Вы находитесь на странице: 1из 11

Pengenalan

Walaupun akal dan tangan anda sendiri yang mengawal lukisan terakhir, namun
penggunaan alat dan bahan yang bermutu juga boleh melukis/mendraf dan itu adalah
satu pengalaman yang menyeronokkan. Juga pencapaian kerja-kerja yang bermutu
tinggi melalui proses pembelajaran iaitu melukis/mendraf sendiri dengan tidak jemujemu menjadi lebih mudah akhirnya dengan pengetahuan bahawa semenjak awal-awal
lagi bahawa kita sedang menggunakan alat dan bahan yang baik yang boleh membawa
kejayaan yang diharapkan. Namun harus diingat juga bahawa penggunaan alat dan
bahan yang bermutu tidak semestinya menjamin pencapaian mutu kerja yang tinggi.
Latihan yang secukup-cukupnya menjadi satu kemestian.
Buat maka kini terdapat alat kelengkapan lukisan yang canggih seperti pen teknikal,
Mesin Lukisan (Drafting Machine) dan komputer, pelajar harus mengetahui dan
menguasai penggunaan alat lukisan asas seperti sesiku tee ( T square), sesiku set (set
square), pembaris skala (scale) dan lain-lain peralatan lukisan. Alat kelengkapan lukisan
yang asas dan lazim di gunakan adalah seperti berikut.
a) Papan Lukis (Drafthing Board)

Papan lukis tradisi di buat daripada kayu jenis lembut supaya kertas lukisan boleh di
lekatkan dengan pita pelekat (masking tape). Pin tekan tidak boleh di gunakan pada
papan lukis kerana bekas pin tekan itu akan merosakkan permukaan papan lukis.
Di bahagian tepi kiri papan lukis dinamakan tepian kerja (Working edge). Tepian kerja
biasanya di perbuat daripada jalur keras yang lurus supaya tepian (working edge) sesiku
Tee boleh mengelangsar dengan bebas se panjang tepian kerja.
Papan lukis moden di lengkapkan dengan kaki yang boleh di ubah suai ketinggiannya.
Papan lukis ini boleh di condongkan mengikut kehendak pengguna. Papan lukis yang
cangih pula mempunyai permukaan yang lengkap dengaan kepingan bermagnet yang

sama ukuran dengan papan lukis itu supaya jalur logam boleh memegang kuat kertas
lukisan .
Saiz dan nama papan lukis.
i) Half Imperial 60cm x 40 cm
ii) Inperial 80cm x 60 cm
iii) Doouble Elephan 105cm x 75 cm
iv) Antiquarian 140cm x 85cm
b). Sesiku Tee (T square)

Sesiku tee di buat daripada kayu keras atau pelastik dan di gunakan untuk melukis
garisan mendatar sahaja (Horizontal). Sesiku tee mempunyai bilah yang lurus dan
dipasang bersudut tepat dengan setok. Pinggir bilah biasanya di buat daripada bahan
keras seperti pelastik tebal yang lutsinar supaya sesiku tee tidak mengotorkan kertas
lukisan dan nampak apabila melukis garisan.
Sesuku tee mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:i) Tepian yang lurus (Working edge)
ii) Bilah panjang dan rata (blade)
iii) Sambungan stok bersudut tepat (Stock/head)

Kegunaan sesiku tee.


i) Untuk melurusan kertas di atas papan lukis.
ii) Untuk melukis garisan mendatar (Horizontal)
iii) Tapak untuk sesiku set semasa melukis garisan
c) Sesiku set. ( Set Square)

Sesiku set berbentuk segitiga daripada plastik keras lut sunar. Terdapat 2 jenis sesiku set
iaitu yang biasa (tidak boleh laras) bersudut 45, 30 , 60 darjah .

-Sesiku set boleh laras. ( Adjustable Set Square)

Sesiku boleh laras lebih popular buat masa ini kerana ia boleh di selaraskan kepad sudut
yang di kehendaki.Ia juga di perbuat dari pelastik lutsinar.

d) Jangka sudut (Protector)


Jangka sudut adalah alat untuk mengukur sudut dan menanda sudut. Jangka sudut di
perbuat daripada plastik berbentuk separuh bulatan dan ada yang berbentuk bulatan
penuh .

e) Mesin lukis (Drafthing machine)


Mesin lukis adalah sebuah alat yang boleg menggantikan penggunaan sesiku tee dan
sesiku set. Jangka sudut pembarisnya boleh di tetapkan epada 15, 30, 45, 60, 70 dan
90 darjah. Dengan menggunakan mesin lukis, kerja melukis dapat di lakukan dengan
cepat dan tepat.

f) Skala (Scale)
Skala ialah satu alat yang di gunakan untuk menyukat ukuran sesuatu komponen dalam
lukisan. Ketepatan sesuatu lukisan bergantung kepada kemahiran menggunakan skala .

Alat skala yang berbentuk pembaris dibuat daripada kayu, buluh atau plastik. la
digunakan untuk mengubah kadar satu-satu objek. Sifat sifatnya yang harus
diutamakan adalah:
1 . Pembahagian ukurannya tepat.
2. Pembahagian ukurannya dipahat.
3. la tahan lentur.
Alat skala tidak boleh digunakan sebagai tepi memotong kertas atau sebagai pembaris.
Terdapat beberapa bentuk skala yang biasa di gunakan,
i) Segitiga (Tringular)
ii) Pipih (Flat)
Jenis skala yang biasa di gunakan seperti
i) skala arkitek (arcitec scale),
ii) skala enginneer (engineer scale),
iii) skala desimal (decimal scale),
vi) skala pecahan (fraction scale)
v) skala metrik ( metric scale)

g) Set peralatan Lukisan ( Instrument set)

Peralatan lukisan lazimnya di jual dalam satu set. Komponnen utamanya terdiri daripada
Jangka lukis, Jangka pembahagi dan lain-lain.

i) Jangka lukis (Compass)

Jangka lukis dii gunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok. Terdapat beberapa
jenis dan bentuk jangka lukis mengikut keperluan yanng berlainan.
ii) Jangka lukis boleh laras ( Adjustable compass)

Digunakan seperti jangka lukis biasa tetapi ia boleh dii selaraskan mengikut keperluan
tanpa berubah.
iii) Jangka lukis besar (beam Compass)

Digunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkuk yang besar yang tidak boleh di lukis
dengan jangka lukis biasa
iv) Jangka lukis kecil (Drop spring Bow Compass)

Digunakan untuk melukis bulatan dan garis lengkok yang lebih kecil.

v) Jangka bahagi (Divider)

Digunakan unntuk membahagi jarak kepada beberapa bahagian yanng sama dan untuk
memindahkan jarak denngan tepat.
vi) Jangka bahagi boleh laras ( adjustable divider)

kegunaannya sama separti janngka bahagi biasa tetapi ia boleh dilaraskan mengikut
keperluan.
h) Pensel Lukis

Ada berbagai-bagai jenis pensel dalam pasaran dewasa ini, tetapi yang biasa digunakan
oleh arkitek dan ahli teknik ada tiga jenis.
1. Penselkayu
la boleh didapati dalam berbagai-bagai gred mengikut kekerasan matanya. Kekerasan
mata pensel dinyatakan dengan huruf dan nombor yang terdapat pada batang pensel
itu. Pensel perlu diasah dengan pisau atau penajam mekanik untuk menajamkan
matanya, Bagi pensel yang terialu pendek ia boleh disambungkan dengan pemegang
pensel.
2. Pensel mekanik
la menggunakan mata grafit berdiameter 0.3 mm hingga 0-7 mm. la tidak perlu
ditajamkan dan mata grafitnya boleh diganti. Pensel mekanik yang sering digunakan
oleh arkitek berdiameterO-5 mm kerana ia senang dikuasai dan menghasilkan garisyang
tajam serta halus.
3. Pensel cekam

Bentuknya seakan-akan sama dengan pensel mekanik tetapi diameter mata grafitnya
lebih besar. Pensel ini boleh menghasilkan berbagai-bagai sifat garls. Mata pensel ini
perlu ditajamkan dengan pisau atau pengasah mekanik yang sedia dibekalkan pada
pangkal pensel itu. Pensel ini sangat baik untuk lakaran bebas. Ketiga-tiga jenis pensel
ini boleh menghasilkan kerja yang bermutu tetapi seseorang itu harus pandai menguasai
pensel tersebut.

Dalam lukisan teknik, hanya pensel yang bermutu tinggi sahaja yang sesuai di gunakan,
Pensel teknikal juga boleh digunan kerana ia tidak perlu di asah dan mempunya gred
mata yang di perlukan tetapi pencil jenis ini tidak boleh di beri tekanan (pressure).

Memilih gred mata pensel.


Plumbum pensel lukis di buat daripada grafit yang di campur dengan polimer atau
tanah liat sebagai pengikat. Nisbah campuran berbeza dapat menghasiilan beberapa
gred pennsel. Setiap gred yang hanya sesuai di gunakan untuk kerja-kerja tertentu
sahaja.

Pensel terbahagi kepada 18 gred, daripada 7B (paling lembut) sehingga 9H (paling


keras). Mata pensel dibuat daripada bahan mentah grafit dan tanah liat. Kekerasan
mata pensel bergantung kepada nisbah kandungan grafit dan tanah liat.
7B hingga 2B

Paling lembut. Untuk garis keratan, garis profil dan huruf-huruf tajuk. Memeriukan
kawalan. Senang dipadamkan dan mudah kotor. Sesuai untuk lukisan lakaran.
3H hingga B
Sederhana lembut. Untuk garis tampak, garis keratan
dan huruf-huruf tajuk. Memerlukan kawalan. Senang dipadam. Menghasilkan cetakan
yang memuaskan. Sesuai juga untuk lukisan lakaran dan lukisan teknik.
. 4H hingga 9H
Paling keras. Kurang sesuai untuk lukisan teknik, patut dielakkan penggunaannya
kerana garis kurang nyata dan sukar dipadam. Tidak menghasilkan cetakan yang
memuaskan.
Mutu garis bergantung kepada
1. Gred mata pensel yang digunakan.
11. Jenis kertas yang digunakan.
111. Tekanan yang dibuat kepada kertas.
IV. Permukaan tempat melukis.
PENA LUKIS DAN DAKWAT
Dalam pasaran terdapat berbagai-bagai jenis pena lukis, tetapi sistemnya agak sama. la
menggunakan dawai pengawal dakwat. Dakwat mengalir di dalam tiub dan tiub ini
menentukan diameter mata pena itu.
1. Set pena lukis
la mempunyai diameter dari 0.1 mm (paling halus) hingga 2-0 mm (paling tebal).
Namun bagi kerja-kerja lukisan binaan atau lukisan persembahan memadai dengan pena
0-1, 0-2, 0-4, 0-8 dan 1-2 mm sahaja. Pena lukis paling sesuai untuk lukisan teknik di
atas kertas surih tetapi ia boleh juga digunakan untuk lakaran bebas di atas kertas
kartrij. Apabila membeli pena lukis, seseorang harus menentukan mata pena itu cukup
panjang supaya tidak tersangkut pada sesiku atau sesiku T. Seseorang harus
menentukan mata pena diskru ketat dan pena ditutup semula setelah digunakan. Pena
sebaik-baiknya disimpan dengan matanya menghala ke atas.
2. Dakwat
Dakwat yang sesuai untuk pena lukis adalah dakwat hitam kedap air. Namun kini
terdapat berbagai-bagai warna dakwat dalam pasaran tetapi bagi cetakan blueprint yang
baik, dakwat hitam paling sesuai.

i) Lengkung Perancis (French Curve)


Lengkung perancis adalah alat yang digunakan untuk melukis garis lengkung. Alat ini di
buat daripada pelastik lutsinar dan bentukknya seperti dalam gambarajah.

j) Perisai pemadam (Erashing Shield)

Perisai pemadam di gunakan untuk melindungi bahagian garisan yang tidak perlu di
padam sewaktu kerja memadam di lakukan di sesebuah lukisan.

k) Pemadam (Eraser)

Di gunakan untuk memadam tanda pensil ataua dakwaat. Pemadam yang berkkualiti
digunakan untuk menghasilkan kemasan pada lukisan
.
l)Berus Lukisan (Drafthing Brush)

Berus ini digunakan untuk membuang habuk lebihan pemadam dan kekotoran lain yang
terdapat di atas permukaan kertas lukisan.Pengunaan tangan dan meniup kekotoran
tidak di galakkan kerana akan mengotorkan kertas lukisan.
m) Kertas Lukisan (Drawing Paper)
Kertas lukisan

Berwarna putih, ada yang licin dan ada yang berira. Kertas ini sesuai untuk lakaran
bebas dan lukisan teknik dengan menggunakan pensel, pena, warna air, dan
sebagainya.

Kertas surih
Berwarna putih atau biru, lutsinar dan agak licin. Kertas ini boleh didapati di dalam
berbagaibagai ukuran dan ketebalan. Selalunya kertas ini bergulung atau berkeping.
Kertas ini dilukis dengan menggunakan pensel, pena lukis, pena felt dan sebagainya.

Kertas butcher
Berwarna putih atau kuning,lutsinar dan licin. Kertas ini boleh didapati dalam berbagaibagai ukuran selalunya bergulung atau helaian kertas ini sesuai untuk lakaran awal
dengan menggunakan pensel, pena lukis dan sebagainya.

Kertas pastel
Kertas ini boleh didapati dalam berbagai-bagai warna, berira dan paling sesuai dengan
pastel.

'Mounting board, liustration board'


Boleh didapati dalam berbagai-bagai warna dan licin. Papan ini paling sesuai untuk kerja
akhir dengan menggunakan pensel, pena lukis, warna air, warna poster, pena marker air
brush dan sebagainya.

Di antara jenis kertas yang digunakan ialah kertas surih (tracing) dan Katrij(Cartridge).
Kertas katrij digunakan oleh pelajar pada peringkat awal pembelajaran mereka sebagai
pelukis. Ia juga bertujuan unntuk memahirkaan penggunaan pencil yang berbagai gred
pada kertas katrij.
Kertas surih di gunakan selepas pelajar mahir menggunakan pencil dan Pen teknikal pula
di gunakan untuk melukis di atas kertas surih.
i) Saiz kertas ISO Standard
- A0 = 841 mm x 1189 mm
- A1 = 594mm x 841mm
- A2 = 420mm x 594mm
- A3 = 297mm x 420mm
- A4 = 210mm x 297mm
ii) Saiz America (ANSI)
- A0 = 34.0 in x 44.0 in
- A1 = 22.0 in x 34.0 in
- A2 = 17.0 in x 22.0 in

- A3 = 11.0 in x 17.0 in
- A4 = 8.5 in x 11.0 in
Tamat
******************************************
Buku Rujukan:1. Technical Drawing Edisi 10 & 11.
- Pengarang:.F.E. Giesecke, A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak
2. Lukisan Geometri
- Md Nasir Abd Manan
******************************************

Вам также может понравиться