Вы находитесь на странице: 1из 4

KONSEP ASAS PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah. Ibu bapa adalah
orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke prasekolah. Oleh itu adalah wajar
jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk sama-sama mendidik anak-anak di
prasekolah. Penglibatan ibubapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anakanak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah
tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah. Guru pula akan dapat mengembangkan peranan
professional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa
sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu
pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru. Pendek kata,
ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak
mereka. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh
diwujudkan melalui konsep keibubapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini
bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri-ciri tingkah
laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat
dan negara. Kajian oleh Rutter et al. (1970) melihat peningkatan hubungan di antara faktor-faktor
yang berkaitan dengan keluarga terhadap pencapaian literasi kanak-kanak. Ini menunjukkan
penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam menentukan pencapaian kanak-kanak di
sekolah. Ibu bapa merupakan sebaik-baik contoh kepada anak-anak. Mereka perlu sentiasa
menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak
dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi
yang sihat, dinamik, produktif serta mempunyai nilai-nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara
memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Ibu bapa mestilah mempunyai
pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak, strategi pendidikan dan strategi
pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak
mereka sepertimana yang dicita-citakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan
tingkah laku seseorang kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor
persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana
di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosio-ekonomi,
budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya, peralatan di
rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan,
taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar, pengamatan terhadap diri
sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ), dan ciri-ciri serta bakat semula jadinya
yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya. Setiap komponen yang memain
peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu perlu
difahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri-ciri kekuatan yang ada pada
anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada
seseorang kanak-kanak itu boleh diatasi atau sekurang-kurangnya diperbaiki dengan
menggunakan strategi-strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk
dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan
potensinya. Setiap pengalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan menambahkan
lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih kekuatan untuk
berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang bakal menguji daya inteleknya. Keupayaan
intelek (intellectual capacity) seseorang itu adalah kurniaan Tuhan yang tiada siapa boleh
memahami. Kebiasaannya, kita hanya boleh menilai kebolehan atau prestasi seseorang itu pada
sesuatu
ketika
sahaja

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Bagi saya sambutan hari ibu adalah hari bagi memperingatkan saya tentang peranan saya sebagai
ibu kepada tiga orang anak. Dua anak saya sudah remaja. Cabaran menjadi ibu hari ini berbeza
sekali berbanding zaman ibu saya dahulu. Ilmu dan kemahiran keibubapaan perlu
dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi membantu melaksanakan amanah mendidik anak-anak
kini.
Anak-anak kecil kini melalui zaman kanak-kanak yang berbeza. Kalau dulu anak lazimnya
dijaga di rumah oleh ibu bapa sehingga usia anak bersedia ke tadika. Peredaran masa yang
menyaksikan lebih ramai wanita keluar bekerja bagaimanapun mengubah bagaimana anak kita di
asuh dan di didik. Ramai anak kini dihantar ke taska atau taska rumah sepeninggalan ibu mereka
keluar bekerja.
Maka tugas mengasuh dan mendidik anak kini perlu dikongsi dengan pengasuh taska atau
pengasuh taska rumah. Pengasuh adalah ibu ganti kepada anak-anak dalam sebahagian besar
hidup mereka iaitu lebih kurang 10 hingga 12 jam sehari bagi ibu-ibu yang bekerja sepenuh
masa. Sewajarnya jasa dan peranan pengasuh juga perlu lebih diiktiraf dan di beri perhatian
seiring dengan jasa dan peranan ibu bapa.
Ibu bapa adalah pendidik utama dan rumah adalah madrasah pertama bagi anak-anak. Taska
adalah sistem sokongan kepada institusi kekeluargaan. Oleh itu ibu bapa
berperanan menghubungkan rumah dan taska untuk kepentingan anak mereka. Ibu bapa harus
mengambil inisiatif melibatkan diri di Taska. Konsep penglibatan ibu bapa harus lebih dihayati.
Ia bukan hanya sekadar menghadiri program tahunan seperti gotong royong atau sambutan hari
perayaan. Ia juga termasuk perkongsian maklumat dan masalah, perkongsian ilmu keibubapaan
serta perbincangan secara berterusan berkaitan perkembangan kanak-kanak.
Mengapa penglibatan ibu bapa sangat penting: Ibu bapa sayang kepada anak mereka dan mengenali personaliti serta identiti anak mereka.
Mereka juga sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Manakala pengasuh juga sayang
kepada anak jagaan dan dilatih kemahiran berkaitan perkembangan kanak-kanak. Pengasuh
senantiasa memastikan kesejahteraan dan cuba memupuk potensi anak. Jadi kanak-kanak akan
merasa selamat dengan adanya perhubungan yang baik antara ibu bapa dan pengasuh. Ia juga
memastikan kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang terbaik .
Perkongsian, perhubungan, interaksi, kerjasama dan sokongan ibu bapa dan pengasuh dapat
meningkatkan perkembangan kanak-kanak
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.
( Rohani Abdullah, 2007)

Ibu bapa boleh berbincang dengan pengasuh berkaitan perkembangan, tingkah laku dan apa
sahaja masalah yang dihadapi. Perbincangan dan perkongsian begini dapat menyelesaikan
banyak masalah dan meningkatkan kemahiran keibubapaan. Ia juga menolong pengasuh
memahami serta menghormati pandangan, budaya dan latar belakang keluarga.
Penglibatan diri ibu bapa dapat meningkatkan lagi program dan aktiviti di taska dan seterusnya
membantu meningkatkan kualiti taska.
Sesetengah pengasuh merasa kecewa apabila ibu bapa tidak menyokong penglibatan ibu
bapa di taska.. Ibu bapa perlu berusaha dan memberi komitmen yang lebih kepada usahausaha penglibatan ibu bapa di taska anak mereka. Dengan itu pengasuh akan lebih yakin,
bersemangat dan seronok untuk meneruskan usaha serta merasakan diri mereka dihargai
sebagai orang yang penting dalam hidup anak mereka.
Penglibatan ibu bapa yang sihat akan meningkatkan kualiti sistem kekeluargaan,
sistem komuniti setempat dan seterusnya memberi impak yang besar
kepada kesejahteraan negara.
Sempena Hari Ibu ini, Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) sebagai sebuah badan bukan
kerajaan (NGO) yang aktif menggembleng tenaga berusaha meningkatkan penglibatan ibu bapa
bagi memastikan peningkatan kualiti pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak di semua taska di
Negeri Pahang.

Antaranya PPNP memperkenalkan penggunaan Log Harian di Taska. Log harian ini bertujuan
mencatat secara ringkas dan tepat apa yang berlaku sepanjang hari termasuk:-

KESELAMATAN DAN KESIHATAN


Masa ketibaan siapa yang menghantar, barang yang di bawa dan tahap kesihatan anak
hari itu. ( maklumat ini akan diisi oleh ibu bapa setiap hari)

pada

MEREKOD KEADAAN FIZIKAL


Catatan kesihatan anak dan pemeriksaan fizikal. ( diisi oleh ibu bapa dan pengasuh)
MEREKOD AKTIVITI HARIAN
MEREKOD TINGKAHLAKU
MEREKOD RUTIN DARI ASPEK KUANTITI &KEKERAPAN
Pengasuh akan mencatat perkara-perkara ini untuk rujukan dan tindakan seterusnya oleh ibu
bapa di rumah.
Penggunaan log harian ini akan menjadi asas komunikasi harian dan perkongsian maklumat
antara ibu bapa dan pengasuh demi kesejahteraan kanak-kanak. Ini dapat melancarkan
perkhidmatan taska dan mengurangkan salah faham antara ibu bapa dan pengasuh.
Usaha menulis log harian ini memerlukan sedikit komitmen daripada ibu bapa dan pengasuh.
Apa pun usaha ini membantu menjamin keselamatan, kesihatan serta memperkukuhkan
kesinambungan pembelajaran yang di amalkan di taska dan amalan di rumah.
PPNP berharap sebarang masalah atau kesulitan yang mungkin timbul dalam proses
melaksanakan penggunaan log harian ini secara efektif di semua taska dapat ditangani secara
bijak professional.
Perbincangan yang sihat antara ibu bapa dan pengasuh akan dapat menyelesaikan masalah malah
akan dapat mempertingkatkan kualiti pengasuhan. PPNP juga sangat mengalu-alukan sebarang
cadangan dan penambahbaikan log harian ini dari masa ke semasa.
Akhir kata saya bagi pihak PPNP senantiasa berdoa agar kita sentiasa bersatu dan berdoa agar
segala usaha murni kita dimudahNya demi kesejahteraan generasi pewaris.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Sekian. Wallahualam.
Rosnah Ahmad (http://rentis.blogspot.com)
Penasihat Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (http://pengasuhpahang.blogspot.com)
10 Mei 2013

Вам также может понравиться