Вы находитесь на странице: 1из 79

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAHASA MELAYU

TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LUAS, BESUT, TERENGGANU.

ABSTRAK

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,


kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Manakala membaca
merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan yang
mana melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan
melalui penulisan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermula pada tahun 2011. Kajian ini
meninjau penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) di kalangan murid tahun
lima di sebuah sekolah di daerah Besut bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Antara
persoalan yang muncul ialah masalah penguasaan kemahiran membaca kalangan murid
serta tahap penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) di kalangan murid
tahun lima di sebuah sekolah dalam daerah Besut yakni berdasarkan Benjamin S. Bloom
iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Kaedah
kajian yang digunakan berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik adalah
bertujuan untuk meninjau sejauhmana penguasaan responden dalam komponen Kemahiran
Berfikir Kritis (KBAT). Sampel kajian seramai 20 orang murid tahun lima yang telah dipilih.
Data telah dikumpul serta dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif, min dan ujian
t. Para responden cemerlang dalam menjawab soalan bagi tahap mudah dan sederhana
manakala bagi tahap sukar, masih ramai lagi murid yang tidak dapat menguasainya dengan
baik.

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara serta penyumbang
utama dalam pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan
pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran
yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan
ekonomi keseluruhannya. Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan
masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Sebagai sebuah negara yang berkembang
pesat dalam pelbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan
mengalami anjakan paradigma yang dapat mentransformasikan pendidikan selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah dilancarkan secara rasmi
pada 6 September 2013. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang
perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.

Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi
(HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Mata

pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid dari
setiap peringkat, iaitu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah.

Pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu. Membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses
pencerapan ilmu pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan
interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian
bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan
melibatkan memahami. Justeru guru-guru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran membaca perlu memastikan agar kedua- dua elemen tersebut diajar secara
bersepadu kepada murid-murid terutamanya murid-murid Tahun 5.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki
proses kognitif. KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan
dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan menjana
maklumat untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan situasi rumit. Maka, KBAT
sangat penting kepada setiap individu kerana KBAT dapat mencabar kita untuk
menginterprestasi, menganalisis dan memanipulasikan maklumat (Mohamed, 2006; Ea,
Chang, & Tan, 2005). Dengan ini, kita boleh melihat dari pelbagai perspektif untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi tertentu terutamanya masalah-masalh kritikal yang
beraras tinggi (Rajendran, 2008).

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah
memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan
kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca
merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu
memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca
juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan
antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan
maksudnya.

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem
pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu
berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada
peringkat global. Kemahiran membaca amat penting untuk dikuasai oleh murid-murid kerana
kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu.

Kemahiran membaca mempunyai kaitan rapat dengan

kemahiran-kemahiran lain seperti mendengar, bertutur dan menulis. Menurut Abdul Rasid
dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid
lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan
mereka menguasainya.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003),


bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman,
tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Walau bagaimanapun, keupayaan dan
kecenderungan seseorang dalam mengorganisasi dan memproses maklumat adalah berbeza
kerana kaedah pengamatan dan pemprosesan maklumat yang berlaku dalam diri manusia

adalah berbeza-beza (Abd. Razak & Azman, 2012; Joseph, 2000). Oleh yang demikian,
KBAT memainkan peranan yang amat signifikan dalam meningkatkan lagi keupayaan dan
kebolehan sedia ada pada murid khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Apabila menguasai KBAT sudah tentu murid dapat meningkatkan kefahaman dan
memperkukuh pembelajaran dalam setiap perkara yang mereka pelajari nanti bahkan juga
kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing.

1.2 Latar belakang Penyelidikan


Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sering berhadapan dengan masalah
yang melibatkan pencapaian murid yang rendah yakni merupakan satu cabaran bagi guruguru. Mungkin kerana ramai murid akan merasa bosan dengan pembelajaran bahasa Melayu
serta proses pembelajaran pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan khasnya dalam
menguasai kemahiran membaca. Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi
oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama
kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan
membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri
(Mercer, 1992).

Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid pada masa kini adalah
merupakan suatu perkara yang penting dalam bidang pendidikan. Manakala KBAT telah
dirangka dan diaplikasikan oleh Kementerian pelajaran Malaysia yang menyedari bahawa
masih terdapat murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid
untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada
pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal.

Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid tahun Lima sekolah rendah untuk menguji
kemahiran membaca mereka khasnya dalam menjawab soalan pemahaman. Soalan
pemahaman merupakan salah satu bahagian dalam soalan peperiksaan bahasa Melayu tahun
Lima. Kajian ini juga akan dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi responden. Hal ini kerana apabila menguasai KBAT, murid-murid akan mampu
berfikir secara kritis dan kreatif dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa Melayu yang
lain termasuk menulis, mendengar, bertutur dan sebagainya.

Dapatan kajian juga turut menyediakan maklumat tentang tahap penguasaan KBAT
sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu pada peringkat pendidikan asas, iaitu bahasa yang
mendukung peranan bahasa pengantar utama pendidikan atau bahasa ilmu.

1.3 Penyataan Masalah


Isu yang semakin menjadi kebimbangan pada abad ini ialah apabila terdapat
sesetengah murid yang tidak mampu membaca khasnya responden kajian walaupun telah
mencapai usia yang sepatutnya. Ada pun sesetangah di antara mereka boleh membaca tetapi
tidak dapat memahami isi kandungan yang mereka baca. Hal ini telah menyebabkan banyak
pihak terutamanya ibu bapa, pendidik dan masyarakat bimbang akan hal ini akan berterusan.
Antara permasalahan kemahiran membaca ialah tidak memahami isi kandungan teks, tidak
memahami maksud ayat yang dibaca, tidak boleh membaca pantas dan cepat jemu dan penat.
Membaca juga memerlukan murid untuk memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan
menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh
memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami
perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca.

Kemahiran membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang
tertulis dan memahamkan kandungannya. Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain
dalam mata pelajaran bahasa Melayu. oleh itu, satu bentk ujian telah dirangka dan dijalankan
untuk memperolehi maklumat dan gambaran sebenar terhadap kekuatan dan kelemahan
murid dalam kemahiran membaca bahasa Melayu responden.

Bagi konteks KBAT pula, bukan mudah untuk murid-murid untuk menguasai elemenelemen KBAT kerana memerlukan tahap pemikiran yang kritis dan kreatif.

KBAT

merupakan satu implikasi baru dalam dunia pendidikan. Implikasi ini akan melahirkan insan
yang dapat memahami, mengkaji, menganalisis, mencari penyelesaian bagi cabaran baru
yang dihadapi, membuat pertimbangan ke atas pelbagai alternatif yang wujud dan membuat
keputusan, dan mencadangkan alternatif lain.

1.4 Kerangka Kajian

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAHASA


MELAYU TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LUAS,
BESUT, TERENGGANU

VARIEBAL BERSANDAR

VARIEBAL TIDAK BERSANDAR

Tahap Penguasaan KBAT

Murid-murid tahun Lima


SK Padang Luas

METODOLOGI KAJIAN

SAMPLE KAJIAN

ALAT KAJIAN

20 orang murid tahun Lima

Set Soalan Ujian Pemahaman

PENGUMPULAN DATA

ANALISIS DATA

PERBINCANGAN
DAN
RUMUSAN

1.5 Objektif kajian


Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.5.1 . Mengenal pasti masalah penguasaan kemahiran membaca kalangan murid tahun lima
di sebuah sekolah di daerah Besut.
1.5.2 Membandingkan penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) di kalangan
murid tahun lima di sebuah sekolah di daerah Besut.
1.5.3 Mencadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca

1.6 Kepentingan Kajian


Kajian ini meninjau sejauhmana keberkesanan program KBAT kalangan 50 murid
yang merangkumi 25 lelaki dan 25 perempuan yang telah mengikuti program ini di salah
sebuah sekolah rendah di Besut, Terengganu iaitu SK Padang Luas. Berdasarkan latar
belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik mendapati bahawa KBAT adalah
aspek yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berfikir
adalah asas kepada proses pendidikan. Keupayaan seseorang berfikir boleh mempengaruhi
cara pembelajaran, kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.

Dapatan kajian-kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa kemahiran berfikir


berkait rapat dengan pembelajaran. Kajian tersebut menunjukkan bahawa pelajar yang dilatih
berfikir mempamerkan kesan yang positif terhadap perkembangan pelajaran mereka.
Sehubungan dengan itu, penyelidik berfikir kepentingan kajian ini adalah untuk memberi
manfaaat kepada murid, guru dan penyelidik.

1.6.1 Murid
Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu murid meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam soalan pemahaman bahasa Melayu melalui kaedah
pengajaran dan pembelajaran KBAT. Melalui kajian ini juga diharapkan murid apat
meningkatkan pengetahuan mereka tentang bentuk-bentuk soalan pemahaman. Selain dari
itu, ia juga merupakan satu batu loncatan kepada murid untuk menarik minat mereka dalam
usaha meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif khasnya dalam menjawab
kertas soalan pemahaman.

1.6.2 Guru
Bagi pihak guru pula, diharapkan hasil analisis data yang diperolehi boleh digunakan
untuk memperbaiki mutu pengajaran di dalam bilik darjah dan membantu pelajar menguasai
kemahiran membaca khasnya dalam menjawab soalan pemahaman. Para guru diharap dapat
membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi melalui
strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berkesan. Selain dari itu, menurut
Mok Song Sang (2004) pengajaran guru juga wajib menimbulkan minat pelajar, membimbing
mereka dengan cara belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan, membantu menyelesaikan
masalah serta meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir mereka.

1.6.3 Penyelidik
Diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi penyelidik yang berminat untuk
melakukan penyelidikan pada masa yang akan datang. Diharapkan lebih ramai lagi
penyelidik yang melakukan penyelidikan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang
mana sekarang ini merupakan tunjang utama dalam melahirkan murid-murid yang kritis,
kreatif dan berdaya saing.

1.7 Soalan Kajian


Dewasa ini kemahiran membaca merupakan kunci utama dalam melahirkan muridmurid yang bebas buta huruf. Zaman sentiasa berubah dari setahun ke setahun. Dalam era
globalisasi pada masa kini, masih terdapat pelajar yang buta huruf yang tidak tahu membaca
dan menulis dalam bahasa Melayu bertepatan dengan satu kajian yang telah dibuat oleh
Kementerian Pendidikan baru-baru ini ialah mendapati 165, 000 pelajar di negara ini masih
buta huruf.

Seterusnya, dalam usaha untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan


berkemahiran, amalan berfikir secara kritis dan kreatif perlu ditekankan dalam pengajaran
bahasa Melayu dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pelaksanaannya
di dalam pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan, namun masih wujud masalah
terutamanya tahap penguasaan berfikiran aras tinggi di kalangan murid-murid khasnya dalam
menguasai kemahiran membaca yang merupakan salah satu komponen yang perlu diambil
kira oleh guru untuk melayakkan murid-murid untuk cemerlang dalam bahasa Melayu.

Manakala bagi tahap penguasaan KBAT, saya telah menggunakan Taksonomi Bloom
yang menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke
tahap tinggi) yang dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan,
Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:


1.7.1 Sejauhmana murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca khasnya dalam soalan
pemahaman?

1.7.2 Sejauhmana tahap penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) dalam
soalan pemahaman?

1.8 Batasan Kajian


Kajian ini terhad kepada 20 orang murid rendah yang merangkumi 10 murid lelaki
dan 10 murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Besut, Terengganu sahaja. Kajian ini
meliputi murid tahun lima yang menjalani pembelajaran berasaskan KBAT dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Mereka semua telah memberikan persetujuan untuk turut
sama terlibat dalam kajian ini.
Skop kajian hanyalah tertumpu pada kemahiran membaca iaitu soalan pemahaman
murid tahun lima. Manakala kaedah pengumpulan data, saya akan menggunakan instrument
kajian kualitatif iaitu satu set soalan ujian pemahaman bahasa Melayu yang mengandungi
tahap penguasaan KBAT berdasarkana Taksonomi Bloom.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau
tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran
bahasa. Ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Ghazali
(1997) mengkaji soalan-soalan yang digunakan oleh guru dan tugasan yang digunakan untuk
membantu membina pemahaman membaca.

1.9 Rumusan
Bab ini menghuraikan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, kerangka
konseptual, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Diharapkan
dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tentang kepentingan untuk menguasai
kemahiran membaca di kalangan responden khasnya dalam menjawab soalan pemahaman.
Seerusnya, kajian ini akan akan menjadi pedoman bagi guru-guru dalam memilih kaedah
pengajaran dalam adaptasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di samping itu dapat membantu
pihak perancang program menyediakan bahan yang sesuai untuk guru dan murid. Bahasa
Melayu mampu memenuhi fungsinya menyumbang ke arah penguasaan KBAT sekiranya
terdapat usaha yang perlu diambil secara eksplisit, sistematik dan berterusan. Pendidik harus
lebih teliti dalam merancang dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di
mana diwujudkan wacana yang menyokong penguasaan KBAT oleh muridnya untuk
memastikan kecemerlangan murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu
yang lain.

Bagi memastikan kemantapan murid mengusai kemahiran asas ini, proses pengajaran
dan pembelajaran harus diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran
dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Ini akan mengyebabkan murid
akan mudah berasa bosan dan hilang tumpuan sewaktu proses pembelajaran Bahasa Melayu
dijalankan. Oleh itu kajian yang dilakukan akan membantu meningkatkan pencapaian murid.
Di akhir kajian kita akan dapat melihat sejauhmana penguasaan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi bagi murid-murid tahun Lima dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu khasnya dalam kemahiran membaca.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan
Dalam bab ini penulis akan menyentuh tentang tinjauan literatur yang berkaitan

dengan penguasaan bahasa oleh responden dalam penulisan karangan. Tinjauan literatur ini
dilihat berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji dalamn negara
dan juga pengkaji dari luar negara. Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya orang lain
yang pernah dijalankan oleh mereka. Tujuan dilakukan tinjauan literatur ini adalah untuk
memahami bagaimana mereka-mereka yang terdahulu telah menghadapi dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Pentingnya melakukan tinjauan literatur ini kerana dapat memberikan
idea serta hala tuju berkaitan penyelidikan yang akan saya lakukan nanti. Dalam bab ini, saya
akan membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kemahiran membaca
yang merupakan salah satu kemahiran yang amat penting dalam penguasaan bahasa Melayu.

Bab ini juga akan membincangkan beberapa pendapat dan hasil kajian oleh pengkajipengkaji lain yang berkaitan dengan persoalan kajian iaitu keberkesanan Program KBAT di
kalangan murid sekolah rendah. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di
dalam pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara
kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baru.

Kajian untuk meningkatkan kemahiran membaca serta tahap penguasaan Kemahiran


Berfikir Aras Tinggi yang harus diberi tumpuan khusus untuk meningkatkan pencapaian
murid-murid ini. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kemahiran
membaca dan tahap pengusaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kemahiran membaca dapat
membantu murid-murid mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Bahasa Melayu.
Oleh sebab itu, saya telah merujuk kepada beberapa kajian lepas yang telah dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji tempatan berkaitan kemahiran membaca dan juga penguasaan kemahiran
aras tinggi (KBAT).

2.2

Teori dan konsep berkaitan


Berikut merupakan teori dan konsep mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Setiap teori dan konsep dihuraikan dengan terang dan terperinci seperti berikut;

2.2.1 Definasi Membaca


Menurut Kamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan 'membaca' membawa maksud
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya. Membaca ialah proses aktif untuk memahami teks bercetak atau grafik.
Cohen (1990) Proses mental yang dipilih oleh pembaca secara sedar untuk melakukan
tugasan bacaan dengan baik. Walker (2000) Proses aktif apabila pembaca beralih antara
sumber maklumat, menghuraikan makna dan strategi, memantau pemahaman, dan
menggunakan konteks sosial untuk menggambarkan respons mereka.

Berdasarkan pendapat tokoh bahasa Marohaini Yusoff (1989) mendefinisikan proses


membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua
komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu

kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
Mengikut Solh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan
dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah
berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti
mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria
penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca.

Lebih penting lagi, Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca
menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang memperoleh
tafsiran yang bermakna tentang lambang. (kenedy(1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai
keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang
mewakili bahasa lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan
atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna bentuk itu dengan
bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya yang telah diketahui, dan seterusnya
berasaskan pengalaman lalu,berasaskan memahami dan mentafsirkan maksud bahasa
daripada bentuk tulisannya.

2.2.2 Definasi Pemikiran Aras Tinggi


Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Kementerian Pendidikan Malaysia).

Manakala KBAT ditakrifkan sebagai pe nggunaan potensi minda untuk menangani


cabaran baru (Onosko dan Newmann, 1994) yakni seseorang perlulah memahami,
menterjemah, menganalisis, dan memanipulasikan maklumat tentang sesuatu persoalan yang
perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan tidak boleh diselesaikan menggunakan
pendekatan rutin

Penerapan pemikiran aras tinggi di dalam pengajaran memerlukan kebolehan untuk


mengurangkan kekeliruan dan meningkatkan minat pelajar terhadap tugasan yang diberikan
oleh guru. Sokongan dari guru dalam menggalakkan pelajar berfikir secara terbuka untuk
melontarkan idea dalam menyelesaikan masalah juga dapat membantu pelajar meningkatkan
kemahiran pemikiran aras tinggi mereka (FJ King et.al, 1998).

2.2.3 Kepentingan Kemahiran Membaca


Membaca adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran dan perlu
diberi penekanan kerana proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman
yang mantap. Kemahiran membaca apalah penting untuk mendapatkan maklumat,
pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang
melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.
Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta
motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Pemantapan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dewasa ini memang perlu
diberi perhatian yang lebih serius oleh seluruh warga pendidik agar murid-murid dapat dapat
menguasai kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin. Selain itu, penguasaan

kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan
.
Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran.
Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat dan tersirat,
menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan
mengaplikasikan maklumat baharu ke dalam situasi baharu. Murid dilatih, dibimbing dan
diajar membaca sebagai persiapan ke arah penguasaan membaca dengan betul di peringkat
sekolah rendah.

2.5 Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran
abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Setiap soalan KBAT memerlukan
murid untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada
menyatakan semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung murid
akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan mereka akan kita cerdas
berfikir. KBAT menuntut murid untuk menggunakan potensi minda untuk menangani cabaran
baru. Hal ini kerana seseorang perlulah memahami, menterjemah, menganalisis, dan
memanipulasikan maklumat. Selain iu, KBAT memerlukan murid menilai maklumat secara
kritis, membuat inferens, dan membuat generalisasi. Murid perlu menghasilkan komunikasi
asli, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta, menyelesaikan masalah
berkaitan kehidupan seharian, menilai idea, melahirkan pendapat, membuat pilihan dan
membuat keputusan.

Pada era globalisasi ini, kemahiran berfikir penting dalam pelaksanaan sistem
pendidikan negara. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan

berkemahiran, amalan berfikir secara kritis dan kreatif perlu ditekankan dalam pengajaran
bahasa dalam kelas. Walaupun pelaksanaannya di dalam pengajaran dan pembelajaran telah
lama dilakukan, namun masih wujud masalah terutama dari segi kefahaman guru dan amalan
pedagogi. Oleh itu, perhatian yang diberi kepada pengajaran ke mahiran berfikir kini
menuntut supaya selain daripada pengajaran kandungan mata pelajaran pengajaran kemahiran
berfikir juga diberi penekanan.

Dengan kata lain, murid-murid perlulah memahami, menterjemah, menganalisis, dan


memanipulasikan maklumat untuk menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Ini adalah
penting kerana sesuatu persoalan yang perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan
tidak boleh diselesaikan menggunakan pendekatan rutin. Melalui KBAT, murid juga akan
menghasilkan komunikasi asli, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta,
menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan seharian, menilai idea, melahirkan pendapat,
membuat pilihan dan membuat keputusan.

Diharapkan cadangan yang dikemukakan adalah supaya kemahiran berfikir diajar


secara eksplisit dan bukan hanya diterima sebagai hasilan tidak langsung daripada pengajaran
pembelajaran mata pelajaran sekolah. Oleh kerana, pada umumnya kebanyakan wacana di
dalam kelas adalah di aras rendah maka guru haruslah be rusaha bersungguh-sungguh untuk
membawa wacana di dalam kelas ke aras tinggi untuk membolehkan murid menguasai
KBAT.

2.6 Peranan Murid


Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,
mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka

sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam
pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan
wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid. Pada
peringkat awal murid perlulah sentiasa bersedia memberi fokus kepada pengajaran guru.
Setiap percakapan guru harus diteliti dan diamati untuk memudahkan pemahaman. Sebarang
kekeliruan harus diselesaikan dengan cara mendapat penjelasan daripada guru.

Murid perlu mengurangkan berbual kosong, membuang masa dengan kerja yang tidak
berfaedah atau sebarang tindakan yang mengganggu tumpuan ke arah pembelajaran
berorientasikan KBAT dalam proses membaca. Proses membaca yang berkesan memerlukan
kemahiran yang tertentu sama ada sebelum, semasa ataupun selepas proses membaca. Bagi
memperolehi keputusan yang cemerlang, murid-murid perlu mempunyai kemahiran
membaca yang betul. Sekiranya murid dan tidak memahami apa yang telah dibaca walaupun
telah membaca dengan berulang kali. Keadaan ini sebenamya menunjukkan bahawa kaedah
membaca yang digunakan tidak dapat menghasilkan kefahaman pembacaan yang maksimum.

2.4 Peranan Guru


Guru berperanan untuk memastikan agar murid-murid dapat menguasai strategistrategi yang terkandung dalam kemahiran berfikir serta kemahiran membaca dan menulis.
Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang
pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru
dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,
penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan
guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah
didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di
maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan
keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid
dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah dengan mengemukakan
soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Guru harus mengemukakan soalan-soalan yang membolehkan murid untuk
mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar
menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari. Bertitik tolak
dengan itu, guru perlu bijak bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses
transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang
intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai
sejagat.

2.3

Kajian-kajian lepas
Kajian-kajian lepas berkaitan dengan penggunaan kaedah koperatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan oleh ramai penyelidik dengan jayanya. Kajiankajian ini dijadikan panduan bagi kajian saya untuk meningkatkan kemahiran membaca serta
tahap penguasaan KBAT. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa murid-murid
yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah
dalam bidang akademik. Mereka sering dilabelkan sebagai murid- murid yang gagal untuk

menyediakan otak mereka dalam menguasai prinsip asas abjad untuk menjadi seorang
pembaca yang mahir (Roshotte & Torgeson 1985). Pernyataan tersebut memberi input kepada
kita bahawa kesukaran membaca dalam kalangan murid-murid adalah berpunca daripada
kegagalan guru dalam mengaplikasikan amalan dan strategi membaca secara sistematik dan
efektif.

Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi
makna kepada pembaca (Yahya 2005). Menurut Anderson dan Pearson dalam Mahzan Arshad
(2008), membaca adalah satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi
antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan
yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. Wilkinson (1985), pula mengatakan
bahawa membaca juga boleh dilihat sebagai proses memilih dan mengambil tindakan apabila
pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibaca. Menurut
Klein dalam Farida Rahim (2005), membaca dapat didefinisikan sebagai suatu proses.
Manakala Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk
memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengakui hampir semua
sekolah rendah di seluruh negara ada menempatkan murid yang tidak tahu membaca, menulis
dan mengira pada masa ini. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, senario
membimbangkan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kekurangan guru bagi
mengendalikan kelas pemulihan bagi murid yang mengalami masalah membaca dan menulis.
Membaca juga merupakan proses memahami atau membina pemahaman kerana kita
belum membaca jika belum memahami. (Nik Safiah Karim, 1985).
Sebenarnya, kemahiran membaca memerlukan pentafsiran serta pemikiran yang
tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak (Cohen, 1990). Mengikut

pandapat Anderson dan Pearson (1984), membaca merupakan suatu proses pembentukan
dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca
ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar
si pembaca.
Bertitik tolak dengan itulah, kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis
menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini
beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik
perhatian guru dan rakan-rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa
kepada konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta
bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan
keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang
ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa
membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut
perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau
gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan
pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan
tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat
dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Menurut Yahya (2004),
membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca.

Pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana di bilik darjah yang


memberangsangkan pelajar-pel ajar supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses
tersebut. Ini bermakna pelajar seharusnya terlibat secara langsung dari masa bahan ataupun
kandungan sukatan pelajaran dipilih untuk sesi pelajaran dan dalam pem ilihan dan
pengendalian aktiviti pengajaran pembelajaran (Bereiter & Scardama lia, 1987).

Guru haruslah menerima penglibatan pelajar yang aktif supaya pelajar menerima
pengalaman yang bermakna melalui proses pengajaran pembelajaran. Pengalaman yang
bermakna akan mendorong pelajar memikirkan tentang apa yang mereka belajar jauh lebih
lama dari masa di kelas. Pendek kata, individu tidak akan dapat membaca dan menulis
sekiranya mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh Smith
(dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu
menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca.

Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada sekolah
menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut Statistik daripada
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) menunjukkan bahawa seramai
85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia menghadapi masalah dalam membaca
dan menulis iaitu tidak boleh menguasaikemahiran asas membaca, menulis dan
mengira.Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu kajian
didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian
tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh (20%) yang tidak dapat menyatakan tajuk buku
yang dibacanya (Atan Long. et. al. 1984). Terdapat lebih 80 ribu murid-murid sekolah di
Malaysia yang masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis (Unit Rendah,
Bahagian Sekolah, 2006). Menyedari hakikat itu Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak

langkah untuk melaksanakan program Kelas Intervensi Literasi dan Numborasi (LINUS) bagi
mengatasi masalah tersebut. Justeru data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (2006) seharusnya menjadi penanda aras bagi pemasalahan ini yang kian serius dan
perlu ditangani segera.

Mahadzir Mohd Khir, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia semasa


merasmikan Seminar Pendidikan Khas ke-3 telah turut mendedahkan bahawa seramai hampir
520 ribu orang murid daripada 5.1 juta murid-murid mengalami masalah membaca akibat
disleksia (Utusan Malaysia, Oktober, 2006). Membaca adalah satu tindakan komunikasi
iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang
disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambang-lambang bahasa
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:143).

Seterusnya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam


pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara kritis
dan boleh menghasilkan idea-idea baru. Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa
Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda
secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas
berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat
untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan
mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau
menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil.
Kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktivitiaktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah
pengajaran yang boleh mendorong kearah meningkatkan kemahiran berfikir.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan
tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua,
menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah
yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalamterhadap tahap ingatan kanakkanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Tambahan
pulan, Kajian-kajian yang dijalankan oleh Ghazali (1997) dan Rajendran (1998) mempunyai
kaitan dengan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Ghazali
(1997) mengkaji soalan-soalan yang digunakan oleh guru dan tugasan yang digunakan untuk
membantu membina pemahaman membaca. Di samping itu beliau juga mengaitkan kajiannya
dengan aplikasi Cogaff Taxonomy dalam membina

pemikiran kritis dalam pengajaran

pemahaman membaca. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa masih terdapat guru-guru
yang masih tidak dapat menguasai kemahiran berfikir dengan baik walaupun perkara tersebut
telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Di samping itu kajian beliau
juga menunjukkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru semasa mengajar juga masih
rendah dan perlu dipertingkatkan.

Sesungguhnya, kemahiran membaca mempunyai hubungan yang penting dan positif


dengan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini kerana, sebelum
murid itu menguasai KBAT, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik
kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid
bermula dari tahun satu lagi. Penguasaan kemahiran membaca adalah penting untuk
seseorang khasnya dalam aspek sosial dan ekonomi (Ham ilton, 1995). Menurut US
Department of Education (2002), pelajar yang gagal menguasai kemahiran membaca di Gr ed
Empat akan berhenti sekolah dan kurang berjaya semasa peringkat dewasa . Akibat daripada
krisis literasi ini, Presiden George W. Bush telah menandatangani satu akta yang berbunyi

No Child Left Behind pada 8 Januari 2002. Sebanyak lima bilion dolar telah diperuntukkan
untuk memastikan setiap kanak - kanak di Amerika dapat menguasai kemahiran membaca
pada akhir Gred Tiga ( US Department of Education , 2002). Kegagalan menguasai
kemahiran membaca menyebabkan pelajar tidak dapat membaca dengan betul dan lancar
malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan ( Roziah Abd
Hamid , 2005) .

Oleh yang demikian, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran asas yang
wajib dipelajari sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
konteks di sekolah misalnya. Hal ini demikian kerana kesemua proses pengajaran dan
pembelajaran bermula dengan kemahiran membaca dan diikuti dengan kemahiran
lainnya seperti bertutur, mendengar dan menulis. Pada dasarnya, sangat perlu bagi
seseorang individu mempelajari tiga perkara asas dalam pendidikan iaitu membaca,
menulis dan mengira. Ketidakupayaan dalam ketiga-tiga perkara ini menyebabkan
seseorang itu hidup dalam keadaan buta huruf. Perkara ini pastinya menyebabkan
seseorang itu tidak berpeluang mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan terlalu
bergantung kepada orang lain dalam kehidupannya. Secara khususnya, ketiga-tiga asas
ini sangat penting terutama dalam dunia moden yang memaksa kita untuk sentiasa
bersaing secara global agar melahirkan masyarakat yang tidak ketinggalan jauh oleh
arus pemodenan.

Selain itu, membaca dapat diertikan sebagai satu proses yang dilakukan pembaca
bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya tersebut
sebelum membuat keputusan. (Mahzan Arshad, 158:2008). Menurut Farida Rahim
2005, definisi membaca mencakup; Pertama, membaca merupakan suatu proses.

Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca
mempunyai peranan utama dalam membentuk makna. Kedua, membaca adalah strategi.
Pembaca yang efektif menggunakan berbagai-bagai strategi membaca yang sesuai
dengan teks dan konteks dalam rangka mengkonstruk makna ketika membaca. Strategi
ini bervariasi yang sesuai dengan jenis teks dan tujuan membaca. Ketiga, membaca
merupakan interaktif yang mana keterlibatan pembaca dengan teks bergantung pada
konteks. teks yang dibaca pula harus mudah difahami sehingga menjadi interaksi
antara pembaca dengan teks. Selain itu, membaca boleh dilihat sebagai proses memilih
dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan
tujuan dan teks yang dibacanya. (Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson, 1985).
Proses yang menentukan apakah tujuan dan tindakan yang akan diambil ini berlaku
serentak dengan proses membina makna daripada bahan yang dibaca. Menurut Tinker
1952, membaca itu ada tiga proses yang berlaku iaitu: (1) Pengiktirafan perkataan
simbol, (2) Menarik balik pengalaman yang berkaitan dengannya, dan (3) Pembinaan
semula pengetahuan untuk menggabungkan idea baru yang terkandung dalam bahan
bacaan.

Berdasarkan pendapat dan pandangan para tokoh di atas, secara ringkasnya


membaca ialah proses yang dilakukan oleh pembaca itu sendiri untuk mentafsirkan
dan memberikan makna terhadap bahan bacaan terutama bahan yang berbentuk teks
sebelum menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dalam membuat keputusan
terhadap apa yang dibaca. Proses membaca adalah satu proses membina jambatan
antara maklumat yang terdapat pada permukaan bertulis dengan maklumat yang
terkandung dalam pemikiran si pembaca. Semakin banyak maklumat yang diperoleh

oleh pembaca dalam pemikirannya tentang perkara yang terkandung dalam bahan
yang dibaca, semakin mudah proses pemahaman berlaku.

Sementelahan pula Hafisah (2008) mengatakan bahawa kemahiran menyelesaikan


masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis serta kebolehan
mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru yang berlainan. Oleh
yang demikian, kepakaran guru amat diperlukan dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid.
Hal ini kerana kemahiran berfikir, pada umumnya, adalah suatu kemahiran memproses minda
bagi mencapai sesuatu tujuan seperti diperkatakan oleh Siti Zuliana (2006).

Kemahiran berfikir secara kritikal adalah kebolehan individu menggunakan minda


untuk mencari makna dan kefahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea, membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dengan membuat pertimbangan yang wajar manakala
kemahiran membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri
ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat
penting dalam menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran
membaca dengan mudah dapat memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang. Khadijah Rohani (1987) menjalankan kajian berdasarkan persepsi guru
tentang masalah membaca, dan mendapati bahawa terdapat kira-kira 30 peratus murid- murid
tahap 1 di sekolah-sekolah rendah di Malaysia masih jauh ketinggalan dalam aspek
kemahiran membaca dan memahami.

2.4

Rumusan
Berdasarkan daripada tinjauan literatur di atas, kajian-kajian yang telah dijalankan

terdahulu membuktikan kepada kita penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran khasnya bahasa Melayu akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
dan nilai-nilai murni seperti kerjasama kepada murid secara tidak langsung. Oleh itu, KBAT
seharusnya disambut dengan baik justeru berupa kesinambungan dan pengukuhan konsep
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) selama ini. Oleh yang demikian, kita
hendaklah memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan konsep KBAT sejajar dengan citacita negara maju acuan sendiri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan
guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah
didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di
maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan
keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid
dalam pengajaran mereka.

Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan
KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dijalankan. Soalan
dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa,
mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau
hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

Kesimpulannya saya amat berharap agar peningkatan celik huruf di kalangan murid
dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar murid-murid lemah tidak akan ketinggalan
dalam pelajaran mereka.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Metodologi kajian ialah proses yang melibatkan penyelidikan memerlukan langkahlangkah yang sistematik dan teratur untuk mendapatkan maklumat berdasarkan kajian yang
dijalankan. Terdapat beberapa cara yang sistematik bagi menjalankan kajian ini yang
diaplikasikan oleh penyelidik dan terdiri daripada instrumen kajian, reka bentuk kajian,
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, pentadbiran instrumen, variebal kajian, sampel
kajian dan tatacara pengumpulan data dan penganalisaan data. Bab ini akan membincangkan
metodologi kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian.

Reka bentuk kajian ini adalah tinjauan deskriptif. Menurut Mohd Majid Konting
(2005), kajian deskriptif merupakan kajian yang bertujuan menerangkan suatu keadaan yang
berlaku. Ini bertepatan dengan kajian ini, iaitu untuk mengenal pasti tahap penguasaan KBAT
dalam kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan responden. Dalam bab ini,
Kajian ini bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap penguasaan elemen KBAT di kalangan
murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Padang Luas. Antara elemen-elemen KBAT yang
diuji ialah Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Data kajian dikumpulkan, diproses menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti


frekuensi dan peratus telah digunakan untuk menerangkan tentang taburan data dan juga bagi
menjawab persoalan kajian pertama dan kedua. Semua analisis data telah dilakukan
berbantukan perisian Statistical Package for the Social Science 19.0 (SPSS).

3.2 Sample Kajian


Menurut Majid (2000), populasi didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan
cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu. Bagi menjalankan
penyelidikan ini, subjek kajian hanya terdiri daripada 20 orang murid tahun lima Sekolah
Kebangsaan Padang Luas. Murid tersebut adalah dari Kelas 5 Amanah. Murid-murid ini
merupakan antara murid yang berada di 5 kelas yang teratas di sekolah yang dikaji. Bilangan
lelaki adalah 10 orang daripadanya adalah lelaki dan 10 orang adalah perempuan. Jumlah
mereka adalah sama. Murid Kelas 5 Amanah ini memperolehi markah yang lebih kurang
sama dalam setiap kali ujian dijalankan.

3.3 Rekabentuk Kajian


Rekabentuk penyelidikan ialah teknik atau kaedah untuk memperolehi maklumat bagi
menyelesaikan masalah untuk mencapai objektif penyelidikan. Rekabentuk juga menetapkan
unit analisis, populasi, persampelan, pembolehubah, cara pengukuran, pengumpulan dan
penganalisisan data (Sulaiman, 2003). Kaedah kajian yang dipilih ialah berbentuk soal
selidik yang dikemukakan kepada 20 orang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di
daerah Besut. Dalam merancang dan melaksanakan kajian tindakan, pelbagai teknik
pengumpulan data boleh digunakan bagi mendapatkan data yang sesuai dan pelbagai.

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang menggunakan kaedah kuanlitatif bagi
pengumpulan data yang dijalankan ke atas murid-murid. Menurut Majid (2000) instrumen
kajian merupakan alat yang digunakan untuk mengukur dan mengumpul bukti empirik. Satu
soalan bahasa Melayu yang mengandungi 12 soalan telah dibuat dan diberikan kepada murid
untuk dijawab selama satu jam. Sepanjang mereka menjawab soalan, saya melakukan
pemerhatian terhadap perlakuan mereka ketika menjawab soalan yang diberikan. Soalansoalan ini mempunyai aras yang tersendiri bersesuaian dengan elemen-elemen KBAT
berdasarkan

Benjamin S. Bloom iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis,

Sintesis dan Penilaian.

Seterusnya, saya akan mengumpulkan data mentah yang telah diambil dari jawapan
murid untuk diperiksa. Data ini akan dikira dalam jadual kekerapan serta dalam ujian t yang
akan diuji dengan menggunakan SPSS. Instrument kajian ini adalah merangkumi soalan
bahasa melayu pemahaman yang diberikan kepada para responden. Soalan tersebut
merupakan soalan yang melibakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang telah disusun
dengan baik bertepatan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Bentuk instrument kajian dibahagikan kepada tiga iaitu yang berkisar tentang
demografi, soalan ujian pemahaman tahun lima dan tahap penguasaan KBAT serta penilaian
tahap KBAT murid-murid.

3.3.1 BAHAGIAN A
Bahagian A mengandungi 5 maklumat demografi responden seperti jantina, etnik,
minat, cita-cita dan subjek yang diminati. Tujuan maklumat demografi ini diadakan adalah
untuk memudahkan menganalisis data dan maklumat 20 orang responden serta melihat
sejauhmana taburan responden dalam bentuk kekerapan dan peratusan.

BAHAGIAN A : Maklumat Demografi


Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.
1

Jantina

i.Lelaki

ii. Perempuan

Etnik

Melayu
India

Cina
Lain

Minat

Membaca
Menonton TV

Bersukan
Melukis

Cita-cita

Guru
Jurutera
Doktor

Peniaga
Akauntan
Lain-lain

Subjek yang diminati

Bahasa Melayu
Matematik

Pendidikan Seni
Sains

3.3.2 BAHAGIAN B
Bahagian B yang mengandungi satu set soalan yang dilaksanakan dengan melibatkan
seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang perempuan murid Tahun Lima. Satu bentuk
soalan yang disediakan mengandungi 12 soalan. Setiap satu soalan mempunyai elemen
penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Set soalan pemahaman bahasa Melayu
ini telah digubal dengan berpandukan Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956). Menurut

Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan,
Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

(1) Pengetahuan
Pengetahuan merangkumi mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,
teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata
tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan
melabelkan.

(2) Kefahaman
Seterusnya, kefahaman adalah mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi
contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah
memilih, menerangkan dan menulis semula.

(3) Aplikasi
Maksud aplikasi dalam kemahiran berfikir ialah menggunakan maklumat dalam
situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum,
teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.
(4) Analisis
Analisis merupakan sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil,
membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali
struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,
memastikan dan memilih.

(5) Sintesis
Sinesis pula ialah menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri
menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas
yang

digunakan

dalam

soalan

ialah

membina,

menghasilkan,

menyusun

dan

mengembangkan.

(6) Penilaian
Akhir sekali penilaian ialah membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional
berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas
yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta
membuktikan. Soalan tersebut telah dibuat berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah
dibina untuk menilai tahap penguasaan murid kemahiran berfikir responden.
Jadual Spesifikasi Ujian adalah seperti berikut;
1
2

Pengetahuan
Pemahaman
Mudah

3
4

Aplikasi
Analisis

5
6

Sintesis
Penilaian

Sederhana
Sukar
Berikut merupakan soalan-soalan yang telah diagihkan kepada responden.

BIL
1.

SOALAN
ARAS
__________ mesti menyerahkan laporan tahunan Pengetahuan Aras Mudah
kelab ini kepada Cikgu Rahman sekarang, kata
Bidin kepada Zaidi.
A Saudara
B Kami

C Kamu
2.

D Tuanku
Bendahara, adakah persiapan untuk majlis anakanda Kefahaman Aras Mudah
____________ sudah

siap diatur? tanya Sultan

Melaka kepada Tun Perak.


A tuanku
B patik
C beta
3.

D baginda
Encik Maniam ____________ saiz buku itu dengan Aplikasi Aras Sederhana
menggunakan sebatang pembaris.
A menconggak
B mengukur
C menggaris

4.

D mengira
Suasana di kampung itu damai dan sawah padi Analisis Aras Sederhana
____________ luas di kaki bukit.
A terbentang
B terdampar
C terhampar

5.

D terlantar
Bot nelayan itu ___________ dipukul ombak yang Sintesis Aras Sukar
kuat ditengah laut.
A terayun-ayun
B tergoyang-goyang
C terumbang-ambing

6.

D terpontang-panting
Perasaan Haliza __________ apabila permohonannya Penilaian

Aras

Sukar

untuk melanjutkan pelajaran di kolej itu gagal.


A seperti kaca terhempas ke batu
B seperti bulan jatuh ke riba
C seperti ular kena palu
D seperti mencurah air ke daun keladi
Sila baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan
berikutnya
Kail mengena si ikan jelawat,
Ditangkap nelayan bersama lokan,
Ekonomi negara semakin gawat,
Tenangkan hati menerima ujian

Indah berseri hiasan jati,


Jati tumbuh di puncak bukit,
Jangan berbelanja sesuka hati,
Ada wang lebih simpanlah sedikit.

Petang redup pergi ke pekan,


Pergi ke pekan menaiki basikal,
Belanja sekolah boleh dikurangkan,
Galakkan anak membawa bekal.

Pergi ke surau bersama-sama rakan ,


Singgah sebentar di rumah Noja,
Barang tempatan patut diutamakan,
Jenama luar lupakan sahaja.

Anak kecil berhidung mancung,


Pandai mengaji sopan tuturnya,
Jika tergerak untuk melancong,
Negara sendiri patut diutama.

Gadis manis tersedu-sedu,


Ditinggalkan bonda dalam bahtera,
Marilah kita bersatu padu,
7.

Negara aman Rakyat sejahtera.


Apakah jenis puisi di atas?

Pengetahuan Aras Mudah

A. Syair
B. Gurindam
C. Pantun nasihat
8.

D. Pantun adat
Pernyataan yang berikut betul tentang pantun kecuali

Pemahaman Aras Mudah

A. pantun mempunyai pembayang dan maksud


B. pantun mempunyai antara 8-12 sukukata
C. pantun mempunyai rima yang sama
9.

D. pantun di atas ialah pantun empat kerat


Manakah antara yang berikut BUKAN harapan Sintesis Aras Sukar
penulis ?
A. Berjimat cermat
B. Tenangkan fikiran menghadapi dugaan
C. Teruskan bersatu padu

10.

D. Mengaji dan berkelakuan sopan


Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan ungkapan Analisis Aras Sederhana

tenangkan hati menerima ujian kecuali


A. tidak menimbulkan kekecohan
B. selalu beringat bahawa kehidupan kita tidak
selamanya mewah
C. setiap ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana
ada nikmatnya
11.

D. kesusahan berlaku atas kesilapan manusia sendiri


Nyatakan perasaan dan harapan penulis pada Penilaian

Aras

Sukar

pendapat anda.
A. gembira dengan keaadaan tersebut
B. berharap masyarakat akan berubah
C. berduka dengan keaadaan yang berlaku
D. menyeru agar masyarakat memahami keadaan
12

ekonomi yang berlaku


Pada pendapat kamu, siapakah pencipta puisi tersebut
A. Pakar ekonomi
B. Pemimpin
C. Guru
D. Petani
Sebanyak 12 soalan telah disediakan dalam set soalan pemahaman bahasa Melayu

tahun lima. Soalan-soalan ini mengandungi tahap-tahap enam tahap dalam Jadual Spesifikasi
Ujian. Soalan- soalan ini telah dibina untuk menguji tahap penguasaan kemahiran berfikir
responden. Saya telah menyediakan soalan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu soalan
tempat kosong dan juga soalan pemahaman berdasarkan petikan. Responden diberi masa
selama 30 minit untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Kemudiannya, data mentah iaitu markah yang diperolehi oleh responden akan
dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan dengan
menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2010. Di bawah ini menunjukkan jadual skala
markah.

3.3.3 BAHAGIAN C
Manakala Bahagian C pula berkisar tentang analisis min responden serta ujian t
terhadap tahap penguasaan KBAT tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
di kalangan responden. Data mentah yang dikumpul berdasarkan Aras Taksonomi Kognitif
Bloom yang dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan,
Analisis, Sintesis dan Penilaian berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibina untuk
menilai tahap penguasaan murid. Data mentah yang diperolehi dalam soalan ujian yang
dikutip dalam soalan ujian akan dimasukkan ke dalam SPSS.

3.4 Analisis Data


Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kajian kes yang menggabungkan
bentuk kualitatif. Bentuk kualitatif yang digunakan dalam kajian ini set ujian pemahaman
bahasa Melayu tahun Lima yang berasaskan KBAT.
Seterusnya kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah utama
pengumpulan data iaitu berdasarkan data primer dan data sekunder. Data primer adalah data

yang diperoleh sendiri oleh pengkaji melalui dua instrumen kajian iaitu set soalan
pemahaman bahasa Melayu. Statistik deskriptif seperti frekuensi dan peratus telah digunakan
untuk menerangkan tentang taburan data dan juga bagi menjawab persoalan kajian pertama
dan kedua.

Dalam bahagian B soal selidik, data dianalisis berpandukan kekerapan dan peratusan
yang diperolehi

berpandukan Jadual jadual skala markah yang telah disediakan.

Penganalisisan melibatkan pengumpulan kekerapan jawapan yang diberikan dan seterusnya


kekerapan jawapan ini akan dikenalpasti untuk mengeluarkan hasil dapatan dari kajian yang
dijalankan. Data yang telah dianalisis akan disimpulkan untuk mendapatkan hasil kajian.
Seterusnya, pemprosesan data melibatkan aktiviti mengumpul, mengolah, menganalisis,
menyimpan dan mengeluarkan data berdasarkan tahap penguasaan KBAT yang diutarakan
dalam bahagian C.

Analisis data akan dilakukan selepas pengumpulan data mentah dari ujian yang telah
dijalankan. Setiap skor mentah yang diperolehi dari soalan ujian dikumpulkan dengan
menggunakan borang skor. Skor mentah yang diperolehi kemudiannya dipindahkan kepada
skor t . Seterusnya semua skor piawai akan diproses dan dianalisis.

Seterusnya ujian t sample akan dijalankan untuk menguji hipotesis kajian. Jadual akan
dibentuk untuk memberikan gambaran untuk menentukan samaada terdapat perbezaan
signifikan atau tidak. Seterusnya semua skor piawai akan diproses dan dianalisis dengan
menggunakan program perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS 19.0
for Windows). Seterusnya ujian t sampel tidak bersandar akan dijalankan untuk menguji
hipotesis kajian diterima atau ditolak dengan melihat kepada nilai t dan nilai signifikan.

Jadual akan dibentuk untuk memberikan gambaran dan menentukan samada terdapat
perbezaan yang signifikan ataupun tidak. Kajian ini dijalankan dibuat untuk mengetahui
tentang penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran bahasa
Melayu murid tahun Lima SK Padang Luas.

3.6 Rumusan
Kemahiran berfikir aras tinggi adalah satu elemen penting yang mesti dikuasai oleh
murid. Guru harus bijak mempelbagaikan kaedah untuk memupuk dengan kemahiran berfikir
aras tinggi pelajar melalui kaedah pengajaran yang bersesuaian khasnya dalam kemahiran
membaca. Perkembangan bahasa dan kebolehan berfikir seseorang mempunyai perkaitan
yang rapat. Penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa Melayu mampu menyumbang ke arah
penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid-murid Kelas Lima
Amanah. Ini bermakna usaha murid menguasai pelbagai aspek dan kemahiran bahasa Melayu
itu secara langsung dan tidak langsung menggalakkan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa satu kajian mengenai penguasaan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu
dijalankan dalam memberi kefahaman awal terhadap penguasaan kemahiran berfikir aras
tinggi di kalangan murid di peringkat sekolah rendah sebelum mereka melangkah ke sekolah
menengah dan seterusnya ke universiti dan juga ke alam pekerjaaan.

Selain dari itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir
aras tinggi dalam menguasai kemahiran membaca. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa
permasalahan yang wujud dalam kemahiran membaca dapat diperbaiki dengan merancang
aktiviti pengajaran yang menarik dan kondusif oleh guru. Selain itu, suasana pembelajaran
yang selesa dan dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan minat
murid agar terus belajar.

Walau bagaimanapun, demi memastikan murid-murid benar-benar mendapat peluang


dan menguasai KBAT pelbagai usaha yang perlu diambil secara eksplisit, sistematik dan
berterusan. Pendidik bahasa harus lebih teliti dalam merancang dan mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran di mana diwujudkan wacana yang menyokong penguasaan
KBAT oleh pelajarnya. Ini adalah untuk memastikan bahawa murid-murid mendapat manfaat
sepenuhnya dalam menguasai kemahiran membaca dan juga Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan tentang analisis hasil kajian terhadap
penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Berdasarkan kepada ujian yang telah
dijalankan, markah yang digunakan sebagai data yang telah dikumpul dianalisis dan dapatan
kajian akan diperolehi. yang mengandungi 1 set soalan yang dilaksanakan dengan melibatkan
seramai 10 orang murid lelaki dan 10 perempuan orang murid Tahun Lima. Satu bentuk
soalan yang disediakan mengandungi 12 soalan. Setiap satu soalan mempunyai elemen
penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Satu set soalan pemahaman Bahasa
Melayu ini telah digubal dengan berpandukan Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956).

Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu
Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Bahagian A dalam soal selidik adalah berkaitan dengan demografi responden.


Seterusnya, Bahagian B merupakan kekerapan jawapan oleh reponden. Manakala Bahagian C
pula berkisar tentang analisis ujian terhadap tahap penguasaan KBAT tahap penguasaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di kalangan responden.

Data mentah yang dikumpul berdasarkan Aras Taksonomi Kognitif Bloom yang
dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis
dan Penilaian berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibina untuk menilai tahap
penguasaan murid. Data mentah yang diperolehi dalam soalan ujian yang dikutip dalam
soalan ujian akan dimasukkan ke dalam perisian Statistical Package for the Social Science
19.0 (SPSS).

4.2 Latar belakang Responden


Sebanyak lima lima ciri demografi iaitu jantina, etnik responden, hobi, cita-cita dan
subjek yang diminati.

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina


Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Kekerapan (Bil)
10
10
20

Peratus (%)
50
50
100

Berdasarkan Jadual 4.1 di atas, didapati, bilangan responden lelaki dan perempuan
adalah sama iaitu lelaki 10 orang (50%) dan perempuan 10 orang iaitu bersamaan 50%.

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Etnik Responden


Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik Responden
Etnik
Melayu
Jumlah

Kekerapan (Bil)
20
20

Peratus (%)
100
100

Taburan responden mengikut etnik ialah 20 orang (100%) adalah melayu.


Kebanyakan murid yang bersekolah di SK Padang Luas adalah Melayu dan murid lelaki dan
perempuan yang dipilih ini adalah semuanya Melayu.

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Hobi Responden


Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Hobi Responden
Hobi
Membaca
Menonton
Bersukan
Melukis
Jumlah

Kekerapan (Bil)
9
7
1
3
20

Peratus (%)
45
35
5
15
100

Manakala soal hobi pula, seramai 9 orang (45%) mempunyai hobi membaca, 7 orang
(35%) mempunyai minat menonton, bersukan pula hanya 1 orang (5%) dan 3 orang (15%)
yang suka melukis di waktu lapang.

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Cita-cita


Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Cita-cita
Pekerjaan

Kekerapan (Bil)

Peratus (%)

Guru
Jurutera
Doktor
Peniaga
Akauntan
Jumlah

10
2
4
0
4
20

50
10
20
0
20
100

Rajah 4.4 menunjukkan taburan responden berdasarkan cita-cita. Kajian mendapati


seramai 10 (50%) orang murid berminat untuk menjadi guru. Seterusnya 2 orang (10%)
berminat untuk bergelar jurutera, seramai 4 orang (20%) ingin menjadi doktor. Manakala
seramai 4 orang (20%) berminat menjadi akauntan. Tiada seorang pun murid mahupun lelaki
atau perempuan yang berminat menjadi peniaga.

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Subjek Kegemaran


Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Subjek Kegemaran
Subjek
Bahasa Melayu
Matematik
Pendidikan Seni
Sains
Jumlah

Kekerapan (Bil)
6
9
1
4
20

Peratus (%)
30
45
5
20
100

Rajah 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut subjek yang diminati.


Seramai 6 (30%) orang murid meminati subjek Bahasa Melayu, serta 9 orang (45%)
meminati subjek Matematik. Seterusnya, hanya seorang (5%) yang meminati subjek
Pendidikan Seni dan akhir sekali responden yang meminati subjek Sains adalah seramai 4
orang (20%).

4.3 Bahagian B

Dalam Bahagian B sebanyak 12 soalan telah disediakan dalam set soalan


pemahaman yang berkaitan dengan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) Bahasa Melayu Tahun Lima. Soalan- soalan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu
soalan tempat kosong dan juga soalan pemahaman berdasarkan petikan. Soalan-soalan ini
mengandungi tahap-tahap enam tahap seperti dalam Jadual Spesifikasi Ujian di bawah;

Pengetahuan

Pemahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Mudah
Sederhana
Sukar

Soalan-soalan yang dikemukakan kepada responden adalah seperti berikut;


BIL
1.

SOALAN
ARAS
__________ mesti menyerahkan laporan tahunan Pengetahuan Aras Mudah
kelab ini kepada Cikgu Rahman sekarang, kata
Bidin kepada Zaidi.
A Saudara
B Kami
C Kamu

2.

D Tuanku
Bendahara, adakah persiapan untuk majlis anakanda Kefahaman Aras Mudah
____________ sudah

siap diatur? tanya Sultan

Melaka kepada Tun Perak.


A tuanku
B patik
C beta

3.

D baginda
Encik Maniam ____________ saiz buku itu dengan Aplikasi Aras Sederhana
menggunakan sebatang pembaris.
A menconggak
B mengukur
C menggaris

4.

D mengira
Suasana di kampung itu damai dan sawah padi Analisis Aras Sederhana
____________ luas di kaki bukit.
A terbentang
B terdampar
C terhampar

5.

D terlantar
Bot nelayan itu ___________ dipukul ombak yang Sintesis Aras Sukar
kuat ditengah laut.
A terayun-ayun
B tergoyang-goyang
C terumbang-ambing
D terpontang-panting

6.

Perasaan Haliza __________ apabila permohonannya Penilaian


untuk melanjutkan pelajaran di kolej itu gagal.
A seperti kaca terhempas ke batu
B seperti bulan jatuh ke riba
C seperti ular kena palu
D seperti mencurah air ke daun keladi
Sila baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan

Aras

Sukar

berikutnya

Kail mengena si ikan jelawat,


Ditangkap nelayan bersama lokan ;
Ekonomi negara semakin gawat,
Tenangkan hati menerima ujian

Indah berseri hiasan jati,


Jati tumbuh di puncak bukit;
Jangan berbelanja sesuka hati,
Ada wang lebih simpanlah sedikit.

Petang redup pergi ke pekan,


Pergi ke pekan menaiki basikal;
Belanja sekolah boleh dikurangkan,
Galakkan anak membawa bekal.

Pergi ke surau bersama-sama rakan ,


Singgah sebentar di rumah Noja;
Barang tempatan patut diutamakan,
Jenama luar lupakan sahaja.

Anak kecil berhidung mancung,


Pandai mengaji sopan tuturnya;
Jika tergerak untuk melancong,

Negara sendiri patut diutama.

Gadis manis tersedu-sedu,


Ditinggalkan bonda dalam bahtera;
Marilah kita bersatu padu,
7.

Negara aman Rakyat sejahtera.


Apakah jenis puisi di atas?

Pengetahuan Aras Mudah

A. Syair
B. Gurindam
C. Pantun nasihat
8.

D. Pantun adat
Pernyataan yang berikut betul tentang pantun kecuali

Pemahaman Aras Mudah

A. pantun mempunyai pembayang dan maksud


B. pantun mempunyai antara 8-12 sukukata
C. pantun mempunyai rima yang sama
9.

D. pantun di atas ialah pantun empat kerat


Manakah antara yang berikut BUKAN harapan Sintesis Aras Sukar
penulis ?
A. Berjimat cermat
B. Tenangkan fikiran menghadapi dugaan
C. Teruskan bersatu padu

10.

D. Mengaji dan berkelakuan sopan


Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan ungkapan Analisis Aras Sederhana
tenangkan hati menerima ujian kecuali
A. tidak menimbulkan kekecohan
B. selalu beringat bahawa kehidupan kita tidak
selamanya mewah

C. setiap ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana


ada nikmatnya
11.

D. kesusahan berlaku atas kesilapan manusia sendiri


Nyatakan perasaan dan harapan penulis pada Penilaian

Aras

Sukar

pendapat anda.
A. gembira dengan keaadaan tersebut
B. berharap masyarakat akan berubah
C. berduka dengan keaadaan yang berlaku
D. menyeru agar masyarakat memahami keadaan
12.

ekonomi yang berlaku


Pada pendapat kamu, siapakah pencipta puisi tersebut

Aplikasi Aras Sederhana

a. Pakar ekonomi
b. Pemimpin
c. Guru
d. Petani
Setelah jawapan disemak dan data mentah iaitu markah yang diperolehi kemudiannya,
data mentah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan
dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2010.

KEKERAPAN JAWAPAN RESPONDEN


100
90
80
70
60
50
Peratus

40
30
20
10
0

S1

S2

S3

S4

S5

S6

S7

S8

S9

S10 S11
S12

SOALAN

Graf Bar di atas merupakan kekerapan jawapan yang telah didapati


berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden berdasarkan kertas ujian yang telah
diberikan. Manakala Jadual 4.6 di bawah menunjukkan tentang jumlah jawapan yang betul
berserta dengan aras KBAT berdasarkan Taksonomi Bloom berpandukan kekerapan dan
peratusan yang diperolehi melalui Jadual jadual skala markah yang telah disediakan.

JUMLAH
BIL.

1.

SOALAN

S1

ARAS KBAT

JAWAPAN

KEKERAPAN

(Taksonomi Bloom)

YANG

(100%)

BETUL
20

100

Pengetahuan Aras Mudah

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11
12

S2
S3
S4
S5
S6
S7
S8
S9
S10
S11
S12

Kefahaman Aras Mudah


20
Aplikasi Aras Sederhana
18
Analisis Aras Sederhana
19
Sintesis Aras Sukar
12
Penilaian Aras Sukar
10
Pengetahuan Aras Mudah
20
Pemahaman Aras Mudah
20
Sintesis Aras Sukar
13
Analisis Aras Sederhana
19
Penilaian Aras Sukar
11
Aplikasi Aras Sederhana
17
Jadual 4.6 Jumlah Jawapan yang Betul

100
90
95
60
50
100
100
65
95
55
85

Berdasarkan ujian yang dilakukan, seramai 20 orang (100%) murid menjawab


dengan betul bagi Soalan 1 dan 2. Manakala bagi Soalan 3, hanya 18 orang (90%) yang
berjaya menjawab dengan betul. Seterusnya, bagi Soalan 4, seramai 19 orang (95%)
menjawab dengan betul. Bagi soalan 5 pula hanya 12 orang (60%) menjawab dengan betul
dan Soalan 6 pula 10 orang (50%). Bagi Soalan 7 dan 8, kesemua responden menjawab
dengan betul (100%). Hanya 13 orang murid menjawab dengan betul bagi soalan 9 (65%).
Bagi Soalan 10 pula seramai 19 (95%) orang dan Soalan 11 seramai 11 orang (55%). Akhir
sekali Soalan 12 adalah seramai 17 orang (85%).

4.4 Bahagian C
Bahagian ini membincangkan persoalan mengenai tahap penguasaan KBAT di
antara murid lelaki dan murid perempuan. Analisis min responden serta ujian t terhadap
tahap penguasaan KBAT tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di
kalangan responden dilaporkan. Berdasarkan 12 soalan yang dikemukan dan dijawab oleh
murid akan diproses dan dipindahkan kepada skor t. Seterusnya semua skor piawai akan
diproses dan dianalisis.

Jadual akan dibentuk untuk memberikan gambaran untuk menentukan sama ada
terdapat perbezaan signifikan atau tidak dengan menggunakan program perisian komputer
Statistical Package for Social Science (SPSS 19.0 for Windows). Jadual yang dibentuk akan
memberikan gambaran dan menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan ataupun
tidak dalam penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan Taksonomi
Bloom bagi mata pelajaran bahasa Melayu murid tahun Lima SK Padang Luas.

4.4.1 Min bagi Soalan KBAT yang dijawab oleh Responden


ARAS KBAT
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11
12

SOALAN
Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
Soalan 5
Soalan 6
Soalan 7
Soalan 8
Soalan 9
Soalan10
Soalan 11
Soalan 12

KEKERAPAN
Min

(Taksonomi Bloom)
Pengetahuan Aras Mudah
Kefahaman Aras Mudah
Aplikasi Aras Sederhana
Analisis Aras Sederhana
Sintesis Aras Sukar
Penilaian Aras Sukar
Pengetahuan Aras Mudah
Pemahaman Aras Mudah
Sintesis Aras Sukar
Analisis Aras Sederhana
Penilaian Aras Sukar
Aplikasi Aras Sederhana

1.0000
1.0000
1.1000
1.0500
1.6000
1.5000
1.0000
1.0000
1.1500
1.0500
1.4000
1.1500

(100%)
100
100
90
95
60
50
100
100
65
95
55
85

Berdasarkan jadual di atas, min bagi soalan 1 dan 2 ialah 1.0000. manakala min bagi
Soalan 3 ialah 1.1000 dan Soalan 4 ialah 1.0500 manakala Soalan 5 ialah 1.6000 . Soalan 6
dan soalan 7 masing-masing 1.5000 dan 1.0000. Bagi Soalan 8 pula, min adalah 1.000. min
bagi Soalan 9 dan 10 adalah 1.1500 dan 1.0500. Akhir sekali min bagi Soalan 11 dan 12 ialah
1.4000 dan 1.1500.

Nilai min yang dijelaskan dapat diggambarkan dalam carta pai di bawah.

1.05
1.15

1.4
1

1.15

1.5

1.1
1.05
1.6

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Soalan 5

Soalan 6

Soalan 7

Soalan 8

Soalan 9

Soalan10

Soalan 11

Soalan 12

4.4.2 Nilai Ujian t


Ujian-t digunakan untuk menguji samada terdapat atau tidak perbezaan di antara
murid lelaki dengan murid perempuan terhadap tahap penguasaan KBAT dalam Bahasa
Melayu Tahun Lima.

Jantina
responden
Lelaki

Sisihan

Aras

Min

piawai

Nilai t

signifikasi

20

.35000

.58714

2.666

.015

Perempuan
Jadual 4.7 : Menunjukkan Tentang Ujian Yang Dijalankan Ke Atas Responden
Ujian ini diadakan untuk menunjukkan tentang perbezaan atau tidak terhadap
penggunaan ICT di antara guru lelaki dengan guru perempuan. Jadual 4.7 menunjukkan

perbezaan min skor t, sisihan piawai skor t, nilai t dan aras signifikan bagi keputusan
perkaitan jantina responden di SK Padang Luas dalam menjelaskan tentang tahap
pengguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi . Jadual di atas menunjukkan perbezaan min
skor t, sisihan piawai skor t, nilai t dan aras signifikan. Nilai t yang diperolehi daripada
analisis independent sample test bagi ujian ini ialah 2.666. Berdasarkan ujian t, aras
signifikan telah ditetapkan pada p = 0.05. Aras signifikan p = .015 yang diperolehi bagi ujian
ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi jantina responden.
Berdasarkan jadual di atas juga, menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan
bagi murid lelaki dan perempuan di mana responden mendapat (M = .35000, SD = .58714).

BAB 5

PERBINCANGAN

Bab ini merupakan inti pati kajian yang merangkumi perbincangan, cadangan dan
rumusan mengenai tajuk kajian iaitu tahap penguasaan KBAT dalam Bahasa Melayu.
Perbincangan yang dibuat adalah berdasarkan kepada dapatan kajian yang dianalisis melalui
jawapan yang diberikan oleh 20 orang responden dengan menggunakan soalan ujian.

5.1 Ringkasan Dapatan


Berdasarkan ujian yang telah dijalankan ke atas responden, didapati bahawa tahap
penguasaan murid Tahun Lima iaitu terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang

murid perempuan, tahap penguasaan membaca mereka adalah cemerlang. Manakala dalam
aspek penguasaan KBAT berasaskan Taksonomi Bloom, para responden cemerlang dalam
menjawab soalan bagi tahap mudah dan sederhana manakala bagi tahap sukar, masih ramai
lagi murid yang tidak dapat menguasainya dengan baik. Ini mungkin disebabkan oleh
responden kurang didedahkan dengan soalan-soalan yang berbentuk KBAT.

5.2 Perbincangan Kajian


Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menguji kemahiran membaca mereka khasnya
dalam menjawab soalan pemahaman. Soalan pemahaman merupakan salah satu bahagian
dalam soalan peperiksaan bahasa Melayu tahun Lima. Seterusnya, kajian ini juga dapat
menilai sejauh mana tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Bahasa Melayu.

5.2.1 Bahagian A Perbincangan Latar Belakang Responden


Berdasarkan dapatan kajian, responden lelaki dan responden perempuan adalah sama
iaitu seramai 20 orang setiap jantina. Masing-masing adalah 50%. Manakala dari segi etnik
pula, kesemua responden adalah berbangsa Melayu (100%).

Apabila menyentuh tentang

hobi, seramai 9 orang (45%) mempunyai hobi membaca, 7 orang (35%) mempunyai minat
menonton, bersukan pula hanya 1 orang (5%) dan 3 orang (15%) yang suka melukis.

Dari segi, cita-cita didapati seramai 10 (50%) orang murid berminat untuk menjadi
guru. Seterusnya 2 orang (10%) berminat untuk bergelar jurutera, seramai 4 orang (20%)
ingin menjadi doktor. Manakala seramai 4 orang (20%) berminat menjadi akauntan. Didapati
tiada seorang pun murid mahupun lelaki mahupun murid perempuan yang berminat menjadi
peniaga sebagai cita-cita.

Akhir sekali, soal subjek yang digemari pula, seramai 6 (30%) orang murid meminati
subjek Bahasa Melayu, serta 9 orang (45%) meminati subjek Matematik. Seterusnya, hanya
seorang (5%) yang meminati subjek Pendidikan Seni dan akhir sekali responden yang
meminati subjek Sains adalah seramai 4 orang (20%).

5.2.2 Bahagian B Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Perbincangan kajian yang dibuat oleh penyelidik adalah berdasarkan hasil dapatan
kajian yang telah dianalisis di dalam bab empat, fokus perbincangan terdiri daripada setiap
persoalan kajian pada bahagian B. Ia meliputi tiga aras iaitu mudah, sederhana dan sukar.
Sebanyak 12 soalan telah disediakan dalam set soalan pemahaman yang berkaitan dengan
tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Bahasa Melayu Tahun Lima.

Soalan- soalan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu soalan tempat kosong dan juga
soalan pemahaman berdasarkan petikan mengikut aras Taksonomi Bloom. Dalam ujian yang
dijalankan, didapati bahawa para responden dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik. Dalam soalan ujian yang diberikan kepada responden, kebanyakkan soalan yang mudah
(pemahaman dan pengetahuan) dan sederhana (aplikasi dan analisis) dapat mereka jawab
dengan baik dan kebanyakkannya betul dalam memberikan jawapan. Tetapi apabila berkaitan

dengan tahap sukar yang melibatkan aspek penilaian dan juga sintesis, ramai di antara
responden yang tidak dapat menjawab dengan betul.

5.3.3 Bahagian C Dapatan Ujian t


Manakala dalam Bahagian C, hasil min dan analisis ujian-t yang dilakukan terhadap
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan jantina mendapati bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan. Dapatan ini disokong
oleh dapatan penyelidikan Irwing Paul dan Richard Lynn (2005) yang mengatakan bahawa
pada dasarnya, tidak terdapat perbezaan dalam teras pintar atau faktor umum antara lelaki dan
perempuan. Perbezaan hanya berlaku dalam kebolehan kognitif yang tertentu, seperti lelaki
lebih baik dalam aspek kuantitatif dan perempuan lebih baik dalam aspek lisan.

Oleh yang demikian, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi murid lelaki
dan perempuan di mana murid lelaki mendapat (M = 1.5000, SD = .51299) dan murid
perempuan mendapat (M = 1.1500, SD =.36635). Berdasarkan ujian t, aras signifikan telah
ditetapkan pada p = 0.05. Aras signifikan p = 0.015.

Jelaslah tidak ada perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam
penguasaan tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ini bersesuaian dengan pendapat
daripada

Dagostino dan Carifo (1994) yang menyatakan faktor kebolehan dan

keintelektualan memainkan peranan yang lebih penting berbanding faktor jantina,


pengalaman dan persekitaran. Tuntasnya murid perlu mendapat didikan sempurna tanpa ada
diskriminasi atau tumpuan khas yang membezakan faktor jantina.

5.3 Cadangan
Berdasarkan perbincangan dan rumusan yang diperolehi dalam kajian ini,
dikemukakan beberapa cadangan supaya boleh dijadikan panduan oleh pihak- pihak tertentu
bagi meningkatkan dan memantapkan lagi dari segi kemahiran berfikir aras tinggi responden
ketika menjalani proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Cadangan- cadangan
adalah seperti berikut:-

5.3.1

Murid
Sebenarnya, murid adalah asas penting dalam penguasaan berbahasa Melayu dan

pencapaian dalam ujian. Faktor yang utama melibatkan sikap murid. Ramai murid yang
beranggapan bahawa bahasa Melayu itu mudah kerana merasakan bahasa Melayu itu bahasa
ibunda mereka dan sentiasa digunakan. Mereka tidak hairan akan ujian dan mengambil
ringan setiap kali ujian diadakan serta kurang mengambil hal terhadap ujian yang dijalankan.

Menurut Koh (1977) dalam Norlia binti Abu Bakar (2003), bahasa adalah alat komunikasi
untuk pembelajaran segala jenis ilmu. Oleh itu kemahiran membaca dan memahami soalan
amat penting dalam menggelakkan murid gagal dalam ujian dan peperiksaan.
Murid-murid dinasihati agar sentiasa peka dengan arahan guru dan bersikap positif
dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. Sikap murid yang peka
dan sikap positif seperti suka membaca secara sendiri akan membolehkan murid itu sendiri
membaca dengan lebih lancar.
Seterusnya, murid perlu rajin berlatih mengaplikasikan dan meningkatkan lagi
kemahiran berfikir aras tinggi yang diperoleh melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Sebagai contoh dengan mempelbagaikan bahan bacaan mereka. Menurut Mohd
Salehuddin (1993), kegemaran membaca akhbar dan majalah terutamanya aspek
pembentukan ayat boleh membantu murid membina ayat yang lebih gramatis khususnya
pola-pola ayat tertentu.
Akhir sekali, dalam menguasaan kemahiran berfikir aras tinggi, murid . Diharapkan
agar lebih yakin dalan membuat keputusan dan meningkatkan kemahiran berfikir kritikal
kerana seseorang yang mampu berfikir akan dapat membuat keputusan dengan baik.

5.3.2

Guru
Guru merupakan penggerak atau pelaksana kepada penguasaan bahasa yang sempurna

telah menjadi tanggungjawab guru khasnya dalam memberi penekanan kepada aspek
kemahiran berfikir aras tinggi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua
subjek khasnya Bahasa Melayu supaya murid dapat dibiasakan dengan penekanan ini. Ini
kerana walaupun tahap penguasaan murid yang masih sedikit tetapi asas yang ditanam amat
penting bagi seseorang murid untuk menentukan kemahiran berbahasa.

Guru mestilah sentiasa bersedia untuk menambah dan memperlengkapkan diri dengan
kaedah dan teknik pengajaran yang terkini. Supaya guru-guru lengkap dengan ilmu
pengetahuan yang kemas kini tentang bahasa, perkembangan bahasa dan pengajaran bahasa
mereka hendaklah digalakkan menghadiri seminar, bengkel, simposium, kolokium, tentang
bahasa dan pengajaran bahasa dari semasa ke semasa. Dengan ini, guru dapat menampilkan
pengajaran bahasa Melayu dengan lebih yakin dan berkesan khasnya berkaitan dengan
eleman Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Selain itu, tahap kebolehan dan penguasaan bahasa yang dimiliki oleh guru menjadi
kayu pengukur penentuan penguasaan KBAT murid-murid dalam Bahasa Melayu. Oleh itu,
seseorang guru bahasa Melayu bukan sahaja harus mempelajari selok-belok bahasa, tetapi
aspek-aspek bukan bahasa yang bergabung jalin dengan aspek bahasa bagi memudahkannya
membantu penyampaian penguasaan murid bagi menjana kemahiran keseluruhan. Misanya,
melibatkan psikologi serta emosi dan sosiologi apabila berdepan dengan murid-murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlansung.

Pada hemat saya, guru disarankan untuk menekankan kaedah pembelajaran


berasaskan masalah di dalam kelas supaya kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid
dapat ditingkatkan. Marohaini Yusuf (1989) mengemukakan bahawa untuk memberi
dorongan dan memupuk minat serta kebiasaan membaca dalam kalangan murid, guru perlu
menyediakan iklim pembelajaran yang baik. Oleh itu, guru yang kreatif dan menyesuaikan
pedagogi pengajaran untuk digunakan bagi mengajar bahasa Melayu terutamanya dalam soal
penguasaan tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

5.4

Cadangan Bagi Kajian Lanjutan


Bagi penyelidik di masa hadapan, saya mencadangkan agar dapat menggunakan skop

yang lebih luas untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan
murid di pelbagai sekolah untuk dibuat perbandingan. Sebagai contoh, selain menggunakan
kaedah soalan dan ujian, bakal penyelidik di masa hadapan juga boleh menggunakan kaedah
temubual sebagai instrumen kajian supaya responden dapat memberi kenyataan pendapat
dengan lebih bebas dan menyeluruh.

Kajian ini juga boleh dipanjangkan dengan menggunakan kaedah dan teknik
pengajaran yang lain yang dirasakan sesuai oleh guru supaya perbandingan kaedah
pengajaran dapat dibuat dengan lebih baik dan tepat. Pelbagai kemahiran bahasa seperti
menulis, mendengar dan sebagainya yang dapat dijadikan sebagai instrument dalam
melaksanakan kajian di masa hadapan.

5.5

Penutup
Kajian yang dijalankan ini telah mencapai objektif dan matalamat kajian ini. Kajian

ini diharapkan akan menjadi panduan untuk kajian pada masa akan datang. Berpandukan
kajian ini, kajian yang berkaitan yang ingin dilakukan dapat dikemaskini agar lebih menepati
objektif kajian dan ketepatan data. Pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu
berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menawarkan peluang bagi guru untuk
membimbing murid meramal, merumus, menganalisis, membuat inferens, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah yang merupakan kemahiran berfikir aras tinggi.

Bak kata Swarts (Swarts, 2003, ms. 10), seorang tokoh yang terkemuka dalam bidang
pengajaran pemikiran, dalam kertas ucap utamanya dalam persidangan First Annual Thinking
Qualities Initiative Conference yang diadakan di Hong Kong telah menegaskan bahawa;
...go beyond the mere asking of higher-order questions. And when we

think about it, it is pretty clear that doing just this is too weak a peg to
hang our hopes of reaching all of our students to help improve their
thinking in thinking oriented content instruction.

Swarts (2003) berpendapat bahawa soalan-soalan pemikiran aras tinggi yang lebih
berfokus harus digunakan oleh guru untuk menggalakkan pemikiran aras tinggi di kalangan
murid.Selain itu murid juga harus dibimbing dan digalakkan untuk membuat refleksi tentang
proses pemikirannya oleh guru.

Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang perlunya
kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri murid mengharungi kehidupan seharian serta di
masa hadapan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran berfikir aras tinggi bagi
responden adalah sederhana. Namun begitu tindakan susulan perlu dilakukan untuk
meningkatkan lagi beberapa elemen dalam kemahiran berfikir aras tinggi terutamanya dalam
elemen membuat keputusan. Kemahiran berfikir aras tinggi adalah satu elemen penting yang
mesti dikuasai oleh murid dalam setiap subjek khasnya dalam Bahasa Melayu.

Manakala guru pula harus memupuk kemahiran berfikir aras tinggi murid melalui
kaedah pengajaran yang bersesuaian. Kini dalam perancangan transformasi kurikulum
pendidikan menerusi pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) fokus adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai Kemahiran Berfikiran Berfikir Aras Tinggi iaitu KBAT. Diharapkan perencana
kurikulum dan pembuat dasar, iaitu KPM dan Bahagian Pembangunan Kurikulum mengambil
tindakan sewajarnya bagi memastikan KBAT dilaksanakan secara berkesan agar dapat
mencapai hasrat melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Selain

itu, pengkaji juga menyarankan guru supaya menyedari bahawa murid bukan hanya
memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik
perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka
mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses pengajaran dan pembelajaran boleh
dianggap berkesan.

Oleh itu, guru-guru perlu peka dan aplikasi dan penggunaan kaedah dalam pengajaran
dan pembelajaran serta peruntukan masa yang sistematik bagi menjamin sesuatu
pembelajaran khasnya berkaitan penguasaan KBAT dalam Bahasa Melayu supaya muridmurid benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut.

RUJUKAN
Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam.
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Bahagian Pendidikan Guru. (1993). Model persediaan mengajar pengajaran pembelajaran
KBKK. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan
Bloom, B. S. (ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives handbook I: Cognitive
domain. New York: McKay.
Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Penerbit UTM.
Guru (1994, January). Module for the training course on Developing Critical Thinking
Through Effective Questioning. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus Dewan (2008). Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Berfikir. Bentong: PTS Publication

and Distribution Sdn Bhd


Onosko, J. J., &Newmann, F. M. (1994). Creating more thoughtful learning environments.
Dim J. N. Mangieri & C. Block (Ed.), Creating powerful thinking in teachers and students:
Diverse perspectives. Fort Worth, TX: Harcourt.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
http://asiskl.org/v4/wp-content/uploads/2014/01/1.-KONSEP-KBAT-dan-i-THINK.pdf
http://ipik.edu.my/Sepintas_Lalu/elemen_KBAT_dalam_instrumen_pentaksiran.pdf
http://kbatsm.my/
http://www.cikguhailmi.com/2014/02/download-buku-pentaksiran-kbat-2014.html
http://cikgushamsudin.blogspot.com/2014/05/dokumen-standard-kurikulum-dan.html

LAMPIRAN

NAMA : _____________________________________________

TAHUN :_________________

BAHASA MELAYU
TAHUN LIMA
2015
Masa :30 minit
Soalan ini mengandungi 12 soalan sahaja
Mula menjawab apabila diarahkan oleh guru

Soalan 1- 6
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
.
1.

__________ mesti menyerahkan laporan tahunan kelab ini kepada Cikgu


Rahman sekarang, kata Bidin kepada Zaidi.
A Saudara
B Kami
C Kamu
D Tuanku

2.

Bendahara, adakah persiapan untuk majlis anakanda ____________ sudah


siap diatur? tanya Sultan Melaka kepada Tun Perak.
A tuanku
B patik
C beta
D baginda

3.

Encik Maniam ____________ saiz buku itu dengan menggunakan sebatang


pembaris.
A menconggak
B mengukur
C menggaris

D mengira
4.

Suasana di kampung itu damai dan sawah padi ____________ luas di kaki
bukit.
A terbentang
B terdampar
C terhampar
D terlantar

5.

Bot nelayan itu ___________ dipukul ombak yang kuat ditengah laut.
A terayun-ayun
B tergoyang-goyang
C terumbang-ambing
D terpontang-panting

6.

Perasaan Haliza __________ apabila permohonannya untuk melanjutkan


pelajaran di kolej itu gagal.
A seperti kaca terhempas ke batu
B seperti bulan jatuh ke riba
C seperti ular kena palu
D seperti mencurah air ke daun keladi

Soalan 7-12 berdasarkan puisi di bawah;


Kail mengena si ikan jelawat,
Ditangkap nelayan bersama lokan ;
Ekonomi negara semakin gawat,
Tenangkan hati menerima ujian
Indah berseri hiasan jati,
Jati tumbuh di puncak bukit;
Jangan berbelanja sesuka hati,
Ada wang lebih simpanlah sedikit.
Petang redup pergi ke pekan,
Pergi ke pekan menaiki basikal:
Belanja sekolah boleh dikurangkan,
Galakkan anak membawa bekal.
Pergi ke surau bersama-sama rakan ,
Singgah sebentar di rumah Noja;
Barang tempatan patut diutamakan,

Jenama luar lupakan sahaja.


Anak kecil berhidung mancung,
Pandai mengaji sopan tuturnya;
Jika tergerak untuk melancong,
Negara sendiri patut diutama.
Gadis manis tersedu-sedu,
Ditinggalkan bonda dalam bahtera;
Marilah kita bersatu padu,
Negara aman Rakyat sejahtera.

Sila baca puisi di atas dan jawab soalan-soalan berikut:


7. Apakah jenis puisi di atas?
A. Syair
B. Gurindam
C. Pantun nasihat
D. Pantun adat
8. Pernyataan yang berikut betul tentang pantun kecuali
A. pantun mempunyai pembayang dan maksud
B. pantun mempunyai antara 8-12 sukukata
C. pantun mempunyai rima yang sama
D. pantun di atas ialah pantun empat kerat
9. Manakah antara yang berikut BUKAN harapan penulis ?
A. Berjimat cermat
B. Tenangkan fikiran menghadapi dugaan
C. Teruskan bersatu padu
D. Mengaji dan berkelakuan sopan
10. Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan ungkapan tenangkan hati

menerima ujian kecuali


A. tidak menimbulkan kekecohan
B. selalu beringat bahawa kehidupan kita tidak selamanya mewah
C. setiap ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana ada nikmatnya
D. kesusahan berlaku atas kesilapan manusia sendiri
11. Nyatakan perasaan dan harapan penulis pada pendapat anda.
A. gembira dengan keaadaan tersebut
B. berharap masyarakat akan berubah
C. berduka dengan keaadaan yang berlaku
D. menyeru agar masyarakat memahami keadaan ekonomi yang berlaku
12. Pada pendapat kamu, siapakah pencipta puisi tersebut
A. Pakar ekonomi
B. Pemimpin
C. Guru
D. Petani

Statistics

Jan

Etnik

Hobi

Citacita

Subjek

20

20

20

20

20

Mean

1.5000

1.0000

2.0500

2.1000

2.1500

Std. Deviation

.51299

.00000

1.14593

1.25237

1.08942

Valid
Missing

Statistics
soalan1
N

Valid

soalan2

soalan3

soalan4

soalan5

soalan6

soalan7

soalan8

soalan9

soalan10

soalan11

20

20

20

20

20

20

20

20

20

20

20

Mean

1.0000

1.0000

1.1000

1.0500

1.6000

1.5000

1.0000

1.0000

1.1500

1.0500

1.4000

Std. Deviation

.00000

.00000

.30779

.22361

.50262

.51299

.00000

.00000

.36635

.22361

.50262

Missing

Paired Samples Statistics


Mean
Pair 1

Std. Deviation

Std. Error Mean

Jan

1.5000

20

.51299

.11471

KBAT

1.1500

20

.36635

.08192

Paired Samples Correlations


N
Pair 1

Jan & KBAT

Correlation
20

.140

Sig.
.556

Paired Samples Test


Paired Differences

df

Sig. (2-tailed)

95% Confidence Interval of the


Difference
Mean
Pair 1

Lelaki Perempuan

.35000

Std. Deviation
.58714

Std. Error Mean


.13129

Lower
.07521

Upper
.62479

2.666

19

.015

Вам также может понравиться