Вы находитесь на странице: 1из 10

TEKS PENGACARA

MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 13


SMK SERI INTAN 27 JUN 2013
ATURCARA

Pengumuma
n ketibaan
Ucapan alualuan

TEKS PENGACARA
Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
Diminta semua kontinjen bersedia di tempat
yang ditetapkan.
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En. Razali bin
Mohd Nor Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Intan
Bismillahirrahamanirrahim,
Assalamualaikum wwb
Salam hormat
Salam ukhwah dan
Salam satu Malaysia.
Yang Berusaha, Tuan Haji Razali bin Mohd Nor, Yang Di
Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan,
Kluang,
Yang Berusaha , Tuan Haji Mohamad bin Yusof , Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Kluang,
Yang Dihormati, Tn. Hj. Ismail bin Abdullah, Penolong
Kanan Kurikulum,
En. Jaffry b Abdul Aziz, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Hjh Zalila bt
Kokurikulum,

Mohd Tahir, Penolong

Kanan

En. Ismail b Jaafar, Penolong Kanan Petang,


En Zakaria b Hashim, Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru kanan-guru kanan mata pelajaran,


Para ibu bapa, guru-guru seterusnya para pelajar yang
dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur
ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah karunianya maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan
kecergasan fizikal dan mental, didorong dan digerakkan
minda dan deria rasa, untuk sama-sama memeriahkan
Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Intan kali ke 13.
Pihak majlis serta seluruh warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Intan merasa berbesar hati mengucapkan
selamat datang serta mengalu-alukan kedatangan Yang Di
Pertua PIBG serta semua tetamu jemputan yang hadir.
Semoga Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini
berjaya merealisasikan slogan Badan Sihat, Otak Cergas.
Lintas
hormat

Hadirin hadirat yang dimuliakan,


Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Intan kali ke 13 pada pagi ini dimulakan
dengan perbarisan masuk kontijen rumah sukan dan pasukan
badan beruniform.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha En Radzali b Mohd Nor, Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan dengan diiringi
oleh Tn Hj Mohamed b Yusof, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Intan untuk menerima tabik hormat.

Perbarisan
Rumah
Sukan

Memulakan perarakan perbarisan pada pagi ini


kelihatan dengan membawa bendera kejohanan
oleh Pasukan Bulan Sabit Merah.

Mengetuai kontinjen perbarisan ialah saudara Mohd


Nizam b Abd Rahim.

1. Rumah
kuning

Perbarisan masuk kontigen rumah sukan


dimulakan dengan Rumah Wira, kuning diraja
bersemangat waja.
Kuning cemerlang gemilang terbilang,
Warna diraja penaung negeri,
Semangat kental terus berjuang,
Takkan mengalah menyerah diri.

2. Rumah
hijau

3. Rumah

Kelihatan lintas hormat rumah wira melambai


penuh harapan untuk menggapai impian
menjadi pemenang sekali lagi pada tahun ini.
Diketuai oleh saudara Mohd Aidil b Jamaludin.
------------------------------------------------------------------------Kontigen berikutnya, rumah Perdana.
Hijau segar sentiasa mekar. Diketuai oleh
saudara Mohd Fikri b Omar dengan moto Hijau
beat the best, Hijau is the best.
Tahun lalu menduduki tangga keempat. Tahun ini
dengan bimbingan En Zulhasrizam b Abd Manaf
kita percaya rumah Perdana mampu membuat
kejutan.

Biru

----------------------------------------------------------------------Biru kuat, Biru Hebat, slogan rumah Biru atau


rumah Waja. Biru berombak pantang berganjak
diketuai oleh saudara Steven Raj a/l Velauthan,
perarakan perbarisan rumah biru menyusun
langkah kuat dan hebat penuh bersemangat.
Perarakan lintas hormat rumah Waja biru sedia
bersatu, kesulitan bukan halangan, kejayaan
adalah kepastian.
-------------------------------------------------------------------------

4. Rumah
merah

Kontigen seterusnya, rumah merah membara


pasti juara dengan diketuai oleh saudara Mohd
Hafizul Syafiq b Roslan dengan warna merah
lambang keberanian dan tak gentar sebarang
halangan.
5.
Pendidikan
khas

Rumah merah atau rumah putera membawa


slogan Merah Berani Semangat Pahlawan, Pasti
Boleh.
Kelihatan lintas hormat kontigen rumah merah
memancar
semangat
membara
berjuang
bermati-matian mencapai kemenangan yang
diimpikan.

Diikuti kontigen Pendidikan Khas yang turut


sama memeriahkan Kejohanan Balapan dan
Padang pada pagi ini. Diketuai oleh saudara
Mohd Hanif b Husin.
Dengan moto Hearts to God, Hands to Care,
mereka pernah mewakili peringkat negeri dalam
acara lontar peluru dan 100m.
Perbarisan
badan
Beruniform

Seterusnya, lintas hormat Pasukan Badan Beruniform


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.
1.
Perbarisan lintas hormat didahului oleh
pasukan Pengakap yang diketuai oleh saudara Amirul Fikri b
Amran dengan motto Selalu Sedia.
2.

Seterusnya, Pasukan Kadet Polis Putera.

Antara objektif penubuhannya ialah mendisiplinkan para


remaja serta membina sahsiah pelajar selaras dengan
Falsafah Pendidikan negara.
Diketuai oleh saudara Mohd Afifi b Wahid
3.
Diteruskan dengan Pasukan Kadet Polis Puteri.
Dengan moto mesra, cepat dan betul.
Antara misi Kadet Polis ialah;

melaksanakan segala hak kuasa berlandaskan


undang-undang dengan penuh tanggungjawab, telus,
adil dan saksama.
Kadet Polis Puteri diketuai oleh Saudari Siti Nor
Fatin bt Mohd Sorin.
4.
Pasukan Kadet Remaja Sekolah Putra.
Dengan cogan kata Ilmu, Iman dan Amal.
Berlogokan
warna
hijau
yang
melambangkan remaja yang masih boleh

atiek

dibentuk, laluan hidup yang jelas dan alam


sekitar.
Sama gerak sama sekata,
Inilah dia KRS hebat di mata.
Diketuai oleh saudara Mohd Fauzan Hazwan b
Ismail.
Pasukan ini telah menduduki tempat keempat
dalam pertandingan kawad kaki daerah kluang
dibawah bimbingan En Aminudin b Othman.
5.

Pertubuhan Puteri Islam Malaysia

Putih merah jambu jadi pilihan


Lemah gemalai langkah disusun
Puteri Islam puteri rupawan
Tengok , comel tak?
Pertubuhan Puteri Islam Malaysia diketuai oleh
saudari Nur Amira Izzati bt Nor Azman.
6.
Diteruskan dengan Persatuan Bulan Sabit
Merah penabur bakti.
Matlamatnya memberi peluang kepada
pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.
PBSM diketuai oleh saudara Tan Wei Kang
7.

Diikuti Pasukan Pandu Puteri

Persatuan
Pandu
Puteri
Malaysia
ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917
dengan komitmen melahirkan golongan remaja
wanita untuk menjadi pemimpin berwibawa hari
esok.
Diketuai oleh saudari Foo Shu Yi

8.
Pasukan terakhir ialah Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Puteri.
Matlamat penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar
cemerlang yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia,
bagi mengisi wawasan 2020.
Remaja wawasan Kadet Remaja Sekolah Puteri dibawah
pimpinan saudari Nuri syafarahin bt Zulkifli
Demikianlah tadi berakhirnya acara perarakan
perbarisan 13 buah kontigen penuh hebat dan
gemilang.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Yang berusaha En Razali bin Mohd Nor, Yang Dipertua
PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan kerana sudi
menerima lintas hormat Kontijen kejohanan dan
pasukan beruniform
Bacaan doa

Bagi memberkati lagi Kejohanan Balapan dan Padang


kali ke-13 dijemput En. Aminudin bin Othman untuk
memimpin bacaan doa, Dipersilakan.
*doa*
Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Aminudin b
Othman.

Ucapan alualuan

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakanYang


berusaha Tuan Hj. Mohamad Bin Yusof Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Intan, selaku pengerusi
Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

Ucapan
Perasmian

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Hj.Mohamad b Yusof atas ucapan itu tadi.
Meneruskan acara pada pagi yang indah ini, majlis kini syahira
h
mempersilakan Yang Berusaha En. Razali b Mohd Nor Yang
DiPertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13 Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Intan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada


Yang berusaha En. Razali B Mohd Nor atas ucapan dan
kesudian merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang
kali ke-13 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.
Dengan ini dijemput En Radzali b Mohd Nor dengan diiringi
oleh Tuan Hj Mohamed b Yusof untuk upacara pemeriksaan
barisan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*pemeriksaan selesai*
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian En
Radzali b Mohd Nor memeriksa perbarisan kontingen.
Bacaan ikrar
kejohanan

Upacara seterusnya ialah Lafaz Ikrar Kejohanan. Bacaan


ikrar kejohanan ini diketuai oleh Mohd Shahfizi b Rejab
diiringi oleh empat orang ketua rumah sukan masing-masing.
Dengan sukacitanya dipersilakan.
*lafaz ikrar*
Demikian tadi lafaz ikrar Kejohanan Balapan dan
Padang kali ke-13 di bawah pimpinan Saudara
Mohd Shahfizi b Rejab selaku ketua pemimpin
pelajar.

Penyampaian Akar keladi melilit kasih


cenderamata Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Bagi meneruskan majlis, dijemput Yang Berusaha Tuan
Hj. Mohamad B. Yusof untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berusaha En. Razali B Mohd Nor, Yang
DiPertua PIBG Sebagai tanda kenangan atas kesudian
bertandang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.
Dipersilakan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Perbarisan Dengan itu sempurnalah sudah Majlis Perasmian


keluar
Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah
kontigen
Menengah Kebangsaan Seri Intan bagi tahun
2013.
Perbarisan keluar kontijen rumah sukan dan
pasukan beruniform.
Jamuan

Pengumu
man
bermula
acara

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang


Berusaha Tn Hj Mohamad b Yusof untuk
mempersilakan Yang Berusaha En Razali b Mohd
Nor, para jemputan dan guru-guru penolong
kanan untuk menikmati jamuan ringan.
Dipersilakan.
Hadirin sekalian,
Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 13 akan
berlangsung sebentar sahaja lagi.

syahira
h

Dengan ini majlis mempersilakan semua


pegawai kejohanan mengambil tempat masingmasing.
Dipersilakan.

Вам также может понравиться