Вы находитесь на странице: 1из 17

DEB dilancarkan pada tahun 1971

seiring dengan pelancaran Rancangan


Malaysia Kedua (1971-1975).
DEB merupakan Rangka Rancangan
Jangka Panjang Pertama yang meliputi
tempoh antara tahun 1970-1990
melalui:

I.

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

II.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980)

III.

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

IV.

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Bertujuan

untuk memupuk perpaduan


negara dengan membasmi kemiskinan
dan membetulkan ketidakseimbangan
sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia
antara kumpulan etnik dan antara wilayah.

Ketegangan

kaum yang wujud pada tahun


1969 adalah manifestasi daripada
ketidakseimbangan ini

Dua matlamat pembangunan penting


yang terkandung dalam DEB ialah:

I.

II.

Mengurangkan dan membasmi kemiskinan


dengan menambahkan pendapatan dan
memperbanyak peluang-peluang pekerjaan
kepada semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum.
Menyusun semula masyarakat bagi
memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak
seimbang, supaya dapat mengurangkan dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.

MEMBASMI KEMISKINAN

1.

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk


semua golongan rakyat yang menganggur.

2.

Menambahkan peluang untuk menukarkan


kegiatan yang mempunyai daya
pengeluaran yang rendah kepada yang
tinggi seperti: rancangan tanah FELDA,
FELCRA; projek perikanan dan ternakan
moden; kegiatan perniagaan, pembuatan
dan perkhidmatan moden; kemudahan
bantuan kewangan dan teknik; serta
peluang pendidikan dan latihan

3.

Menambahkan daya pengeluaran dan


pendapatan melalui teknik moden dan
kemudahan-kemudahan yang lebih baik,
dengan program-program tanaman padi
dua kali setahun; tanaman padi luar
musim; kemudahan parit dan taliair;
kemudahan pasaran dan kredit.

4.

Pembangunan seimbang untuk


mengurangkan jurang perbezaan
pendapatan antara kaum kawasan
bandar dan luar bandar serta antara
wilayah

5.

Menyediakan perkhidmatan sosial secara


percuma atau subsidi yg lebih meluas
termasuk: projek perumahan kos rendah;
perkhidmatan asas seperti kesihatan,
perumahan, air, elektrik, kemudahan
pengangkutan yang dikenakan kadar
bayaran yang murah; memperbaiki
peluang-peluang pendidikan dan
kemudahan-kemudahan kemasyarakatan
dan rekreasi.

MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT

Permodenkan kehidupan desa dengan


meninggikan daya pengeluaran.
Mempertingkatkan dan mengimbangkan
pertumbuhan kegiatan bandar supaya
dapat menggambarkan penduduk yang
berbilang kaum.
Menambahkan bahagian rakyat Malaysia
dalam pemilikan modal dan harta syarikat.
(Amanah Saham Rakyat)
Pembentukan masyarakat perniagaan
bumiputera.

5.

6.

Membentuk sebuah masyarakat


perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang Melayu dan kaum
bumiputera supaya dapat miliki 30%
ekonomi dan menubuhkan beberapa
agensi seperti MARA,BANK
PEMBANGUNAN,UDA dan AMANAH
SAHAM NASIONAL.
Memajukan negeri dan kawasan yang
mundur melalui agensi-agensi wilayah
seperti KEJORA, KESEDAR, KETENGAH
dan KEDARA.

MEMBASMI KEMISKINAN
1.

2.

Pengangguran
Masalah pengangguran di Malaysia masih
menjadi masalah utama dan sukar diatasi.
Matlamat kadar pengangguran 3.6% menjelang
tahun 1990 yang telah ditetapkan gagal dicapai.
Pendapatan
Pendapatan purata bulanan isi rumah di
Semenanjung telah meningkat daripada RM264
pada tahun 1970 kepada RM1 163 pada tahun
1990.

Pendapatan purata bumiputera juga


meningkat daripada RM172 kpd RM931
pada tempoh tersebut. Walau
bagaimanapun, jumlah ini masih jauh
jika dibandingkan dengan pendapatan
purata kaum-kaum lain. Pendapatan
purata bulanan isi rumah luar bandar
juga meningkat. Dari segi jurang, jika
dibandingkan antara tahun 1970 dengan
tahun 1987 jelas ia semakin mengecil
nisbahnya.

3.

Kemiskinan
Kadar kemiskinan Semenanjung Malaysia telah
berkurang daripada 49.3% pada tahun 1970
kepada
15% pada tahun 1990. Kadar ini telah mengatasi
matlamat yang telah ditetapkan pada tahun
1990 iaitu
16.7%. Begitu juga kemiskinan luar bandar telah
dapat
dikurangkan daripada 58.7% kepada 19.3% pada
tempoh tersebut. Kadar ini juga telah mengatasi
matlamat 23% yang telah ditetapkan. Secara
keseluruhannya kadar kemiskinan di seluruh
Malaysia telah berjaya dikurangkan. Begitu juga
kemiskinan mengikut kaum.

4.

Pembangunan Wilayah
Pendapatan purata bulanan isi rumah di
wilayah yang mundur seperti Kelantan,
Terengganu dan Kedah telah meningkat,
walaupun peningkatan masih belum
mencapai tingkat memuaskan.
Pendapatan di Kelantan meningkat
daripada RM269 pada tahun 1976 kepada
RM726 pada tahun 1990. terengganu pula
meningkat sebanyak RM566 pada tempoh
yang sama. Taraf KDNK per kapita
Malaysia keseluruhannya juga semakin
bertambah baik.

Bekalan Kemudahan Asas


Bekalan kemudahan asas seperti elektrik,
air, kesihatan dan pengangkutan dan
perhubungan ternyata bertambah baik. Dari
segi kemudahan elektrik, 80% daripada
penduduk luar bandar di Malaysia telah
menikmati bekalan elektrik pada tahun
1990.
Dari segi kemudahan bekalan air bersih
(paip), bagi tempoh 1970-1980 bilangan
yang mendapat bekalan air telah
bertambah. Memandangkan kepesatan
permintaan kemudahan ini, maka hampir di
setiap negeri terdapat projek besar
pembekalan air. Jumlah keupayaan
pengeluaran loji pembersihan telah
dipertingkatkan dan perbekalan air ke
rancangan FELDA juga diperluas.
5.

Dari segi kemudahan pengangkutan


dan perhubungan luar bandar, selaras
dengan pendekatan pembangunan
seimbang, penekanan terus diberi kepada
pembangunan luar bandar untuk
menggalakkan kegiatan ekonomi serta
memudahkan pelaksanaan program
pembangunan. Antara jalan-jalan luar
bandar yang diberikan tumpuan ialah
jalan-jalan luar bandar yang
menghubungkan bandar-bandar kecil,
jalan keselamatan dan jalan kampung.

MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT


1.

2.

Kenaikkan pendapatan purata bulanan isi


rumah Melayu di Semenanjung adalah 5 kali
ganda antara tahun 1970 dengan 1990,
berbanding kaum Cina yang cuma 4 kali ganda
pada tempoh yang sama.
Dari segi guna tenaga, didapati kaum melayu
yang terlibat dalam sektor pertama, khususnya
pertanian masih tinggi. Walau bagaimanapun,
penglibatan kaum melayu dalam sektor kedua
dan ketiga telah bertambah. Keahlian
bumiputera dalam kumpulan profesional seperti
arkitek, akauntan, jurutera dan doktor di
Malaysia juga telah berkembang dengan cepat.

3.

4.

Masalah pemilikan harta (saham) untuk


anak negeri supaya memiliki 70%
daripada saham syarikat secara amnya
telah tercapai. Begitu juga matlamat
untuk mempertingkatkan milikan saham
bukan bumiputera dalam syarikat telah
berjaya dicapai.
Matlamat untuk membentuk sebuah
Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah
disokong oleh kerajaan melalui
pemberian kontrak,kuota dan lesen
kepada perniagaan milik bumiputera dan
syarikat usahasama dengan bumiputera.

Вам также может понравиться