Вы находитесь на странице: 1из 7

JULITAH BT MINHAD

760917-04-5334
SOALAN ESEI EDU 3106
BAB 5
Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab terhadap pembinaan negara bangsa
dalam kalangan murid anda. Dengan menggunakan pedagogi relevan budaya,
sediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap dengn tujuan pembinaan bangsa
negara dapat diterapkan melalui pengajaran anda.
RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU
Tarikh:

12 Ogos 2010

Masa:

60 minit (8.00-9.00 pagi)

Tahun:

6 Gemilang

Bilangan murid:

30 orang

Mata Pelajaran:

Bahasa Melayu

Tema/Tajuk:

Kemerdekaan

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan


intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca.

Aras 2 :

i.
ii.

Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.

Fokus Sampingan:

10.1

Menghasikan pelbagai genre (prosa dan puisi ) termasuk e-mel


yang mudah, menarik dan bermakna.

Aras 3 :

i.

Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas


dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Membaca sebuah sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.


2. Menulis lima isi tersurat dengan menggunakan ayat yang gramatis.
3. Menghasilkan sebuah karangan pendek berdasarkan sajak
menggunakan susunan ayat songsang.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa : sintaksis susunan ayat, iaitu susunan ayat biasa dan songsang
(frasa sendi nama).
Sebutan dan intonasi
Kosa kata: keramat, ilusi, berdaulat, tekad.
Pengisian Kurikulum:
Ilmu

Kesusateraan Melayu, Sivik, Muzik

Nilai

kepatuhan, kerjasama, berdikari.

Teknik -

perbincangan kumpulan, bacaan mekanis.

Kemahiran Bernilai Tambah:


Kemahiran Berfikir

- menjana idea

Kecerdasan Pelbagai - interpersonal, intrapersonal, verbal- linguistik, muzik,


kinestatik.
Bahan Bantu Mengajar:
Video klip lagu Malaysiaku Gemilang, teks sajak, lembaran kerja, lirik lagu,
kertas sebak, pen marker, laptop, LCD, layar skrin.
Pengetahuan Sedia Ada Murid:
Murid pernah mendengar atau membaca teks prosa dan puisi menerusi media
cetak atau elektronik.

Langkah
/Masa
Set
Induksi
8.00-8.05
pagi

Isi Pelajaran
Tayangan video klip lagu
Malaysiaku Gemilang :
Soalan :

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran
1. Murid mendengar dan
membaca lirik lagu
berjudul Malaysiaku
Gemilang.
2. Murid melihat video yang

Catatan
BBM:
Video, lirik
lagu, laptop,

(5 minit)

Langkah 1
8.05-8.25
pagi
(20minit)

Langkah 2
8.25-8.40
pagi
( 15 minit)

1. Apakah tajuk lagu


tersebut?
(Malaysiaku
Gemilang)
2. Dimana kita boleh
mendengar lagu ini?
3. Bilakah kita biasa
mendengar lagu ini?
4. Apakah tema lagu
tersebut? (patriotik,
kemerdekaan)

ditunjukkan oleh guru


dengan teliti dan
menyanyikan lagu
tersebut bersama-sama
beserta gaya.
3. Murid bersoal jawab
dengan guru tentang
perkataan-perkataan yang
tidak difahami daripada
klip video yang
dipertontonkan.
4. Guru bersoal jawab
dengan murid tentang
perkara yang disampaikan
melalui lagu tersebut.

Kemahiran membaca sajak


53 Tahun Merdeka
mengikut sebutan dan
intonasi
-tinggi rendah nada suara
-sekiranya ada unsur-unsur
semangat, nada ditinggikan.
-sekiranya ada unsur-unsur
sedih, nada direndahkan.

1. Murid merujuk dan


meneliti sajak 53 Tahun
Merdeka yang diedarkan
oleh guru.
2. Murid diminta membaca
sajak tersebut secara
senyap (individu).
3. Guru menjelaskan
kemahiran membaca sajak
dengan sebutan, intonasi
dan gaya bacaan yang
betul.

Gaya bacaan
-pergerakan tubuh badan
dari pinggang ke atas.

Isi penting :
1.
2.
3.

4. Guru memilih murid


secara rawak untuk
mendeklamasikan sajak di
hadapan kelas dengan
menggunakan sebutan,
intonasi dan gaya bacaan
yang betul.

1. Murid diminta berbincang


untuk mengenal pasti isi
penting yang terdapat
dalam teks sajak tersebut

LCD, layar
skrin.
KBT :
1) Kecerdasan
pelbagai muzik,
kinestatik.
2) Kemahiran
teknologi
maklumat dan
komunikasi.

BBM:
Teks sajak
bertajuk 53
Tahun
Merdeka
Teknik:
Bacaan mekanis
Nilai:
Kepatuhan
KBT:
Kecerdasan
pelbagai:
verballinguistik,
intrapersonal

BBM: kertas
sebak dan pen
marker
3

4.
5.
Ayat gramatis ialah ayat
yang akur dengan rumusrumus tatabahasa.

2.
3.
4.

5.

Langkah 3
8.40-8.55
pagi
(15 minit)

Penutup
(5 minit)

dalam kumpulan.
Guru mengedarkan kertas
sebak dan pen marker
kepada setiap kumpulan.
Guru menjelaskan bahawa
setiap isi menggunakan
ayat yang gramatis.
Setiap kumpulan diminta
menulis maklumat yang
diperoleh pada kertas
sebak tersebut.
Apabila tamat
perbincangan, setiap
kumpulan
membentangkan hasil
kerja mereka di hadapan
kelas.

Tatabahasa: susunan ayat


-susunan biasa
- subjek dihadapan, predikat
dibelakang
cth : saya pergi ke sekolah.
-susunan songsang (frasa
sendi nama)
- predikat dihadapan, subjek
dibelakang
cth : ke sekolah saya pergi.

1. Guru menjelaskan
mengenai susunan ayat
(biasa dan songsang)
2. Murid diminta menulis
semula sajak 53 Tahun
Merdeka dalam bentuk
prosa(karangan pendek).

Rumusan: Kognitif dan


sosial.

1. Guru membimbing murid


untuk membuat rumusan
tentang pelajaran hari ini.
2. Sebelum mengakhiri
pembelajaran, murid dan
guru bersama-sama
menyanyikan lagu
Malaysiaku Gemilang.

Nilai: kerjasama
Teknik:
perbincangan
kumpulan
KBT:
1) Kemahiran
berfikir
2) Kemahiran
belajar cara
belajar

Nilai: berdikari
KBT:
1) Kemahiran
berfikirmenjana idea
2) Kecerdasan
pelbagai
3) Pembelajaran
konstruktivisme

BAB 6

Sekiranya anda ditempatkan di sebuah sekolah untuk mengajar kanak-kanak


istimewa yang cacat pendengaran, bagaimanakah anda menggunakan kemahiran
komunikasi sebagai seorang guru dalam kalangan kanak-kanak ini bagi
memastikan bahawa setiap pengajaran anda mencapai hasil pembelajaran ?
Komunikasi yang berkesan adalah apabila sesuatu mesej yang disampaikan dapat
diterima oleh penerima dengan jelas. Mesej tersebut perlu difahami dan berupaya
memberikan tindak balas yang paling tepat walau dalam apa jua keadaan. Komunikasi
juga difahami sabagai interaksi manusia dalam perkongsian idea, pandangan dan
perasaan sama ada secara pertuturan mahupun melalui gerak isyarat atau simbol. Sebagai
seorang guru yang baik apatah lagi apabila ditempatkan mengajar kanak-kanak istimewa
yang cacat pendengaran, perlu menggunakan kemahiran komunikasi bagi memastikan
bahawa setiap pengajarannya mencapai hasil pembelajaran. Bagi kanak-kanak ini, guru
tidak boleh menggunakan kemahiran lisan semasa mengajar kerana mereka mengalami
masalah pendengaran. Oleh sebab itu guru perlu mencari alternatif lain bagi menarik
minat murid dan mengelakkan murid-muridnya daripada cepat bosan dan terasa dipaksa
untuk menerima maklumat yang telah diberikan oleh guru. Ini tidak akan mendorong
pembelajaran berlaku dan hanya satu pihak sahaja iaitu guru yang dapat menyampaikan
idea (pengajaran) dan tidak mendapat respon dari pelajar-pelajar. Kebolehan dalam
berkomunikasi berperanan penting kerana guru terpaksa berhadapan dengan pelajarpelajarnya setiap hari. Batasan komunikasi antara guru tidak hanya terhad sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran sahaja malah melangkaui waktu selepas proses mengajar
yang memberi impak terhadap perhatian serta tumpuan pelajar.
Kemahiran bukan lisan merupakan proses komunikasi yang melibatkan
penghantaran mesej melalui pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan. Sewaktu
menggunakan kemahiran komunikasi bukan lisan, guru-guru perlu menzahirkan ekspresi
lenggok badan yang sesuai bagi mengekalkan hubungan mesra antara guru dan pelajar.
Pemerhatian pelajar terhadap lenggok dan bahasa badan guru boleh mempengaruhi
pemahaman pelajar. Kebolehan guru mengamalkan sifat mesra dan empati terhadap
pelajar-pelajarnya juga dapat mewujudkan iklim serta suasana pembelajaran yang positif
dan memudahkan proses kefahaman pembelajaran. Semangat dan komitmen guru yang
tinggi juga mampu mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Emosi yang diekspresikan
melalui kesungguhan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berkesan. Komitmen
guru juga turut dirasakan oleh pelajar-pelajar melalui nada suara, gerak mata, memek
muka, pergerakan jari, tangan dan sebagainya mendorong pelajar-pelajar supaya sentiasa
bersemangat dan bermotivasi.

BAB 7
Guru perlu mengurus bilik darjah yang mesra budaya terutama dalam aspek
kurikulum. Bincangkan bagaimana guru dapat merancang dan melaksanakan
kurikulum yang mesra budaya dengan berkesan.
Guru merupakan individu yang paling penting dalam merancang dan melaksanakan
kurikulum yang mesra budaya ini dengan berkesan. Guru perlu sentiasa peka dan
menggunakan pendekatan yang berpusatkan murid serta mesra budaya setempat. Guru
perlu memilih dan mengubahsuai kandungan, bahan pengajaran dan alat penilaian supaya
dapat menggambarkan dan bertindak balas kepada pelajar daripada pelbagai budaya yang
begitu kompleks. Guru harus lebih bersedia secara profesional dan menguasai kemahiran
dan isu-isu pembelajaran berkaitan dengan kepelbagaian budaya. Antara strategi dan
pendekatan yang boleh diambil oleh guru bagi mewujudkan kurikulum yang mesra
budaya ini adalah :
a) Membina suasana yang mesra budaya
Guru perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan muridnya sebelum
pengajaran dan pembelajaran yang efektif boleh berlaku. Keprihatinan guru
terhadap latar belakang murid serta hasil pembelajaran mereka amat
menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran. Sebagai guru, mereka perlu
memahami bahawa masa antara satu pelajaran dengan satu pelajaran yang
berikutnya merupakan masa yang sesuai untuk murid bercakap dengan murid di
sebelah atau di depan / belakangnya. Ini merupakan salah satu cara guru dapat
menggalakkan murid memperkenalkan diri mereka serta berkongsi isu peribadi
atau berkaitan dengan pelajaran seperti minat, latar belakang dan pantang larang
kaum masing-masing. Guru juga boleh menjalankan tinjauan tak formal untuk
mengetahui secara eksplisit tenbtang latar belakang dan pengalaman murid-murid.
Dalam mengenali murid secara dekat, guru harus berusaha menyebut dan
memanggil nama murid dengan betul. Pendekatan begini amat berkesan untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan untuk semua murid
serta membantu guru dan murid merentasi halangan-halangan sosial dan budaya.
Guru juga akan dapat membina keyakinan diri bahawa suasana pembelajaran
yang kondisif dan mesra budaya dapat diwujudkan di mana murid lebih
memahami rakanrakan jika sekolah itu mempunyai murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Begitu juga dengan poster-poster, kalender dan gambar-gambnar
yang ditampal pada dinding bilik darjah perlu menggambarkan kepelbagaian
budaya di Malaysia. Suasana begini akan menggalakkan murid-murid berasa lebih
selesa kerana menggambarkan budaya kehidupan mereka.
b) Mengenal pasti gaya pembelajaran murid

Terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang mempengaruhi cara setiap individu


belajar. Guru dapat mengesan gaya pembelajaran murid dengan mentadbirkan
ujian untuk membantu guru mengetahui jenis pelajar. Dengan adanya
pengetahuan tentang gaya masing-masing dapat membantu mereka belajar secara
efektif dan guru juga dapat menyesuaikan pengajarannya. Sebagai contoh murid
yang visual boleh digalakkan untuk mengunakan pemetaan konsep dengan warna
pen yang pelbagai dan bukan dikehendaki belajar secara hafalan.
c) Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran sesuai
Guru yang kurang memahami budaya sesuatu kaum mungkin akan menganggap
bahawa gaya pembelajaran dan perbezaan budaya sesuatu kaum sebagai punca
murid-murid kurang berminat dan tidak berjaya dalam pembelajaran mereka.
Malahan aspek-aspek seperti kurikulum yang tidak mesra budaya, ketidakhadiran
murid dan kadar pertukaran tenaga pengajar yang tinggi menyebabkan murid
menghadapi masalah pembelajaran. Untuk itu, guru haruslah belajar tentang
kemahiran, kebolehan dan gaya kognitif murid-murid supaya mereka dapat
mengajar dengan berkesan. Guru juga perlu menangani masalah bahasa dan
komuniukasi dalam bahasa ibunda murid-murid dan belajar adat resam dan
persepsi mereka supaya tidak timbul masalah salah faham. Kepekaan guru
terhadap kepercayaan murid tentang keharmonian dengan alam semula jadi,
keagamaan dan kerohanian, konsep masa, kehidupan keluarga dan bahasa amat
penting. Justeru guru dicadangkan untuk menggunakan bahan bantuan mengajar
yang interaktif serta relevan budaya seprti penggunaan komputer sebagai alat
pengajaran digalakkan sebagai penekanan pada maklumat visual. Disamping itu,
guru boleh menggunakan pembelajaran koperatif dan kerja projek secara
kumpulan dalam persekitaran yang agak bebas tetapi dalam kawalan supaya
murid dapat bergerak bebas.

Вам также может понравиться