Вы находитесь на странице: 1из 1

SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN [SJH 3104]

Dyan (^_^)

1.0 PENGENALAN
Kata sejarah berasal dari bahasa Arab iaitu Syajaratun yang ertinya pohon.
Menurut bahasa Arab, sejarah sama ertinya dengan sebuah pohon yang terus
berkembang dari tingkat yang sederhana ke tingkat yang lebih kompleks atau ke
tingkat yang lebih maju dan maka dari itu sejarah di umpamakan menyerupai
perkembangan sebuah pohon yang terus berkembang dari akar sampai ranting yang
paling kecil yang kemudian bisa diertikan sebagai salasilah. Syajarah dalam erti
salahsilah berkaitan dengan abad, tarikh, mitos dan legenda. Dalam bahasa
Inggeris kata sejarah (history) bererti masa lampau umat manusia, dalam bahasa
Jerman kata sejarah (geschichte) bererti sesuatu yang telah terjadi, sedangkan
dalam bahasa Latin dan Yunani kata sejarah (histor atau istor) bererti orang
pandai. Sejalan dengan perkembangan ilmu pengetahuan, pengertian sejarah pun
mengalami perkembangan.
Pengetahuan kita terhadap peristiwa masa lalu adalah berasaskan kepada
sumber-sumber yang ditinggalkan. Sumber memainkan peranan sebagai alat
komunikasi masa kini dengan masa lalu. Secara umumnya sumber boleh
dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu sumber lisan, sumber tulisan dan
artifak. Kamus Dewan edisi keempat (2010), lisan bermaksud sesuatu yang
diucapkan dan bukan ditulis. Ataupun diberitahu dengan mulut dan bukan dengan
surat. Manakala menurut Rozeman (2004:149), sejarah lisan merupakan satu
kaedah atau teknik penyelidikan moden yang bertujuan untuk memelihara
pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui pengkisahan. Sumber lisan merupakan
sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh
seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Ia
hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau
dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia
dirakam setelah mengalarni proses temu bual, perbincangan, dan temuduga dengan
orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli
sejarawan dalam bidang sejarah lisan
Tuntasnya, sumber lisan juga merupakan satu sumber yang amat penting
dalam sesebuah kajian sejarah. Ini kerana sesetengah peristiwa yang berlaku,
sumber lisan merupakan sumber pertama yang boleh dirujuk bila mana sumber itu
ada apabila suatu peristiwa berlaku, maka ianya sama penting dengan sumber lain.

Halaman |1

Вам также может понравиться