonomi berada di tangan orang Cina atau orang Cina itu kaya (taukeh)

3.

Semua orang Melayu mendapat hak istimewa dan menikmati keuntungan dari semua
dasar kerajaan.

4.

Perpaduan rakyat mustahil dicapai kerana terdapat perbezaan agama, kebudayaan dan
etnik.

5.

Kebanyakan orang Melayu miskin kerana malas.

6.

Kebanyakan orang Cina kaya kerana pandai menipu dalam perniagaan.

7.

Dasar Ekonomi Baru menguntungkan orang Melayu sahaja.

8.

Orang Cina dan bukan Melayu didiskriminasikan oleh orang Melayu.

9.

Orang Cina dan bukan Melayu mempunyai taat setia yang berbelah bagi (bahagi)
kepada negeri ini.

10.

Kegagalan dasar ekonomi di negara ini disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina.

Kajian beliau selepas 30 tahun negara mencapai kemerdekaan sebenarnya tidak banyak
berbeza dengan persepsi yang ada di kalangan masyarakat Malaysia sekarang ini.
Sesungguhnya persepsi berdasarkan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain boleh
mengancam kestabilan negara. Kajian, penyelidikan, perubahan keikhlasan dan kefahaman
dalam hidup bermasyarakat harus sentiasa disemai untuk mengatasi masalah yang menjadi
duri dalam daging kepada keharmonian hidup bermasyarakat. Ketegangan kaum yang
membawa kepada rusuhan berdarah seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969, boleh sahaj
berulang bila-bila masa, kerana ketegangan kaum ini ibarat api dalam sekam dan bom jangka
yang boleh sahaja meletuskan kuasanya bila-bila masa sahaja.

Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan penyelidikan dan
inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang dianggap paling aman juga
harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia bukanlah negara yang paling maju

mahupun yang paling aman. Kita mempunyai wawasan yang tertentu untuk menjadinegara
maju dan banyak tanda menunjukkan bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kitatepat pada
waktu yang ditetapkan. Kita juga terus berusaha dan cuba mencari jalan bukan sajauntuk
mengekalkan keamanan yang sedia ada, tetapi mencari penyelesaian kepada isu-isuyang boleh
memantapkan keamanan dalam masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yangsering
memberikan cabaran kepada kita ialah isu hubungan etnik. Hubungan etnik adalah antara isu
yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah
negara multi-etnik, dengan sistem politik yang berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik
yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang tersendiri, etnisiti
sering dipolitikkan untuk mendapat undi,kuasa, dan kekuasaan. Etnisiti dalam konteks ini
bukan sahaja merupakan simbol yang mencerminkan, menggambarkan, atau mewakili sesuatu
kumpulan, tetapi ia juga boleh dan sering digunakan sebagai alat mendapatkan sesuatu
kepentingan. Etnisiti, kalau dilihat secara kasar, mempunyai kedua-dua konotasi positif dan
negatif, tergantung kepada bagaimana ia diterima dan digunakan. Manusia, sebagai individu,
maupun sebagaisebahagian dari kelompok yang lebih besar, tidak boleh lari dari isu-isu,
simbol, dan labeletnisiti. Kita juga tidak tidak boleh lari dari terlibat dengan aksi tolak-tarik
dan perdebatan positif-negatif etnisiti.

DEFINISI KONSEP
Dalam membincangkan topik tentang hubungan etnik terdapat beberapa konsep yang
mendasari perbincangan seperti konsep kumpulan etnik, ras, asimilasi, segregasi, amalgamasi,
akomodasi, plural sosiety dan bermacam-macam lagi. Beberapa konsep yang tersebut di atas
akan didefinisikan di dalam subtopik yang akan dinyatakan di bawah. Dalam subtopik ini
pengkaji akan mendefinisikan konsep etnik. Istilah etnik asalnya diambil daripada kosa kata

Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Dari segi bahasa, etnik didefinisikan sebagai kaum
atau bangsa, manakala dari segi istilah, etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia
yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa,
kegiatan ekonomi dan sebagainya. Anthony Giddens (1989:726) menerangkan konsep
kumpulan etnik atau ethnicity sebagai:
Cultural value and norms which distinguish the membersof a
given group from others. An ethnic group is one hhose members
share a distinc awareness of a comman cultural identity,
separating them from othergroup around them. In virtually all
societies ethnic differences are associated with variations in
power and material wealth. Where ethnic diferences are also
racial, such divisions are sometimes especially pronounced.

Secara umumnya etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras
dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan
dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk
Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik
yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza
berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai
kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu,
India, Cina, Kadazandusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada
dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan
lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun
berada padatahap rendah atau tidak bermoral. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan
etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepadarasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini
bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya

dengan satu sejarah, nilai, sikap dantingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk
kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan etnisitimereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok
etnik lain menerusi lensa dan kacamata etnik sendiri.

TEORI HUBUNGAN ETNIK


a.

Segregrasi

Segregrasi merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam


sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Contoh segregasi
yang paling ketara dan ekstrem yang pernah wujud adalah dasar Apartheid di Afrika Selatan
satu ketika dulu. Dasar pemisahan orang kulit putih (pemerintah yang minoriti bilangannya)
dengan orang kulit hitam (penduduk asal yang tidak berkuasa tetapi menjadi masyarakat
majoriti). Van den Berghe (1970) menyatakan bahawa segregasi di Afrika Selatan boleh
dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu
i)

Microsegregation: Pemisahan penggunaan kemudahan awam seperti tandas,

ii)

telefon awam, pasar dan sebagainya.


Mezzosegregation: Pemisahan tempat tinggal atau kejiranan dalam satu
kawasan penempatan yang sama. Contohnya petempatan taman-taman

iii)

perumahan khusus untuk sesuatu etnik dalam sesebuah kawasan perbandaran.


Macrosegragation: Pemisahan berskala besar seperti pengwujudan satu
wilayah dengan saiz yang besar yang hanya boleh didiami oleh etnik tertentu
sahaja.

b.

Akomodasi

Akomodasi merupakan proses di mana setiap etnik yang tinggal di sesuatu kawasan, wilayah,
negeri atau negara tetap mempertahan norma dan nilai berasaskan budaya masing-masing.
Dalam hal ini tidak ada suatu usaha untuk mewujudkan percampuran atau penyerapan budaya
etnik lain. Perbezaan dikekalkan tetapi menghormati budaya, nilai dan norma etnik lain.
Mereka hidup secara harmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Di peringkat
pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan
pendidikan mereka saling bergantungan.
c.

Akulturasi

Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok
dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok
manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima
dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi
tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Dalam konteks
Malaysia proses akulturasi memang berlaku dalam banyak perkara seperti dalam cara
merayakan hari-hari kebesaran agama tertentu terdapat konsep rumah terbuka untuk semua
warga. Hal ini mungkin tidak berlaku di tempat lain. Proses akulturasi ini berlaku secara sedar
dan rela kerana ia menwujudkan keharmonian hidup bermasyarakat.
d.

Asimilasi

Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan
dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna
menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di

Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi. Proses asimilasi berlaku apabila
terdapatnya:
:i.

Etnik yang berbeza budaya.

ii.

Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.

iii.

Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.Kejayaan asimilasi bergantung


kepada:i.Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan
menerima identiti etnik lain.

iv.

Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti besar atau kelompok minoriti
adalah kecil.

vi.

Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik v.Penguasaan dalam sesuatu


bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi. Faktor
penghalang asimilasi ialah:i.Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga
menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.

vii.

Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.

viii.

Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

Contoh asimilasi budaya yang paling ketara kita lihat ialah seperti yang berlaku di Indonesia
bagaimana pemerintah melalui perundangan yang ada serta dalam usaha mereka mewujudkan
sebuah negara bangsa bernama bangsa Indonesia, telah mengenakan beberapa peraturan
seperti etnik Cina tidak boleh menggunakan nama berunsur kecinaan. Sebaliknya kalau

mereka tetap mahu menggunakan nama berunsur kecinaan mereka terpaksa membayar denda
atau kompaun tertentu.
e.

Amalgamasi

Ia merupakan satu proses yang penyerapaan budaya, nilai dan norma tertentu disebabkan
perkahwinan campur antara etnik. Hal ini banyak dilihat di negara kita di mana perkahwinan
campur antar-budaya dan antar-agama akan mengubah amalan dan cara hidup pasangan
tersebut di mana pada kebiasaannya berlaku penyerapan budaya etnik pasangan mereka
sebagai cara hidup yang baru.

CABARAN-CABARAN HUBUNGAN ETNIK


a) Sosial
Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat elemen yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan
fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak
sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ia berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul
kesan daripada dasar pecah dan perintah (divide and rule) yang diamalkan oleh British
sejurus menjajah Malaysia. Di semenanjung Tanah Melayu misalnya, ketiga-ketiga kumpulan
etnik majoriti tinggal secara berasingan, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang
berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau
berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang
tinggal dalam wilayah yang berbeza. Kesan pemisah geografi ini sangat besar dalam memeri
kesan kepada pemupukan perpaduan kaum. Contoh paling jelas ialah apabila suatu ketika

dulu terdapat kempen atau gerakan anti-semenanjung di negeri Sabah dan Sarawak. Salah satu
puncanya ialah penduduk di keuda-dua negeri tersebut melihat orang dari Semenanjung
Malaysia lebih tepatnya orang Melayu mahu menjajah dan memelayukan mereka. Hal ini
sebenarnya berlaku disebabkan kurangnya integrasi dan interaksi antara orang-orang dari
Semenanjung Malaysia dengan orang-orang di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada itu isu-isu berasaskan perkauman sangat berkesan dalam survival parti-parti
politik tempatan di kedua-dua negeri tersebut. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan
prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu
golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini
adalah, kejahilan ilmu masyarakat SemanjungMalaysia dalam memahami cara hidup
masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbezadari aspek budaya, keagamaan mahupun
adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat
tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk
menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan
terasing dari arus pemodenan negara.

Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik
mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu
menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar
Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa
Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
perbezaanetnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan

persefahamandalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka


hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya
memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing
mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang
lain. Ini adalah merekaakan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk
mempelajari bahasa kaum yang lain.

Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem
pendidikan yang berbeza. Ia akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan
negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa
golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir
negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan
etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal
pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada
rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk
masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari
sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kitalihat adalah masih lagi terdapat
keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah.
Keadaan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) adalah lebih membimbangkan di mana
dapat dilihat dengan jelas pergaulan dan sifat perkauman menjadi semakin parah. Keadaan
sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah
nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan
dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada
masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anakanak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke

Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat
menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa
ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun,
tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib, yang membawa slogan 1 Malaysia mengharapkan
wujudnya perpaduan yang utuh dan padu dari semua masyarakat. Kebimbangan belaiu
sememangnya berasas kerana dewasa ini masyarakat Malaysia semakin berani menyuarakan
isu-isu rentas etnik yang boleh menimbulkan ketegangan kaum. Hal-hal berkaitan agama,
kesultanan, perlembagaan dan sebagainya kini menjadi modal meraih perhatian. Terdapat
pihak-pihak tertentu yang mahu menjuarai isu-isu panas ini demi kelangsungan nama dan
kuasa politik mereka. Kesannya kita melihat bagaimana setiap etnik di negara kita hidup
dalam kesangsian dan prasangka terhadap etnik yang lain. Apa yang menariknya ketegangan
kaum seperti yang terlihat di Semenanjung Malaysia, tidak kelihatan di Sabah, malah Perdana
Menteri sendiri mengiktiraf bahawa konsep 1 Malaysia yang dilaungkan oleh beliau dapat
dilihat amalannya di Sabah. Dalam pilihanraya kecil yang berlangsung di Parlimen Batu Sapi
misalnya, ramai petugas parti dari Semenanjung berasa hairan bagaimana masyarakat Sabah
yang berlainan parti dengan memakai pakaian paerti masing-masing boleh duduk dan makan
semeja, berbual seolah-olah tidak wujud perasaan mara, tegang dan panas.
b.

Ekonomi

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi. Melalui aspek
ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan
perbezaan

pekerjaan

berdasarkan

sektor

ekonomi.

Pertama,

penguasaan

ekonomi

memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor

pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah.
Bagikaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan,
perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat
dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan
kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan
tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba
untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang
lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya
mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang
terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan
menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India
yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di
dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku.
Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan
dan mereka dapat hidup dalam hidup yangcukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa
tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum
Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di
mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi
negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh
dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yanglebih besar dalam kalangan kumpulan
sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan merekadalam pembangunan negara dan dalam
perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya,
perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal

miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan
sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh
mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan
kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Mutakhir ini terdapat juga amalan syarikat-syarikat swasta yang menjadikan syarat boleh
berbahasa Mandrin sebagai syarat untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat mereka. Hal ini
sangat membimbangkan kerana ia bukan sahaja satu bentuk diskriminasi bersifat perkauman,
lebih jauh daripada itu ia juga secara jelas membelakangkan Perlembagaan negara yang
mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Sikap ini
bukan sahaja tidak membantu mewujudkan perpaduan kaum, sebaliknya ia menyemarakkan
lagi perasaan benci antara satu kaum dengan kaum yang lain.
c.

Politik

Pada awal penubuhan negara Malaysia wujud beberapa parti politik yang membawa falsafah
dan konsep yang berbeza, Ada parti yang berasaskan kepentingan kaum seperti UMNO, MCA
dan MIC, ada parti berasaskan keplbagaian kaum seperti parti Negara yang diasaskan oleh
Onn Jaafar, parti berasaskan agama seperti PAS dan parti berpegang kepada sosialisme seperti
Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan Democratic Action Party (DAP). Setelah beberapa siri
pilihanraya berlangsung di negara ini ternyata parti berasaskan kepentingan kaum ini telah
berjaya mendapat mandat untuk terus menerus memerintah negara. Hal inilah yang menjadi
cabaran yang ketiga iaitu cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik
perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isuisu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika

dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah


masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha
untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka
akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata.Selain
itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana
masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendera
Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak
etnik masing-masing.

d.

Nilai antara etnik

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaandari segi
agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. KaumMelayu, Cina
dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan.Perbezaan ini
bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada
etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah
sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun
menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai
perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran
untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di
kawasan tersebut.Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi
dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan
juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka.
Golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan

menerima apa-apa perubahan walhal ia memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian
mereka.
e.

Globalisasi

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta
pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu
dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada cabaran ini, jikadilihat dari
sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang
tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat
kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai
unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya
menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana
budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang
negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan
yang melampaui batas.

Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah
dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itusendiri.
Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan
penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh
Barat.Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin
terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam
kita pasti akanhilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek
arus pemodenan zaman.

LANGKAH MENANGANI MASALAH ETNIK


Yang penting ialah kita mengakui dan menerima bahawa wujudnya senario ini dan berusaha
supaya cara penyelesaian yang terbaik dapat ditimbulkan. Perkara-perkara dan nilai-nilai yang
boleh dianggap sebagai positif haruslah ditonjol dan difokuskan. Perkara yang negatif
dikurangkan, sementara usaha-usaha yang berterusan dijalankan untuk mencari penyelesaian
yang sesuai kepada masalah tersebut. Tidak dilupakan atau diketepikan, tetapidikurangkan
untuk sementara waktu, dan dihadapi bila senario berubah menjadi lebih baik dan masyarakat
lebih bersedia untuk menghadapinya.Isu hubungan etnik dan masalah yang timbul dari
hubungan ini bukanlah perkara yang baru dalam konteks Malaysia. Masalah tinggalan era
penjajah ini kerap timbul dari masa ke semasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk
mengurus dan menyelesaikannya. Dalam beberapa tahun ini sahaja, kita berhadapan dengan
insiden-insiden yang mencabar keutuhan hubungan etnik di negara ini dan memberi tanda
tanya tentang keberkesanan program- program yang telah diperkenalkan untuk mewujudkan
perdamaian dan perhubungan etnik yang positif.

f.

Perlembagaan Persekutuan: 4:1

Mutakhir ini semacam satu desakan kuat yang mengkritik dasar-dasar negara yang sebenarnya
menjurus kepada pemansuhan dan ketidaksetujuan merek terhadap beberapa fasal dalam
Perlembagaan Persekutuan yang dilihat tidak adil dan menindas. Perkara-perkara yang
dimaksudkan adalah apa yang dikenali sebagai perkara 4 nisbah 1. Empat perkara yang
dikatakan tidak menggambarkan kerukunan masyarakat berbilang kaum ialah:

i)

Fasal 3 yang memperuntukkan Agama Islam sebagai agama rasmi manakala

ii)
iii)
iv)

agama-agama lain boleh dipraktikan secara aman.


Fasal 32 yang memperuntukkan Yang dipertuan Agong sebagai ketua negara
Fasal 152 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
Fasal 153 Hak Istimewa orang-orang Melayu

Manakala, satu perkara yang diperolehi oleh etnik-etnik bukan bumiputera ialah pemberian
taraf kewargaan seperti yang terdapat dalam perkara 15 hingga perkara 28 Perlembagaan
Persekutuan.

Lima perkara di atas merupakan perkara-perkara yang sering dianggap menindas etnik
minoriti. Apa yang difahami oleh rakyat Malaysia ialah etnik bukan bumiputera telah
mengorbankan empat perkara yang eksklusif kepada orang Melayu sementara etnik Melayu
hanya mengorbankan pemberian kewarganegaraan kepada etnik bukan bumiputera. Perlu
diingat bahawa penentangan orang-orang Melayu terhadap pelaksanaan Malaysan Union oleh
British antara lainnya disebabkan mereka tidak bersetuju akan konsep pemberian
kewarganegaraan secara jus soli kepada etnik bukan bumiputera. Apa yang wujud dewasa ini
dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah dua pertentangan yang sangat kontras. Di satu
sudut etnik bukan bumiputera, khususnya generasi selepas merdeka berasa tertindas
disebabkan peruntukan perlembagaan tersebut. Mereka berasakan telah berkorban terlalu
banyak hanya untuk orang-orang Melayu. Bagi etnik Melayu pula ada yang mengatakan
bahawa sebenarnya yang berkorban adalah orang-orang Melayu, kerana sebelum kedatangan
pendatang Cina dan India lima perkara tersebut merupakan hak orang-orang Melayu. Tidak
ada konsep orang bukan bumiputera berkompromi dan berkorban.

Selain insiden-insiden konflik sosial yang tercatat ini, indikator lain perhubungan etnik adalah
tanggapan masyarakat sendiri terhadap status dan tahap perhubungan antara etnik yang dibuat
secara pemerhatian kasar dan analisa oleh ahli masyarakat.Saban hari kita sering mendengar
keluhan-keluhan tentang status dan tahap hubungan etnik. Ini selalunya dilakukan oleh
beberapa kelompok. Pertama, golongan yang pernah melalui era perpaduan dalam
masyarakat. Yang membesar, bermain, belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarakat
majmuk dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Golongan ini sering membuat
perbandingan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat dulu, danmelihat masyarakat
sekarang sebagai sudah hilang perpaduan, dan hubungan etnik sekarangtidak lagi semurni
dulu kerana telah dikotori oleh politik ahli politik dan kepentingan politik. Kedua, golongan
yang melihat hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak relevan.Yang melihat kepentingan
sendiri, sama ada individu ataupun kelompok, ekonomi atau politik, sekarang atau masa
depan, sebagai sesuatu yang lebih penting. Usaha mencapai perpaduan yang dijalankan dilihat
sebagai boleh melemahkan (secara sengaja atau tidak) kepentingan dan kedudukan mereka
yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi, serta politik. Keluhankeluhan ini harus ditanggapi sebagai cabaran pembangunan negara. Menghadapi cabaran yang
ditimbulkan oleh hubungan etnik bukannya mudah. Pelbagai usaha dijalankan termasuk
penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada awal tahun tujuh puluhan
yang memperkenalkan program-program memupuk perpaduan dalam masyarakat. Antara
program-program yang telah diperkenalkan oleh negara untuk menangani masalah ini
termasuklah Rukun Tetangga, Program Revolusi Mental, memperkenalkan Dasar Ekonomi
Baru, Dasar Budaya Kebangsaan hinggalah kepada Pelan Integrasi Nasional; penubuhan
Sekolah Wawasan; Program Latihan Khidmat Negara di samping banyak lagi program yang
memfokuskan kepada kelompok belia ini; program "Kongsi-Raya" dan lain-lain yang

berusaha mempromosi perpaduan dan kefahaman tentang budaya yang berbeza melalui cara
meraikan hari kebesaran semua kelompok secara bersama.

Di peringkat pengajian tinggi pula, fokus diberikan kepada pembelajaran dan pemahaman
budaya yang berbeza dengan harapan akan timbul apresiasi di kalangan mahasiswa terhadap
budaya-budaya tersebut. Pengenalan kursus-kursus ini selalunya bersesuaian dan bertin dan
dengan cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh negara. Contohnya, apabila Islam sedang
dilihat oleh sebahagian kelompok sebagai agama yang sering dikaitkan dengan keganasan dan
penggunaan kekerasan, kursus Tamadun Islam dan TamadunAsia Tenggara diperkenalkan. Ini
diteruskan di peringkat nasional dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari supaya Islam
dapat dikaitkan kembali dengan fokusnya yang sebenar iaitu pembangunan insan,
pembangunan masyarakat, dan perdamaian.Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi
pengajian tinggi negara yang begitu hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai
salah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam
proses pembangunan negara. Ia idak bersifat reaktif, kerana ini bukanlah masalah yang baru,
tetapi lebih kepada meneruskan kesinambungan dalam usaha kita mencari jalan penyelesaian
kepada isu ini.

Kepelbagaian pendapat ini harus dipertahankan jika kita ingin menjadi negara yang matang.
Jika golongan akademik mentafsirkan konsep dan sejarah sedemikian rupa, peranan
masyarakat bukanlah untuk menyekat tafsiran ini, tetapi membincangkannya, dan
memberikan ruang untuk ia dibincangkan. Perbincangan ini juga seharusnya berlaku dalam
senario yang tidak melibatkan golongan politik dengan kepentingan politik yangkadang-

kadang agak sempit. Memantapkannya juga memerlukan kita kembali menekankan


perhubungan antara hubungan etnik dengan perpaduan dan dengan perdamaian.
Hubungan etnik adalah sinonim dengan perpaduan. Perpaduan adalah kedua-dua matlamat
akhir dan juga proses yang dapat membantu kita mencapai objektif bersatu-padu. Perpaduan
sebagai matlamat akhir adalah satu keadaan di mana masyarakat yang berbilang etnik dapat
hidup dalam satu masyarakat sebagai sebuah komuniti masyarakat Malaysia. Perbezaan, yang
jelas dan tidak jelas, masih tetap

wujud dalam komuniti ini kerana setiap kumpulan

membawa keistimewaan mereka yang tersendiri, dengan ciri-ciri agama, bahasa ibunda,
makanan, pakaian, budaya, dan adat resam yang telah dipengaruhi oleh sejarah perkembangan
kumpulan mereka. Perbezaan-perbezaan ini, walau bagaimanapun tidak mengganggu (atau
tidak seharusnya mengganggu) proses perpaduan dan pembentukan komuniti ini. Sejarah
telah membawa terwujudnya komuniti ini dan kepada terbentuknya sejarah yang dikongsi
bersama, sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang ini.Perpaduan sebagai satu
proses juga mengajak kita menggunakan kaedah dan pendekatan yang inklusif (inclusive) dan
bukannya eksklusif (exclusive). Matlamat negaraharuslah dicapai dengan melibatkan semua
kelompok masyarakat dan bukan hanya segelintir ahlinya sahaja. Proses ini memerlukan
penglibatan semua golongan dan lapisan, bergerak bersama untuk mencapai matlamat yang
dikongsi bersama. Perpaduan seterusnya adalah sinonim dengan perdamaian, yang juga
merupakan matlamat akhir yang diimpikan, di samping proses yang boleh membawa kita ke
matlamat tersebut. Jika cara yang digunakan dalam proses untuk mendapatkan perdamaian
bukanlah dengan cara yang damai, hasilnya iaitu perdamaian dalam erti kata yang sebenar
tidak akan tercapai. Perdamaian boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif
yang pertama melihat perdamaian dalam masyarakat apabila tidak berlakunya keganasan,
penggunaan kekerasan, dan peperangan dalam masyarakat tersebut. Pertumpahan darah tidak
berlaku, walaupun terdapat isu-isu yang mungkin ingin dibangkitkan oleh ahli masyarakat.

Dan peperangan tidak berlaku, walaupun terdapat konflik dalam masyarakat tersebut.
Keadaan ini lebih dikenali sebagai perdamaian negatif. Negatif kerana situasi masyarakat ini
sebenarnya adalah rapuh dengan banyak isu yang mungkin satu hari nanti menjadi tidak
terkawal atau tidak dapat dikawal. Kawalan yang ketat berupa undang-undang dan peraturan
serta sistem pemantauan dan implementasi yang terperinci dan keras, memastikan situasi
terkawal dan luahan aspirasi yang berlebihan pada masa kini dapat dikawal dan dicegah. Bak
gunung berapi yang masak, ia akan pasti meletup satu hari kelak. Apabila ini berlaku,
masyarakat akan huru-hara dan sistem ini akan melalui proses perubahan yang mungkin akan
membawa pembaharuan, sama ada baik ataulebih buruk, kepada masyarakat tersebut.
Perdamaian yang positif pula membawa maksud bahawa wujud semua perkara yangdisebut di
atas tentang perdamaian negatif - iaitu masyarakat yang tiada keganasan, kekerasan, dan
peperangan. Bezanya ialah dalam perdamaian positif, undang-undang dan peraturan yang ada
dalam masyarakat bukanlah untuk menekan rakyat tetapi adalah berdasarkan keadilan dan
bertujuan mewujudkan keadilan sosial, ekonomi, dan politik dalam masyarakat tersebut. Ia
tidak bertujuan menindas luahan aspirasi ataupun mengetepikan mana-mana kelompok
masyarakat. Terdapat pula saluran-saluran dan mekanisme yang sah untuk memastikan luahan
ini dapat disalurkan dan konflik yang ada, dan bakal timbul, dalam masyarakat dapat diurus
dan diselesaikan dengan baik. Perdamaian yang positif juga tiada keganasan struktural iaitu struktur masyarakat yang menindas sebahagian ahlinya sendiri; dan tidak mempunyai
budaya keganasan - iaitu kebiasaan menggunakan kekerasan dan keganasan dalam
menyelesaikan masalah. Apa yang ada adalah budaya perdamaian. Untuk menanam budaya
perdamaian ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu daripadacara yang paling
penting adalah melalui pendidikan. Di sini pentingnya kursus-kursus seperti hubungan etnik
ini yang menekankan perdamaian sebagai cara hidup kita.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam konteks Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan perpaduan dan
perpaduan pula sinonim dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita menyokong perdamaian,
maka kita haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti
hubungan etnik di negara ini. Program-program yang diperkenalkan untuk meningkatkan
usaha-usaha seperti ini, termasuk program seperti hubungan etnik diinstitusi pengajian tinggi,
akan dapat memberi kesan yang positif jika ia dilakukan dengan niat yang betul dan sokongan
masyarakat yang komited kepada perpaduan dan perdamaian. Alternatifnya boleh kita
perhatikan dalam masyarakat lain yang bergelumang dengan isu dan konflik etnik yang tidak
terkawal dan merosakkan, dan seharusnya dicegah dari berkembangdi bumi Malaysia.

Pilihanraya Umum 2008 menunjukkan satu trend menarik yang mungkin menggambarkan
bahawa sudah terdapat kesediaan etnik-etnik utama di Malaysia untuk duduk bersama di
bawah parti yang bukan berasaskan perkauman. Etnik Cina dan India memberi sokongan kuat
kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, dan begitu juga sebaliknya. Apa yang
menariknya untuk diperhatikan ialaha adakah perubahan undi dan trend berpolitik yang
membelakangkan parti berasaskan kaum ini benar-benar menggambarkan kesediaan rakyat
Malaysia untuk bersama secara ikhlas yang pastinya akan meranapkan parti-parti berasaskan
kaum, atau mungkinkah trend ini hanya untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap
dasar-dasar dan program-program pihak kerajaan Barisan Nasional yang gagal memakmurkan
negara dan membebankan rakyat seperti harga barang yang melambung, amalan kronisme dan
nepotisme, rasuah dan sebagainya.

Mengambil kira trend pilihanraya umum 2008, adalah diyakini bahawa masalah perbalahan
etnik dapat diatasi sekiranya pihak-pihak berkenaan seperti pihak kerajaan akan bersikap lebih
adil, ikhlas, amanah dan bertanggung jawab dalam merangka dasar dan melaksana programprogram untuk warga Malaysia.

Вам также может понравиться