Вы находитесь на странице: 1из 2

1.

0 PERINGKAT PEMBELAJARAN
Satu ciri penting dalam pembelajaran kemahiran motor adalah semua pelajar akan melalui
beberapa peringkat pembelajaran dalam penguasaan sesuatu kemahiran . Beberapa model telah
dicadangkan

untuk mengenal pasti dan menjelaskan peringkat-peringkat pembelajaran ini.

Antara model yang popular mengenai peringkat pembelajaran adalah ini adalah:
1.1 Model Tiga Peringkat Fitts Dan Posner
Fitts dan Posner pada tahun 1967 telah mengemukakan model klasik tiga peringkat pembelajaran
motor.
Pertama: Ini adalah peringkat kognitif di mana pelajar akan memberi lebih tumpuan kepada
masalah masalah yang berorientasikan kepada kognitif. Contohnya pelajar akan cuba menjawab
soalan-soalan seperti: Apakah objektif saya? Di manakah kedudukan lengan saya semasa kaki
kanan saya berada di sini? Tambahan pula, pelajar itu perlu melibatkan aktiviti kognitif semasa
pelajar itu mendengar arahan-arahan dan menerima maklum balas dari gurunya. Perlakuan pada
peringkat ini adalah dikategorikan sebagai peringkat melakukan kesilapan. Kesilapan-kesilapan
peringkat ini biasanya merupakan kesilapan yang besar. Perlakuan dalam peringkat I ni juga
berubah-ubah yang menunjukkan kurangnya konsistensi dari satu percubaan ke percubaan
berikutnya. Walaupun pelajar mungkin sedar yang mereka melakukan sesuatu yang salah, akan
tetapi mereka tidak tahu bagaimana mereka perlu lakukan untuk memperbaiki kesilapannya.

Kedua: Ia merupakan peringkat hubung kait. Dalam peringkat ini, konsistensi sesuatu perlakuan
kemahiran motor akan meningkat. Aktiviti-aktiviti kognitif bertukar di peringkat ini kerana telah
mengetahui bagaimana menghubung kaitkan beberapa kue-kue persekitaran dengan pergerakan
yang diperlukan untuk mencapai matlamat kemahiran tersebut. Kesilapan pelajar akan semakin
berkurang di peringkat ini. Pelajar juga akan mengetahui hukum-hukum asas dan asas-asas
mekanik kemahiran tersebut walaupun kemahiran berkenaan masih perlu diperhalusi lagi. Oleh
sebab penambahbaikan kemahiran masih diperlukan di peringkat ini, Maka fits dan Posner
merujuk peringkat ini sebagai peringkat penyempurnaan ( refining stage),di mana pelajar akan
melakukan perlakuan yang berjaya dan lebih konsisten dari satu percubaan ke percubaan

berikutnya. Semasa proses penyempurnaan ini, kepelbagaian perlakuan semakin menurun.


Dalam peringkat hubung kait ini juga pelajar menguasai kebolehan untuk mengesan dan
mengenal pasti beberapa kesilapan-kesilapan perlakuannya.

Ketiga: Peringkat pembelajaran terakhir Fitts dan Posner ini dikenali sebagai

peringkat

autonomous. Untuk mencapai peringkat ini, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun. Pada
peringkat ini, perlakuan pelajar akan lebih semakin konsisten. Pergerakan pergerakan pelajar
akan kelihatan automatik ,stabil dam mudah lakuanya. Pergerakan pergerakan automatik ini
membolehkan pelajar menumpukan tumpuannya kepada faktor-faktor persekitaran yang lain
seperti kelajuan serta trajektori bola atau susunan barisan pemain pasukan lawannya. Kebolehan
membaiki kesilapan sendiri dan pengubahsuaian perlakuan mengikut situasi semasa juga berlaku
di peringkat ini. Fitts dan Posner berpendapat bukan semua pelajar yang mempelajari sesuatu
kemahiran akan mencapai peringkat autonomous ini. Kualiti arahan dan latihan adalah faktor
utama yang menentukan pencapaian ke peringkat autonomous ini.

Вам также может понравиться