Вы находитесь на странице: 1из 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu

rumusan tentang punca-punca kekejaman terhadap kanakkanak dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Kes penderaan kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi
perkara biasa di negara kita. Kejadian yang menimpa Mohd.
Hafiz dan Balasundram seperti yang dipaparkan melalui media
massa pada suatu ketika dahulu merupakan salah satu
peristiwa ngeri yang menimpa kanak-kanak sejak belakangan
ini. Kanak-kanak yang diibaratkan seperti kain putih telah
menjadi mangsa penderaan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab sama ada penderaan secara seksual, fizikal,
mahupun mental. Masalah kekeluargaan yang berkaitan
dengan masalah kewangan keluarga, krisis rumah tangga
seperti pertengkaran dan penceraian ibu bapa dikenal pasti
sebagai punca utama ibu bapa sering hilang kewarasan akibat
tekanan emosi yang terlalu kuat. Anak-anak pula dianggap
membebankan lagi masalah mereka. Tanpa pertimbangan yang
wajar mereka menjadikan si kecil sebagai tempat untuk
melepaskan perasaan geram mereka.
Selain itu, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak
mempunyai pengetahuan agama yang boleh dijadikan panduan
bagi mendidik anak-anak. Keadaan yang sedemikian
menyebabkan mereka tidak mengerti tanggungjawab seorang
ibu atau bapa. Dalam perkataan lain, mereka tidak dapat
menilai erti kasih sayang yang sebenar. Mendengar tangisan
anak-anak sahaja dianggap bunyi halilintar lantas anak-anak
yang tidak berdosa itu didera dengan sewenang-wenangnya.
Mereka yang kurang siuman ini kelihatan begitu puas apabila
dapat melepaskan perasaan geram terhadap anak-anak
mereka.
Sebenarnya,setiap kanak-kanak berhak mendapatkan
kasih sayang, pemakanan seimbang serta pelajaran yang
secukupnya untuk mencapai perkembangan mental dan fizikal
yang sempurna.Oleh hal yang demikian, langkah-langkah
pencegahan amat diperlukan daripada semua pihak. Dalam hal
ini, kempen-kempen diadakan supaya kesedaran dapat disemai
dalam diri masyarakat tentang tanggungjawab masing-masing.
Ceramah-ceramah hendaklah dipergiatkan bagi menimbulkan
rasa penghargaan terhadap anak-anak yang dianugerahi Tuhan.
Masyarakat Malaysia harus sedar bahawa penderaan
kanak-kanak merupakan satu amalan yang terkutuk dan tidak

sepatutnya berlaku pada zaman yang bertamadun ini. Kita


semua mengharapkan anak-anak dididik dan dipelihara dengan
sempurna supaya mereka dapat memegang teraju
pemerintahan negara pada masa hadapan. Dengan kesedaran
semua pihak diharapkan hasrat Masyarakat Penyayang dan
Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan jayanya.
Rangka Rumusan:
(A1)Petikan membincangkan
............................. ................................. ..............................
............
........................................
(A1)Akibatnya termasuklah ...........................................
.... (A2) Selain itu, ................................. dan /
serta ......................... (A3) Akibat lain
termasuklah ............................................. selain .......................
............. (A4) ............................... juga akibatnya.
(A1)Usahanya pula termasuklah pihak
sekolah ......................................(A2) Di samping
itu, .............................................
malah .......................................
(Anak-anak yang didera akan mengalami kecederaan
dari segi fizikal / Penderaan akan meninggalkan kesan
yang buruk terhadap psikologi anak-anak./
Perkembangan mental anak-anak akan terganggu /
Mereka membesar dengan penuh sifat dendam / Mereka
mungkin melakukan perbuatan yang sama kepada anakanak mereka pada masa hadapan).
(A1)Kesimpulannya, kekejaman terhadap kana-kanak
perlu diatasi secara berkesan agar .......................... ...........
(.................patah kata)
PEMAHAMAN PETIKAN UMUM:
i. Berikan maksud perumpamaan diibaratkan seperti kain putih.
[ 2 markah] --.mempunyai jiwa yang bersih (Perumpamaan
tersebut bermaksud................)
ii. Apakah tujuan kempen tentang isu kekejaman terhadap
kanak-kanak diadakan? [3 markah]- memberikan kesedaran
kepada ibu bapa./ ibu bapa memahami tanggungjawab
mereka. / Menimbulkan rasa penghargaan terhadap
anak-anak mereka
(.Kempen tentang isu kekejaman terhadap kanak-kanak
diadakan bertujuan untuk........................... Bukan itu

sahaja, ...................................................................
Kempen tersebut juga........................... )
iiii. Sebagai anggota masyarakat, apakah tindakan yang dapat
diambil bagi memastikan kes berkaitan kekejaman terhadap
kanak-kanak dapat diatasi dengan berkesan? [4 markah] Melaporkan kejadian kekejaman terhadap kanak-kanak
kepada pihak polis./ Memberi teguran kepada pendera
dengan baik./ Memaklumkan kes kepada pihak Jabatan

Kebajikan Masyarakat. Atau talian Nur / .Menyelamatkan


mangsa daripada terus didera.
(.Sebagai anggota masyarakat, kes berkaitan
kekejaman terhadap kanak-kanak dapat diatasi dengan
berkesan sekiranya kita ........................... Tambahan
lagi, ...................................................................
Anggota masyarakat juga........................... Selain
itu,................................. )

Вам также может понравиться