Вы находитесь на странице: 1из 22

MANUAL PENGGUNA

SISTEM PENGURUSAN BUKU TEKS

(eSPBT)
-MODUL SEKOLAH-
VERSI 1.0

Disediakan oleh :-

Bahagian Pengurusan Maklumat

1
ISI KANDUNGAN:

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF

3.0 ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN

4.0 LAMAN UTAMA eSPBT

5.0 MODUL SEKOLAH

6.0 MODUL PENGETUA/GURU BESAR

2
1.0 PENGENALAN

Sistem eSPBT adalah Sistem Pengurusan Buku Teks secara atas talian hasil
migrasi dari sistem BTBT Online. Sistem eSPBT adalah hasil
penambahbaikan sistem sedia ada iaitu daripada ‘client-server’ ke sistem
berasaskan web dan boleh dicapai melalui internet. Sekolah-sekolah
yang mempunyai talian internet boleh memesan terus keperluan buku
teks yang diperlukan oleh sekolah secara atas talian.

Terdapat 6 modul utama dalam sistem ini iaitu:

a) Modul Sekolah (Guru Penyelaras SPBT Sekolah)


b) Modul Pengetua / Guru Besar
c) Modul Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
d) Modul Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
e) Modul Pentadbir (Bahagian Buku Teks)
f) Modul Bahagian Buku Teks (BBT)

Ringkasan 6 modul utama sistem adalah seperti berikut.

Modul Pengguna Tugas utama

Modul Guru Penyelaras SPBT Pengisian enrolmen murid, pengisian pesanan


Sekolah buku teks dan laporan pesanan buku teks
sekolah

Modul Pengetua / Guru Besar Pengesahan maklumat enrolmen dan


Pengetua / pesanan yang dimasukkan oleh Guru
Guru Besar Penyelaras SPBT serta paparan laporan
pesanan buku teks sekolah

3
Modul PPD PPD Semakan dan pemantauan sekolah-sekolah di
bawah seliaan

Modul JPN JPN Semakan, pemantauan dan pembayaran


pesanan buku teks di bawah seliaan

Modul Pentadbir Sistem Pengemaskinian maklumat buku teks, janaan


Pentadbir kelompok buku teks, penetapan tempoh LO,
dan penambahan sekolah baru

Modul BBT Pegawai Sektor SPBT Laporan / Rumusan seluruh negara

2.0 OBJEKTIF

Secara amnya, objektif pembangunan sistem ini adalah untuk memudahkan


dan mempercepatkan proses permohonan pesanan buku teks untuk setiap
buat sekolah. Ia juga memudahkan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan
Pendidikan Negeri untuk membuat semakan dan pemantauan ke atas sekolah-
sekolah di bawah seliaan mereka. Walaubagaimanapun, secara khususnya
pembangunan sistem adalah bertujuan untuk:

a) Membuat penambahbaikan sistem sedia ada daripada ‘client-server’ ke sistem


berasaskan web

b) Menaiktaraf pangkalan data daripada Oracle 6i kepada Oracle 11g bagi


meminimumkan masalah ketepatan data

4
c) Membuat penambahbaikan peranan sekolah, PPD dan JPN dalam pengurusan
buku teks.

d) Mempercepatkan proses penyampaian maklumat ‘delivery system’ dalam


proses pesanan buku teks agar lebih sistematik.

3.0 ID PENGGUNA DAN KATALALUAN

Terdapat enam (6) kategori pengguna bagi sistem ini iaitu:

Pengguna Tugas utama

Guru Penyelaras SPBT Pengisian enrolmen murid dan pengisian


pesanan buku

Pengetua /Guru Besar Pengesahan maklumat enrolmen dan


pesanan yang dimasukkan oleh Guru
Penyelaras SPBT

PPD Semakan dan pemantauan sekolah-sekolah di


bawah seliaan

JPN Semakan, pemantauan dan pembayaran


pesanan buku teks di bawah seliaan

Pentadbir Pengemaskinian maklumat buku teks, janaan


kelompok buku teks, penetapan tempoh LO,
dan penambahan sekolah baru

Pegawai Sektor SPBT Laporan / Rumusan seluruh negara

5
Sekiranya pengguna terlupa katal aluan, semakan kata laluan bagi pengguna
Guru Penyelaras SPBT, Pengetua /Guru Besar boleh dibuat di PPD dan semakan
kata laluan bagi PPD boleh dibuat melalui JPN manakala sekiranya JPN terlupa
kata laluan, mohon hubungi pihak Pentadbir.

4.0 LAMAN UTAMA ESPBT

Rajah 1 berikut adalah merupakan laman utama eSPBT

Rajah 1 : Laman utama sistem eSPBT

5.0 MODUL SEKOLAH


6
5.1 Masukkan kod sekolah dan kata laluan dan tekan butang login

5.2 Terdapat 5 menu bagi modul sekolah (pengguna : Guru Penyelaras SPBT)
iaitu:-

i. Profil
ii. Enrolmen
iii. Pesanan
iv. Semakan ralat
v. Laporan

5.3 Pada menu profil, lengkapkan profil diri dan klik butang kemaskini

7
5.4 Sekiranya ingin menukar kataluan, mohon ubah di tab ‘kata laluan’.

5.5 Seterusnya klik menu enrolmen dan masukkan enrolmen murid.


8
5.6 Klik TIDAK di kotak “Setuju Dengan Data 2014 APDM?” sekiranya tidak
bersetuju dengan Data APDM dan ingin membuat perubahan data.

5.7 Klik ‘simpan data’ sekiranya enrolmen telah lengkap di isi. Sekiranya
terdapat murid khas di sekolah tersebut, klik ‘enrolmen murid khas’ dan isi
ruangan enrolmen murid khas.

5.8 Sahkan data enrolmen dengan menanda (√) pada penyataan “Saya
Guru SPBT mengesahkan data enrolmen murid ini adalah benar” dan

9
kemudian klik ‘OK’. Sila semak enrolmen sebelum membuat pengesahan
pada kotak pengesahan.

5.9 Log keluar Guru/Penyelaras spbt.

6.0 MODUL PENGETUA/ GURU BESAR

10
6.1 Masukkan log masuk Pengetua /Guru Besar sekolah dan kata laluan dan
tekan butang login

6.2 Terdapat 3 menu bagi modul sekolah (pengguna : Pengetua / Guru


Besar) iaitu:-

i. Profil
ii. Makluman
iii. Laporan

6.3 Pada menu Profil, lengkapkan maklumat diri dan klik ‘kemaskini’.

11
6.4 Sekiranya ingin menukar kata laluan, mohon ubah di tab ‘kata laluan’.

6.5 Klik menu ‘Makluman’ dan sekiranya guru SPBT telah mengisi makluman
enrolmen murid, link “pengisian enrolmen oleh sekolah” pada ruangan
Unjuran Enrolmen Murid akan wujud. Klik link tersebut bagi membuat
pengesahan enrolmen.

6.6 Data enrolmen murid akan dipaparkan.

12
6.7 Sekiranya Pengetua /Guru Besar bersetuju dengan data enrolmen
tersebut, pilih penyataan “YA” pada pengesahan maklumat, tetapi
sekiranya Pengetua /Guru Besar tidak bersetuju dengan data enrolmen
tersebut, Pengetua /Guru Besar dikehendaki memilih penyataan
‘tidak/perlu dikemaskini’ . Seterusnya Pengetua / Guru Besar dikehendaki
menghantar pengesahan enrolmen.

13
MEMASUKKAN DATA PESANAN BUKU TEKS

6.8 Log keluar Pengetua /Guru Besar sekolah dan log masuk semula Guru
Penyelaras SPBT.

6.9 Klik menu pesanan. Paparan untuk mengisi pesanan buku hanya akan
dipaparkan sekiranya Pengetua /Guru Besar telah membuat pengesahan
“YA” pada pengesahan maklumat.

7.0 Klik tab ‘BCS Teras’ dan pilih ‘tahun / tingkatan’. Senarai buku akan
dipaparkan. Sekiranya tiada buku yang dipaparkan, klik link ‘Tambah
Buku’.

14
7.1 Senarai buku mengikut jenis akan dipaparkan. Pilih buku yang berkaitan
dan klik butang ‘Pilih’.

Mohon
buang
perkataan
‘di’

7.2 Tekan butang ‘ok’.

15
7.3 Tekan butang ‘Resend’ untuk mengeluarkan paparan.

7.4 Masukkan jumlah pesanan pada setiap buku yang telah dipilih dan klik
‘Butang Simpan’.

16
7.5 Lengkapkan kesemua tahun / tingkatan bagi tab ‘BCS Teras’ sebelum
beralih ke tab ‘BCS Elektif’.

7.6 Ulangi langkah 7.0 sehingga 7.3 pada tab ‘BCS Elektif’ / ‘BTB Teras’ / ‘BTB
Elektif’ / ‘Glosari/CD’.

7.7 Tab ‘Pengesahan Pesanan’ akan wujud apabila Guru Penyelaras SPBT
telah mengisi maklumat pada Glosari/CD. Sebelum membuat
pengesahan pesanan, Guru Penyelaras SPBT dinasihatkan untuk
menyemak ralat terlebih dahulu dengan menekan menu ‘Semakan
Ralat’.

17
7.8 Setelah membuat semakan ralat, kembali semula ke menu pesanan dan
buat pengemaskinian dan semakan sekali lagi pada tab BCS Teras, BCS
Elektif, BTB Teras, BTB Elektif dan Glosari/CD.

18
7.9 Klik menu ‘Laporan’ untuk menjana laporan:

SPBT BCS & BTB – BTBTR190


SPBT BCS – BTBTR460
SPBT BTB – BTBTB460
Laporan BTLK
Senarai Buku Aktif
Rumusan Pesanan

8.0 Tekan tab ‘Pengesahan Pesanan’. Senarai keseluruhan maklumat buku


yang telah diisi dengan jumlah pesanan akan dipaparkan.

19
8.1 Tandakan √ pada ruangan pesahan dan klik butang ‘Pengesahan
Pesanan’ dan kemudian klik butang ‘ok’.

8.2 Log keluar Guru Penyelaras SPBT dan log masuk Pengetua / Guru Besar
sekolah.

20
8.3 Klik menu ‘Makluman’ dan sekiranya Guru Penyelaras SPBT telah mengisi
makluman pesanan buku, link “Pengesahan Pesanan oleh sekolah”
pada ruangan Pesanan Kegunaan akan wujud. Klik link tersebut bagi
membuat pengesahan pesanan.

8.4 Senarai pesanan buku akan dipaparkan. Pengetua / Guru Besar


dikehendaki menyemak dan membuat pengesahan. Sekiranya
Pengetua / Guru Besar bersetuju dengan data pesanan tersebut, pilih
penyataan “YA” pada pengesahan maklumat, tetapi sekiranya
Pengetua / Guru Besar tidak bersetuju dengan data pesanan tersebut,
Pengetua / Guru Besar dikehendaki memilih penyataan ‘tidak/perlu
dikemaskini’. Seterusnya Pengetua / Guru Besar dikehendaki menghantar
pengesahan pesanan.

21
8.5 Setelah selesai membuat penghantaran pengesahan pesanan,
Pengetua / Guru Besar boleh melihat laporan melalui menu ‘laporan’.
Klik menu laporan dan pilih jenis laporan yang dikehendaki.

***** Paparan laporan bagi modul sekolah tidak dinyatakan dimana-


mana…

22

Вам также может понравиться