Вы находитесь на странице: 1из 10

HARGA REMAJA

Rahman Shaari

Berapa Harga Remaja Mu?

Berapakah sebenarnya harga remaja


yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Kehidupan remaja ialah kehidupan yang masih


bersih daripada unsur-unsur negatif.

Dengan apakah akan kaupenuhi


piala remajaku
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Penyajak meminta remaja berfikir cara dan


pengisian bagi zaman remaja. Adakah dengan
sesuatu yang tidak baik atau sebaliknya?

Remaja amat mahal


sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Zaman remaja dan individu yang bernama remaja


amat berharga kerana harga remaja ialah pendirian,
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Penyajak menyeru remaja mengisi zaman dengan


hala tuju hidup yang bermatlamat.

TEMA
Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan
pengisian usia muda.
Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan
para remaja mesti mengisinya dengan
sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani
berpendirian dan berilmu pengetahuan serta
mempunyai hala tuju.

Persoalan, Nilai, Pengajaran


Nilai

Persoalan

Berpendirian

Persoalan berpendirian teguh


dengan mempunyai matlamat
diri.

Bijaksana

Keberanian

Pengajaran

Remaja perlulah bijaksana


membuat sesuatu agar tidak
mudah terpengaruh.
Persoalan keberanian dalam
menempuh alam remaja yang
penuh pancaroba.
Kita sebagai remaja perlulah
gigih menuntut ilmu agar
menjadi orang yang berguna

Latihan Harga Remaja


Soalan 2 (d): Petikan Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)

Apakah maksud penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju berdasarkan


petikan di atas?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah persediaan yang diperlukan untuk menjadi remaja yang
berwawasan?
[4 markah]
.
(iii) Jelaskan nilai yang terdapat dalam sajak di atas.

[3 markah]

Skema jawapan (dah siap ke?)


1.

Maksud rangkai kata tersebut ialah golongan muda perlu menggunakan masa
remajanya dengan matlamat yang jelas.

2.

Pada pendapat saya, persediaan yang diperlukan untuk menjadi remaja yang
berwawasan ialah mereka perlu banyak membaca pelbagai rujukan untuk
meluaskan pengetahuan dengan pelbagai perkara serta mengukuhkan diri
mereka dengan ajaran agama supaya tidak mudah terpengaruh dengan
perkara negatif. Selain itu, remaja juga perlu mempersiapkan diri mereka
dengan aspek-aspek nilai murni supaya mereka menjadi lebih berintegriti
apabila diberi tanggungjawab menguruskan negara kelak. Persiapan lain ialah
remaja perlu belajar bersungguh-sungguh supaya mereka menjadi orang yang
cemerlang dan mampu menjadi agen untuk membangunkan negara.

3.

Nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah keberanian. Buktinya, penyajak
mengatakan remaja perlu berani menempuh cabaran untuk menjadi seorang
yang berwawasan. Selain itu, nilai seterusnya ialah kegigihan. Buktinya,
penyajak menyeru remaja agar gigih menuntut ilmu untuk mempersiapkan diri
mereka dengan ilmu pengetahuan yang tinggi. Nilai lain ialah teguh pendirian,
penyajak mengingatkan remaja perlu mempunyai pendirian yang teguh supaya
mereka tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai anasir yang boleh
merosakkan diri mereka.

Вам также может понравиться