Вы находитесь на странице: 1из 25

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH3063E) / Fairos Azmi bin

Marzah

1
1.0 PENGENALAN
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara
berterusan selama lima tahun di sekolah menengah juga di sekolah rendah. Tujuan mata
pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia
negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah
dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan
kesefahaman antarabangsa.
Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah
kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran
Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan
guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah
merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya".
Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang
berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam
tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan
Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan
harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan.
Guru sejarah juga perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
berkesan supaya murid-muridnya berminat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah. Antara
kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat murid ialah dengan menggunakan kaedah
hubungan dua hala (Child Centered ), melalui kaedah ini guru dan murid saling berinteraksi di
antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan suasana mesra dan menyediakan keadaan
yang kondusif bagi pembelajaran sejarah.Melalui pendekatan ini, pelajar tidak setakat
mendengar

penerangan

guru

tetapi

juga

membuat

pelbagai

aktiviti

seperti

perbincangan,penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain lagi.


Di samping itu, peranan guru sejarah lebih bertindak sebagai fasilatator atau pun pemudah
cara yang mana wujudnya integrasi dan tindak balas antara guru dan pelajar.Manakala, guru
yang berkesan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai idola pelajar ialah guru yang
menggunakan pendekatan induktif dalam penyampaian pengajarannya.Pendekatan induktif
melibatkan pengajaran yang bermula dari khusus ke umum dan kemudiannya kesimpulan yang

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH3063E) / Fairos Azmi bin


Marzah

2
menyeluruh dan umum. Misalnya, teknik TOCFE(Theory of Constraints For Education) yang
mana guru menggunakan aktiviti bercerita untuk mendedahkan pemahaman dan konflik SERTA
cara watak untuk membuat keputusan.Dengan cara ini, pelajar dapat terlibat secara aktif dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.0 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH (PETA I-THINK PENGAJARAN SEJARAH)
Peta Jujukan ( Flow Map) : 5.4.2 Menyatakan peranan Hang Tuah sebagai laksamana

Peranan Hang Tuah sebagai


Laksamana
Ketua Angkatan Laut

Mengetuai angkatan
tentera

Mengetuai utusan diraja ke


seberang laut

Menjaga Ketenteraman
Laut

Ketua duta

Mengawal Keselamatan
Sultan

Pengawal Peribadi sultan

Peta Multi-jujukan ( multi flow Map) - 5.4.3 Menjelaskan peristiwa pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam
Hikayat Hang Tuah.

Raja Tun jebat


Menderhaka raja
melaka

Raja Melaka menitahkan


Laksamana Tun Tuah
supaya membunuh
Paduka Raja Tun Jebat.

Laksamana Tun Tuah


memohon keris
Taming Sarinya

888888
Laksamana Tun Tuah
mencabar Paduka Raja
Tun Jebat turun dari
istana dan bertikam
dengannya.

Laksamana Tun Tuah


telah berjaya
mendapatkan semula
keris taming sari dari
tangan Raja Peduka Tun
Jebat

Laksamana Tun Tuah dan


Paduka Raja Tun Jebat
meneruskan pertikaman,
lalu keris Paduka Raja Tun
Jebat terpacak dan terlekat
di talam

Raja Melaka pun


menganugerahkan
keris Parung Sari

Peristiwa pertarungan
Hang Tuah
dengan

Tipu helah oleh Tun


tuah

hang jebat
Laksamana Tun Tuah
akhirnya berjaya
menikam dada Paduka
Raja Tun Jebat

Peta Dakap ( Part of Whole Map) : 6.1.1 Menyatakan maksud raja dan kerajaan.

Mentadbir dan Mengurus


Ketua Negara & Demokratik
Berkuasa selama 5 tahun

Raja
Ketua Eksekutif
Peranan Tradisional

Maksud
Raja

Mengikut keturunan

dan

Organisasi Yang melaksana kuasa dan undang-undang

Kerajaan

Jentera yang melaksana fungsi-fungsi sebuah negara

Kerajaan

Pemerintahan , perundangan, kehakiman


Pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi
Mentadbir, mengurus ,melaksana, menyelaras, mengawas
Institusi pentadbiran dalam negara

Peta Buih Berganda (Double bubble map) : 6.1.2 Menyatakan konsep daulat dan derhaka.

Kedudukan Daulat dan


Derhaka

Raja berdaulat Kuasa dan


berwibawa untuk
memerintah

Satu sifat kekuasaan


atau hak tertinggi /
khas kepada
golongan raja

Rakyat tidak
akan
menderhaka

Melanggar/ ingkar
kepada perintah
/arahan raja

Ingkari arahanakibat tulahhukuman bunuh

Berjanji memberi
taat setia kepada
raja
Tujuan - Memberi
kuasa tertinggi
kepada raja

Daulat
Konsep daulat baginda tidak
boleh ditegur /
dicela

Wujud kesetiaan
yang mutlak
daripada rakyat
kepada raja

Menjaga kebajikan ,
tidak menzalimi

Derhaka

Asas penting dalam


kehidupan
masyarakat melayu

Janji tetap
ditunaikan

Hukuman
langsung-raja
mengarah orang
membunuh

Hukuman tidak
langsung-hukuman
dalam bentuk bala
tulah/sumpahan

Peta Pokok (Tree Map) : 6.1.3 Menyatakan kedudukan raja pada masa kini.

Kedudukan Raja
Agama

Ekonomi

Perlembagaan

Perundangan

Ketenteraan

Ketua Agama

Berkuasa Mutlak

Yang Di-Pertuan
Agong - Ketua

Terselamat

Ketua pertahanan

Menjaga &
melindungi agama

Ambil bahagian
dalam perniagaan

Pemerintah
tertinggi

Kapasiti
kedudukan umum

Mengetuai
angkatan tentera

Berkuasa dalam
soal perburuan,

Pengisytiharan
darurat

Hak mendapat hasil


pungutan cukai

Kuasa budi bicara


untuk melantik
perdana menteri

Undang-undang
jenayah Negaramenjaga
kedudukan

Menyebar agama
islam
Simbol perpaduan

Menjaga
kebudayaan dan

Menjaga dan
memelihara
kedudukan

Keputusan
mutlamat bagi
mempertahankan
negara
Menentukan
hubungan

Peta Jambatan ( Bridge Map) : 6.1.4 Menyenaraikan negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan
beraja pada masa kini.

Vietnam

Indonesia

Thailand

Brunei

Asia Tenggara
Beraja

China

Beraja

Beraja

Jepun

Asia Timur
Beraja

Beraja

India
Asia selatan
Beraja

Sistem Beraja Di Asia

Beraja

Peta Buih (Bubble Map) : 6.2.1 Menyatakan Islam sebagai warisan negara.

Unsur tradisi yang


terpenting

Asas kepada
fikiran orang lain

Agama
persekutuan

Islam
Menerima dan
mengamalkan
ajaran islam

Warisa
n
Negara

Agama anutan
orang
melayu

Peta Bulatan ( Circle Map) : 6.2.2 Menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan.

Buku Rujukan

Internet
Agama Rasmi

Kedudukan agama islam selepas merdeka

Agama lain boleh diamalkan


Perkara 3(1) Perlembagaan persekutuan

Hak menganuti
Peruntukan perbelanjaan

Dipertahankan oleh orang melayu

agama sendiri

Islam

Membantu pertubuhan islam

Sekolah dan institusi pendidikan

Agama
Kerajaan pusat dan negeri
pentadbiran agama islam

Membelanja wang bagi tujuan

Persekutuan

dan undang-undang

Jurnal
`

Surat Khabar

3.0 SEJAUH MANAKAH PEMBELAJARAN KOPERATIF MENJADIKAN PEMBELAJARAN


SEJARAH DALAM KALANGAN MURID MENYERONOKAN?
Sejarah berasal daripada perkataan Greek iaitu inquire yang bermaksud menyiasat dan
menyelidik masa lalu dengan teliti berdasarkan bukti yang diperolehi. Istilah ini lebih awal
digunakan oleh Herodotus dan kemudiannya ia ditukarkan kepada istilah historia yang
bermaksud pengendalian secara naratif berkaitan pembinaan masa lalu. Pembelajaran sejarah
berbeza dengan subjek-subjek mata pelajaran yang lain kerana ia bukan sekadar berperanan
sebagai memindahkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan, tetapi juga mempunyai misi
membina akhlak dan jiwa daripada pengalaman generasi sebelumnya. Kita haruslah
memahami bahawa penekanan terhadap ilmu pengetahuan semata-mata belumlah cukup
kerana ia dilihat masih belum dapat menjadikan seseorang itu mempunyai accountability
terhadap

diri,

agama

dan

negara.

Oleh

kerana

itulah

kurikulum

sejarah

di Malaysia menekankan kepada pemupukan nilai-nlai murni dalam diri pelajar sebagai salah
satu fokus utamanya. Hal ini dijelaskan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah berdasarkan kenyataannya seperti berikut:
Dalam usaha untuk melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan
aspirasi negara, pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Sejarah perlu menjurus
kepada pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah di kalangan murid di
samping nilai-nilai murni dan semangat patriotik.
Walaupun pembelajaran sejarah memainkan peranan penting dalam pemupukan minda,
akhlak dan jiwa manusia, namun ianya tetap berada dalam kondisi yang menyedihkan. Sejarah
dianggap mata pelajaran yang membosankan, tidak memberi manfaat dan sekadar membuang
waktu sahaja. Anhar Gonggong menyatakan bahawa sejarah dipandang sebahagian orang
sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuang-buang waktu. Mata
pelajaran sejarah dipinggirkan dan kesannya, lahirlah generasi muda yang buta sejarah, yang
gagal memahami dan menggunakan sejarah untuk membaiki kepincangan-kepincangan yang
wujud dalam kehidupan mereka.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan
menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan
kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang
psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi. Memang tidak dapat disangkal bahawa
pelbagai teknik boleh diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun

demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat
digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik
yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur, suasana bilik darjah dan
kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya,
seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa
menyampaikan sesuatu pengajaran.
Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan
untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam
bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan dengan pelajaran
tersebut. Menurut Mengantar Simanjuntak dalam buku Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj.
Abd. Aziz pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu. Berdasarkan definisi tersebut, dapat diringkaskan bahawa, teknik dan kaedah amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah sama dengan
proses P&P sejarah.
Dalam pengajaran sejarah terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan
dalam bilik darjah. Antaranya, kaedah penceritaan, kaedah inkuiri, kaedah perbincangan,
kaedah syarahan, kaedah dapatan, kaedah sokratik, kaedah penerangan, kaedah simulasi,
kaedah kaji peta, kaedah kaji gambar, kaedah kaji dokumen, kaedah tutorial, kaedah tunjuk
cara, kaedah kaji buku teks, kaedah lakonan dan kaedah projek. Sungguhpun begitu, kaedahkaedah ini juga boleh membosankan pelajar. Hal ini demikian kerana, pengajaran dengan
hanya menggunakan satu pendekatan dilihat hanya dapat menarik perhatian pelajar pada awal
pengajaran sahaja namun tumpuan pelajar akan terjejas jika guru terlalu yakin akan kaedah
yang digunakan.
Oleh hal yang demikian, penggabungjalinan antara beberapa kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah perlu bagi mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih hidup dan kondusif dan dalam masa yang sama, matlamat pengajaran sejarah
dapat dicapai. Wan Nik Muda dan Wan Ruslim Ismail dalam artikel mereka theory of constraints
for education menyatakan bahawa penggabungan beberapa kaedah akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Untuk itu, mereka telah mencadangkan satu kaedah pengajaran
sejarah berdasarkan theory of Constraints. Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik
ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat
murid terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran

kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik.
Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
murid.
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru
berupaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah dengan
berkesan, membuat keputusan secara bertanggungjawab, berkomunikasi dengan baik dan
memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC juga, tiga kemahiran
dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran berfikir
secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran generik. Contoh yang boleh kita ambil
menerusi penggunaan teknik TOC dalam pendidikan sejarah adalah sebagaimana berikut; sesi
bercerita (pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan), kajian kes (modifikasi
kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian), dan kandungan Huraian
Sukatan Pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik).
Teknik sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian
mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan
teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah
termasuklah, Memahami teks atau maklumat yang diberikan, mengenal pasti objektif
pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa
(the begining event), mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks,
menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa,
mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab
dan akibat) yang memperkembangkan higher-order thinking.
Teknik penyelesaian masalah pula satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi
peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk
menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi
merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan
mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa
langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan teknik penyelesaian masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya, mengenal pasti matlamat yang diingini
dan matlamat tersebut mestilah jelas, mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi
sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan, mencadangkan langkah-langkah yang
boleh diambil untuk mengatasi cabaran dan menyusun langkah-langkah untuk mengatasi
cabaran mengikut keutamaan.

Selain menggunakan teknik tersebut, guru-guru juga boleh mengubah suai teknik-teknik
yang sedia ada kepada suatu teknik yang lebih kreatif. Contohnya dalam menggunakan
pendekatan penyelesaian masalah, guru boleh menggantikan pemberian masalah secara
formal kepada mengenalpasti masalah dalam pantun teka-teki (lihat lampiran). Para pelajar
perlu menyelesaikan masalah teka-teki tersebut. Seterusnya guru akan membimbing pelajar
mendalami persoalan teka teki tersebut dan mengadakan sesi perbincangan. Dengan itu, para
pelajar akan lebih faham dan berminat dengan pelajaran mereka. Dalam pada itu,
pengaplikasian teknik permainan dalam sesi pembelajaran juga boleh menjadikan proses P&P
menjadi lebih menarik. Contohnya mengaplikasikan teknik permainan POKER dalam proses
pembelajaran koperatif. Teknik ini mengkehendaki guru menyuruh pelajar membentuk
kumpulan kecil seramai empat orang dengan satu set kad poker. Set poker dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu bahagian yang mengandungi soalan dan bahagian yang mengandungi
jawapan. Kad yang mengandungi soalan dipilih dan dicabut terlebih dahulu oleh pelajar
sebelum memulakan permainan (prinsip terbuka). pelajar akan mencabut set kad yang
mengandungi jawapan secara bergilir. Kad jawapan yang tepat akan disimpan oleh pelajar
manakala kad yang mempunyai jawapan yang tidak tepat akan diletakkan semula pada kad di
bahagian bawah sekali. Setelah berjaya memadankan kad-kad soalan dengan kad-kad
jawapan, pelajar perlu membuat analisis atau deskripsi atas jawapan tersebut. Setelah itu,
semua laporan diselesaikan, atau setelah masa yang diperuntukkan telah tamat, setiap pelajar
hendaklah berkongsi laporan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain. Laporan yang dikongsi
akan dilanjutkan dengan penambahbaikkan oleh pelajar-pelajar disertai dengan pendapat dan
bukti dengan dibantu oleh guru. Selepas itu pelajar membuat kesimpulan setelah mendapat
penjelasan daripada guru. Walau apapun kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dalam
proses P&P, perkara yang paling penting adalah kesediaan dan kekreatifan guru itu sendiri
dalam mengenal pasti kehendak dan kebolehan pelajar, suasana bilik darjah dan beberapa
faktor lain. Hal ini bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada kalangan guru-guru
bahkan juga memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dalam memastikan kesesuaian
kaedah dalam bilik darjah.
Koperatif bermaksud bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang
ditetapkan bersama. Di dalam pembelajaran koperatif, pelajar berinteraksi dan saling bantumembantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang
cemerlang. Kaedah kolaboratif ialah melibatkan sekumpulan pelajar yang berusaha bersama ke
arah mencapai prestasi dan matlamat yang sama. Dengan kata lain, pembelajaran koperatif

dan kolaboratif dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran dalam bilik darjah.
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar
berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil
akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan
berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada
proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi
kandungan

pelajaran)

secara

sistematik

termasuk

cara-cara

menguruskan

interaksi sosial dalam bilik darjah.


Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan
wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili
oleh hubungan di bawah.
Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.
Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh
struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan.
Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu TEAM BUILDING (kumpulan kecil),
Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran
berkomunikasi.
Jesteru itu ingin saya menjelaskan dahulu mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah
seperti berikut :

Pencapaian akademik

Kepekaan positif kepada kepelbagaian

Pemantapan kemahiran sosial

Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan


satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang
diterangkan di bawah.
K

Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)

Include everyone (libatkan semua ahli elakkan passenger)

Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)

Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)

Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)

Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua /


berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)

Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif.Slavin (1990)


berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut:
ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya. Johnson &
Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah
matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.
Ganjaran kumpulan:
Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria
tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan
menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.
Tanggungjawab individu:
Tanggungjawab

individu

bermaksud

semua

ahli

kumpulan

bertanggungjawab

menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan
sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.
Peluang yang sama untuk berjaya:
Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masingmasing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa
mengira tahap kebolehan masing-masing.
Matlamat kumpulan:
Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai matlamat
tersebut.
Secara amnya pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian. Oleh hal

yang demikian pembelajaran sejarah akan menjadi lebih menyeronokan murid dan
menambah minat murid untuk mengetahu lebih banyak mengenai fakta-fakta sejarah.
Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana
pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak dan jati diri bangsa khususnya dalam
memupuk semangat patriotisme. Sungguhpun begitu, pengajaran dan pembelajaran subjek ini
memerlukan penghayatan dan minat bagi menimbulkan konsep kesedaran atau celik dalam
sejarah. Oleh yang demikian, peranan guru amatlah ditagih dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar menghayati peristiwa sejarah itu
seperti yang sebenarnya. Guru yang kreatif dapat mempengaruhi tahap kesedaran pelajar. Jadi,
penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat guru sejarah itu sendiri merupakan
nadi penggerak pada kejayaan tersebut.

4.0 RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH
Mata Pelajaran dan
Kelas

Sejarah Tahun 4

Tema/Tajuk

Mari Belajar Sejarah

Masa

8.40 9.10 pagi (30 minit)

Standard Kandungan:
Standard
Pembelajaran:

Objektif

Aktiviti

1.1 Mari belajar sejarah


1.1.1
1.1.2

Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah


Mengenal pasti konsep masa silam dan ruang
berdasarkan garis masa dan kronologi.

K1.1.7 menyatakan kepentingan pengurusan masa dalam


kehidupan harian.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;
i Menyatakan pengertian sejarah berdasarkan kamus DBP
dan kamus atas talian seperti wikipedia.com.
ii Menyatakan 3 sumber sejarah.
iii Melakar jalur masa yang menunjukkan konsep masa silam
dan kronologi.
1. Memberikan contoh-contoh masa silam dengan menyebut
tahun. Contohnya, 1990, 1890 dan sebagainya.
2. Menyenaraikan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.
3. Membuat lakaran mengenai jalur masa.
Sekaran
g

EMK

Nilai Murni
menghargai masa
TMK
belajar melalui TMK mencari
gambar-gambar yang berkaitan dengan suasana masa silam,
contohnya suasana zaman pra-sejarah

Bahan Bantu Belajar

Komputer, LCD,DVD, buku teks, buku latihan, alat tulis, kad


arahan

Tahap Penguasaan

1Murid mengetahui tentang pengertian dan kemahiran


sejarah.
2. Murid memahami pengertian dan kemahiran
sejarah

Refleksi
Akan diisi kelak...

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI
Permulaan (3 minit)

EMK/PEDAGOGI
Nilai Murni

Menonton tayangan video

-bersyukur
- kerjasama

1. Murid menonton tayangan video Merong


Mahawangsa.
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid
berkaitan video yang ditayangkan:
a) Siapa tahu tajuk cerita ini?
Murid menjawab soalan guru secara
lisan
b) Pada zaman bilakah cerita ini berlaku?
Murid menjawab secara lisan
c) Apakah kerajaan awal Tanah Melayu
yang disebut dalam filem tersebut?
Murid menjawab soalan guru

TKP

CATATAN
BBM
-Komputer riba,
LCD, DVD
- Langkasuka

TMK
KB
-Menjana Idea

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
Aktiviti 1 (10 minit)
1. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk
menyenaraikan kerajaan-kerajaan Melayu awal
yang wujud di Tanah Melayu .
2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan
masing-masing menyenaraikan hasil dapatan
mereka dalam kertas kosong.

Nilai
kerjasama
KB
menjana idea

Buku Teks
(Tajuk 4 )
Kerajaan-kerajaan
Melayu Awal
*DSKP
Tahap
Penguasaan

3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk


membentangkan hasil perbincangan di hadapan
kelas.
4. Murid membentangkan hasil dapatan masingmasing.
5. Guru merumuskan pembentangan murid dan
menyatakan senarai penuh kerajaan awal di
Tanah Melayu.
Aktiviti 2 (10 minit)
1. Guru menunjukkan layar peta di hadapan
kelas.

KB

BBM
Peta

Menghubungkait
2. Murid di minta menjawab peta apakah ini.

Kedudukan
kerajaan-kerajaan
Melayu awal pada
peta.
Cth:
- Kedah Tua
- Patani

3. Guru juga merumuskan jawapan murid.


4. Guru meminta murid memikirkan kedudukan
kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta.
5. Murid berbincang dalam kumpulan

*DSKP

6. Guru meminta murid tampil kehadapan


melabelkan nama kerajaan Melayu awal
mengikut kedudukan pada peta.
7. Murid tampil kehadapan dan melabelkan
peta.
8. Guru mengaitkan jawapan murid dengan
menerangkan tentang kerajaan-kerajaan Melayu
awal yang di labelkan.
Aktiviti 3 (5 minit)
1. Guru menerangkan kedudukan semua
kerajaan-kerajaan Melayu awal yang terletak
di pesisir pantai.

ICT

BBM
Peta

KB
2. Murid mendengar dengan teliti penerangan
guru.

menjana idea

3. Guru menyoal murid apakah keistimewaan


kerajaan-kerajaan Melayu awal?
4. Murid menjawab soalan guru.
5. Guru merumuskan jawapan murid.
Penutup (2 minit)

Nilai

1. Guru merumuskan isi-isi penting dalam


pelajaran hari ini.

bersyukur

*DSKP

5.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan
izin dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek SJH
3063E - Kaedah pengajaran Sejarah ini.
Walaubagaimanapun terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing subjek SJH063E, Puan Warti binti Kimi kerana telah banyak
menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan.
Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi
dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama
yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan
bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak yang
mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan
kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya berpendapat
setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa kini dan masa hadapan.
Melalui pelaksanaan kerja kursus projek ini, saya mula menyedari betapa pentingnya
penerapan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid. Apatah lagi kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) yang boleh mendorong murid mencipta, mengaplikasi dan membuat penilaian
terhadap apa yang dipelajari.
Jesteru itu melalui penggunaan pendekatan pengajaran yang berkesan yang
memerlukan penglibatan murid melalui strategi berkumpulan, pelbagai kaedah boleh disalurkan
kepada murid-murid dengan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang betul dan berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun, murid-murid seronok untuk belajar
sambil berfikir lalu menghasilkan satu corak pembelajaran yang berkesan dalam kelas yang
kondusif, aman dan tenteram.
Kemunculan pelbagai gajet dan kemudahan ict pada masa kini, memudahkan kita
menerapkan KBAT kepada murid-murid. Melalui pembelajaran interaktif, pelbagai soalan boleh
dikemukakan untuk menggalakkan murid-murid berfikir. Aktiviti penyelesaian masalah menjadi
lebih menarik melalui penggunaan computer di samping kemahiran berfikir boleh diterapkan.
Tugasan-tugasan mingguan lain yang melibatkan pencarian maklumat menggunakan
enjin pencari turut menajamkan lagi kemahiran mencari maklumat menggunakan internet.
Hampir kesemua tugas mingguan yang diarahkan memerlukan kemahiran menggunakan enjin
pencari, sebagai contoh; mencari bahan bantu mengajar bagi pengajaran dan pembelajaran

kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Hal ini membolehkan saya dan rakan-rakan
memperoleh banyak maklumat atau bahan yang berguna dan sesuai dijalankan dalam
pengajaran dan pembelajaran kelak. Dengan adanya bahan-bahan tersebut, ianya akan
membantu saya untuk melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan
sendiri satu hari nanti memandangkan kesemua bahan telah disimpan dalam folder tertentu dan
boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari
turut membantu dalam mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada
awalnya saya anggap tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan
kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang harus dipelajari lagi.
Sebagai contoh, dalam penggunaan microsoft power point yang mana kami gunakan bagi
tujuan membuat pakej pembelajaran. Walaupun perisian tersebut seringkali digunakan ketika
membuat mana-mana pembentangan di bilik kuliah, namun saya masih belum mengetahui
banyak perkara yang boleh dibuat dengan menggunakan perisian power point. Saya menyedari
hakikat itu setelah melihat beberapa contoh pakej pembelajaran yang telah diberikan oleh
pensyarah pembimbing, dan mendapati bahawa masih jauh untuk saya mencapai tahap-tahap
tertentu. Oleh itu, sebagai jalan inisiatif, saya seringkali bertanyakan pendapat kepada
pensyarah pembimbing dan rakan-rakan mengenai fungsi-fungsi microsoft power point dengan
lebih mendalam. Alhamdulillah, dengan perkongsian yang ada, saya telah mempelajari banyak
lagi kemahiran-kemahiran baharu seterusnya membolehkan tugasan kerja kursus ini
disempurnakan dalam masa yang lebih singkat. Tugasan kerja kursus projek ini juga turut
memberi saya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, di mana buat julung kalinya saya
telah membina satu laman sesawang secara individu. Laman sesawang yang dihasilkan adalah
salah satu dari kehendak soalan tugasan, yang mana meminta saya dan rakan-rakan lain
memuat naik segala bahan yang telah diperoleh sepanjang pembelajaran minggu pertama
hingga minggu kelima ke dalam laman sesawang masing-masing.
Bagi saya, pengalaman baru seperti ini merupakan satu lagi batu loncatan yang
berharga untuk membawa diri ini ke aras yang lebih tinggi. Satu kemahiran yang tidak pernah
saya terfikir untuk mempelajarinya, kini telah menjadi salah satu keistimewaan dalam diri
sendiri. Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang
bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu
menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang teknologi. Selepas ini, segala kemahiran
yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang
terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih.
FAIROS AZMI BIN MARZAH
810809145533
PPG 6.07

BIBLIOGRAFI
Hafizah Hussain, Dzuraidah Abdul Wahab, Aini Hussain, Salina Abdul Samad, Che Husna
Azhari, Azah Mohamed dan Noritawati Md Tahir. Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Teknik Jigsaw di Kalangan Pelajar Kejuruteraan, UKM Prosiding Seminar Pengajaran
dan Pembelajaran Berkesan 2006. ukm. 44-53.
Isahak Haron & Koh Boh Boon.1992. Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi, Kuala Lumpur,
Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Ehwan Supangat, Sistem Pengajaran Kendiri Sejarah Berasaskan Modul Teras Cabang
Shahrom. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti
Teknologi Malaysia.
http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2006/6~kesan%20pembelajaran%20teknik%20jigsawProf%20Aini.pdf
Idrus A. Rore. Metode Poker Suatu Alternatif Pengembangan Daya Tarik Pelajaran Sejarah.
Diperoleh pada Februari 3, 2008 daripada http://www.geocities.com/
konferensinasionalsejarah/idrus_a_rore_s_pd.pdf.

LAMPI
RAN

Вам также может понравиться