Вы находитесь на странице: 1из 2

HBEF2803 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN

MOKTAR BIN KADIR

JURNAL REFLEKTIF
Tugasan Kerja Khusus HBEF 2803 Amalan Profesionalisme Keguruan merupakan
tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua pelajar semester ini. Tugasan ini bertujuan
untuk mengasah asas kemahiran guru dan meningkatkan kredibiliti sebagai seorang pendidik
yang semakin mencabar di era ini. Disamping itu, tugasan ini juga dapat membantu para
pelajar untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas
dan menganalisis maklumat untuk diintepretasikan kepada bentuk penulisan ilmiah. Malah
tugasan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk membuat
pelaporan berkaitan dengan aktiviti khidmat masyarakat yang pernah dijalani. Tambahan lagi,
tugasan ini juga dapat memberi latihan kepada pelajar untuk mengenalpasti kaedah dan
pendekatan yang digunakan dalam program khidmat masyarakat yang dijalankan.
Setelah mendapat tugasan ini, saya telah berjumpa dengan rakan-rakan yang lain
bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program khidmat masyarakat yang telah
diikuti. Maklumat ini merangkumi kertas kerja, bahan-bahan dokumentasi seperti gambar dan
video. Bahan-bahan ini bertujuan untuk dimasukkan dalam power point seperti yang
diarahkan dalam tugasan ketiga. Manakala kertas kerja digunakan untuk menjawab persoalan
pada aktiviti pertama. Program khidmat masyarakat amat berkait rapat dengan amalan
profesionalisme keguruan kerana melalui program khidmat masyarakat, guru-guru boleh
mengenali dengan lebih mendalam terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini seperti
anak yatim dan golongan kurang upaya (OKU). Kesedaran ini mampu membuatkan saya
berfikir dengan lebih kritis untuk mencari jalan penyelesaian agar golongan ini tidak tersisih
dengan arus pemodenan dan dapat bergaul dengan masyarakat di sekeliling dengan baik.
Pada permulaan tugasan, saya berasa amat gembira kerana pernah bergiat aktif dalam
menjalankan program khidmat masyarakat. Oleh itu, dengan mudah saya dapat mencari
bahan yang berkaitan dengan tugasan ini. Malah dengan adanya bantuan daripada rakanrakan juga dapat meringankan sedikit beban untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Selain itu, tugasan ini juga berupaya untuk memupuk semangat kerjasama antara satu sama
lain dalam memastikan sesuatu program berjalan dengan lancar dari permulaan sehingga
penghujungnya.
Dalam tugasan ini, terdapat empat aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pelajar.
Aktiviti-aktiviti ini memerlukan pelajar untuk mengenalpasti pendekatan dan kaedah yang
digunakan dalam melaksanakan program khidmat masyarakat ini. Berdasarkan tugasan satu,
1

HBEF2803 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN


MOKTAR BIN KADIR

saya telah memilih dua program khidmat masyarakat iaitu lawatan ke rumah anak yatim dan
program gotong-royong. Saya telah mencari bahan-bahan berkaitan dengan kedua-dua
program ini seperti kertas kerja, gambar dan sebagainya. Hasilnya, saya dapat menyiapkan
aktiviti satu dengan sistematik dan kemas.
Sepanjang melaksanakan aktiviti dua, saya telah mengenalpasti pendekatan dan
kaedah yang digunakan bagi kedua-dua program khidmat msayarakat ini. Hasilnya,
pendekatan yang digunakan adalah dengan menanamkan semangat kerjasama dalam
melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan kumpulan. Contohnya, ketika melaksanakan
program gotong-royong di sekolah, beberapa kumpulan telah diberikan tanggungjawab dan
peranan untuk membersihkan kawasan sekolah. Tanpa semangat kerjasama, pasti akan sukar
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Malah, semangat kerjasama juga mampu untuk
meningkatkan tahap keupayaan individu yang lain. Oleh itu, semangat kerjasama perlu
diterapkan kepada setiap individu agar dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Kelebihan yang terdapat pada tugasan ini ialah berupaya untuk memberi kesedaran
tentang kepentingan menghargai individu yang tidak senasib dengan kita. Selain itu, tugasan
ini juga dapat memupuk individu menjadi rakyat yang berguna.
Kelemahan yang dikenalpasti dalam tugasan ini ialah pelajar perlu mempunyai
pengalaman sendiri dalam mengikuti program khidmat masyarakat. Tanpa pengalaman yang
sebenar agak sukar bagi pelajar untuk menghuraikan tentang program khidmat masyarakat
ini. Malah, pelajar juga tidak dapat merasai sendiri bagaimana untuk berkomunikasi dan
berhadapan dengan golongan ini. Oleh itu, pelajar perlu merasai sendiri pengalaman dalam
melakukan aktiviti yang bertemakan khidmat masyarakat.
Kesimpulannya, tuntutan tugasan ini telah menjadikan saya seorang guru proaktif
yang mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap golongan yang lain. Selain itu,
pemerhatian dan hasil bacaan tentang amalan profesionalisme keguruan ini dapat mengubah
persepsi saya terhadap golongan anak yatim dan golongan kurang upaya (OKU). Malah, saya
berpeluang untuk mendekati golongan ini dengan lebih akrab.
Disediakan oleh,
MOKTAR BIN KADIR
(740414125721)

Вам также может понравиться