Вы находитесь на странице: 1из 3

Cara Qada' Solat Yang Tertinggal

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan
yang Allah s.w.t. suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2.

Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang
lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah s.w.t. suruh. Mungkin
kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun
tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua
disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah
aqal baligh dulu.

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya
dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum
tiba eloklah kita semua qada' solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang
ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang
kita dengan Allah s.w.t.

Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada' solat yang ditinggalkan kerana
tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada' solat yang sengaja
ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai
semasa muda-muda dulu. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan
bertaubat sahaja.

Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada' solat
yang ditinggalkan walaupun Baginda s.a.w. tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada' dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada' tapi tidak perlu
sebut perkataan qada' semasa niat. Qada' ialah melakukan sesuatu ibadah di luar
waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara
mudahnya tunai waktu Allah, qada' waktu kita.

Dari Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya
kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua
belas rakaat. (Hadith riwayat Muslim)

Cara niat Qada' bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada kerana Allah Taala

2. Solat Isyak:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada kerana Allah Taala

3. Solat Subuh:
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada kerana Allah Ta'ala

4. Solat Zuhur:
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada kerana Allah Ta'ala

5. Solat Asar:
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha kerana Allah Ta'ala"

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak
akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada' semua
jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada' solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada',
pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat
fardhunya, maka qada'kanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah
ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat
yang perlu diqada' dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada'
kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat
qada', buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat
mengqada' semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada' kesemua solat itu, semuanya
bergantung pada Allah s.w.t, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk
qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh
dan juga mengikuti segala perintah Allah s.w.t, in sya Allah akan diampuni dosadosanya. Untuk pengetahuan semua, qada' solat fardhu boleh dilakukan pada bilabila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini
bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t.

Вам также может понравиться