Вы находитесь на странице: 1из 35

BAB 5

CABARAN TERHADAP
HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA DAN
GLOBAL

OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya
boleh:
1. Menyenaraikan cabaran-cabaran hubungan
etnik yang dihadapi oleh rakyat Malaysia
2. Menerangkan cabaran-cabaran hubungan
etnik yang perlu ditempuhi
3. Membezakan
cabaran-cabaran
yang
dihadapi oleh masyarakat majmuk
4. Menganalisis setiap cabaran secara telus
demi mencapai keharmonian kaum di Malaysia

5.1 PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara yang unik didiami
oleh pelbagai kaum dengan tradisi, kebudayaan
dan agama yang berbeza - masyarakat majmuk .
Hubungan etnik dan perpaduan tidak boleh
dipandang remeh untuk mewujudkan kestabilan
dan keamanan negara.
Dalam merealisasikan hubungan etnik beberapa
perkara perlu diberi tumpuan supaya tidak akan
berlaku salahfaham antara satu sama lain dalam
mempertahankan
hak
masing-masing,
umpamanya Islam sebagai agama rasmi, isu
ketuanan Melayu, isu dominasi ekonomi oleh
kaum Cina, kedudukan bahasa Melayu dan
kedudukan kaum minoriti yang lain.

5.2 KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA


Melihat
keadaan
masyarakat
Malaysia
secara
keseluruhannya dari sudut sebelum dan selepas
penjajahan serta
kedudukan masyarakat Malaysia
kini.
Menerima hakikat proses sejarah telah mengubah
Malaysia daripada didiami oleh satu bangsa sahaja
kepada sebuah negara yang didiami oleh pelbagai
bangsa.
Hubungan etnik dan cabarannya bukanlah perkara
kecil kerana boleh menyebabkan berlaku ketegangan
andai tidak diatasi dengan betul.
Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan
cabarannya, persoalan sejarah lampau ataupun latar
belakang sejarah yang membawa kepada pembinaan
masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami.

5.2.1 Masyarakat Sebelum Penjajahan


Sejarah awal Tanah Melayu memperlihatkan bahawa
bangsa Melayu adalah penduduk asal di Nusantara
sejak dahulu lagi.
Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kedah
Tua,
Srivijaya dan Majapahit adalah lambang
kemunculan Tamadun Melayu dan pusat perdagangan
yang terkenal di Nusantara.
Kegemerlapan
Kerajaan
Melayu
Melaka
memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu adalah
bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara.
Kewujudannya
sebagai
pusat
perdagangan,
kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca,
penggunaaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam
di alam Melayu adalah sebahagian daripada
kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka ketika itu.

5.2.2 Masyarakat Semasa Penjajahan


British mula berperanan dalam sejarah Tanah Melayu
pada 1875 terutama di kawasan bijih timah seperti
Perak, Selangor, dan Sg. Ujung.
Melalui dasar campur tangan, Inggeris mula menguasai
keseluruhan Tanah Melayu yang mewah dengan sumber
seperti bijih timah.
Kaum Cina mula dibawa masuk untuk bekerja di sektor
perlombongan.
Faktor lain - kesengsaraan ekonomi, pertambahan
penduduk yang tidak seimbang dengan kawasan
pertanian,
peluang
pekerjaan
yang
terhad
perkembangan perusahaan bijih timah mengkehendaki
lebih ramai pekerja dibawa masuk.
Kesimpulannya,
pihak
British
menggalakkan
penghijrahan orang-orang Cina ke Tanah Melayu bagi
tujuan pembangunan ekonomi mereka.

British membawa orang India sebagai tenaga


buruh bagi sektor perladangan seperti getah,
kelapa sawit dan sektor pembinaan seperti
pembinaan jalanraya dan keretapi.
Pertambahan orang India semakin meningkat
menjelang abad ke-20, sewaktu berlakunya
perluasan dan pertambahan kawasan tanaman
getah yang dibuka oleh orang-orang Eropah.
Tenaga buruh India lebih disukai kerana
upahnya
yang
rendah
dan
proses
pengambilannya yang mudah kerana terdapat
pusat pentadbiran British di India. Manakala
orang-orang India yang berpendidikan juga
dibawa masuk untuk berkhidmat dalam bidang
perkeranian.

Di Sarawak, British mula menjajah dengan


pengisytiharan James Brooke sebagai Raja
Sarawak - orang Cina dibawa masuk untuk
digunakan dalam disektor perlombongan,
penanaman lada, sagu, gambir dan juga getah.
Di Sabah pula orang Cina dibawa masuk bagi
memenuhi keperluan dalam sektor peladangan
seperti tembakau, getah, kayu balak dan
perlombongan.
Kesimpulannya, kesan daripada dasar British di
Tanah Melayu termasuk Sarawak dan Sabah
telah
menjadi
titik
permulaan
kepada
kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan
masyarakat majmuk yang hidup dalam satu
negara dengan kepelbagaian budaya, agama,
bahasa dan adat resam.

5.2.3 Masyarakat Majmuk di Malaysia


Kemasukan orang Cina dan India
seperti yang
dihuraikan telah melahirkan satu masyarakat majmuk di
Tanah Melayu.
Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti,
kebudayaan dan adat resam masing-masing.
Suasana kewujudan masyarakat majmuk boleh dilihat
dari sudut ekonomi, politik dan sosial.
Orang Melayu sebagai penduduk terawal Tanah Melayu
kebanyakkannya terlibat dalam bidang pertanian dan
tinggal di kawasan luar bandar.
Orang Cina pula dengan aktiviti ekonomi mereka
menetap di bandar-bandar dan penglibatan mereka
dalam perusahaan bijih timah telah melahirkan beberapa
buah bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Kelang.
Orang India selesa bekerja di estet-estet dan mereka
juga menetap di situ.

Dalam bidang pendidikan, setiap kaum di


peringkat awalnya mempunyai sekolah aliran
tersendiri dengan sukatan pelajaran yang masih
lagi
berdasarkan
kepada
sukatan
yang
diamalkan di negara asal mereka.
Tiada sukatan pelajaran yang sama untuk
semua kaum ketika itu.
Manakala dalam bidang politik, wujud pelbagai
parti politik untuk menjaga kepentingan kaum
masing-masing.
Malahan pada peringkat awal kemasukan orangorang Cina dan India, mereka lebih berkiblatkan
dan lebih menumpukan taat setia kepada
negara asal mereka.

Kesan daripada dasar British dalam bidang


ekonomi, sosial dan politik telah melahirkan
satu interaksi yang tidak sihat antara kaum.
Dasar British yang tidak membangunkan
sesuatu kawasan secara seimbang telah
mewujudkan jurang pemisah antara satu kaum
dengan kaum yang lain.
(i) Perbezaan dalam unsur kebudayaan seperti
bahasa, agama dan adat resam.
(ii) Timbulnya jarak sosial antara anggota
masyarakat
kerana
kurangnya
interaksi
disebabkan
tempat
tinggal
dan
bidang
pekerjaan yang berbeza.
(iii) Prasangka dan prejudis yang menebal.

(iv) Keengganan anggota masyarakat membuka


dunia sosialnya kepada masyarakat lain dan
cenderung untuk mengekalkan identiti masingmasing.
(v) Adanya penguasaan dalam bidang-bidang
tertentu seperti politik atau perniagaan yang
hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.
Kesimpulannya keadaan ketika ini memungkinkan
berlakunya keretakan kaum jika tidak diatasi
dengan betul akibat beberapa tindak tanduk
British yang hanya mementingkan keuntungan
material. Oleh kerana kepelbagaian yang wujud
maka perlu diwujudkan suatu bentuk jati diri
tersendiri supaya kefahaman dan kesepaduan
antara etnik dapat dihayati sepenuhnya.

5.3 PEMBINAAN JATI DIRI


Pembinaan
jati
diri
sepatutnya
mengambil kira semua elemen asas
yang telahpun wujud dan bertapak di
Malaysia
umpamanya
kedudukan
agama Islam, pluraliti masyarakat,
kekuatan ekonomi kaum Cina dan
kedudukan kaum-kaum minoriti yang
lain. Ini kerana perkara-perkara di atas
adalah merupakan polisi-polisi yang
telahpun wujud.

5.3.1 Islam Sebagai Agama Persekutuan


Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan Per 3 (1).
Keadaan
ini
memberi
implikasi
bahawa
kedudukan Islam sebagai agama rasmi mestilah
dihormati kerasmiannya.
Walaupun agama lain bebas dianuti dan
diamalkan tetapi kedudukannya tidak sama
dengan agama Islam.
Oleh kerana kerasmiannya maka keutamaan
diberikan
kepada
agama
Islam
dalam
perancangan-perancangan
yang
dibuat
umpamanya Penerapan Nilai-nilai Islam.

Namun apa yang lebih penting yang perlu dilihat


juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan
dalam beragama dan setiap manusia harus
seharusnya saling kenal mengenali antara satu
sama lain.
Al-Quran menegaskan:
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama
(Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar
daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa
yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang
kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Dan
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(2:256) .

Wahai manusia, Kami telah


menciptakan kamu daripada lelaki
dan perempuan, dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling
berkenalan. Sesungguhnya yang
termulia antara kamu ialah yang
paling bertakwa. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal (49:13)

5.3.2 Ketuanan Melayu


Ketuanan Melayu boleh dikaitkan dengan hak-hak
istimewa orang-orang Melayu seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
Per 153.
Namun begitu dalam negara demokrasi setiap
rakyat adalah sama di sisi undang-undang dengan
setiap rakyat berhak untuk mengundi dalam
pilihanraya.
Dalam pembinaan jatidiri harus mengambil kira
faktor ketuanan Melayu sebagai kaum yang
majoriti selain kaum Cina dan India dalam
membina perhubungan yang sejahtera dalam
negara Malaysia.

Kaum-kaum minoriti yang lain seperti


Kadazan, Dusun, Iban dan yang lain
juga tidak boleh dipinggirkan dalam
membentuk jatidiri rakyat Malaysia.
Semua kaum sebenarnya terlibat
dalam pembangunan negara sebagai
seorang rakyat yang merdeka.

5.3.3 Ekonomi
Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi
adalah jelas berbanding dengan kaum yang lain
dan
keadaan ini diakui oleh seluruh rakyat
Malaysia.
Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap
kaum saling memerlukan antara satu sama lain
dan mereka ini berperanan sebagai pengguna.
Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara sesuatu
kaum berkemungkinan boleh menyebabkan
berlakunya ketidakpuasan hati satu kaum yang
lain.
Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah
mengambil kira faktor ini supaya kemewahan
negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.

5.3.4 Kedudukan Bahasa Melayu


Bahasa merupakan satu medium yang
cukup penting dalam perhubungan antara
satu sama lain.
Keutuhan dan kesepaduan antara kaum
mampu dicorakkan oleh faktor bahasa.
Bahasa
Melayu
merupakan
bahasa
Kebangsaan seperti yang tertera di
bawah
Per
152
Perlembagaan
Persekutuan
yang
memperuntukan
bahawa bahasa Melayu ialah bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.

Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu


diajar, disemai dan dipupuk dikalangan
rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahasa
Melayu boleh menjadi alat yang amat
penting untuk memupuk perpaduan.
Walaupun
begitu,
kebebasan
juga
diberikan kepada rakyat berbilang kaum
untuk bertutur
dan belajar
bahasa
ibunda mereka.
Kesimpulannya, pembinaan jatidiri perlu
mengambil kira perkara-perkara di atas
supaya tidak timbul perbalahan dan
rasa tidak puashati antara etnik.

5.4

CABARAN HUBUNGAN ETNIK

Negara yang berbilang kaum akan


menghadapi pelbagai cabaran seperti
dalam bidang ekonomi, politik dan
sosial dan perlu ditanggani bersama.

5.4.1 Sosial
(a) Pemisahan penempatan

(b) Sistem pendidikan yang berasingan


Sistem pendidikan sebelum Laporan Razak
1956 memperlihatkan bahawa wujud
empat aliran pendidikan yang berlainan
iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris.
Kurikulum yang berlainan - sekolah Melayu
dengan kurikulumnya yang tersendiri,
sekolah Cina dan India mengunakan
kurikulum sepertimana di negara China
dan India. Malahan buku teks dan guru
juga dibawa masuk dari luar.
Tiada peluang untuk bergaul.

5.4.2 Politik
Kewujudan pelbagai persatuan politik yang
berasaskan
kumpulan
etnik
telah
memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak
wasangka.
Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan
kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.
Walaupun pemerintah sekarang bernaung di
bawah satu komponen yang sama, namun partiparti politik yang ada masih lagi berasaskan
perkauman.
Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik
mereka
maka
isu-isu
seperti
bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama dan lain-lain
akan digunakan sebagai senjata masing-masing.

5.4.3 Ekonomi
Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan
persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu.
Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih
maju iaitu perniagaan dan perdagangan, orang Melayu
dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan
orang India menjadi buruh di estet-estet.
Wujud jurang pendapatan antara setiap etnik dan akhirnya
setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi yang lebih dan
ini mewujudkan ketidakseimbangan dan persaingan yang
berlaku melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat.
Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula
masyarakat perlu dilakukan bertujuan untuk memperbaiki
keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat
pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan
penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang perlu
diberikan perhatian.

5.4.4 Cabaran Intraetnik dan Interetnik


Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala
boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain
apatah lagi kewujudan ahli-ahli yang tidak
memahami kaedah berpolitik yang tulen.
Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk
bersatu iaitu seperti terlalu extremism dalam
melaksanakan sesuatu; bersifat
chauvanism
atau taksub dengan hanya menganggap
kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain
tidak; dan fanaticism atau membabi buta dalam
melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan
pendapat orang lain bahkan menolak sekeraskerasnya pandangan orang lain.

Gejala-gejala ini pernah muncul dalam masyarakat


dunia, antaranya pembunuhan Indira Ghandi
(1984) dikaitkan dengan pelampau Sikh yang
menjadi pengawal peribadinya, pembunuhan
Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel dikaitakan
dengan kumpulan ultra-ortodoks Yahudi dan lainlain
lagi. Keadaan sebegini kalau berlaku di
Malaysia
boleh
membawa
konflik
dan
pertumpahan darah yang akibatnya boleh
menghancurkan negara.
Ketaksuban yang berlaku dalam bidang politik
bukan sahaja melibatkan hubungan antara kaum
malahan kewujudan pelbagai parti politik yang
mewakili kelompok kaum yang sama umpamanya
dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan
PAS
juga
menyebabkan
berlaku
ketidak
sefahaman antara sesama kaum.

5.4.5 Agama, Bahasa dan Kebudayaan


(Perbezaan Nilai dan Agama)
Dalam
masyarakat
majmuk
setiap
kumpulan etnik mempunyai agama,
kebudayaan dan bahasa yang berbeza.
Orang Melayu terus dengan sistem hidup
yang berteraskan kebudayaan dan tradisi
mereka manakala Cina dan India pula
membawa
bersama-sama
nilai
kebudayaan mereka yang dibawa dari
negara asal mereka.

Setiap kumpulan etnik mempertahankan


kebudayaan dan adat resam mereka dan
mereka juga tidak mengetahui adat
kebudayaan etnik
yang lain, masingmasing hanya mengutamakan etnik
mereka dan mungkin juga menganggap
kebudayaan mereka sahaja yang terbaik.
Kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa
dengan mengutamakan kelompok etnik
mereka akan memperkukuhkan lagi
perasaan
kumpulan
etnik
masingmasing.

5.5 CABARAN GLOBALISASI


Globalisasi selalu dikaitkan dengan dunia tanpa
sempadan di mana perhubungan menjadi
semakin pantas dan cepat dan segala
maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan.
Melalui globalisasi proses pembaratan corak
hidup berasaskan ekonomi, politik dan sosial di
ketengahkan.
Dahulu barat dikenali dengan gelaran penjajah,
kini melalui globalisasi mereka berjaya
menjajah
melalui
bentuk
yang
baru
menyelitkan
unsur-unsur
sosial
seperti
kehidupan bebas dan budaya hedonisme.

Kejayaan
mereka
ini
dibantu
oleh
masyarakat tempatan yang menganggap
segala yang datang dari barat adalah baik
dan moden.
Dominasi kuasa Barat ke atas dunia
seperti memiliki dan mengendalikan
sistem perbankan antarabangsa (IMF,
World Bank); mengawal mata wang utama
dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai
wang antarabangsa; mendominasi pasaran
modal dunia; mendominasi akses ruang
angkasa dan industri aeroangkasa dunia;
mengawal
laluan
maritim
dunia;
mendominasi industri senjata teknologi
tinggi dunia dan lain-lain dominasi lagi.

Untuk membentuk dan menjaga perpaduan


kaum beberapa faktor penting perlu diatasi
antaranya hak asasi, agihan kekayaan,
peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan
lain yang perlu dikendalikan atas semangat
perpaduan.
Setiap
hak
ini
perlu
dipertimbangkan supaya tidak ada kaum yang
merasakan mereka disisihkan, dianaktirikan,
tidak dipedulikan dan akibatnya tidak
mendapat keadilan yang sebenarnya.
Penduduk Malaysia juga harus menjadikan
setiap konflik yang berlaku di dunia luar
sebagai pengajaran bahawa pentingnya
perpaduan, perasaan faham memahami di
kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian
kaum dijaga dengan seeloknya.

Aspek-aspek yang boleh


mendatangkan
sensitiviti sesuatu kaum perlulah dielakkan,
malahan setiap aspek perhubungan kaum
seperti adil dan saksama, hak kekayaan dan
lain-lain
hak
perlulah
sentiasa
diberi
perhatian agar tidak ada pihak yang
tertinggal.
Kesimpulannya cabaran-cabaran di
atas
boleh menyebabkan berlaku ketegangan
kaum andai tidak diurus dengan baik.
Cabaran ini perlu difahami dan ditangani
kerana
kegagalannya
akan
membawa
perselisihan dan prasangka yang memang
telah sedia wujud di hati setiap kaum.

Akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat tetapi


menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan
rakyat Malaysia, antara tanggapan-tanggapan tersebut
ialah

(i) kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan melebihi


kaum lain.
(ii) kuasa politik ditangan kaum Melayu.
(iii) orang Melayu miskin kerana malas.
(iv) Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu sahaja.
(v) kuasa ekonomi ditangan kaum Cina.
(vi)
kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam
perniagaan.
(vii) orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayu
(viii) setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini adalah
disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina.
(ix)
orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak
mempunyai taat setia kepada negara ini.

5.6 KESIMPULAN
Isu hubungan etnik memerlukan sikap saling
bertolak ansur di kalangan semua kaum.
Kedegilan dan kataksuban sebelah pihak boleh
mengundang sengketa yang berpanjangan di mana
susah untuk diubati.
Pelbagai cabaran akan timbul yang mungkin
disebabkan oleh sedikit salah faham antara satu
sama lain.
Oleh
itu
usaha-usaha
untuk
memahamkan
masyarakat perlulah dilaksanakan dan proses
integrasi antara satu sama lain perlu diperluaskan
lagi.
Masyarakat harus melihat akibat dari konflik yang
berlaku di
luar negara sebagai iktibar supaya
sejarah hitam yang pernah berlaku seperti peristiwa
13 Mei tidak akan berulang lagi.

Вам также может понравиться