You are on page 1of 1

PERANAN yang dimainkan oleh media massa turut diakui dalam perkembangan sukan secara global

demi kemantapan pada masa hadapan.


Laporan sama ada yang berlaku di dalam atau luar negara kini menuntut dilaporkan dengan lebih
mendalam dan dapat dikembangkan untuk mempertingkatkan minda masyarakat.
Dalam masa terdekat ini, Piala Dunia '98 di Perancis yang akan bermula Rabu ini turut
memperlihatkan bagaimana media memainkan peranan masing-masing.
Akhbar Utusan sudah memulakan halaman khas Piala Dunia awal Jun lalu bagi manfaat pembaca
untuk sama-sama merasai kehangatan kejohanan empat tahun sekali itu.
Malah ruangan berkenaan turut dapat diikuti melalui Internet dengan
alamat www.utusan.com.my/worldcup sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.
Ruangan berkenaan memasukkan semua maklumat yang dikehendaki bermula dari sejarah
kejohanan bermula sehingga sekarang.
Semua pasukan yang pernah mengambil bahagian termasuk tahun ini dimasukkan maklumat sama
ada era kejayaan atau sebaliknya.
Melaluinya, peminat bola sepak secara tidak langsung akan dapat merasai kehangatan Piala Dunia
meskipun kejohanan berkenaan diadakan di Eropah.
Dari situ jelas membayangkan bahawa media amat penting dalam memastikan sesuatu kejohanan
tersebut meriah berdasarkan liputan yang diberikan.
Peranan media massa jelas menjadi elemen utama untuk memberi kepuasan kepada peminat sekali
gus membawa penghayatan kejohanan dalam diri mereka.
Elemen berkenaan boleh menyemarakkan minat masyarakat serta menambah minda ke arah
kecemerlangan sukan untuk jangka panjang sejajar menerusi peranan media.
Semua yang berkaitan adalah salah satu cara bagaimana media dapat membudayakan sukan dalam
erti kata sebenar tanpa memerlukan sebarang paksaan.
Ini adalah kerana pemahaman masyarakat terhadap sukan menerusi peranan media secara tidak
langsung dapat menanam minat untuk lebih mantap.
Mungkin pemahaman menerusi pendedahan dan perbincangan melalui media akan mewujudkan satu
generasi lebih teguh dalam menaikkan semangat kesukanan meskipun sebagai peminat dalam
sesuatu aktiviti.
Mungkin satu hari nanti masyarakat Malaysia akan menerima sukan sebagai salah satu gaya hidup
mereka selaras dengan peranan media.
Sekiranya elemen minat membaca masyarakat menebal maka hasrat menjadikan sukan sebagai salah
satu gaya hidup maka media yang akan memainkan peranannya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=1998&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz3WqPzl45D
Utusan Melayu (M) Bhd