Вы находитесь на странице: 1из 4

Kepentingan Sumber Hutan Kepada Manusia

Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang


menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan
mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera,
tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan
kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan
pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2%
daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai jenis hutan.
Hutan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia,
kebanyakan hutan dapat dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan (15%), Perak
(14.4%) dan Terengganu (37.6%). Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia
adalah hutan hujan tropika.

Habitat flora dan fauna


Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan
burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan
hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi
menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung,
800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150
spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga
serta hidupan liar.
Pembekal makanan
Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun.
Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun
dan kacang untuk dimakan oleh pelbagai fauna yang terdapat di dalamnya.
Penerokaan hutan secara tidak terkawal akan menimbulkan implikasi kepada fauna
kerana akan menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk mendapatkan punca
makanan dan secara tidak langsung akan menjejaskan kehidupan mereka.
Pembekal ubat-ubatan
Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam
mengatasi pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting
dalam menghasilkan herba-herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan
untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga
memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu / Berus
(Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair
dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat
dari buasir.
Pembekal bahan mentah
Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri
desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula
digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan
sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan

bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan
dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia
sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam pembuatan dan hasil ukiran kayu.
Tempat Rekreasi
Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini
mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan
memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa
buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar
negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.
Sumber penyelidikan
Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai.
Pelbagai kajian dan penyelidikan dapat dijalankan di dalam hutan bagi
mendapatkan input yang baru yang boleh digunakan dalam kehidupan manusia.
Sumber Pendapatan
Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. Melalui aktiviti
pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan adalah amat bernilai dan
digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungan. Di Malaysia, hasil
pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun.
Ini dapat dibuktikan oleh jadual berikut :
Tahun Hasil (m3) Pendapatan (RMJuta)
1980 27.9 2500.0
1990 40.0 4200.0
Jadual : Pendapatan dari hasil pembalakan di Malaysia pada tahun 1980 dan 1990.
Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas
Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan pencemaran udara
dan mengawal edaran gas oksigen dan karbon dioksida. Bagi tumbuhan, gas karbon
dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses makanannya. Dalam
proses membuat makanan ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida
dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan daripada proses itu. Dengan
adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan
dapat dikekalkan.
Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh
Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir, hakisan tanah dan
tanah runtuh. Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan
tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan tanah. Akar-akar pokok di dalam
hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan
menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke tanah
rendah dan ini boleh menghalang daripada tanah runtuh.
Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik

Hutan juga berfungsi dalam memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan


toksik. Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau
kayu menjadi sumber makanan penting bagi serangga dan haiwan-haiwan yang
hidup di hutan bakau. Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen dan bahanbahan toksik. Disamping itu juga bahan-bahan toksik seperti racun perosak dan sisa
buangan domestik serta perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada
sedimen yang mendap, turut terperangkap.
Pengawal iklim
Hutan juga bertindak sebagai pengawal iklim. Ketebalan hutan yang terdapat di
sesuatu kawasan mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan. Kawasan tropika
misalnya mempunyai hutan tebal serta terdiri daripada beberapa lapisan yang
berlainan kepentingannya. Lapisan yang berlainan ini dapat mengawal jumlah
kehilangan air dari permukaan hutan melalui proses sejatan seterusnya
menstabilkan kelembapan.
Daripada huraian di atas, ternyatalah bahawa hutan sangat penting kepada
manusia. Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik harus dilakukan agar
penerokaan hutan dan pencerobohan secara haram dapat dibanteras. Tindakan
undang-undang yang lebih berat harus dikenakan kepada mereka yang cuba
memusnahkan hutan. Kita tidak mahu, dalam usaha kita mengejar pembangunan,
kita terpaksa memusnahkan alam semulajadi secara rakus. Telah terbukti,
kemusnahan hutan boleh menimbulkan bencana kepada kita.
Sumber: http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2012/03/kepentinganhutan-kepada-manusia.html

7.2 SUMBER HUTAN


a. jenis dan taburan sumber hutan(peta ms 72)
Hutan Hujan
Tropika

-paling luas; didapati di tanah pamah


dan kaki bukit pedalaman Perak,Kel,
Tganu, Swak dan Sabah
-sumber kayu keras, rotan, paku pakis,
pohon herba, pokok menumpang dan
memanjat

Hutan Paya
Bakau

-didapati di muara sg dan pinggir laut


yg berlumpur, terlindung ombak kuat
dan ditenggelami air masin

-spesis pokok bakau avicennia, rhizophora,


bruguiera

-Muara sg Perak Larut-Matang

-bahan binaan(cerucuk);

-Kuala Selangor

kayu api, arang kayu

-Muara sg Rajang
-Muara Sg Kinabatangan
Hutan Paya
air Tawar

-didapati di pedalaman-Tasik Chini dan


Bera

-pokok nibung dan nipah

Hutan Pantai

-didapati kawasan pantai berpasir di


sepanjang pantai timur semenanjung

-pokok herba rendah,


tumbuhan menjalar dan
pokok rhu

-daun nipah-atap; batang


nibong pancang kelong

-pokok rhu(kayu api)


Hutan
Gunung

-tumbuh di kawasan gunung, lebih 1000


m
-banjaran titiwangsa, tahan dan crocker
-spesis berbeza ikut ketinggian
-1000-1500 m(oak-laurel); hutan Erika
gunung(fir, sprus);pokok
renek(rotan,palma dan paku pakis);
-lebih tinggi-pokoknya kecil, bantut ,
batang berpintal/bonggol, ditumbuhi
liverwort, lumut dan pakis halus

-spesis utama-periuk kera,


rafflessia dan paku pakis

Вам также может понравиться