Вы находитесь на странице: 1из 3

Kejuruteraan genetik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari
Kejuruteraan genetik adalah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu
organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen
yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA
organisma lain. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik
yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak
dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa.
Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara
tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian
molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuteraan genetik telah
berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi tanaman, pembuatan
insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi penyelidikan kanser.

Biologi Molekul dan Kejuruteraan Genetik (BT01)


Print Molecular Biology and Genetic Engineering
1.
Biologi
Molekul
dan
Kejuruteraan
Genetik
Biologi Molekul dan Kejuruteraan Genetik berperanan untuk membangun dan mempromosikan
teknologi kejuruteraan genetik bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti tanaman dan
hasilannya. Di antara teras penyelidikan yang terlibat adalah teknologi omik, kejuruteraan
genetik tumbuhan, teknologi kultur tisu dan penanda molekul.
Teknologi Omics merangkumi disiplin yang luas seperti sains dan kejuruteraan genetik untuk
menganalisis perhubungan interaksi maklumat biologi termasuk genomik, proteomik dan
metabolomik. Matlamat utama Omics ialah pemetaan gen-gen, protein dan metabolit;
memanipulasi tapakjalan untuk memahami jaringan pengawalaturan sistem biologi.
Kejuruteraan genetik tumbuhan membolehkan manipulasi gen dalam keadaan terkawal
terhadap sesuatu tumbuhan dengan tujuan penambahbaikan hasil, meningkatkan kandungan
bahan aktif berfaedah, kerintangan terhadap penyakit dan serangan serangga perosak serta
toleransi terhadap keadaan persekitaran melampau.
Kultur tisu pula melibatkan pertumbuhan dan pemeliharaan sel, tisu dan organ primordial
secara in vitro untuk penghasilan bahan tanaman tulen/klon, pembiakan mikro, pembiakbakaan

tumbuhan secara besar-besaran dan penghasilan bahan tanaman bebas penyakit. Proses ini juga
diperlukan dalam transformasi dan kejuruteraan genetik tumbuhan.
Penanda biomolekul merupakan fragmen DNA yang boleh dikenalpasti pada lokasi yang
spesifik di dalam genom. Ia digunakan untuk menanda kedudukan gen tertentu atau pewarisan
ciri spesifik yang berkait kepada penanda molekul dalam kacukan hibrid. Matlamat utama
adalah untuk membolehkan pemilihan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri yang diingini.
Antara
penyelidikan
yang
1) Meningkatkan kualiti tanaman;

sedang

Pemanjangan tempoh jangka hayat buah betik Eksotika

Pemanjangan tempoh segar bungaan orkid

Mengubahsuai warna kulit buah limau bali

dijalankan

bertujuan:

2) Menghasilkan tanaman yang rintang terhadap penyakit;

Menghasilkan baka betik Eksotika rintang terhadap `Papaya Ring Spot Virus (PRSV)

Menghasilkan varieti markisa rintang terhadap virus (Passion fruit Mosaic Virus, PVMV)

Menghasilkan buah nenas rintang terhadap penyakit Black heart

Menghasilkan varieti padi rintang terhadap penyakit merah padi dan penyakit hawar
seludang

3) Penerokaan bidang genomik dan bioinformatik dalam pencarian gen-gen baru;

Gen-gen berkaitan peningkatan hasil daripada spesies padi liar O. rufipogon

Profil ekspresi gen yang terlibat dalam kemasakan buah betik eksotika

Profil ekspresi gen yang terlibat dalam penghasilan penyakit dieback pada buah betik

Profil ekspresi gen yang terlibat dalam penghasilan haruman pada bunga cempaka

Pengasingan gen anti-fungal daripada bakteria dan tumbuhan

Pengekstrakan bahan anti virus daripada pokok dukung anak

Gen-gen yang terlibat dalam pembungaan awal pokok duku

Вам также может понравиться