Вы находитесь на странице: 1из 24

BAB 2

MASYARAKAT MALAYSIA
DALAM SEJARAH

KONSEP PLURALITI
DEFINISI BAHASA
Perkataan plural berasal dari perkataan Inggeris
iaitu plurality. Akar kata asalnya ialah plural. Ia
membawa maksud lebih dari satu, jumlah besar dan
majoriti. Perkataan ini dipinjam secara langsung oleh
bahasa Melayu menjadi plural.

KONSEP PLURALITI
DEFINISI BAHASA
Sebelum ini istilah majmuk digunakan. Ia dipinjam
terus dari perkataan Arab iaitu majmu. Asal akar
katanya ialah jama yang membawa maksud
mengumpulkan
dan
menghimpunkan.
Ijma
membawa maksud permuafakatan dan persatuan @
perkumpulan dan perhimpunan. Majmu membawa
maksud yang dihimpunkan dan yang dikumpulkan.

KONSEP PLURALITI
DEFINISI BAHASA
Majmuk dalam bahasa Melayu menurut Kamus
Dewan didefinisikan sebagai kumpulan manusia
yang hidup di sesuatu tempat, mengikut peraturan
dan cara hidup tertentu yang terdiri daripada
pelbagai kaum, bangsa, ras atau etnik, negara,
keturunan, bahasa, warna kulit dan adat resam.

DEFINISI ISTILAH
Istilah plural pertama kali diperkenalkan oleh J.S. Furnival di
dalam bukunya Colonial policy and practice: A comparative study
of Burma and Netherland India.
Kajian itu dilakukan ke atas masyarakat plural di Burma dan
Indonesia. Ia digunakan untuk menghuraikan tentang
masyarakat yang mempunyai ciri-ciri perpecahan dan konflik
antara kumpulan etnik di bawah satu sistem pemerintahan atau
politik. Dalam lain perkataan, plural membawa maksud
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik yang
mempunyai agama, budaya, bahasa, adat resam dan
sebagainya yang tersendiri, berbeza di antara satu sama lain.

PERSPEKTIF POLITIK
Terdapat dua kumpulan berdasarkan pandangan dari sudut
politik iaitu:
(i) Pendapat pakar sosiologi dahulu atau lama yang
bersependapat, menegaskan bahawa masyarakat plural
terdiri daripada kelompok yang wujud pembahagian kuasa
politik. Mereka disatukan berasaskan kepada ketaatan dan
kesetiaan yang mencorakkan nilai bersama (cross-cutting).
Contohnya ialah di Amerika Syarikat,
sebagai sebuah negara demokrasi yang stabil yang
dicorakkan oleh kerajaan.

PERSPEKTIF POLITIK

(ii)

Pendapat pakar sosiologi terkemudian atau


baharu yang bersependapat, menegaskan
bahawa masyarakat plural adalah masyarakat
yang terbentuk berasaskan kepada hubungan
etnik dan ras yang berlainan di bawah satu
sistem pemerintahan.

PERPEKTIF PEMERINTAHAN

Dari sudut golongan pemerintah juga terbahagi


kepada dua kumpulan pendapat iaitu:
(i) Golongan pemerintah adalah dari kaum majoriti
atau
golongan terbesar.
(ii) Golongan pemerintah adalah terdiri dari etnik
minoriti.

PERSPEKTIF SOSIAL DAN BUDAYA

Dari sudut sosial dan budaya juga terdapat dua pendapat


yang berbeza:
(i) Plural dari segi sosial. Di mana masyarakat plural lahir
hasil dari perbezaan struktur sosial dari kalangan pelbagai
etnik atau sosial, bukan berasaskan budaya.
(ii) Plural dari segi budaya. Di mana kelahiran masyarakat
plural itu berlaku atas dasar perbezaan budaya antara
pelbagai etnik, bukan perbezaan struktur sosial.

CIRI

Dari sudut ciri masyarakat plural pula terdapat


juga dua pendapat yang bertentangan:
(i) Mesti wujud konflik
(ii) Tidak mesti wujud konflik.

10

TINGKAT

Masyarakat plural mempunyai tingkat-tingkatnya yang


tersendiri. Ada masyarakat plural yang lebih tinggi
kedudukannya dari masyarakat plural yang lain. Contohnya
di Afrika Selatan yang terdiri daripada empat etnik utama
iaitu etnik berkulit putih, etnik berkulit hitam, etnik rendah dan
lain-lain etnik. Di Amerika Syarikat terdiri dari dua kumpulan
etnik utama iaitu etnik berkulit putih dan etnik berkulit hitam.
Di Malaysia mempunyai tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina
dan India, di samping 200 etnik kecil di seluruh
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

11

SEJARAH AWAL MASYARAKAT MALAYSIA


Pribumi-Orang Asli
Etnik Melayu
Etnik Cina
Etnik India
Zaman Kesultanan Melayu Melaka

12

MASYARAKAT PLURAL
Kemunculan
Masyarakat plural di Semenanjung Tanah Melayu hanya
bermula selepas kemasukan orang Cina dan India secara
besar-besaran, bermula apabila berlaku campur tangan
Inggeris di Tanah Melayu untuk memajukan sektor ekonomi
perlombongan bijih timah dan ladang getah mulai tahun
1848. Dalam tahun 1870-an penduduk Tanah Melayu hanya
berjumlah 500,000 orang. Jumlah itu meningkat secara
mendadak. Contohnya pada tahun 1921 berjumlah 3.3 juta
orang.
13

Ciri Masyarakat Plural Malaysia

(a) Ekonomi

Pemisahan etnik berlaku atas perbezaan bidang ekonomi


sekaligus menyebabkan berlakunya pemisahan dari segi
demografi. Etnik Cina di lombong bijih, etnik India di estet
getah dan etnik Melayu di pedalaman dan menyebabkan
interaksi dan sosialisasi antara tiga etnik utama ini adalah
terhad dalam jual beli sahaja di pasar dan kedai.

14

(b) Agama
Aspek agama merupakan ciri masyarakat plural Malaysia yang
terpenting.
Jadual 1.1 ini menerangkan perangkaan l957.

Agama

Etnik

Peratus

Islam

Melayu

53

Buddha

Cina/India

Confucious/Taoisme

Cina

11

Hinduism

India

Kristian

Cina/India dll

17.3

15

Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di


sepanjang tahun Hijriah seperti sambutan Awal Muharram,
Maulidur Rasul, Nuzul al-Quran, Idil Fitri dan Idil Adha.
Penganut Buddha mengutamakan perayaan hari Wesak.
Penganut Konfusius dan Toisme memuja roh dato nenek,
merayakan hari jadi dewa-dewa yang dipuja dan diraikan
pada setiap tahun. Penganut Hinduisme merayakan hari
Deepavali dan Thaipusam. Penganut Kristian merayakan hari
Krismas dan Easter.

16

(c) Pendidikan
Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957, pendidikan Melayu
bersifat tradisional yang berteraskan pengajian al-Quran
dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Pendidikan Cina juga bersifat tradisional iaitu
berasaskan pengetahuan klasik konfusius yang masih
berorientasikan tanah besar Cina. Pendidikan India
menggunakan bahasa Tamil sebagai pengantar di mana
kebanyakan buku teks diimport dari India yang memberi
pengetahuan mengenai kebudayaan, sejarah dan geografi
benua kecil India.

17

(d) Politik
Demi kepentingan politik dan ekonomi, penjajah
Inggeris menjalankan dasar divide and rule.
Pemisahan etnik Melayu, Cina dan India
disengajakan melalui faktor ekonomi dan demografi.
Sebab
itulah
hanya
etnik
Melayu
tetap
menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah
Melayu. Sedangkan etnik Cina pula kesetiaan
mereka berkiblatkan tanah besar China. Etnik India
pula berkiblatkan benua kecil India.

18

(e) Kebudayaan
Setiap etnik utama di negara ini mewarisi tamadun
dan kebudayaan besar dunia. Etnik Melayu dengan
warisan tamadun dan kebudayaan Melayu, etnik
Cina mewarisi tamadun dan kebudayaan antara
yang tertua di dunia dari tanah besar China dan
etnik India mewarisi tamadun dan warisan terkenal
dari benua kecil India.

19

MASYARAKAT PLURAL BARU


Masyarakat plural Malaysia berwajah baru
selepas tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963
dengan kemasukan Sabah dan Sarawak.
Etnik Sabah
Mereka
boleh
dibahagikan
mengikut
pembahagian pertempatan mereka seperti
berikut:

20

MASYARAKAT PLURAL BARU

(a) Persisiran
Penduduk peribumi di pesisiran pantai Sabah
terdiri daripada keturunan seperti berikut:
(i) Orang Brunei

ii) Orang Bajau

(iii) Orang Suluk

(iv) Orang Kadazan

21

(b) Pendalaman
Di kawasan pendalaman Sabah, penduduk utamanya ialah
Orang Murut. Pusat pertempatan mereka ialah Tenom,
Rundum dan Pesiangan. Tempat tinggal mereka ialah di
dalam rumah panjang. Sumber ekonomi mereka bergantung
kepada padi huma, memburu binatang dan mengutip hasil
hutan. Dari segi agama mereka percaya kepada Aki
Kopuno. Ia mempunyai kuasa penciptaan alam dan
penyelesaian semua masalah. Terdapat etnik-etnik kecil
yang lain mendiami Sabah seperti Orang Rungus, Orang
Tambanuo, Orang Sungai, Orang Maragang, Orang Bisaya,
Orang Idahan, Orang Tidong dan Orang Bamarau.
22

Etnik Peribumi Sarawak


Pada umumnya penduduk peribumi atau bumiputera
Sarawak terbahagi kepada dua golongan:
(a) Persisiran
Pesisiran pantai Sarawak didiami oleh peribumi daripada
etnik berikut:
(i) Orang Melayu

(ii) Melanau

23

Etnik Peribumi Sarawak


(b) Pedalaman
Di pedalaman Sarawak didiami oleh beberapa etnik peribumi
seperti di bawah ini:
(i) Orang Iban

(ii) Bidayuh

(iii) Orang Kayan

(iv) Orang Penan

(v) Etnik-etnik lain iaitu Kenyah dan Kelabit.

24

Вам также может понравиться