Вы находитесь на странице: 1из 9

COMPETITORS

ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD

PENGENALAN
Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) merupakan syarikat
induk dan salah satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. ACISB dikelola dan
diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan
memberi penekanan yang sama terhadap Penyelidikan & Pembangunan
serta Jualan & Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 60 jenis produk
di bawah 6 kategori berikut : serbuk rempah campuran, pes sedia proses,
campuran tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman.
Memiliki kumpulan penyelidik yang kuat dan kreatif, yang sentiasa
berdedikasi untuk mencipta produk makanan baru dan inovatif. Syarikat telah
berkembang dengan pesat, iaitu daripada 25 kakitangan dan jualan tahunan
sebanyak RM2 juta pada tahun 1984, sehingga ke kedudukan saat ini yang
mana mempunyai lebih dari 400 anggota dan mensasarkan jualan tahunan
sebanyak RM120 juta dapat dikaitkan dengan kejayaan syarikat yang telah
berjaya memperkenalkan pelbagai produk baru sepanjang beberapa dekad.
Adabi telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas
komitmen yang telah diberikan terhadap memastikan kualiti produk keluaran.

Bahkan, produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari
Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Di antara anugerah yang
lain yang dimenangi adalah Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia),
International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan
Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji
(Institut Teknologi Pangan Malaysia).
SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT ADABI SDN BHD

Dato' Syed Manshor Bin Syed Mahmood


Pengasas / Pengarah Urusan
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd
Pengasas dan pemilik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Membangunkan
syarikat dan peneraju utama sejak penubuhannya pada bulan Mac tahun
1984. Juga merupakan antara perintis utama Kumpulan Adabi - aktif semasa
'70-an dalam pendidikan swasta. Menjadi Pengerusi kepada semua anakanak syarikat di bawah Kumpulan Adabi. Menyelia pengurusan syarikat.

Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan


di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu
Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu
Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan
Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang
pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan
pada tahun 1990 dan 1992. Di atas permintaan pelanggan yang kian
bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik
persendirian yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada
November 1996 bagi menampung keperluan pasaran dan pelanggan.
Terletak di kawasan seluas 4 hektar, yang merangkumi pusat pengeluaran,
gudang, bangunan pejabat dan kemudahan pentadbiran Adabi yang lain.

" Menjadi Sebuah Pengeluar Produk Makanan Terkemuka Berpangkalan


Di Malaysia Termasuk Wilayah Lain."
VISI
Visi Adabi adalah untuk mencapai semua perkara yang tertera di bawah:1. Untuk menjadi Pengilang Packed Food yang kedua terbesar di Malaysia
pada tahun 2020.
2. Menjanakan makanan berkualiti tinggi dan sedap sejajar dengan standard
HALAL antarabangsa.
3. Menjadi pengedar terbesar produk-produk pengguna di Malaysia pada
tahun 2020, serta menjadi pengedar produk-produk yang selain dari
pengeluaran ADABI.
4. Menjadi sebuah syarikat multinasional dalam bidang pemprosesan
makanan dan produk-produk pengguna.

5. Menjaga kebajikan pekerja dengan memastikan keharmonian dan


mempertingkatkan kedudukan ekonomi mereka setiap tahun.

SENARAI PRODUK PERNIAGAAN ADABI


KARI DAN SUP

SAJIAN

BARANGAN TEPUNG

KATERING

BARANGAN

KICAP & SOS

PERENCAH

KARI IKAN

KARI IKAN

TEPUNG G.PISANG

P.NASI GORENG

KICAP MANIS

KARI DAGING

KARI DAGING

TEPUNG G.AYAM

P.BIHUN GORENG

KICAP MASIN

KURMA

KURMA

TEPUNG

P.TOM YAM

SOS CILI ADABI

P.SAYUR

SOS TOMATO

G.SERBAGUNA
KARI

KERUTUK

UDANG/KETAM

TEPUNG C.IKAN
KUNYIT

SARDIN ADABI

BILIS

RENDANG

P NASI G.HAILAM
PERENCAH

KERUTUK

GORENG

KERNAL JAGUNG

TEPUNG C.UDANG

SUP

P NASI G.HAILAM

MANIS

P.IKAN BAKAR

JAGUNG M.ALA

TEPUNG C.LEMAK
PERENCAH SUP

BAWANG

MANIS

GORENG
SUP BUNJUT

KRIM
P.MEE BANDUNG

P.TOM YAM
SUP TULANG

KUAH ROJAK
P.TOM YAM KUNG

MADU

ASAM JAWA
SUP TULANG

KUAH ROJAK
MADU

KUNYIT
ASAM JAWA
SERBUK SUP
SAYUR
SERBUK MEE SUP
REMPAH BRIYANI

PERSIJILAN ISO 9001:2000/2008

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd adalah syarikat makanan pertama yang
telah dianugerahkan persijilan ISO 9001:2000 pada tahun 2002 dan
peralihan kepada persijilan ISO 9001:2008 oleh Pihak SIRIM Berhad pada
tahun 2009. Melalui persijilan ISO ini, setiap proses pengeluaran perlu
menepati 'Quality Management System', di mana setiap proses pengeluaran
perlu mematuhi 'Standard Operation Procedure' yang telah ditetapkan. Untuk
memastikan setiap proses samaada di bahagian Pengeluaran atau
Pentadbiran mematuhi piawaian ISO, setiap tahun akan diadakan sesi audit
dalaman ISO oleh kumpulan juruaudit dalaman ISO yang terlatih dan sesi
audit oleh pihak SIRIM QAS. Dengan adanya persijilan ISO 9001:2008 dan
praktis yang dijalankan menjamin Kualiti Produk Adabi yang terbaik dan
memuaskan keperluan pelanggannya.

PERANUGERAHAN PENCAPAIAN KUALITI PRODUK


MIFT Highly Commended Product 2005 (Malaysia Food Industry)
Superbrand 2005 Status (Reader's Digest Malaysia)
Superbrand 2002 Status (Malaysian Superbrands Council)
International Food & Beverage Award (New Millennium Award Paris,
2000)
Anugerah Kecemerlangan Industri (1999)
Anugerah Kecemerlangan Industri (2002)
Anugerah Produk Terpuji (Malaysian Institute of Food Technology 1997)
MS ISO 9001: 2000 (by SIRIM Bhd)
Special Award - Innovative Product (by MITI)

RANGKAIAN CAWANGAN DALAM NEGERI


Rangkaian pengedaran produk Adabi juga telah dikembangkan dan,
sehingga kini terdapat 13 rangkaian syarikat gabungan yang bertindak
sebagai agen atau pusat jualan dan pengedaran produk keluaran Adabi.
Bermula dari utara Semenanjung hinggalah ke Negeri di bawah Bayu.
I.

Baktisan Pertama Sdn Bhd Sungai Petani, Kedah.

II.

Adabi Penang Distribution Sdn. Bhd. Pulau Pinang.

III.

Berkat Serbaguna Sdn. Bhd. Ipoh, Perak.

IV.

Bekal Baru Sdn. Bdn. Selayang, Selangor.

V.

Alzas Edar Sdn. Bhd. Kepong, Selangor.

VI.

Adabi Consumer Industries HTO Sdn. Bhd Batu Caves, Selangor.

VII.

Adabi NS Trading Sdn. Bhd. Senawang, Negeri Sembilan.

VIII.

Nyala Satria Sdn. Bhd. Muar, Johor.

IX.

Produk Optima Sdn. Bhd. Johor Bahru, Johor.

X.

Amalan Sanjung Sdn. Bhd. Kota Bharu, Kuala Trengganu.

XI.

Adabi Distribution Sdn. Bhd Mentakap, Pahang.

XII.

Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd Kota Kinabalu,Sabah.

XIII.

Stasuria Enterprise Sdn. Bhd. Kuching, Miri, Serawak.

RANGKAIAN CAWANGAN LUAR NEGARA


PT Multi Alam Prima Rasa adalah 92% dimiliki oleh ACISB. Baki ekuiti
dipegang oleh warga Indonesia. Perniagaan Multi Alam Prima Rasa di
Medan adalah diselenggara oleh En. Iskandar Muda HSB, yang juga
bertindak sebagai Perunding Pemasaran. Medan telah dipilih sebagai pintu
masuk utama produk-produk Adabi, yang mana Adabi bukan sahaja dikenali
oleh penduduk tempatan melalui pemancaran TV Malaysia. Permintaan
untuk produk-produk Adabi adalah menggalakkan dan pelbagai persediaan
sedang dibuat untuk produk-produk dapat diagihkan ke daerah-daerah
Indonesia yang lain.

Perniagaan beroperasi sebagai pengimport produk-produk of ADABI


untuk Indonesia. P.T. Multi Alam Prima Rasa ditubuhkan pada Januari 1994
bagi memudahkan proses ekspot produk-produk Adabi ke Indonesia. Pada

ketika ini, Multi Alam Prima Rasa mendaftarkan 11 produk-produk Adabi


dengan BPOM RI MLdan setiap hasil keluaran ditandakan dengan nombor
perdagangan yang sah. Semenjak itu pelbagai produk-produk Adabi telah
dibawa ke Indonesia, terutamanya ke Medan dan Sumatera.

KESIMPULAN
Pengeluaran produk produk yang berkualiti lagi halal telah membuat
jenama Adabi mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia dan
tetangganya, ditambah pula dengan kepelbagaian jenis produk untuk isi
rumah. Sejajar dengan perkembangan Adabi yang telah pun berusia 25
tahun maka penambahan rangkaian produk baru keluaran Adabi telah
meningkat tahun demi tahun, demi memenuhi permintaan pasaran,
terutamanya bagi segmen produk HALAL.

Вам также может понравиться