Вы находитесь на странице: 1из 13

MAKSUD HUBUNGAN ETNIK

Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau
bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai
latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi
sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus
Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai
kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

KONSEP- KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu pertama
melalui aspek kenegaraaan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah
aspek kebangsaan. Antara konsep masyarakat, konsep budaya, konsep perpaduan dan
integrasi, konsep ras dan rasisme, konsep prejudis dan stereotaip, konsep diskriminasi.Konsep
masyarakat ialah Satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi,
berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah
fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu. ras boleh dikatakan sebagai
sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikalbiologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Manakala
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan
wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui
perilaku atau tindakan terbuka. Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau
kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.
Manakala, Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "orang Belanda itu bersifat
kedekut" dan sebagainya.

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK


Masyarakat Malaysia sangat sinonim sebagai sebuah negara yang bercirikan perbagai
kaum serta identiti. Masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah dicampuri
pelbagai asal-usul, bahasa, agama ,ekonomi dan politik yang berbeza-beza. Kehadiran
pelbagai kaum pada asasnya telah bermula pada era kegemilangan Melaka lagi melalui proses
perdagangan yang dijalankan.

Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari ini pula

seperti Kaum Cina, India, Serani, Siam, Bugis, Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran
yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar
singgah untuk memenuhi keperluan mereka. Mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu,
India dan Cina.

Oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, kerajaan Negara kita perlulah
berusaha untuk menyatukan hubungan etnik demi kepentinggannya. Terdapat banyak
kepentingan hubungan etnik. Pertamanya, hubungan etnik amat penting bagi mewujudkan
kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang
gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum. Selain itu juga Integrasi kaum dan
hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan
Negara. Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang
2020. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap
penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di
Negara. Selain itu, pemimipn-pemimpin Negara perlu menekankan tentang kepentingan
hubungan etnik dalam kalangan masyarakat supaya keamaan Negara tidak tergugat Pemimpin
selalunya perlu mengadakan program-program yang boleh mengekalkan keamanan Negara.
Contohnya seperti mengamalkan slogan satu Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

Kepentingan yang seterusnya adalah untuk mewujudkan suasana kehidupan


bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan memahami
antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad dengki,
pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi
2

asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. kehidupan yang harmoni
juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan
rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu
memikul tugas masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita
akan membangun dengan stabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat
negara kita setanding dengan negara-negara maju di dunia. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita
sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina,
Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas
menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan
keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai.
Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Hubungan etnik penting untuk mengekalkan negara dalam keadaan aman dan
tenteram. Kesan daripada tragedi 13 mei yang telah mengugat keamanan Negara kerana
ketidakpuasaan antara kaum-kaum. Bagi memastikan Negara kita dalam keadaan aman,
hubungan antara etnik perlu diutamakan. Keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang
dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila hubungan yang sihat antara pelbagai
etnik boleh meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Rakyat tidak akan bergaduh sesama
sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu.
Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang
porak-peranda. Oleh hal yang demikian, hubungan etnik itu penting untuk meningkatkan
keamanan negara.

Selain itu, hubungan etnik penting untuk memajukan ekonomi negara. Dari segi
ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam
memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa
sebarang halangan. Setiap golongan etnik memberi sumbangan untuk menjalankan sebararng
aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan Keadaan ekonomi dapat distabilkan kerana
3

penguasaan satu ekonomi untuk satu etnik sahaja yang telah dihapuskan. Semua etnik dapat
menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing. Sebelum era kemerdekaan, kaum yang
menguasai ekonomi adalah merupakan etnik Cina yang kebanyakkannya menetap di kawasan
Bandar-bandar besar. Tetapi , selepas kemerdekaan semua etnik berhak menguasai semua
ekonomi.

Perkara ini menyebabkan ekonomi Negara meningkat serta mengekalkan dalam

keadaan aman dan damai. Selain itu, boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan
negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia.
Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang
pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf
ekonomi rakyat. Seterusnya akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia.
Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai.
Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan
meningkatkan pendapatan negara. Keadaan Negara yang baik juga menaikkan imej negara di
mata negara lain.

Secara keseluruhanya, hubungan etnik sangat penting demi kesejahteraan Negara dan
rakyat pada masa hadapan.

MAKSUD KONTRAK SOSIAL

Menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John
Locke

Kontrak Sosial didefinisikan bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu

perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individuindividu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu
kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Menurut bahasa, kontrak boleh
didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau
lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau
cabang undang-undang yang berkaitan dgn kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai
segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu,
kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau
permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan yang melibatkan
semua masyarakat di sesebuah negara.

KONSEP KONTRAK SOSIAL


Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang
dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang
terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai
dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini
sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain,
kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai
itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara.
Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan
ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang
dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di
negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa

rusuhan 13 Mei 1969 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia.

Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya.


Pilihanraya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi
berparlimen. Di Malaysia pilihanraya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah menyerahkan
kembali kuasa kepada rakyat. Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat
mandat baru daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak
mengundi.

Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dalam


konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan masyarakat
yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap maksud saling faham memahami,
hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur. Manfaatnya, negara yang aman
damai dapat dinikmati bersama. Justeru kontrak sosial adalah semangat dalaman yang
kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan dengan bersandarkan perundangan dan
perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat
murni sebuah negara.

Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup
bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang tidak
disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah
merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama. Kontrak atau perjanjian tidak boleh
diubah secara satu pihak sahaja. Semua yang terlibat dalam perjanjian itu mesti bersetuju
kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan
mencatatnya ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,
diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi muda
6

daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami dan
menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini amat penting
kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan masyarakat Malaysia yang
bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas maklumat mengenai kontrak sosial
perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama melalui sistem pendidikan di pelbagai
peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan universiti.

Elemen Penting Dalam Kontrak Sosial

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara


penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan
Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan
perjanjian perdamaian. Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan
beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi.
Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang
dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang
berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan
semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957.

Inilah asas kepada perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan
memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian
komuniti yang lain demi keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri
utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang
dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan


sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi,
politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa
asal yang mendiami Tanah Melayu di masukkan ke dalam Perlembagaan. Perlembagaan
negara mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang
7

Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila Tanah


Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat. Penjajah
British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum member kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah
Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan
dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja
Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan
sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia
perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan
menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya
menekankan ciri-ciri kemelayuan.

Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh British.


Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai penduduk
pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan India. Kerana itu,
kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada masyarakat pribumi.
Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan
memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan
bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa
menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau
pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit
atau lesen perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan
90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang
sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang
bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan
8

pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga
dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu
yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu di
Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan [Perkara 3
Perlembagaan Persekutuan]
Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah
negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum
dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal
keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang
termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan.
Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum
lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa
tertindas.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Antara kepentingan kontrak sosial adalah merupakan pemangkin perpaduan


masyarakat. Kontrak sosial memperkasa perpaduan di antara masyarakat yang terdiri
ddaripada berbilang kaum. Kontrak sosial ini penting kerana sebarang konflik perkauman dapat
dielakkan serta pencapaian dapat dipertingkatkan, serta menyemarakkan lagi semangat
perpaduan dan persaudaraan untuk meneruskan agenda pembinaan sebuah Negara-bangsa
yang Berjaya. Kontrak sosial ini. Konsep ini turut menekankan sikap penerimaan antara kaum di
Malaysia agar semua pihak saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam aspek
budaya, bahasa, dan agama. Elemen-elemen yang terdapat dalam teras perpaduan adalah
9

sikap toleransi dan penerimaan keunikan setiap kaum yang ada, serta memahami dan juga
menghormati antara satu sama lain. Elemen keadilan sosial yang mana mementingkan
perasaan kekitaan agar semua kaum terbela dan mereka tidak berasa dipinggirkan. Kontrak
sosial telah mengurangkan salah faham dan konflik kepentingan serta membolehkan setiap
orang menumpukan kepada usaha meningkatkan hidup mereka dalam suasana aman dan
harmoni. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat
merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan
berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini
juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum
sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu
bekerjasama dalam apa juga aktiviti.

Kepentingan yang seterusnya, memberi hak yang sama rata. Bahasa Melayu telah
dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum
Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi
untuk berkomunikasi. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masingmasing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah
menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta. Walaupun Agama Islam merupakan
agama rasmi, kaum Cina dan Kaum India diberi kebebasan untuk memeluk agama masingmasing. Hal ini dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk dan
mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang etnik.

Keselamatan Negara juga terjamin. Perkara ini juga merupakan salah satu
kepentingan kontrak sosial. Kontrak soaial ini adalah untuk menjamin keselamatan Negara kita
pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara
yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita.
Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini
iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Peristiwa ini berlaku kerana layanan berat sebelah
oleh tentera jepun, dasar Pecah dan Penjajah Inggeris, latar belakang pendidikan yang
berbeza, perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu dan lain-lain. Kesan
daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat Negara kita yang mati dalam
10

peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita
adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum
berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Peristiwa hitam ini telah menyebabkan keselamatan Negara terancam dan ketidak stabilan
politik. Bagi mengelakkan peristiwa yang tidak diingini berlaku, kontrak social amat diperlukan
untuk menjamin keselamatan Negara.

Selanjutnya, kontrak sosial ini juga penting untuk melahirkan perasaan cintakan tanah
air dan sanggup berkorban untuk Negara. Semangat cintakan tanah air ini mestilah
diwujudkan dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita. Hal ini akan memastikan kesemua
golongan etnik ini mempertahankan keselamatan Negara. Selain itu, dapat mengukuhkan lagi
keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Kedaulatan Negara kita juga dapat
dipeertahankan daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan
darah.

Kepentingan

yang

selanjutnya

adalah

mewujudkan

suasana

kehidupan

bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan memahami
antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad dengki,
pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi
asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah
melewati setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan
positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara
membangun. Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju
kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan
taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa
sebarang perasaan syak wasangka.

Kontrak sosial juga penting untuk elakkan dijajah oleh kuasa asing. Sperti mana kita
tahu, Negara kita pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti Inggeris dan Jepun. Bagi
memastikaan kemerdekkan Negara kita semua kaum perlu bersatu padu bagi mengelakkan
Negara lain menjajah lagi Negara kita. Selain itu, kontrak social juga akan memantapkan sistem
11

pentadbiran Negara kita. Pemimpin-pemimpin akan memerintah Negara kita dengan cara yang
baik. Pemimpin Negara tidak patut menggunakan kaedah seperti pihak jepun yang telah
memberi layanan tidak berat sebelah dalam kalangan masyarakat. Bagi mengelakkan konflik
antara kaum, pemimpin perlu menjalankan satu pemerintahan yang cukup baik.

Secara keseluruhannya, kontrak sosial penting untuk menyelesaikan perbezaan


kepentingan diri atau kelompok masing-masing. Kedua, untuk memastikan kepentingan majoriti
dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing serta
memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun. Justeru itu, ia sedikit
sebanyak dapat memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanahair. Tambahan pula,
kontrak sosial dilihat dapat mewujudkan masyarakat yang bebas dan adil dalam usaha untuk
mencapai integrasi nasional.

BIBLIOGRAFI
12

Buku:

Mohd Ashraf Ibrahim, M. A. (2014). Hubungan Etnik. kuala lumpur: fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Nor, D. A. (2014). Hubungan Etnik di Malaysia. Kampung Sungai Baru, Kuala


Lumpur: Mur shed Publication.

Nordin, H. H. (2007). Pengajian Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar


Bakti.

Internet

http://gigitanilmu.blogspot.com/2012/07/kepentingan-hubungan-etnikkesan.html
http://monas-personakasih.blogspot.com/
http://afisya88.blogspot.com/2011/08/kepentingan-langkah-memeliharahubungan.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm#ixzz3DOgk7b4V

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei#Lokasi_Tunku_Abdul_Rahman_s

emasa_peristi

wa_13_Mei>

http://www.scribd.com/doc/104834715/Assignment-WAJ-3106-Hubungan-Etnik
http://www.scribd.com/doc/28085297/KEPENTINGAN-HUBUNGAN-ETNIK
http://meruankungenang.blogspot.com/2012/01/perhubungan-kaum-semasapendudukan.html

13

Вам также может понравиться