Вы находитесь на странице: 1из 1

contoh Karangan Bergambar "Kepentingan Hutan Semula jadi"

Gambar di bawah menunjukkan hutan yang malar hijau di Malaysia. Tulis sebuah
karangan tentang kepentingan hutan kepada benda hidup. Panjangnya
karangan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
[ 20 markah ]
Hutan merupakan anugerah daripada Tuhan. Anugerah ini memang tidak ternilai
kepada hidupan sarwa alam. Oleh sebab itu, alam ini wajar dipelihara sebelum
terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Hutan dapat dijadikan kawasan tadahan air hujan. Dengan ini, kita dapat
menggunakannya dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti memcuci,
memasak dan lain-lain. Oleh sebab itu, hutan menjadi nadi kehidupan kepada
penduduk bumi.
Selain itu, hutan juga menjadi kawasan mainan fauna di muka bumi ini. Hutan yang
berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna, hutan dapat menyelamatkan flora
dan fauna. Hal ini demikian kerana kepupusan flora dan fauna berkait rapat dengan
hutan.
Sementara itu, hutan juga dapat memainkan peranan sebagai pengawal
pemanasan global. Pemanasan global berlaku kerana pencemaran dan sikap
manusia yang tidak cinta akan alam sekitar. Oleh hal yang demikian, tahap
kepanasan di muka bumi ini dapat dikurangkan agar kita tidak berpanas.
Hutan ialah tempat manusia mencari rezeki, terutamanya Orang Asli. Oleh itu, hasil
hutan seperti herba dan ubat-ubatan dapat terus dicari dengan kewujudan hutan.
Saya berharap amalan perubatan tradisional dapat diperkembangkan jika hutan
dijaga dengan baik.
Kesimpulannya, hutan wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap penduduk
bumi. Hutan dapat memberi ketenangan jiwa kepada kita dengan hutan yang malar
hijau. Oleh itu, kawasan hutan mestilah diperluas dan dipulihara demi masa depan
semua.