Вы находитесь на странице: 1из 24

`

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

TUGASAN
JANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUS

EFF 312

NAMA KURSUS

FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

AZMAN BIN

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU KUDAT

ISI KANDUNGAN
Perkara

Muka Surat

PENGENALAN

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

1. Transkripsi Fonetik bagi Lirik Lagu Bunyi gitar

dan Getaran jiwa oleh P. Ramlee


2. Esei : Penggunaan Bahasa Baku Kurang

Diberi Perhatian Di Sekolah Rendah


3. Ringkasan artikel : Inventori Vokal Dialek

16

Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula


(Oleh Adi Yusran Abdul Aziz)

RUMUSAN

22

RUJUKAN

23

PENGENALAN
Saya ingin memanjatkan setingg-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas
hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat
disiapkan dengan jayanya.
Objektif tugasan ini ialah membuat justifikasi sumbangan fonetik dan fonologi
terhadap perkembangan bahasa Melayu; mengenal pasti permasalahan dan perbezaan yang
wujud dalam pendekatan fonetik dan fonologi bahasa Melayu; mengaplikasikan pengetahuan
1

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

fonetik dan ejaan dalam sistem sebutan dan intonasi; menulis semula sistem bunyi bahasa
Melayu berdasarkan rumus fonologi generatif; dan juga menunjukkan rasa prihatin terhadap
kepentingan sistem bahasa baku.
Tugasan ini mengandungi tiga bahagian jawapan kepada setiap soalan tugasan .
Pertama : Penulisan lagu Bunyi gitar dan Getaran jiwa (oleh P. Ramlee) dalam bentuk
Transkripsi Fonetik; kedua : Penulisan esei bertajuk Penggunaan Bahasa Baku
Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah; dan yang ketiga : Ringkasan artikel
bertajuk Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula oleh Adi
Yusran Abdul Aziz.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas nasihat, dorongan dan tunjuk
ajar kalian. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
telah menjalankan sesi kolaborasi bersama saya untuk berkongsi idea atau sebarang pendapat.
Kerjasama dan keperihatinan pihak pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan amat saya
hargai.
Saya yakin bahawa tugasan ini mampu menjelaskan kepada kita berkaitan cabangcabang fonetik, sifat-sifat bunyi bahasa Melayu, ciri-ciri fonem vokal, ciri-ciri fonem
konsonan seterusnya kaitan fonetik dan fonologi dengan sebutan baku dan serta sitem ejaan
dalam bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneruskan
penghayatan ilmu sepanjang masa.
Disediakan oleh :
AZMAN BIN

27 Mac 2014M

AEU Kudat
1.

Transkripsi Fonetik Lirik Lagu Bunyi Gitar Dan Getaran Jiwa Oleh P.

Ramlee Dalam Bentuk


Lirik Lagu Bunyi Gitar (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar
Irama twist
Tidak sabar
Si gadis manis
Dengar lagu rancak gembira
Hatinya rindu tergoda
Ingin dapat teman
2

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Menari suka ria


Sungguh merdu
Lagu ini
Siapa mahu
Boleh menari
Pilih satu teman sendiri
Ataukah si hitam manis
Kalau sudi mari, kita menari twist
Oh gitar berbunyi
Menawan hati sedang berahi
Oh rancaknya irama
Dapat mikat sukma
Gadis dan teruna
Mari cari teman gembira
Gitar solo, Dan melodi
Ikut tempo
Kalau menari
Sila adik,
sila cik abang
Marilah kita berdendang
Irama gembira
Hati jadi riang

i.

Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu Bunyi Gitar (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar :
[#oh bui gitar#]
Irama twist :
[#iramaa twis#]
Tidak sabar :
[#tida sabar#]
Si gadis manis :
3

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

[#si gadis maans#]


Dengar lagu rancak gembira :
[#daar lagu rana gmbira#]
Hatinya rindu tergoda :
[#hatia rindu trgoda#]
Ingin dapat teman :
[#in dapat tmaan#]
Menari suka ria :
[#mnaari suka ria #]
Sungguh merdu :
[#suguh mrdu#]
Lagu ini :
[#lagu in#]
Siapa mahu :
[#siapa maahu#]

Boleh menari :
[#boleh mnaari#]
Pilih satu teman sendiri :
[#pilih satu tmaan sndiri#]
Ataukah si hitam manis :
[#ataukah si hitam maans#]
Kalau sudi, :
[#kalau sudi#]
4

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Mari kita menari twist :


[#maari kita mnaari twis#]

Oh gitar berbunyi :
[#oh gitar brbui#]
Menawan hati sedang berahi :
[#mnaawan hati sda brahi#]
Oh rancaknya irama :
[#oh ranaa iramaa#]
Dapat mikat sukma :
[#dapat mkat sumaa#]
Gadis dan teruna :
[#gadis dan trunaa#]
Mari cari teman gembira :
[#maari ari tmaan gmbira#]

Gitar solo : [#gitar solo#]


Dan melodi :
[#dan melodi#]
Ikut tempo :
[#ikut tempo#]
Kalau menari :
[#kalau mnaari#]

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Sila adik, :
[#sila adi#]
sila cik abang :
[#sila i aba#]
Marilah kita berdendang :
[#maarilah kita brdenda#]
Irama gembira :
[#iramaa gmbira#]
Hati jadi riang :
[#hati jadi ria#]

Lirik Lagu Getaran Jiwa (Oleh P.Ramlee)


Getaran jiwa
Menlanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa hampa

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

ii.

Transkripsi Fonetik Bagi Lirik Lagu Getaran Jiwa Oleh P.Ramlee

Getaran jiwa :
[#gtaran jiwa#]
Menlanda hatiku :
[#mlanda hatiku#]
Tersusun nada :
[#trsusun naada#]
Irama dan lagu :
[#iramaa dan lagu#]
Walau hanya sederhana :
[#walau haa sdrhanaa#]
Tetapi tak mengapa :
[#ttapi ta mapa#]
Moga dapat membangkitkan :
[#moga dapat mmbakitkan#]
Sedarlah kamu wahai insan :
[#sdarlah kamu wahai insan#]
Tak mungkin hilang :
7

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

[#ta mukin hila#]


Irama dan lagu :
[#iramaa dan lagu#]
Bagaikan kembang :
[#bagaikan kmba#]
Sentiasa bermadu :
[#sntiasa brmadu#]

Andai dipisah :
[#andai dipisah#]
Irama dan lagu :
[#iramaa dan lagu#]
Lemah tiada berjiwa hampa :
[#lmaah tiada brjiwa hampa#]

2. Esei :
Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi Perhatian Di Sekolah Rendah
Bahasa adalah alat komunikasi dan pengucapan. Ia mempunyai etos yang
menghubungkan manusia dengan manusia termasuklah budaya. Bahasa jiwa bangsa pula
menggambarkan sesuatu bahasa yang tidak saja diamal dan dihayati tetapi terkandung makna
yang menghubungkan pemikiran dan hati. Bahasa Melayu di Malaysia telah wujud ratusan
tahun di samping bangsa Melayu bersama-sama mengukir sejarah mengukir sejarah, tradisi
dan budayanya. Selepas merdeka bahasa Melayu ditempatkan dalam sistem pendidikan yang
membolehkan ia dipelajari secara tertib dengan pemahaman terhadap nahu dan ayat sehingga
menjadi baku dalam sebutan. Bahasa Melayu secara perlembagaan merupakan bahasa rasmi
dan dalam bidang pendidikan merupakan bahasa pengantar. Bahasa Melayu menjadi asas
kepada perpaduan negara. Kebakuan bahasa Melayu dalam perhubungan, percakapan dan
8

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

pengkaryaan amat penting diperkukuhkan supaya bahasa Melayu mampu tampil sebagai
bahasa ilmu, sains dan teknologi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), baku
bermaksud sesuatu yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya,
sifatnya dan lain-lain) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain
(bahasa, sebutan, ejaan, dan sebagainya) dan standard. Nik Safiah (1987) pula
mendefinisikan bahasa baku sebagai satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan,
diterima dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa. Pembakuan
pula merujuk kepada proses pengkodan bahasa dalam aspek tatabahasa, sebutan ejaan,
pengkamusan dan peristilahan.
Walaubagaimanapun, sehingga kini bahasa Melayu masih menghadapi pelbagai
bentuk cabaran dan kesukaran dalam mempertahankan kebakuannya sehingga
menjadi bahasa rojak dan yang lebih dikhuatiri ia berlaku di peringkat sekolah rendah.
Melalui pengamatan dan pemerhatian saya di sekolah rendah tempat saya mengajar,
penggunaan bahasa baku masih lagi kurang diberi perhatian. Saya juga berkesempatan
menjalankan temubual bersama dua orang guru bahasa Melayu yang mengajar di salah
sebuah sekolah rendah di Daerah Kota Belud, Sabah bagi mendapatkan maklumat tentang
situasi yang melanda penggunaan bahasa baku di sekolah tersebut sama ada dalam kalangan
para pelajar mahu pun kalangan guru-guru. Kedua-dua guru tersebut hanya ingin dikenali
sebagai Guru X dan Guru Y.

Temubual bersama Guru X dan Guru Y membuktikan penggunaan bahasa baku


kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Kedua-dua mereka mengajar di sekolah tersebut.
Guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah yang terletak di Kudat, Sabah itu terdiri daripada
pelbagai suku kaum yang bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Sebagai contoh suku
kaum Rungus yang merupakan suku kaum terbesar di Kudat, seterusnya minoriti adalah suku
kaum Bajau, Bugis, Ubian, Suluk, Dusun, Murut dan Melayu. Guru X telah menjelaskan
tentang fenomena bahasa yang berlaku di sekolah tersebut iaitu bahasa baku kurang diberi
perhatian oleh kalangan segelintir guru dan majoriti para pelajarnya. Beliau menyatakan
beberapa masalah telah menyelubungi penggunaan bahasa baku di sekolah itu. Masalah
tersebut pertama adalah guru tidak menekankan penggunaan bahasa baku dan tidak
pula mengaplikasi sepenuhnya sewaktu perhimpunan rasmi sekolah, sewaktu menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sewaktu menjalankan perjumpaan
unit berunifom (aktiviti kokurikulum) dan sewaktu menyampaikan taklimat sesama guru. Apa
9

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

yang berlaku adalah terdapat segelintir selain guru bahasa Melayu telah mencampuradukkan
bahasa baku dengan penggunaan bahasa pasar. Demikian juga yang berlaku dalam
kalangan para pelajar di situ. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa pasar ialah
bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya
atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu
yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Pengertian
keduanya ialah campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba
ituturkannya. Beberapa contoh ayat yang mengalami percampuran bahasa pasar tersebut
adalah seperti berikut :
i.

Jangan kasi besar suara kamu time guru becakap di depan. (Jangan berbuat bising
ketika guru berucap di hadapan.)

ii.

Bukak muka surat tigak puluh sembilan dan pakai pensel kamu kasi tanda manamana yang ada isi penting. (Buka muka surat tiga puluh Sembilan dan tandakan
perenggan yang mengandungi isi penting.)

iii.

Bisuk semua kamu mesti pakai pakaian seragam Persatuan Puteri Islam. (Besok
semua pelajar mesti memakai pakaian seragam Persatuan Puteri Islam.)

iv.

Astaga siapa suru kamu begusti dalam kelas ni? (Astaghfirullah, siapakah yang
menyuruh kamu bergaduh di dalam kelas?)

v.

Asik-asik urang yang sama sejak yang balik-balik gaduh.

Ayat-ayat di atas

jelas

menunjukkan

ketidakperihatinan guru

terhadap

penggunaan bahasa baku di sekolah rendah. Segelintir mereka lebih suka bertutur dalam
bahasa pasar sedemikian dengan alasan supaya murid cepat memberikan respon mereka. Ayat
di atas juga mempunyai banyak kesilapan dari sudut bunyi, ejaan dan tatabahasanya. Ini
bererti dari sudut fonetik dan fonemiknya dalam bahasa baku juga tidak betul. Guru
seharusnya menggunakan bahasa baku ketika menyampaikan arahan, ucapan, penerangan,
pengumuman dan isi pelajaran semasa di sekolah. Dengan itu, bahasa Melayu baku mudah
diterap penggunaannya ke atas para pelajar.
Guru Y pula menambah penjelasannya dengan menyatakan masalah kedua yang
dihadapi oleh penggunaan bahasa baku di sekolah itu iaitu masalah penggunaan bahasa
ibunda yang dicampuradukkan dengan bahasa baku dalam kalangan para pelajar di
sekolah tersebut sama ada dalam bentuk lisan mahupun dalam penulisan ayat juga
karangan bahasa Melayu. Bahasa ibunda bermaksud bahasa yang ditutur secara khusus
10

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

oleh sesuatu bangsa dan diwarisi bergenerasi. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh
bahasa ibunda ke atas penggunaan bahasa baku. Sebagai contoh bahasa Melayu baku
bercampur aduk dengan bahasa Samah yang dituturkan oleh suku kaum Bajau, antaranya
seperti berikut :
i.

Ei no jomo ei balik-balik muat salah. (Demikianlah akibatnya jika melakukan


kesalahan.)

ii.

Bana-bana ataiku sedih. (Hatiku benar-benar sedih.)

iii.

Jangan kita muat keburukan sebab itu nyiak alap. (Jangan melalukan keburukan
sebab ia perbuatan yang tidak baik.)

iv.

Kita harus selalu moso buku. (Kita harus selalu membaca buku.)

v.

Tekun berusaha ei amalan yang alap. (Tekun berusaha itu amalan yang mulia.)
Guru Y menyambung lagi penjelasan beliau tentang masalah yang melanda

penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar di sekolah itu. Para pelajar di
sekolah itu sering menggunakan bahasa Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Para pelajar di
situ sedang terdedah dengan alat atau gadjet komunikasi seperti telefon bimbit android, I-pad
dan sebagainya. Mereka juga terdedah dengan aplikasi internet seiring dengan perkembangan
zaman dan kemajuan teknologi informasi biarpun mereka mendiami Daerah Kudat salah
sebuah daerah di Sabah, Malaysia timur, sebelah utara pulau borneo. Ekoran daripada
penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang kerap oleh para pelajar, ia telah
mengundang masalah kesalahan bahasa dari sudut penggunaan singkatan perkataan, lambang
angka atau kod tertentu untuk menggantikan maksud sebenar. Lalu ia terbawa-bawa dalam
situasi rasmi seperti karangan bahasa Melayu, surat rasmi, dan pelbagai penulisan bahasa
Melayu. Dengan kata lain ini adalah masalah pencemaran bahasa. Pencemaran bahasa
adalah merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat, ejaan, istilah,
penggunaan bahasa rojak dan sebagainya.
Guru X seterusnya menjelaskan tentang faktor-faktor yang menjadi punca kepada
penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah tersebut. Faktor pertama ialah
ketidakbiasaan dalam menggunakan sebutan baku dalam bahasa Melayu. Para pelajar
menjadi janggal dan sukar untuk menyebutnya. Bahasa baku sememangnya kurang
digunakan melainkan dalam urusan-urusan rasmi seperti dalam majlis rasmi. Para pelajar itu
pula lebih selesa menggunakan bahasa pasar atau bahasa ibunda untuk berkomunikasi kerana
mereka telah biasa dengan laras bahasa tersebut. Apatah lagi dirumah mereka sendiri,
sepenuhnya bertutur dalam bahasa pasar atau bahasa ibunda.
11

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Faktor kedua, penggunaan bahasa Melayu baku yang minima dalam kalangan
segelintir guru yang tidak mengajar bahasa Melayu di sekolah tersebut. Guru-guru
mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak dengan
alasan supaya pelajar lebih mudah dan lebih cepat memahami mesej yang ingin disampaikan,
mewujudkan suasana pembelajaran yang menghiburkan, menjalinkan kemesraan antara guru
dengan pelajar. Dengan kata lain, guru lebih selesa menggunakan bahasa pasar atau bahasa
rojak sama ada dalam sesi pengjaran mahupun dalam aktiviti di luar bilik darjah. Apa pula
bahananya ekoran daripada sikap guru yang meremehkan atau mengambil mudah akan
penggunaan bahasa Melayu baku ini? Sudah tentu sikap guru-guru ini akan melahirkan
pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa Melayu baku. Hal ini perlu dibendung secara
berterusan demi memerangi masalah kerancuan bahasa seperti ini tambahan pula ia kian
menular dalam kalangan segelintir guru. Kerancuan bahasa menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan
bahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain.
Faktor ketiga, pengaruh bahasa ibunda, bahasa asing atau bahasa kedua. Pengaruh
bahasa ibunda turut menyumbang kepada penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi
perhatian di sekolah rendah tersebut. Guru X menyatakan bahawa sebahagian pelajar di situ
kerap menggunakan bahasa ibunda mereka bukan sahaja secara lisan tetapi dalam penulisan
bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan mereka telah melakukan kesalahan bahasa dari sudut
istilah yang menyalahi, merancu dan mencemari bahasa Melayu baku. Apabila pihak guru
tidak berkesempatan atau meremehkan aktiviti pembetulan ke atas jawapan yang salah atau
membiarkan sahaja pelajar melafazkannya secara lisan, sudah tentu amalan sedemikian akan
menjadi kebiasaan pelajar-pelajar tersebut. Hal ini jika berlarutan dikuatiri akan menjejaskan
pemahaman pelajar terhadap kosa kata bahasa Melayu yang betul dan sukar membezakan
antara kosa kata bahasa Melayu dengan bahasa ibunda masing-masing. Justeru, para pelajar
tersebut perlu diberi kesedaran dan latih tubi insentif supaya mengelakkan berlaku
ketidakfahaman atau kekeliruan dalam penggunaan kosa kata baku yang betul.
Faktor keempat, para pelajar kususnya dan masyarakat secara amnya tidak dapat
menggunakan bahasa Melayu yang betul sepenuhnya kerana acuannya sendiri sejak sebelum
kemerdekaan lagi telah mengalami pelbagai fenomena. Sebagaimana Awang Sariyan (1994)
menyatakan bahawa salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa Melayu ialh wujud
manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri.
Faktor kelima, kurangnya pendedahan dan penghayatan dalam kalangan pelajar dan
guru-guru yang tidak mengajar Bahasa Melayu tentang kehebatan bahasa Melayu, termasuk
12

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

perjuangan bahasa Melayu itu sendiri dalam menyatupadukan rakyat sejagat, peranannya,
keunikannya, keistimewaannya, dan keindahannya dalam kehidupan masyarakat sejak dulu,
sekarang dan akan datang. Kalaulah mereka mengenali dan menghayati sepenuhnya akan
bahasa Melayu tersebut, sudah pasti kecintaan terhadap bahasa Melayu akan terserlah bukan
sahaja hanya pada bibir mereka tetapi juga dalam apa jua amalan seharian mereka.
Sesungguhnya bahasa Melayu itu berperanan besar sebagai bahasa jiwa bangsa.
Setelah membicarakan tentang masalah yang menimpa penggunaan bahasa Melayu
baku, faktor-faktor utama yang menjadi punca masalah tersebut, tibalah pula untuk kita
mencari langkah-langkah penyeleasaiannya supaya masalah bahasa Melayu baku ini
dibendung segera. Langkah pertama, peranan guru-guru.dan pihak sekolah. Guru hendaklah
memperbaiki semua kelemahan yang dikesan dalam penggunaan bahasa Melayu baku kurang
diberi perhatian di peringkat sekolah. Sebagai contoh, memperbetulkan terlebih dahulu
kesalahan bahasa yang dilakukan oleh guru sendiri kemudian disusuli dengan
memperbetulkan kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah pula perlu
menganjurkan aktiviti-aktiviti bahasa seperti mengadakan program bulan bahasa dengan
pengisisan pertandingan

seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa, pertandingan mencipta

pantun, pertandingan bercerita bahasa Melayu dan banyak lagi. Dengan penyertaan pelajar
yang menggalakkan, secara tidak langsung mereka terdedah dengan penggunaan bahasa
Melayu yang betul bak kata pepatah Sambil menyelam minum air.
Langkah kedua, pihak kerajaan perlu meningkatkan kempen kesedaran untuk
memartabatkan bahasa Melayu baku. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan
bahasa Melayu yang gramatis dan memperkasakan kembali bahasa Melayu di peringkat
sekolah. Kempen itu pula lebih bermakna jika menyediakan penceramah berpenglaman untuk
menyampaikan ceramah Cintailah bahasa Melayu. Kempen ini juga selain daripada para
pelajar menyertainya, guru-guru turut digalakkan untuk menyertainya. Selain itu, ia boleh
dilakukan dalam penyebaran media massa sebagaimana yang kita tahu media massa
merupakan satu kompenen yang paling mudah untuk berkongsi informasi. Selain itu
kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama badan bukan kerajaan (NGO)
juga boleh diwujudkan untuk mengadakan kempen bahasa ke arah memerangi masalah
kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa.
Langkah ketiga, peranan ibu bapa juga penting ke arah membendung masalah yang
menghalangi penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Banyak cara boleh dilakukan oleh ibu bapa walaupun hanya berada di rumah kediaman
mereka. Antaranya membudayakan anak-anak mereka dengan budaya suka membaca.
13

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan bermanfaat, anak-anak akan terdedah kepada kosa
kata Melayu baku yang betul. Kekeliruan penggunaan kosa kata dapat diminimumkan.
Amalan membaca juga membantu pelajar membezakan antara kosa kata Melayu baku dengan
kosa kata yang tidak diterima dalam bahasa Melayu baku. Contoh bahan bacaan yang baik
adalah seperti buku cerita bahasa Melayu berbentuk cerita pengajaran, buku rujukan
penulisan bahasa Melayu, buku rujukan tatabahasa Melayu, majalah-majalah ilmiah, suratsurat khabar bahasa Melayu dan sebaginya. Melalui pembacaanlah, manusia boleh
menambah ilmu bahasa dan memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu.
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa semua masalah berkaitan
kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa telah menyebabkan penggunaan bahasa Melayu
baku di peringkat sekolah rendah kurang di beri perhatian. Setelah mencari faktor-faktor
utama yang menjadi punca masalah tersebut, kita perlu pula mencari jalan penyelesaiannya.
Oleh itu, semua pihak bermula daripada pihak berwajib diikuti dengan pihak sekolah, guruguru, individu pelajar seterusnya ibu bapa perlulah berganding bahu memartabatkan
penggunaan bahasa Melayu baku dengan memainkan peranan yang pragmatik. Dengan
adanya usaha yang berterusan serta efisien, bahasa Melayu yang merupakan bahasa
kebangsaan ini akan sentiasa dihormati dan penggunannya mampu dilindungi daripada
kerosakan bahasa dari masa ke semasa. Siapa lagi yang ingin memelihara dan meneruskan
penggunaan bahasa Melayu baku kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia. Sesungguhnya,
negara tidak mahu kehilangan bahasa yang indah ini, sebaliknya ingin memprioritikan bahasa
Melayu sebagai bahasa berprestij di persada dunia dengan harapan generasi akan datang
dapat menikmati keaslian dan ketulenan bahasa Melayu seterusnya tak lapuk dek hujan, dan
tak lekang dek panas.

14

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

3. Ringkasan artikel : Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu

Penilaian

Semula (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz; Sumber : Universiti Putra Malaysia, Jurnal
Persatuan Linguistik, 11. Pp. 1-19. IS1823-9242).
i. Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap
inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan pendapat
dalam kalangan pengkaji. Penulis artikel mengkaji beberapa aspek utama terdiri daripada
aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal
oral sengau, serta penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA).

15

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

ii. Kaedah Pengumpulan Data


Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah dengan
menggunakan data berbentuk dokumen. Menurut Noeng (2000), dokumen bermaksud
segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu. Penulis artikel
menggunakan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen.
Penulis artikel ini juga yang bertanggungjawab ke atas penyelidikan ini telah menngunakan
pendekatan fonologi generatif untuk menjalankan analisis ke atas aspek segmen vokal dialek
Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta penggunaan
simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA). Seterusnya data kajian pula terdiri
daripada sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian kepustakaan sebelum ini seperti
kajian yang dilakukan oleh Nik Safiah (1965, 1966), Hashim (1971, 1974), Abdul Hamid
(1982, 1994), Ajid (1985) Ahmad Ramizu (2009), analisis oleh Farid (1980) dan analisis
semula oleh Teoh (1994).

Dapatan Kajian
Penyelidik telah menemui beberapa dapatan kajian dalam analisisnya ke atas inventori
vokal dalam Dialek Kelantan menggunakan pendekatan fonologi generatif.
i. Inventori Vokal Dalam Dialek Kelantan Menggunakan Pendekatan Fonologi
Generatif
Vokal terbitan dalam Dialek Kelantan, iaitu vokal

. Segmen vokal

[] dan [] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi], [rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [] pula berfitur [+rendah],
[+belakang], dan [tegang]. Kedua-dua vokal [, ] adalah vokal terbitan dan bukan berstatus
fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi
fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal
bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara
penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan
16

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

daripada bentuk fonemik yang sama. Ahli bahasa Melayu telah sepakat mengatakan bahawa
fonem bahasa Melayu hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, , a, o, u/. Kedua, kehadiran segmen
vokal [, ] dalam kata adalah mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek
Kelantan tiga kemungkinan kehadiran [] dan [], iaitu [] yang direalisasikan daripada /e/
(misalnya : /gelek/
/biasa /

(misalnya : /botol/
[t.ba], /buaia/

[ge.le ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (missalnya

: /haiyan/

]. Manakala segmen vokal [] pula direalisasikan daripada /o/


[b .t:]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya : /taubat/
[b.j). Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan

yang berbeza daripada pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/
pada suku kata akhir tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U]
bukannya vokal tegang [e, o]. Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o]
pada suku kata akhir tertutup, jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian.
Contoh yang diberikan oleh beliau adalah seperti di bawah :

Penulis artikel berpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di
atas ialah [bi.si], [lu.kih], [hi.do], dan [tu.to]. Hanya Teoh (1994) pengkaji yang
menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Penulis artikel sebaliknya
berpendapat bahawa kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek
Kelantan. Data yang digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin
bersifat ideolek. Teoh juga menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang
dituturkan di Nigeria, contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm.
Casali 1996) beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal

[I, U]

hanya wujud dari

segi fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal
tersebut ditentukan oleh harmoni vokal. Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang
menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu
nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Hasil daripada
analisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama
seperti dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [ ATR]. Dengan itu, harmoni vokal
Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan segmen-segmen
17

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur [ ATR].
Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam Dialek
Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir
tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup
Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U,

, , a, ] yang bersamaan dengan semua vokal

terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang
lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata. Ini menunjukkan
bahawa penjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada.
Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas
menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam
suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua

[I, U]

berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan. Bagi
tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi
menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir
tertutup. Sebagai contoh :

Berdasarkan keterangan b, terdapat /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu yang
dianggap fonemik. Persoalannya mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.l ],
sebagaimana /golek/ direalisasikan sebagai [g.l]. Harmoni vokal sekali lagi memainkan
peranan penting kerana pasangan vokal [i+] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi
18

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

pada fitur [ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [ ] berfitur [-ATR]. Fenomena
ini tidak akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini,
pilihan terbaik ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang
berasimilasi pada fitur [+ATR]. Dengan menggunakan kaedah harmoni vokal di atas, satu
tanggapan boleh dibuat untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata
akhir tertutup Dialek Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada
vokal /i/ dan /e/ di peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u]
dan [o] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua
vokal yang berbeza /u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/ dalam suku
kata akhir tertutup ialah /i+u/, /u+u/, /+u/, dan /a+u/ seperti berikut :
/tikus/ [ti.kuh]
/lutut/ [lu.tu]
/letup/ [le.tu]
/patuk/ [pa.tu]

Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, / +o/,
dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh :
/sibok/ [si.bo]
/kutok/ [ku.to]
/plok/ [p.lo]
Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR]. Dengan itu penulis artikel ini
mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata
akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir
tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005)
dan sistem ejaan Zaba (1965).

ii. Vokal terbitan []


Teoh (1994) menggunakan simbol [] bagi merujuk kepada segmen vokal [ ]. Istilah
IPA bagi simbol [] ialah vokal tengah hampir luas ( near-open central vowel). Dalam kajian
fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang].
Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini
19

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [] yang ditemui
dalam laman web Wikipedia dan Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati
agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi []
dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [] juga dibuat dengan beberapa perkataan
bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced Learners
Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [p:d], pot [p :t], dan rock [r:k] yang didapati hampir
sama dengan bunyi [] dalam perkataan kata [ka.t], kapak [ka.p] dan marah [ma.yh]
dalam dialek Kelantan.
Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [] bagi melambangkan
segmen [] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai
fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek
Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah [] yang juga mempunyai fitur
[+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawa kehadiran fitur [+bundar] ini boleh
diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar,
contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan
akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/

[a.du.w:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas

[] dan [] pada posisi akhir kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan
segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya : /duga+an/ [du.g .:], bukannya *[du.g.w:] atau
*[du.g.w:]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur [bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur
tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [], contohnya : /tolak/ dan
/tolok/ direalisasikan sebagai [t.l] dalam Dialek Kelantan, ia akan menyebabkan kehadiran
[] dalam kata sukar diramal dan menjadikannya berstatus fonemik. Fenomena ini
bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayu yang
menunjukkan segmen vokal [] tidak fonemik.

Kesimpulan Kajian
Kesimpulannya, terdapat sembilan segmen vokal dalam Dialek Kelantan iaitu enam
fonem dan tiga vokal terbitan. Manakala fonemnya terdiri dari /i, e, , a, o u/ dan vocal
terbitan ialah [,,]. Fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan
daripada pernyataan tersebut dapat disimpulkan juga bahawa dialek-dialek lain pun
mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa simbol
sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ ialah [ ]
20

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

bukannya [], [ ]. atau [] seperti yang dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini juga
menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dengan
menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan inventori
segmen bunyi yang lebih berpada. Sesungguhnya, artikel ini berjaya menyelesaikan persoalan
dan keraguan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan
transkripsi fonetik. Artikel ini sangat membantu para pengkaji Dialek Kelantan yang akan
datang.

RUMUSAN
Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini berakhir, dapatlah disimpulkan
bahawa fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambing yang
menunjukkan sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu pelajar membebaskan
diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian bunyi fonetik. serta
membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi.
Seterusnya,

untuk

menguasaai

bahasa

Melayu

baku dan

mengelakkan

daripada

penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat sekolah rendah, usaha memartabatkan


bahasa Melayu baku perlu digalas dan disedari oleh semua pihak bermula daripada pihak
berwajib, diikuti dengan pihak sekolah, barisan guru, ibu bapa seterusnya individu pelajar.
Pembakuan bahasa di sekolah rendah perlu dipelihara daripada masalah kerancuan bahasa,
kerancuan tatabahasa dan juga pencemaran bahasa.

Akhir sekali, Dialek Kelantan

mengandungi sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem
tersebut ialah /i, e, , a, o u/ dan vocal terbitan ialah [,,]. Artikel Inventori Vokal Dialek
Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz) ini juga telah
berjaya menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak
menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.

21

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS
Profesional 2002.
Ismail Dahaman (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Selangor D. E. : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (1989 : 16-27). Bahasa Melayu Baku Ke Arah Pembinaan Bahasa
Kebangsaan

yang sempurna. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku : Asas

Pembinaan

Tamadun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaludin. Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sulaiman Masri (1989). Inilah Bahasa Baku, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

22

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

23

Вам также может понравиться