Вы находитесь на странице: 1из 22

KONSEP ASAS KECEDERAAN

DALAM SUKAN DAN PRINSIP ASAS


PERTOLONGAN CEMAS
Definisi Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan
permulaan atau rawatan awal yang
diberikan kepada mangsa atau pesakit.
Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai
bantuan Permulaan/ rawatan Awal
yang diberikan kepada seseorang yang
mengalami kecederaan dalam
sebarang kemalangan atau sakit
secara mengejut/tiba-tiba dengan
menggunakan objek sekeliling sebelum
ketibaan ambulans, doktor atau pakar
perubatan atau sebelum mangsa
dihantar ke hospital.
Tujuan Pertolongan Cemas
1.Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk
menyelamatkan nyawa di dalam
situasi yang mengancam nyawa
seperti pendarahan yang banyak,
terhenti pernafasan dan jantung,
terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2. Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas
yang betul dan pantas untuk
mengelakkan kecederaan atau
keadaan pesakit menjadi bertambah
buruk.
3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan
kata-kata semangat untuk
memberikan kelegaan kepada pesakit
4. Dapatkan bantuan kecemasan atau
lanjutan

Dapatkan bantuan seseorang untuk


memanggil ambulans dengan kadar
yang segera
Jangan tinggalkan mangsa
keseorangan sehingga bantuan tiba.
Sikap Yang Perlu Ada Pada
Pemberi Pertolongan Cemas
Berpengetahuan tenang
Berkeyakinan lemah lembut
Tajam pengamatan bertanggungjawab
Pantas bertindak amanah
Prinsip pengurusan situasi
kecemasan
Prinsip-prinsip pertolongan
cemas:
1. Menyelamatakan nyawa
2. Mengurangkan kesakitan
3. Mengelakkan daripada keadaan
bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau
menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
1. Memberi pertolongan kepada
mangsa yang cedera teruk
dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa
yang tidak sedar - menjaga,
terutamanya pernafasan
pesakit itu
3. Jangan sekali-kali
menanggalkan pakaian mangsa
hanya sekadar
melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk
memudahkan pernafasan
mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan
pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi
menghantar mangsa ke
hospital.
Tindakan serta merta pertolongan
cemas:
1. Menentukan pernafasan
mangsa berkeadaan baik.

2. Memberikan rawatan renjatan


dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah
jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi
dan sempurna

1. Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk


pelbagai tujuan - pertandingan
keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan.
2. Contoh - berenang secara bersaing
di hadapan penonton dianggap
sukan, tetapi berenang bersendirian
di kolam atau laut dianggap aktiviti
rekreasi.
3. Sukan menuntut pengorbanan masa, wang dan keinginan - sama
ada sebagai peserta atau
PERINGKAT
BILANGAN
penonton.
SEMINIT
4. Sukan - aktiviti riadah, mengisi
Dewasa
70-80 kali
kegiatan lapang, bahan untuk
media massa atau elektronik dan
Kanak-kanak
90-100 kali
sumber pendapatan.
5.
Sukan mengandungi; ( i )
Bayi
100-140
latihan
kemahiran berguna
kali
secara rekreasi, ( ii ) peraturan
tertentu dalam mengejar
kecemerlangan.
Arahan am untuk memberi
6. Kecemerlangan - kemampuan
rawatan bantu mula:
mengatasi tanda
ukur (benchmark) terdahulu,
Bertindak dengan cepat dan tenang.
catatan masa, rekod dunia dan
Dapatkan bantuan orang yang
sebagainya.
berhampiran untuk membuat
panggilan ke polis, ambulans, keluarga
"Sukan adalah segala kegiatan
dll.
yang melibatkan ketangkasan atau
kemahiran serta tenaga yang
pengambilan kadar denyutan nadi
dilakukan sebagai acara hiburan,
pertandingan atau menyihatkan
BILANGAN NADI SESEORANG
tubuh badan."
- Kamus Dewan Edisi ke-5 -

Sukan, perubatan sukan dan


jurulatih sukan
Konsep sukan dan perubatan
sukan
Konsep Sukan

Perbezaan Antara Sukan,


Permainan dan Latihan
1.
Sukan melibatkan peserta
berkemahiran (atlet atau individu
berpengetahuan).
2.
Permainan tidak mempunyai
tujuan jelas tetapi boleh berubah
kepada sukan seperti permainan
kanak-kanak.
3. Latihan ialah aktiviti yang
bertujuan membina kemahiran
dan kemampuan seseorang
dalam sesuatu sukan.
Perubatan Sukan
1. Perubatan salah satu cabang
sains hayat berkenaan menjaga

dan mengekalkan kesihatan


dan rasa sihat (wellness).
2. Perubatan sukan - bidang yang
dapat membantu atlet pulih
dari kecederaan yang dialami
sewaktu terlibat dalam aktiviti
sukan, selain membincangkan
hal-hal mencegah kecederaan
semasa bersukan.

6 Langkah dalam Kitaran


Kecederaan

5. Pindahkan mangsa ke tempat yang


selamat.
6. Segera hubungi pihak polis,
ambulan dan keluarga mangsa jika
kecederaan serius.
7.
Menjaga etika dan adab diri
serta mangsa dalam menghadapi
kecemasan.
8. Menilai keberkesanan kaedah
rawatan yang digunakan bagi
memastikan keadaan mangsa akan
datang.

Pencegahan Kecederaan dalam


Sukan dan Langkah-langkahnya
Definisi
Pencegahan kecederaan di dalam
kamus dewan edisi keempat ,
pencegahan kecederaan memberi
maksud mencegah dari berlakunya
kecederaan yang tidak diingini ketika
melakukan aktiviti sukan.
Kepentingan Terapi dalam Sukan

Prinsip Pencegahan Kecederaan

Terapi kecederaan terbahagi kepada


2:

Prinsip pencegahan yang perlu diberi


keutamaan ialah

Fisioterapi - hidroterapi,
elektroterapi, terapi haba
Urutan sukan
Peranan dan Tanggungjawab Ahli
Pertolongan Cemas Sukan
1. Kenalpasti punca kemalangan atau
kecederaan.
2.
Lakukan pertolongan dengan
tertib, pantas, tenang dan senyap elakkan terlalu banyak bercakap
perkara yang tidak patut dengan
mangsa.
3. Pulihkan pernafasan mangsa jika
didapati pernafasan mangsa
terhenti.
4. Memberi perangsang kepada
mangsa.

1) Prinsip latihan
Penambahan beban senaman
secara beransur-ansur
Tempoh latihan - Berlatih pada
paras yang boleh dilakukan dan
jangan berlatih hingga badan
menjadi terlalu letih. Tempoh masa
yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam
30 minit sehari.

Intensiti

Motivasi

Pengkhususan - Senaman yang


dipilih haruslah khusus dan sesuai
untuk mencapai tujuan dan objektif

Relaksasi - Dapat
mengurangkan ketegangan atau
kelesuan

Rutin

2) Memanaskan badan Tujuan


- sediakan otot-otot untuk melakukan
aktiviti serta kemahiran ,
melonggarkan otot-otot dan sendisendi yang tegang dan
mencergaskan reaksi atau reflek
atlet-atlet.
3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara
beransur-ansur bagi menyediakan
atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :
memulihkan kecederaan
meningkatkan perkembangan
meningkatkan keyakinan diri
4) Aktiviti bagi menggelakkan
kecederaan
Meninggikan suhu badan dengan
berlari perlahan-lahan atau jogging,
melunjur, berlari pecut, senaman
khusus, memilih permainan yang
sesuai kepada kebolehan atlet dan
mengajar kemahiran asas.
5) Keselamatan kemudahan dan
peralatan
Berlaku sekirannya gelanggang atau
kemudahan peralatan tidak
sempurna dan
tidak mengikut piawaian yang telah
ditetapkan.
Keadaan disekeliling gelanggang,
padang
dan dewan.

6) Peralatan perlindungan
Alatan yang digunakan bagi
melindungi diri atau anggota badan
dari sebarang kecederaan semasa
melakukan aktiviti sukan.Alatan
perlindungan diri adalah sebahagian

daripda peraturan sesuatu permainan


tersebut. Penguatkuasaan peraturan
akan menjamin ahli sukan mendapat
kecederaan yang minimum sekiranya
berlaku.
Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan
di dalam kitaran kecederaan
Menguasai teknik yang betul Biasanya pemain berkemahiran
tinggi jarang mengalami
kecederaan kerana mereka
dilindungi oleh kemahiran mereka.
Oleh itu, adalah penting bagi
pemain menguasai teknik
permainan yang betul.
Menguasai komponen-komponen
kecergasan spesifik - Pemain harus
menguasai teknik kecergasan
spesifik. Latihan yang dijalankan
adalah untuk mengajar dan melatih
pemain dalam mengelakkan
kecederaan dan bukan untuk
memantapkan mutu permainan
semata-mata. Pemain yang cergas
biasanya jarang ditimpa
kecederaan.
Hal ini kerana :
(a) Reaksi yang tinggi terhadap
bahaya dan biasanya tindak
balas untuk mengelakkan diri
daripada bahaya tersebut adalah
tinggi.
(b) Jatuh dengan kendur (relax way)
sekaligus dapat meminimumkan
kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi.
Ini dapat membantu
mengurangkan hentakan ketika
jatuh
Menggunakan kemudahan dan
pakaian yang sesuai - Jersi, seluar
pendek dan kasut yang digunakan
harus sesuai dengan permainan.
Elakkan menggunakan pakaian
kurang sesuai yang boleh
mendatangkan kecederaan kepada
anggota badan. Alat pelindung
seperti pelindung siku dan lutut

boleh digunakan untuk melindungi


kecederaan siku dan lutut apabila
terjatuh.

Bertindak berdasar DRABC [Danger


Response Airways Breathing
Circulation] iaitu:

Peraturan dan penguatkuasaan


undang-undang - Peraturan
diwujudkan untuk menjadikan
permainan menjadi lebih seronok.
Pemain harus mematuhi undangundang yang ditetapkan agar
kecederaan dapat dielakkan.
Peraturan permainan harus
dikuatkuasakan dengan tegas.
Persediaan lengkap untuk latihan
dan pertandingan - Jenis aktiviti
yang dijalankan juga penting,
sebelum pertandingan, elakkan
latihan yang terlalu keras yang
menyebabkan pemain lesu ketika
permainan. Ini kerana fokus utama
pemain adalan pertandingan. Jika
mereka kurang stamina mereka
akan mengalami kecederaan ketika
pertandingan.

D = Danger (Bahaya) =
Keluarkan mangsa dari
kawasan yang merbahaya
R = Respond (Tindak
balas/Reaksi)
- Pastikan mangsa
bertindakbalas dengan
memanggil mangsa atau
bertanya dengannya jika
mangsa sedar.
- Dapatkan tindak balas atau
reaksi dari mangsa. Jika
sedar : Tanya mangsa
keadaannya.
- Pastikan kecederaan atau
kesan lain.
- Berikan rawatan yang
sewajarnya.
- Dapatkan bantuan jika perlu.
Jika tidak sedar: Pastikan
saluran pernafasan terbuka
dan tiada halangan.
- Periksa samada mangsa
bernafas atau tidak.
Periksa pengaliran darah
dengan merasa denyutan
nadi di leher (karotid).

Pengurusan Emosi
- Mental yang sihat memainkan
peranan penting dalam
membentuk jati diri seseorang
atlit.
- Emosi yang stabil membantu
atlit lebih bersedia melakukan
aktiviti.
- Sekiranya berlaku kecelaruan
emosi, mungkin menyebabkan
perubahan tingkah laku yang
boleh menyebabkan berlakunya
kecederaan.
Pendekatan rawatan kecederaan
Kepentingan pendekatan yang
sistematik
o Mengelakkan kecederaan
daripada bertambah teruk.
o Mengurangkan kesakitan.
o Mengenalpasti bahagian
anggota badan yang cedera.
Langkah-langkah Penyelesaian
Masalah Kecederaan

Tahap kesedaran mangsa boleh


dibahagikan kepada 4 peringkat
iaitu:
o 1) A - Alert (sedar
sepenuhnya)
o 2) V - Verbal (respon
terhadap suara)
o 3) P Pain (respon terhadap
kesakitan/sentuhan)
o 4) U Unconcious (tiada apaapa respon)
A = Airway (Saluran
pernafasan) = Pastikan mulut
dan hidung mangsa tidak
tertutup atau tersembut - jika
ada keluarkan dan letakkan
mangsa dalam kedudukan
yang selesa
B = Breathing (Pernafasan) =
Pastikan mangsa bernafas dan
jika tidak, lakukan EAR External Air Resuscitation

C = Circulation
(Peredaran/Pengaliran
Darah)= Pastikan nadi mangsa
berfungsi - semak di nadi
karotid atau di leher , jika tidak
lakukan CPR [Cardio
Pulmponary Resuscitation].

Menilai kecederaan
TOTAPS
T
O
T
A
P
S

Talking ( bercakap )
Observe (memerhati)
Touch ( sentuhan)
Active ( aktif)
Passive (Pasif)
Skill (kemahiran )

Langkah-langkah
T.O.T.A.P.S
T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan
atlet/mangsa yang cedera
Apa yang berlaku?
Bagaimana
kemalangan/kecederaa
n berlaku?
Apa yang kamu rasa?
Bahagian mana yang
cedera?
Adakah bahagian lain
yang cedera?
Pernahkah bahagian
ini tercedera sebelum
ini ?
O- Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap
dengan atlet
Adakah atlet/mangsa
tertekan ?
Adakah mangsa
terbaring dengan
posisi/posture yang
bukan scara biasa?
Adakah terdapat
bengkak/kecacatan/leb
am?
Adakah terdapat
perbezaan dengan
anggota yang lain

Bagaimana bahagian
tersebut dikawal ?

T- Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula
kawasan yang tidak cedera dan
secara perlahan begerak ke
kawasan yang cedera.

Adakah terdapat
kelembutan?
Adakah terdapat
kecacatan?
Adalah kawasan
cedera panas?

Berhenti disini sekiranya


terdapat bukti yang jelas
bagi fraktur dan dislokasi.
A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian
yang cedera, bila terasa sakit
berhenti.
Tunjukkan pergerakan yang
sepatutnya pada bahagian
yang tidak cedera terlebih
dahulu.
Bolehkah mangsa
menggerakkan bahagian
yang tercedera pada julat
pergerakan yang penuh
atau terhad?
Adakah sakit ketika
menggerakkan bahagian
tersebut? Bilakah kesakitan
tersebut dirasai?

P- Passif (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian
yang tercedera pada julat
pergerakkan yang normal.
Berhenti jika kesakitan berlaku.
Bolehkah mangsa
menggerakkan bahagian
yang tercedera pada julat
pergerakan yang penuh?
Bilakah kesakitan berlaku?
Bandingkan julat
pergerakan bahagian

yang tidak cedera dengan


yang tercedera.
Berhenti disini bila
atlet/mangsa mengadu
kesakitan atau
hilang/bertambah julat
pergerakan
S- Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera
boleh bergerak pada julat
pergerakan yang normal tanpa
kesakitan, suruh
atlet/mangsa berdiri dan
lakukan pergerakan yang
perlahan.
Sekiranya terdapat
kesakitan, nasihat atlit
berhenti

Sekiranya tiada
kesakitan atau minima, atlet
boleh teruskan latihan atau
permainan
PEMBEBATAN
Tujuan pembebatan
a) Menahan pendarahan
b) Membantu mengelakkan luka atau
kecederaan dari terdedah kepada
kekotoran yang boleh
menyebabkan jangkitan.
c) Mencegah jangkitan di tempat
luka.
Melakukan pembebatan perlu
menggunakan kain pembebatan yang
bersih suci hama. Kebiasaannya jenis
kain yang digunakan untuk
pembebatan adalah dari jenis kain
kasa dan kain lint kerana kain ini
lembut dan mudah menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasan
a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah
menyerap.
Semasa melakukan pembebatan,
seboleh-bolehnya elakkan dari
memegang atau menempoh kain yang

digunakan untuk melapik tempat luka.


Ini bertujuan meminimakan jangkitan
kuman di tempat cedera tersebut.
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain
pembalut digunakan semasa
menjalankan rawatan mangsa
kemalangan. Antara jenis-jenis
pembalut yang digunakan ialah:a) Pembalut tiga segi (triangular
bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow
bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya
tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang
dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan
pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.
Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain
yang sangat penting di dalam
pertolongan cemas kerana ia boleh
digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Kain anduh yang baik berukuran 1
meter x 1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:a) Mengampu bahagian yang cedera
atau patah.
b) Menghenti atau menahan
pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang
cedera.
d) Dapat digunakan sebagai
pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau
cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung
tuaman sejuk.
Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)

mengampu bahagian anggota


atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan
serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns
(triangular sling)
- menahan pendarahan anggota
atas.
- Mengampu kecederaan
bahagian bahu dan tulang
skapula.
- Mengampu anggota atas yang
cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di
bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal
yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang
cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and
cuff sling)
- mengampu pergerakan
anggota atas yang mengalami
patah tulang klavikal.
-

SISTEM PERNAFASAN
Definisi; satu sistem di mana Oksigen
disedut masuk ke dalam tubuh dan
diedarkan keseluruh tubuh badan dan
proses metabolisme yang berlaku di
dalam sel mengeluarkan karbon
dioksida dari tubuh.
Bahagian yang terlibat dalam
pernafasan;
o Salur udara
o Paru-paru
o Otot-otot pernafasan

Saluran udara
o Rongga hidung
o Naso faring
o Larinks
o Trakea
o Bronkus
o Bronkiol

berfungsi

Saluran pernafasan

o
o

menapis, memanas
serta melembapkan
udara masuk.
Mengawal kemasukan
dan pengeluaran isi
padu udara

Paru-paru
o Gugusan alveoli
o Salur kapilari

Otot-otot pernafasan
o Otot-otot interkosta
o Diafragma

BILANGAN PERNAFASAN
SESEORANG
PERINGKAT

BILANGAN SEMINIT

Dewasa

15-20 kali

Kanak-kanak 6-10 thn

22-25 kali

Bayi

35-40 kali

Resusitasi ?
RESUSITASI UDARA HEMBUSAN
(Expired Air Resuscitation - EAR)
adalah kaedah di mana penyelamat
memberi nafas kepada mangsa yang
terhenti pernafasannya. Kaedah ini
adalah berkesan untuk memasukkan
udara berserta oksigen ke dalam paruparu mangsa jika mangsa telah
berhenti bernafas tetapi masih
mempunyai denyutan nadi. Istilah
yang biasa digunakan ialah 'resusitasi
mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik
yang digunakan di dalam EAR ini:
MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan mulutnya ke
mulut mangsa dan bernafas ke saluran
udara mangsa melalui mulut
MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa mengalami
kecederaan muka yang menghalang
penyelamat daripada menggunakan
mulut mangsa ataupun dalam
kedudukan tertentu semasa

menyelamatkan seseorang sewaktu


kecederaan disebabkan air.
Penyelamat akan menutup mulut
mangsa, melekapkan mulut ke hidung
mangsa, bernafas dengan perlahanlahan dan kemudiannya melepaskan
rahangnya untuk membolehkan
mangsa menghembuskan nafas
keluar.
MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT
(EAR)

o Ini adalah kaedah pilihan untuk


melakukan resusitasi kepada kanakkanak, kerana mulut penyelamat
boleh menutup mulut dan hidung
kanak-kanak tersebut.
EAR adalah penting jika pernafasan
mangsa terhenti sepenuhnya.
o Terdapat beberapa keadaan yang
boleh menyebabkan kehilangan
upaya pernafasan
o Tercekik, pengambilan heroin dalam
dos yang berlebihan, hampir lemas,
gigitan dan sengatan dan juga
masalah penafasan tertentu seperti
asma atau emfisema (perlu rawatan
segera)
o Pernafasan hendaklah berkesan dan
efektif. Ini dibuktikan dengan
kenaikan dan penurunan dada bagi
setiap nafas yang diberikan oleh
penyelamat. Lakukan sehingga 5
kali cubaan untuk memperolehi dua
pernafasan yang berkesan.
Tanda-tanda untuk EAR

Sianosis - kepucatan

Pernafasan terhenti atau kadar


pernafasan adalah kurang dari
4-5 kali dalam seminit

Prosedur EAR

Baringkan mangsa. Longgarkan


bajunya di kawasan leher.

Buka mulut mangsa dan


masukkan jari anda untuk
membuang sebarang kotoran
(contohnya darah, muntah, gigi
yang patah dan gigi palsu)
Pegang belakang leher mangsa
dengan satu tangan. Letakkan
pangkal sebelah tapak tangan
lagi pada dahi mangsa dan
dongakkan kepalanya sejauh
mungkin
Menggunakan tangan yang
berada pada dahi mangsa, picit
hidung mangsa, sedut nafas
sedalam-dalamnya, buka mulut
anda dan lekapkan pada mulut
mangsa, kemudian hembuskan
sekuat hati. Dada mangsa akan
ternaik kerana udara tersebut
dipaksa memasuki paru-paru.
Jika mangsa adalah seorang
kanak-kanak, hembus melalui
hidung dan mulutnya dengan
mulut anda tetapi jangan
hembuskan dengan kuat seperti
yang dilakukan kepada orang
dewasa.
Tunggu sehingga dada mangsa
menurun, kemudian ulangi
prosedur yang sama.
Lakukannya sebanyak empat
kali secara terus-menerus
dengan cepat.
Terus lakukan resusitasi mulutke-mulut (pada kadar 10
pernafasan dalam seminit)
sehingga mangsa boleh
bernafas dengan sendiri
ataupun bantuan perubatan
telah tiba.
Apabila mangsa telah boleh
bernafas dengan sendiri,
letakkan mangsa pada
kedudukan pemulihan (lihat
CPR)
Jika terdapat ataupun disyaki
terdapat kecederaan tulang
belakang dan ketiadaan
pernafasan dan/atau nadi, anda
masih perlu melakukan
resusitasi dan kekalkan
keadaan saluran udara.
Kekalkan keadaan dalam
kedudukan yang neutral tanpa

mendongakkan atau
mengangkat dagu dengan
banyak kerana ini boleh
memburukkan lagi kecederaan
pada leher.
Lakukan resusitasi mulut-kemulut dan menekan-nekan
dada jika pernafasan dan nadi
masih tidak ada.
Jika anda perlu melentangkan
mangsa ini bagi membolehkan
resusitasi dijalankan, anda
perlukan bantuan daripada
orang lain. Pastikan kepala,
badan dan ibu jari kaki berada
dalam garisan yang lurus.
Kekalkan dan jangan lepaskan
sokongan pada kepala.

EAR perlu diteruskan sehingga mangsa


boleh bernafas dengan spontannya,
sehingga penyelamat mendapat
bantuan perubatan atau sehingga
keadaan mangsa menjadi semakin
merosot dengan terhentinya jantung,
dan pada masa ini penyelamat perlu
melakukan resusitasi kardiopulmonari
(CPR).

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)


Apakah CPR?
Adalah bantuan kecemasan
yang diberikan kepada mangsa
kecederaan yang tidak
mempunyai denyutan nadi dan
tidak bernafas
Merupakan kombinasi terknik
pernafasan bantuan mulut ke
mulut dan juga tekanan dada
Berperanan untuk membantu
jantung mengepam udara yang
dihembus ke seluruh anggota
badan
Dua sebab utama CPR
dilakukan:
*terhenti pernafasan
*tiada nadi
Kaedah:
Terdapat 3 prinsip asas
yang perlu dilakukan iaitu

ABC sebelum melakukan


CPR
A Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)
Definisi :
Kombinasi teknik pernafasan bantuan
dan tekanan dada (Pemulihan
pernafasan peparu jantung )
Tujuan : Memastikan jantung dan paruparu dapat berfungsi semula untuk
mengepam darah disamping
membekalkan oksigen ke seluruh
tubuh.
PERNAFASAN MULUT KE MULUT
1-Dgn keadaan mangsa baring
melentang anda hendaklah
terlebih dahulu membuang
bendasing dalam mulut.
2-Buka saluran udara dgn
mencondongkan kepala ke
belakang dan dagu diangkat ke
atas.
3-Tutup lubang hidung mangsa
dgn memicitnya menggunakan
ibu jari dari jari telunjuk
anda.Tarik nafas sepenuhnya
dan letakkan bibir anda di
sekeliling mulut mangsa.
4-Tiup ke dalam mulut mangsa
sehingga anda melihat dada
mangsa bergerak.
5-Alihkan bibir anda dan
biarkan dada mangsa turun
perlahan-lahan. Berikan
pernafasan berturut-turut
TEKANAN DADA
1-Keadaan mangsa baring
terlentang di permukaan
rata.Berlutut di sisinya dan cari
tulang selangka terakhir dgn

menggunakan jari telunjuk dan


jari tengah anda. Sorotkan jari
anda ke atas sehingga kepada
titik tengah pertemuan
sempadan tulang selangka dan
tulang dada.
2- Letakkan bahagian belakang
tapak tangan keatas tulang
dada, sorot kebawah sehingga
ia sampai ke jari telunjuk anda.
Lakukan tekanan pada titik ini.
3- Tindihkan tapak tangan anda
dan selang-selikan jari-jari
anda.
4- Secara berbongkok dan
dengan keadaan lengan yang
lurus tekan secara tegak keatas
dada mangsa. Tekan lebih
kurang 4-5 cm. Kemudian
lepaskan tekanan tanpa
mengangkat tangan anda.

tanda dan gejalanya , antaranya :


Pernafasan berbunyi terutama
diwaktu mengeluarkan nafas.
Sesak nafas akibat penyempitan
saluran pernafasan.
Batuk berpanjangan pada waktu
malam hari atau cuaca sejuk.
Penghidap mengadu merasakan
dada menjadi sempit.
Serangan asma yang teruk boleh
menyebabkan penghidap tidak
dapat berbicara karena
kepayahan dalam mengatur
pernafasan.
Pada usia kanak-kanak, seperti
rasa gatal dirongga dada atau
leher.

Rawatan Kecemasan
o
o

5- Ulangi tekanan sehingga 80


tekanan/minit tercapai
o
PERMASALAHAN PERNAFASAN
Penyakit Asma
o menyerang saluran pernafasan
pada paru -paru yang mana
wujudnya radang (inflamasi) pada
dinding rongga saluran pernafasan
hingga menyebabkan
penyempitan pada saluran nafas
yang pada akhirnya seseorang itu
boleh mengalami kesesakan
nafas.
o penyakit asma sangat peka
terhadap pelbagai rangsangan
seperti pencemaran udara, serbuk
sari, udara sejuk, makanan,
haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau
atau aroma menyengat dan
olahraga.
o penyakit asma adalah kesan dari
penghidap mengalami jangkitan
saluran pernafasan atas (ISPA)
sama ada flu ataupun sinisitis.

Tenangkan pesakit dan bantu


dia duduk.
Letakkan dia pada kedudukan
yang selesa dengan tubuhnya
menunduk ke depan sedikit
serta boleh bertongkat.
Pastikan pesakit mendapat
udara bersih yang mencukupi.
Benarkan dia mendapatkan
ubatnya, kalau ada. Ini akan
memberi kelegaan kepadanya.
Seandainya simptom serangan
asma seperti rasa gelisah,
payah bernafas dan muka
bertukar biru berulang lagi,
hendaklah segera dapatkan
bantuan perubatan.

KECEDERAAN KULIT
Jenis kecederaan
Kecederaaan ini berlaku pada
permukaan kulit atau bahagian tisu di
bawah kulit. Kecederaan luaran yang
sering berlaku adalah seperti
berikut :
Luka
: kulit terkoyak
disebabkan terkena benda
tajam atau keras. Koyakan

yang berlaku menyebabkan


kulit berdarah. Koyakan yang
dalam boleh menyebabkan
saluran darah terputus dan
pendarahan yang berlaku lebih
serius.
Melepuh : Berlaku disebabkan
geseran di antara bahagian
badan dengan permukaan
yang lain .Tisu cecair akan
berkumpul dan kulit akan
mengelembung.
Melecet
: Berlaku apabila
bahagian badan bergeser
dengan permukaan lain.
Lapisan epidermis terkoyak
tetapi bahagian atau tisu di
bawah kulit tidak cedera.
Rawatan Am Terbakar dan Melecur
a) Pindahkan mangsa ke tempat
yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam
anggota yang tercedera
beberapa ketika bagi tujuan
menyejuk atau mengurangkan
kepekatan asid atau alkali yang
terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan
tanggalkan benda yang dipakai
oleh mangsa. Contohnya cincin,
subang, gelang dan
sebagainya. Ini disebabkan
tempat cedera akan bengkak
dan sukar untuk menanggalkan
peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam
keadaan renjatan, pulihkan
renjatan mangsa terlebih
dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing
yang melekat pada tempat
cedera. Contohnya pakaian
yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan
cermat.Balut atau tutup bagi
mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak
di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung
kerana mudahkan jangkitan.

j)

Jika pesakit dalam keadaan


stabil beri minum air yang
banyak bagi menggantikan
kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan
segera.
Terbakar oleh Asid atau Alkali
a) Tanggalkan pakaian yang
terkena bahan tersebut dengan
segera.
b) Alirkan atau rendam anggota
yang cedera dengan air yang
banyak.
c) Jika terkena asid, boleh
gunakan larutan sodium
bikarbonat untuk meneutralkan
asid.
d) Sekiranya terkena bahan alkali,
gunakan bahan asid untuk
meneutralkan asid. Jangan
gunakan bahan asid atau alkali
sekiranya terkena mata.
Kecederaan mata boleh
menggunakan air biasa yang
mengalir sahaja.
e) Setelah dicuci, balut atau tutup
tempat yangt cedera dengan
kain yang bersih.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar Pakaian
a) Selimutkan mangsa dengan
kain basah, cadar basah atau
guni basah supaya api dapat
dipadamkan.
b) Arah mangsa berguling di atas
rumput untuk memadamkan
api di pakaian.
c) Curahkan air ke arah mangsa
boleh memadamkan api.
d) Elak dari berlaku renjatan.
Sekiranya renjatan berlaku,
rawatan renjatan perlu
dilakukan.
e) Cuci tempat terbakar dengan
cermat.
f) Tutup tempat cedera dan
dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan kecederaan kulit
Pencegahan jangkitan

Pendarahan terbuka

Definisi pendarahan terbuka


o Terkeluar darah daripada
sistem pendaahan atau
sistem edaran tercedera.
Pendarahan berlaku melalui:
o Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna
merah cerah/ terang
kerana mengandungi
oksigen dan keluar
memancut mengikut
denyutan jantung.
o Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah
tua kerana kurang
mengandungi oksigen dan
mengalir keluar perlahanlahan.
o Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar secara
meleleh.

Prinsip mengawal pendarahan


terbuka
o Bawa mangsa atau pesakit ke
tempat yang selamat dan
edaran udara yang sempurna.
o Bersihkan luka dari kotoran.
o Tekan di tempat luka supaya
darah tidak mengalir keluar
(tiada benda asing) jika ada
buat balutan cincin.
Cara menghentikan pendarahan
boleh dilakukan dengan 2 cara
iaitu:
a) Hentikan pendarahan
secara langsung
mengenakan tekanan
pada tempat yang
mengeluarkan darah
selama 10 minit.
b) Secara tidak langsung
o
Tahan darah secara
tidak langsung
tempat tekan nadi.
o
-menggunakan
penjerut catitan masa

o
o

direkodkan.
Longgarkan jerutan
bagi setiap 20 minit
selama seminit.
Tinggikan anggota yang
luka untuk
mengurangkan darah
mengalir keluar.
Periksa nadi/pernafasan
untuk menentukan
tanda-tanda renjatan.
Setelah darah berhenticuci tempat luka dan
buat balutan yang
sesuai.
Jangan beri sebarang
makanan atau
minuman sewaktu
pesakit tidak sedarkan
diri atau baru sedar dari
renjatan.
Jika ada tanda-tanda
renjatan, beri bantuan
kecemasan untuk
renjatan.
Rehatkan mangsa dan
hantar ke hospital
dengan kadar segera.
Dapatkan rawatan
perubatan secepat
mungkin.

Terdedah kepada haba yang


melampau
STRESS HABA
Bagaimana stres haba terjadi?
Apabila suhu atmosfera menjadi
seimbang dengan suhu badan, maka
badan tidak berupaya utk
menghilangkan haba menerusi radiasi.
Jika terdapat humiditi yang tinggi
peluh tidak dapat meluap dgn
sempurna. Aktiviti riadah yang aktif,
haba yang berlebihan akan dijanakan
oleh kegiatan otot. Kelesuan haba atau
keadaan yang lebih bahaya ialah strok
haba akan menyerang.
Gejala dan tanda :
-Heat exhaustion (Kehilangan air
berlebihan)

*Gejala : Cirit birit dan muntah.


*Tanda :
1. Pening kepala, pitam dan
kebingungan.
2. Hilang selera makan dan loya.
3. Berpeluh, kulit yang berlengas
dan pucat.
4. Kekejangan pd kaki dan tangan
atau perut.
5. Pernafasan dan denyutan nadi
yang cepat dan lemah
-Heat Stroke (Strok haba)
*Gejala : Menyerang secara tiba-tiba
dan menyebabkan mangsa
tidak sedarkan diri dalam beberapa
minit.
*Tanda :
-1. Pening kepala, pitam dan tidak
selesa.
-2. Lesu dan kebingungan.
-3. Kulit kering, merah dan panas.
-4. Darjah gerakbalas menurun
dengan pantas.
-5. Denyutan nadi yaqng penuih dan
melantun.
-6. Suhu badan lebih 40 darjah
Celcius.
-Heat Cramp (Kejang haba)
*Gejala : Ketidakseimbangan air dan
elektrolit iaitu Natrium dan Klorida
dalam badan. Sering berlaku di
gastrocnemius dan abdomen. Berlaku
akibat kehilangan air dan elektrolit
melalui perpeluhan.
*Tanda :
-1. Otot menjadi keras
-2. Pergerakan tidak normal
Langkah-langkah mengelakkan
stres haba
1. Menyesuaikan diri dengan keadaan,
cuaca dan suhu yang panas
sekurang-kurangnya seminggu
sebelum hari pertandingan.
2. Minum air sebelum, semasa dan
selepas sesuatu sesi latihan atau
pertandingan.
3. Pakaian diperbuat daripada 100%
kapas adalah yang paling sesuai
dalam cuaca yang panas.Pemakaian
topi digalakkan bagi mengelakkan

kehilangan 40% haba dibahagian


kepala.
4. Elak daripada berlatih dalam cuaca
panas.
Pengsan
Definisi Pengsan ( Syncope ) :
- Kehilangan daya kesedaran yg
disebabkan oleh penyusutan
sementara pengaliran darah ke
otak
Tanda2:
- Mangsa rebah
- Denyutan nadi perlahan
- Warna kulit pucat
Punca2:
- Kecederaan di kepala
- Stroke / pitam / serangan sakit
jantung/renjatan
- Darah beroksigen yg rendah
( hipoksia )
- Keracunan yang dibekalkan ke
otak termasuk alkohol dan
dadah
- Sawan dan suhu badan tidak
normal
RAWATAN PENGSAN
- Buka salur udara dengan
mengangkat dagu dan
sendengkan bahagian kepala
- Periksa pernafasan dan
denyutan nadi
- Jika mangsa muntah, letakkan
mangsa dalam kedudukan
pemulihan
- Periksa mangsa dengan pantas
dan sistematik untuk kenalpasti
pendarahan luar atau keretakan
tulang. ( sekiranya terdapat
pendarahan luar / keretakan
tulang-hentikan pendarahan
- Minta maklumat drp orang
ramai yg menyaksikan
kemalangan
- Jika mangsa tidak memperolehi
daya kesedaran dalam tempoh

3 minit, dial 999. Jika mangsa


memperolehi daya kesedaran
dlm tempoh 3 minit, nasihatkan
mangsa berjumpa doktor
Mengangkat dan membawa pesakit
Pertimbangan sebelum mengangkat
pesakit semasa kecemasan.

5. Berkomunikasi dengan jelas dan


kerap dengan pasangan anda.
beritahu pesakit apa yang anda
akan lakukan terlebih dahulu.
PEMINDAHAN PESAKIT
Pemindahan pesakit boleh dilakukan
dengan berbagai cara. Antaranya
ialah:
a) seorang pembantu (single helper)
b)

Kebakaran
atau bahaya kebakaran
Bahan letupan atau bahanbahan berbahaya
Ketidakupayaan
untuk melindungi pesakit dari
bahaya
Ketidakupayaanuntuk mengaks
es pesakit lain yang memerluk
an penjag
Situasi
lain yang mempunyai potensi
untuk menyebabkan
kecederaan
Tidak menyediakan penjagaan
menyelamatkan
nyawa disebabkan
oleh lokasipesakit atau
kedudukan

dua orang pembantu (double


helpers)

c)

menggunakan penggusung
(stretcher)

a)

Seorang pembantu (Single


Helper)
Kaedah seorang pembantu boleh
dilakukan dengan berbagai-bagai
cara.
Antaranya ialah:

Kaedah dukungan (Cradle


Lift)
-kaedah ini sesuai digunakan
untuk mengusung pesakit yang

Prinsip mengangkat pesakit


1. Pertimbangkan berat pesakit
bersama-sama dengan berat
usungan atau peralatan lain yang
sedang dijalankan dan menentukan
sama ada bantuan tambahan
diperlukan.
2. Mengetahui keupayaan fizikal dan
batasan anda. Tahu keupayaan
gabungan anda dengan pasangan
anda. Jika benar-benar perlu, anda
boleh meminta penonton untuk
membantu. Anda atau pasangan
anda mesti yang bertanggungjawab
dan memberi perintah, tidak
pengamat.
3. Angkat tanpa memulas. Elakkan
sebarang gerakan berayun apabila
mengangkat
4. Kedudukan kaki lebar bahu anda
selain dengan satu kaki sedikit di
hadapan yang lain.

ringan terutama kanak-kanak


dan bayi.

Bergandingan dengan pesakit


(Human Crutch)
- Usungan ini sesuai dilakukan
bagi mangsa yang boleh
berjalan atau mengalami
kecederaan sebelah anggota
bawah. Mangsa berjalan
beriringan dengan
pembantunya

Mendukung di belakang
atau encang (Pick a back)
- Mangsa memanjat sambil
memeluk belakang
pembantunya.Tangan

pembantu mengampu kedua


belah anggota bawah mangsa.
Mangsa berada di dalam
keadaan sedar.

sebelah lengan masingmasing sebagi tempat


duduk mangsa. Manakala
tangan yang lagi sebelah
mengampu belakang
mangsa.

Dukung di bahu atau


usungan bomba ( Firearm

Mengusung berekoran

Lift)

atau berbuntut.
- Seorang pembantu
memeluk kedua-dua belah
ketiak
mangsa dari
arah belakang mangsa.
Manakala seorang lagi
berdiri di celah kangkang
dengan muka mengadap
ke belakang mangsa
sambil memeluk keduadua bahagian lutut
mangsa.

- Mangsa pengsan atau tidak


boleh berjalan. Kedudukan
kepala mangsa condong ke
bawah manakala badannya
berada di atas bahu
pembantunya.
Usungan merangkak
- Digunakan untuk membawa
mangsa pengsan atau sedar di
tempat yang sempit. Mangsa
menyangkut kedua belah
tangan di leher pembantunya.
Pembantu akan merangkak
sambil mengheret mangsa.

tangan (three hand


seat)

Usungan menarik

- Menggunakan tiga tangan


untuk dijadikan tempat
duduk mangsa.
Sementara sebelah
tangan lagi mengampu
belakang mangsa.

- Pembantu menghadap ke arah


belakang mangsa. Tumpangkan
tangan mangsa di bahagian
ketiak. Tarik mangsa secara
berundur ke belakang.
Menarik menggunakan
blanket

-Menjadikan kedua belah


tangan pembantu
sebagai tempat duduk
mangsa. Mangsa akan
memeluk bahu pembantupembantunya.

a) Kaedah dua pembantu


tangan (two hand seat)
- Mangsa memegang bahu
kiri dan kanan
pembantunya sambil
duduk di atas tangan
pembantunya. Kedua-dua
pembantu menggunakan

Duduk di atas empat


tangan (four hand seat)

- Letakkan mangsa di atas


blanket. Pegang kedua belah
bucu di bahagian kepala
mangsa. Tarik blanket secara
berundur ke balakang.

Duduk di atas dua

Duduk di atas tiga

Mengangkat
menggunakan kerusi
- Mangsa akan duduk di
atas kerusi manakala
pembantu-pembantu
mengangkat kaki kerusi.
Cara ini boleh dilakukan

dengan dua cara iaitu


secara usungan beriringan
atau secara berekoran.
Prinsip menguruskan
kecederaan patah
b) Usungan
menggunakan
penggusung
( Stretcher)

Pengusung gantian (
improvise stretcher)
I. menggunakan kain
blanket atau selimut
tebal dan diangkat di
keempat-empat
bucunya.
II. Menggunakan empat
atau lima kain anduh
yang diikat di dua
batang kayu.
III. Menggunakan dua
buah guni yang ditebuk
buntutnya. Kemudian
dimasukkan dua
batang kayu dalam
guni itu.
IV. Menggunakan dua kain
sarung yang
dimasukkan dua
batang kayu di
dalamnya.
V. Menggunakan tiga atau
empat kain baju
kemeja. Masukkan dua
batang kayu di dalam
baju-baju tersebut dan
kemudian dibutangkan
kancingnya.

Jenis stetcher
o Wheel stretcher
o Portable
o Scoop
o Flexible
o Basket
o Flexible
o Stair chair
o Long backboard
o Short board

Definisi:
M e r u p a ka n ke c e d e r a a n y a n
g
melibatkan manam a n a b a h a g i a n tulang, sama
ada ianya retak, putus, pecah,
remok, serpihan
atausebagainya.
Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau
tidak langsunga)
Secara Langsung
Pa t a h t e p a t p a d a t e m p a t
atau puncanya. Contohny
a k e n a tembakan, pukulan,
tendangan atau kemalangan.
Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat
yang mengalami
kecederaan.Contohnya, berlaku
kecutan otot atau pergerakan
otot yangsecara tiba-tiba,
menyebabkan tulang patah.
Jenis-jenis patah
1. Patah tebu/tertutup (simple
fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka
di bahagian patah.
2. Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di
mana hujung tulang yang patah
tertonjol keluar di bahagian luar kulit.
3. Patah melarat (Complicated
fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain
turut mendapat kecederaan.
4. Patah Remok (Comminuted
fracture)
Patah yang berkeping-keping
atau beberapa bahagian.

5. Patah Terenyok (Impacted


fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan
salah satunya terbenam ke dalam
tulang yang patah itu.
6. Patah Rebung (Green
Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak
terus putus. Biasanya terjadi kepada
tulang kanak-kanak dan bayi.
7. Pecah Remok (Depressed
fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah
dan menghimpit organ lain.
Contohnya, tengkorak kepala yang
terbenam menghimpit otak.
Rawatan awal
1. Beritahu mangsa supaya jangan
bergerak.
2. Jika terdapat luka, kawal
pendarahan. Tekan luka dengan
pembebat yang bersih.
3. Bagi kaki yang patah, balut pada
bahagian lutut dan buku lali.
4.
Bagi lengan, gunakan sling.
5. Dail 999 untuk dapatkan
perkhidmatan ambulan.
6. Periksa peredaran darah pada
tangan atau kaki setiap 10 minit.
Tanda-tanda patah
o Rasa sakit pada bahagian
tulang, sendi atau otot.
o Mangsa mendengar bunyi atau
merasa tulang patah.
o Tidak berupaya menggerakkan
anggota cedera.
o Bunyi atau terasa geselan
hujung tulang yang tak
normal.
o Keadaan bengkak atau warna
kebiruan pada tulang,sendi
atau otot.
o Bentuk,kedudukan atau
pergerakan sendi tidak normal.
Prinsip mengurus kecederaan
patah

o Prinsip rawatan
untuk kecederaan patah adalah
seperti berikut :
o Memberi rawatan segera
sekiranya berlaku keadaan yang
mengancam nyawa seperti
gangguan pernafasan dan
pendarahan yang banyak.
o Jangan pindahkan pesakit kecuali
nyawanya terancam. Lakukan
rawatan ditempat kejadian.
o Kurangkan kesemua pergerakan
mangsa dan anggota yang
cedera. Jangan cuba meluruskan
bahagian yang cedera.
o Sekiranya kulit
dibahagian patah terluka, jangan
sentuh. Tutup dengan kain yang
bersih.
o Haling / ampu pergerakan
anggota
yang patah menggunakan belat
(splin), anduh dan pembebat.
o Periksa denyutan nadi seberapa
kerap yang boleh dan pastikan
jari-jari tangan tidak menjadi
kebas akibat pembebatan yang
terlalu ketat.
Kecederaan tisu lembut
Definisi :
Kecederaan yang dialami oleh tisu
lembut dalam badan merangkumi
kulit, salur darah, saraf, otot, tendon,
ligamen, kelenjar, dan lapisan yang
melindungi organ2 tubuh. Kecederaan
ini berpunca drpd rentapan pd sendi
yg menyebabkan tisu2 disekeliling
terkoyak.
PUNCA2 KECEDERAAN

1. Ketegangan otot-otot separuh koyak


2. Koyakan otot sepenuhnya pd otot
3. Calar2 pd bahagian dalam otot
Klasifikasi kecederaan sukan

Kategori mengikut tempoh masa wujud


o Acute(baru)-kecederaan berlaku
secara tiba-tiba atau baru berlaku
o Chronic(lama)-kecederaan yang
lama(masih sakit lagi
Kategori mengikut struktur badan
- Tisu lembut : otot,
ligament,tendon,saraf,salur darah
- Tisu keras : tulang

Tergeliat kronik otot - Berlaku apabila


otot dikerjakan berlebihan dan
diregang berlebihan. - Wujud hasil dari
beberapa minggu atau bulan. Disebabkan oleh banyak punca
keadaan.

Kecederaan luaran
Kecederaan pada permukaan kulit &
tisu di bawah kulit
- Luka- kulit terkoyak oleh benda
tajam dan berdarah
- Melecet- tergeris, epidermis dan
terluka
- Melepuh- kulit menggelembung dan
ada air

Kecederaan dalaman
Kecederaan yang mekibatkan tisu-tisu
badan
- ligamen
- tendon
- otot
- tulang

Faktor HARM
Kecederaan jenis tisu lembut,
elakkan dari factor berikut

- Heat-tambah pendarahan
- Alcohol-tambah bengkak
- Running-terlalu awal kecederaan
-

terlalu teruk
Massage-dalam 8-78 jam pertam
menambahkan pendarahan
atau bengkak

(a)Kecederaan Tisu Lembut Tenat


Rawan terkoyak - Berlaku apabila
tulang di sendi terpulas dan tertekan. Biasanya berlaku di lutut. Tergeliat Berlaku apabila otot atau tendon
dipendekkan atau diregangkan dengan
kuat.
(b) Kecederaan Tisu Lembut Kronik

Tendinitis - Berlaku apabila


tendon diregangkan berlebihan
atau digunakan berlebihan. Kecederaan ini biasanya
berlaku pada tendontendon
patela ( lutut ), achilles
( tumit ) bila melakukan aktiviti
berlari dan melompat yang
berlebihan. - Kecederaan
biceps dan ratator cuff ( bahu )
pula adalah individu membuat
aktiviti bilangan bahu yang
lemah dan tidak fleksibel.
Bursitis - Rongga sendi yang
kecil, penuh cecair, terletak
antara tulang, otot, tendon dan
tisutisu lain. - Berlaku bila
bahagian tertentu diasak. Selalunya berlaku di siku dan
lutut
Kontusi (contusion )
o Disebabkan pukulan terus
dan menyebabkan
cederapada saluran darah
atau saluran halus putus lebam dan pendarahan
dalaman.
o Bengkak& pergerakan
terbatas.
o Otot Terkoyak (muscle
strain) disebabkan
olehpengecutan otot secara
tiba -tiba atau
disebabkanketidakupayaan
otot menanggung
bebankerja berlebihan.
o Ianya melibatkan
kemungkinan otot atau
tendon tercedera dan
mengsa merasai k esakitan
di bahagian tercedera.
Kekejangan otot ( muscle
cramp)
o Kontraksibuat sementara
dan mengalami muscle
spasm menjadikan otot

rasa keras dan mangsa


kesakitan.
o berpunca dari atlit kurang
cergas (dari aspek daya
tahan otot), kekurangan
elektrolit (garam mineral)
atau dihidrasi dalam badan
(kehilangan air).

Dislokasi ( dislocation )
o berlaku bila tulang sendi
terkeluar dari
asalnya kejadian di mana
pergerakan yang diluar dari
julat asal.
o Menyebabkan ligamen dan
tisu teregang, terkoyak
atauterkeluardari tempat
asal.
Tanda-tanda :
a) sakit yg sangat kuat pada
bahagian persendian.
b) bengkak dan lebam
bahagian sendi.
c) tidak dapat menggerakkan
anggota yang tercedera.
d) terdapat perubahan
bentuk pada sendi yang
tercedera
e) terdapat tanda-tanda
renjatan

Terseliuh
o berlaku bila ligamen sendi
terkoyak @ teregang secara
tiba- tiba menyebabkan
sendi tidak stabil.
o Tanda : bentuk ganjil &
cacat, bengkak dan lebam.
Tergeliat (Sprain)
Cedera terkoyak atau terpusing
otot-otot dan ligament pada
bahagian persendian akibat dari
pergerakan yang melampaui
batas.
Tanda-tanda dan Gejala
tergeliat
a) Sakit bahagian yang
tercedera.
b) bengkak dan lebam pada
bahagian persendian.

c) sakit apabila menggerakkan


bahagian yang tercedera tetapi
masih dapat menggerakkan
anggota tersebut.
Prinsip mengurus kecederaan tisu
lembut

Rawatan R.I.C.E. - R ( Rest ) :


Merehatkan bahagian yang
cedera. Pelajar / atlit terlibat
tidak dibenarkan meneruskan
aktiviti fizikalnya.

R.I.C.E - I ( Ice ) : Menggunakan


ais pada bahagian yang
cedera. Ais boleh diaplikasikan
secara langsung atau tidak
langsung. Jika langsung,
ketulan ais perlu digerakkan
dalam pergerakan bulatan.
Aplikasi ais selama 5-10 minit
dan ulang setiap 3 jam atau 4
kali sehari, jika boleh berbuat
demikian.
R.I.C.E - I ( Ice ) : Penggunaan
ais perlu diadakan dalam 24
jam pertama untuk
mengelakkan bengkak kerana
pengumpulan cecair di tempat
yang cedera. Penggunaan ais
ini boleh diteruskan sehingga
48 jam atau lebih. Walau
bagaimanapun, penggunaan
ais ini akan menyebabkan
bahagian terlibat berasa
kebas.

R.I.C.E - C ( Compression ) :
Tekanan dikenakan pada
bahagian yang cedera dengan
dua cara. Pertama, cara tidak
langsung dengan pembalut
bahagian cedera,
menggunakan bandage atau
pita pelekat kain. Kedua, cara
langsung, iaitu dengan
tekanan tangan. Perhatian
perlu diberi supaya ikatan
tidak terlalu ketat sehingga
mengganggu pengaliran
darah.

R.I.C.E - E ( Elevation ) :
Menaikkan bahagian yang
cedera ke paras lebih tinggi
dari paras jantung. Ini boleh
dilakukan dengan
mengangkatkan kaki yang
cedera ke atas bangku sambil
berbaring. Nota :

Dalam masa 72 jam pertama


sebarang urut pada bahagian yang
cedera tidak dibenarkan. - Selepas 72
jam, mula dengan pergerakan
perlahan diikuti dengan berlari
perlahan. Sekiranya tidak rasa sakit di
bahagian yang cedera, murid
dianggap telah pulih.
RAWATAN KECEDERAAN
DR.ABC Sekiranya si mangsa tidak
sedar diri, maka periksa samada : ~
Saluran pernafasan tersekat atau
tidak ( Airway ) ~ Kadar pernafasan
normal ( Breathing ) ~ Pengaliran
darah berjalan ( Circulation )
DR. ABC - D ( Danger) : Pastikan
bahawa mangsa telah bebas
daripada bahaya disekitarnya.
Contohnya, jika mangsa itu
tersepit, maka benda yang
menyebabkannya tersepit telah
disingkirkan
DR. ABC - R ( Response )
:Pembantu mula memerhatikan
gerak balas mangsa untuk
memastikan keadaan sebenar
mangsa. Mangsa sepatutnya
bergerak balas terhadap cahaya
terang, suara panggilan, sebarang
bunyi di sekitarnya, sentuhan, bau
dan rasa. Jika tiada gerak balas
berlaku, mangsa itu berada dalam
keadaan tidak sedarkan diri atau
dalam keadaan terkejut.
DR. ABC - A ( Airway) : Pastikan
terdapat bukaan yang cukup untuk
laluan udara. Pastikan saluran
udara tidak tersumbat untuk
membolehkan mangsa bernafas
dengan baik.
DR. ABC - B ( Breathing) : Pastikan
mangsa masih bernafas atau
tidak. Ini boleh dilakukan dengan

meletakkan jari di hadapan


hidungnya untuk mengesan
hembusan udara atau melihat
sama ada mulutnya dibuka untuk
bernafas. Jika mangsa tidak
bernafas, bantuan pemulihan
pernafasan handaklah diberikan
dengan segera.
DR. ABC - C ( Circulation )
:Pastikan peredaran darah mangsa
masih baik. Ini dapat dilakukan
dengan mengira nadi mangsa itu.
Kehadiran nadi menunjukkan
bahawa jantung mangsa itu masih
berdenyut. Nadi yang rendah
menunjukkan denyutan
jantungnya lemah. Jika terdapat
punca kehilangan darah,
contohnya luka, pendaharan itu
mesti dikurangkan dengan
membalut luka tersebut.
Kecederaan bahagian tangan, badan,
kaki, kepala dan mata

Kecederaan
Cara mengurus kecederaan

Kemudahan dan peralatan


pertolongan cemas dan rawatan
kecederaan
Fungsi bilik rawatan sukan
o Tempat memberi
rawatan
Saiz, lokasi, struktur dan
pengelolaan dalaman bilik
rawatan
Peralatan yang perlu ada di
dalam bilik rawatan
Penyimpanan rekod
KOTAK PERTOLONGAN CEMAS (
FIRST AID KID )
Keperluan-keperluan sesebuah kotak
pertolongan cemas adalah seperti
berikut :
1. Kotak yang bertutup untuk mengisi
peralatan.
2. Kain anduh tiga segi
3. Kain kasa sucihama
4. Kapas
5. Kain pembalut gulung

6. Kain pembalut gulung elastik (


crepe bandage )
7. Plaster
8. Ubat gosok atau minyak gosok
9. Ubat luka ( lotion flavine, gentian
violet atau burnol )
10.
Ubat cuci luka ( cetavlon atau
dettol )
11.
Garam cium ( smelling salt )
12.
Penyepit ( forcep )
13.
Buku catitan
14.
Pin
15.
Pen/pensel
Kotak pertolongan cemas hendaklah
selalu diperiksa supaya ianya bersih,
alatannya mencukupi dan kotak itu di
tutup dengan baik bagi mengelakkan
dimasuki oleh serangga atau binatang.
Selain itu, kotak pertolongan cemas
perlu bertanda dengan tanda bulan
sabit merah atau palang merah. Ia
perlu diletak di tempat yang selamat
dan mudah dilihat dan agak tinggi
supaya tidak mudah diambil oleh
kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair
perlu ditutup rapat supaya tidak
mudah tumpah atau bocor dan ditanda
dengan perkataan racun bagi bahanbahan beracun.

Вам также может понравиться