Вы находитесь на странице: 1из 2

Berdasarkan tugasan yang diberi iaitu menganalisis satu artikel tentang isu-isu

pengajaran salah satu tajuk nombor, pecahan, perpuluhan, peratusan dan wang.
Saya telah memilih satu artikel tentang masalah nombor iaitu tentang
penggunaan teknik CRA ( Concrete-Representation-Abstract ) dalam membantu
murid tahun lima menguasai pembahagian fakta asas.
Isu utama dalam pengajaran tajuk nombor di kalangan guru-guru matematik ialah
akan kelemahan murid-murid dalam menguasai tajuk bahagi. Daripada artikel di
atas jelas masalah ini pun berlaku kepada pengkaji ini. Murid sangat lemah
menguasai pembahagian fakta asas.
Rata-rata di kebanyakan sekolah, tajuk bahagi merupakan kemahiran yang tidak
disukai pelajar serta menjadi seperti topik killer semasa dalam peperiksaan.
Murid tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan bahagi. Muri tidak
faham dan kebanyakan meninggalkan untuk menjawab topic bahagi dalam
peperiksaan.
Senario ini juga berkitar di kalangan guru-guru matematik. Betapa sukarnya
untuk mengajar murid menguasai bahagi. Murid akhirnya hilang minat, kurang
tumpuan, merasakan subjek matematik sangat sukar, tidak seronok dengan
subjek matematik.
Di dalam matematik, menguasai topic bahagi adalah sangat penting kerana ianya
berhubung-kait dengan topic yang lain. Kelemahan menguasai bahagi akan
membuatkan mereka tidak faham juga topik-topik berikutnya. Akibatnya
kefahaman untuk topic-topik yang lain juga menurun, yang akhirnya menjadikan
mereka hilang minat, motivasi, rasa rendah diri dan tidak suka dengan pelajaran
matematik.
Berdasarkan artikel yang saya kaji, jelas permasalahan menguasai pembahagian
asas fakta asas boleh di atasi. Ada teknik dan pendekatan yang mendorong
menangani permasalahan ini.
Kebanyakan murid setelah dididik guru, sering menyelesaikan soalan matematik
berasaskan hanya dua matlamat iaitu cepat dan tepat. Ada kebenaran pandangan
pengkaji ini. Murid hanya menyelesaikan soalan dan lupa konsep yang
terselindung di sebalik pengenalan sesuatu rumus dan teorem.
Di kalangan guru-guru matematik pula, hanya menitik beratkan pendekatan
Behaviorisme yang dianggp lebih pratikal kerana apabila kita mengulang sesuatu,
seseorang murid dapat belajar secara hafalan. Latih tubi sangat penting dalam
pendekatan Behaviorisme. Inilah yang diamalkan oleh guru sekarang.

Namun adakah pendekatan Behaviorisme ini berjaya sepenuhnya? Pengkaji


dalam artikel ini membuktikan bahawa selain pendekatan Behaviorisme.
Pendekatan Konstruktivisme adalah sangat penting juga. Memahami matematik
terutama topic bahagi secara konsep dan konkrit adalah sangat penting.
Pengkaji telah menggunakan teknik CRA ( Concrete-Representation-Abstract ) .
Teknik CRA ini mengaplikasikan pendekatan Konstruktivisme. Bukan mudah
setiap pengetahuan dapat dipindah daripada guru ke murid. Murid-murid
sendirilah yang menjadikan pembelajaran itu bermakna untuk mereka. Melalui
teknik permainan bahan konkrit, murid (responden) boleh memahami konsep
bahagi iaitu perkongsian secara adil.
Pembelajaran bahagi yang dimulai dengan aktiviti konkrit, diikuti dengan
perwakilan data dan akhirnya peringkat abstract. Melalui pendekatan ini, guru
mementingkan murid betul-betul faham pada peringkat konkrit sebelum
meneruskan ke peringkat pengajaran yang lain, seperti perwakilan data dan
seterusnya peringkat abstrack.
Penggunaan teknik CRA ( konkrit perwakilan abtrack ) yang memperlihatkan
Teori Kecergasan Pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap
murid yang mempunyai kecergasan pelbagai telah digarab melalui teknik ini.
Teknik CRA juga menggalakkan pembelajaran masteri.
Kesimpulannya, penguasaan murid yang terbatas dan lemah dalam pembelajaran
pembahagian fakta asas. Boleh diatasi dengan teknik pembelajaran yang
menggalakkan dan mementingkan pendekatan Konstruktivisme seperti
penekanan di peringkat konkrit untuk menjelaskan konsep bahagi. Seterusnya
setelah menguasai peringkat konkrit ini, barulah ke peringkat seterusnya iaitu
perwakilan data dan seterusnya keperingkat abstrack.
Gabungan pendekatan Konstruktivisme yang didalamnya terkandung kekuatan
Teori Kecergasan Pelbagai, pembelajaran masteri, menguasai peringkat ilmu
konkrit , kemudian ke peringkat perwakilan seterusnya ke peringkat abstrak.
Dengan garaban semua pendekatan ini, ada sinar kepada guru seterusnya murid
untuk menangani masalah penguasaan pembahagian fakta asas.

Вам также может понравиться