Вы находитесь на странице: 1из 3

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL

Kertas 1225/1 : Ujian Bertulis


Bahagian A ( Soalan Struktur )
Bahagian B ( Soalan Esei )
BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR)
8 soalan struktur
: 80 markah = 8 x 10 markah ( wajib jawab semua )
Pengagihan masa: 80 minit = 8 soalan x 10 minit ( setiap soalan )
BENTUK SOALAN
Soalan Tanya Nilai
Soalan Tanya Maksud Nilai
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Lanjutan
Soalan Tanya Fakta
Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan
Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
Soalan Tanya Nilai
Hanya tulis nilai sahaja
Ejaan tidak boleh salah sehingga makna berubah
Kata sendi / kata hubung / imbuhan dan sebagainya tidak boleh salah tulis
Susunan perkataan tidak boleh diterbalikkan
Singkatan tidak boleh digunakan
Contoh soalan
Apakah nilai . . . ( 1 markah] )
Nyatakan dua nilai . . . ( 2 markah )
Contoh jawapan:
Rasional
Harga Diri
Soalan Tanya Maksud Nilai
Hanya tulis definisi nilai sahaja
Watak tidak perlu tulis
Isu / situasi soalan tidak perlu dikaitkan
Kesilapan kata hubung / kata sendi / huruf besar / susunan perkataan / imbuhan pada definisi
tidak menjejaskan
Contoh soalan
Jelaskan maksud nilai . . . ( 2 markah /3 markah /? markah)
Berikan definisi bagi nilai . . . ( 2 markah /3 markah /? markah)
Contoh jawapan
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Lanjutan
Ditulis berdasarkan ayat nilai dan diikuti dengan huraian lanjutan
Ayat Nilai ( Watak + Nilai ) + Huraian Lanjutan
Huraian lanjutan ditulis menggunakan formula soalan
Bagaimana? - Contohnya . . .
Mengapa? - Hal ini demikian . . .
Contoh soalan
Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh remaja agar menjauhi gejala vendalisme
( 4 markah )

Pilihan Nilai
I. Rasional
II. Harga diri
Bagaimana? - Contohnya . . .
Gunakan soalan 'bagaimana?' pada nilai yang digunakan
Bagaimana remaja harus mengamalkan nilai rasional agar menjauhi gejala
vendalisme?
Kaitkan isu dengan jawapan
Contohnya remaja harus menjaga nama baik diri dan keluarga agar menjauhi gejala
vendalisme
Contoh Jawapan
Remaja harus mengamalkan nilai rasional(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga
nama baik diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam gejala vendalisme. (Huraian
lanjutan Bagaimana?)
Mengapa? - Hal ini demikian . . .
Gunakan soalan 'mengapa?' pada nilai yang digunakan
Mengapa remaja harus mengamalkan nilai harga diri agar menjauhi gejala
vendalisme?
Kaitkan isu dengan jawapan
Hal ini demikian kerana perbuatan vendalisme merupakan perbuatan yang tidak
bermoral yang menjatuhkan maruah remaja
Contoh Jawapan
Remaja harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Hal ini demikian kerana perbuatan
vendalisme merupakan perbuatan yang tidak bermoral yang menjatuhkan maruah remaja
(Huraian lanjutan Mengapa?)
Soalan Tanya Fakta
Ditulis berdasarkan ayat fakta
Nilai tidak diterima sebagai jawapan
Bertujuan menguji kandungan akademik Tingkatan 4 & Tingkatan 5 dan menilai Kemahiran
Berfikir Kritis & Kreatif ( KBKK )
Contoh soalan
Jelaskan dua cara . . . . . . . . . .
( 2 markah )
Nyatakan dua pengajaran . . . ( 2 markah )
Terangkan tiga kepentingan . . ( 3 markah )
Berikan tiga usaha . . . . . . . . . . .( 3 markah )
Jelaskan empat langkah bagi mengelakkan berlakunya kepupusan hutan
(4
markah )
Contoh Jawapan
I. Mengadakan tanaman semula hutan
II. Tidak mencemarkan alam sekitar
III. Mematuhi undang-undang yang ditetapkan
IV. Tidak melakukan penerokaan hutan secara berleluasa
Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan
Tulis berdasarkan ayat fakta dan diikuti dengan contoh / huraian lanjutan
Fakta + Huraian Lanjutan
Huraian lanjutan ditulis menggunakan formula soalan
Bagaimana? - Contohnya . . .
Mengapa? - Hal ini demikian . . .
Contoh soalan

Huraikan dua kepentingan . . . ( 4 markah )


Terangkan tiga kesan . . . ( 6 markah )
Jelaskan dua cara ( 4 markah )
Terangkan 3 kesan daripada tindakan manusia yang merosakkan alam sekitar?
(6
markah )
Contoh Jawapan
I. Kesihatan manusia akan terjejas.
( 'Bagaimana' kesihatan terjejas ) Contohnya asap dan habuk boleh menyebabkan
penyakit barah paru-paru, penyakit asma dan penyakit kulit yang boleh membawa
kematian.
II. Merosakkan ekosistem dan menjejaskan kehidupan flora dan fauna.
('Bagaimana' merosakkan ekosistem ) Contohnya habitat flora dan fauna akan musnah
akibat penerokaan hutan secara berleluasa.
III. Kejadian bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh.
( 'Bagaimana' berlakunya bencana alam ) Contohnya sistem saliran dan hutan sebagai
kawasan tadahan hujan tidak berfungsi.
Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
Tulis berdasarkan ayat fakta / Fakta + Huraian Lanjutan / Respon
Soalan menyatakan bilangan jawapan / tiada bilangan jawapan
Jawab berdasarkan peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan

Вам также может понравиться