Вы находитесь на странице: 1из 7

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDU 2013 – Kepimpinan Pendidikan

KUIZ

Disediakan Oleh :

Nazzir Hussain Bin Mydeen 201400

PENSYARAH

En. Shuhaili Shamsudin


Tarikh Serah Tugasan

26 Januari 2010
1. Apa takrif kepimpinan mengikut kefahaman anda?

Kepimpinan adalah kebolehan mempengaruhi orang lain dan membawa perubahan yang
dikehendaki. Bila-bila masa, anda berinteraksi dengan orang lain untuk mempengaruhi mereka,
anda sedang cuba memimpin. Setiap orang ada gaya kepimpinan tersendiri yang dominan.
Masalah akan timbul, bila kita mengharapkan orang mengikut gaya kepimpinan kita secara total
tanpa protes. Kita mungkin akan mendapat apa yang kita mahu tapi kemungkinan menghadapi
masalah di jangka masa panjang. Pendekatan yang lebih baik adalah bersikap fleksibel dan
bijaksana untuk meraih sokongan serta kerjasama orang untuk melaksanakan apa yang perlu.

Tahap-Tahap Kesediaan

Kunci kepada sikap fleksibel dan kebijaksanaan ini adalah kebolehan menilai tahap
kesediaan orang untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Kesediaan berdasarkan kemampuan
dan kesanggupan menjalankan tugas-tugas yang tertentu.

Kemampuan terdiri dari pengalaman, latihan dan kebolehan untuk memahami


keutamaan. Satu-satunya ujian sebenar tahap kemampuan adalah prestasi yang terbukti dan
bukannya potensi. Apakah orang lain ada pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk
menjalankan tugas yang ditetapkan? Adakah mereka faham apa yang diharapkan dari mereka?

Kesanggupan terdiri dari keinginan, keyakinan, dan ganjaran. Bukti kesanggupan adalah
nilai dan tahap usaha yang ditunjukkan. Apakah mereka mahu menjalankan tugas ini? Apakah
tahap keyakinan mereka? Apakah ganjaran yang mereka harapkan di akhir usaha ini?

Adalah amat kritikal untuk diingati bahawa kedua komponen tahap kesediaan ini adalah
sangat bergantung kepada keadaan. Ianya bergantung kepada tugas yang perlu dilaksanakan.
Terdapat empat kemungkinan tahap kesediaan berbeza yang berdasarkan kombinasi antara
kemampuan dan kesanggupan.

Tahap Kesediaan

T4 = Tahap Kesediaan Tinggi


Kemampuan Tinggi dan Kesanggupan Tinggi
T3 = Tahap Kesediaan Sederhana Tinggi
Kemampuan dan Kesanggupan Yang Sederhana Tinggi
T2 = Tahap Kesediaan Sederhana Rendah
Kemampuan dan Kesanggupan Yang Sederhana Rendah
T1 = Tahap Kesediaan Rendah
Kemampuan dan Kesanggupan Yang Rendah
Gaya Kepimpinan

Gaya kepimpinan adalah penampilan kita terhadap orang yang sedang kita cuba
pengaruhi. Satu cara praktikal untuk menerangkan gaya kepimpinan adalah sejauh mana Sikap
mengarah dan Sikap menyokong digunakan dan diimbangi.

Sikap mengarah adalah di mana pemimpin menerangkan secara terperinci apa yang
perlu dilakukan, di mana, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggungjawab dengan sebanyak
maklumat yang diperlukan. Dalam gaya ini, komunikasi adalah pada dasarnya sehala dan
terfokus kepada tugas dan tanggungjawab orang lain.

Sikap menyokong pula pemimpin menetapkan had jangkaan yang positif,


menggalakkan, dan mendengar pandangan, memuji pencapaian dan membantu percambahan
idea orang lain. Dalam gaya ini, komunikasi adalah dua hala. Menggabungkan kedua gaya ini
akan menghasilkan empat gaya kepimpinan yang berbeza.

Gaya 1: Pemimpin menerangkan, menunjukcara dan memberi maklumbalas atas prestasi.


Ianya mungkin berbunyi begini, “ Tengok apa yang saya buat, saya akan terangkan langkah demi
langkah. Kemudian, anda boleh mencubanya sendiri. Jangan risau untuk mempelajarinya
semuanya pada satu masa kerana saya akan berikan segala bantuan yang mungkin anda
perlukan.” Sokongan adalah menetapkan had jangkaan secara positif dan menyediakan
komunikasi dua hala yang mencukupi untuk memastikan arahan yang diterima jelas dan
maklumbalas yang diterima difahami. Gaya ini adalah Mengarah.

Gaya 2 : Gaya ini lebih menjurus kepada latihan. Dari segi struktur, ia menyerupai gaya
1, tapi pemimpin lebih menekankan soal sokongan, dengan memahaman yang lebih mendalam,
latihan kemahiran, maklumbalas positif. Dalam gaya ini, pemimpin banyak melibatkan orang
bawahannya dalam perbincangan. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saya amat menghargai usaha
anda dalam tugas ini. Biar saya terangkan kenapa ia harus dijalankan begini dan say sedia
menjawab sebarang soalan. Kita akan pastikan anda mendapat segala bantuan agar anda mampu
mencapai hasil yang terbaik. Gaya ini adalah Membimbing.

Gaya 3 : Dalam gaya ini ,galakkan dan pengukuhan digunakan. Bila menggunakan gaya
ini, pemimpin tidak mengarah tetapi berkongsi tanggungjawab dalam membuat sebarang
keputusan. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saudara, kita semua boleh mendapat manfaat dari
pengalaman lampau anda. Pada fikiran anda, apakah langkah terbaik kita selepas ini?” Gaya ini
adalah Penyertaan.

Gaya 4 : Dalam gaya keempat ini, pemimpin member orang bawahannya lebih ruang
untuk membuat keputusan dan menjalannya. Dari keempat gaya ini, Gaya 4 adalah paling
longgar dari segi struktur. Ianya mungkin berbunyi begini, “Saudara tahu apa yang kita
harapkan dari tugas ini. Anda biasa dengan bidang kerja ini. Ambil tanggungjawab ini, anda tahu
kekangan dan hadnya. Hubungi saya jika perlukan apa-apa.” Sikap menyokong digunakan
sebagai pengukuhan dan memberi yang sesuai ganjaran sekiranya berjaya mencapai hasil yang
diharapkan. Gaya ini adalah Mewakilkan.
Setiap dari gaya kepimpinan ini, dapat disesuaikan dengan satu dari empat tahap
kesediaan. Tanyalah diri anda soalan-soalan berikut, “ Apakah tugas dan hasil yang saya mahu
dari individu ini? Dengan maklumat yang saya ada, apakah yang individu ini perlukan dari saya
untuk berjaya? Apakah keseimbangan antara sikap mengarah dan sikap menyokong yang sesuai
bagi dia? Bagaimanakah saya dapat memberikan sokongan agar beliau akan dapat bertugas
dengan efektif?” Dengan menjawab soalan-soalan tadi, usaha kepimpinan akan menjadi satu
strategi mempengaruhi yang mantap dan tidak hanya satu usaha cuba-jaya.

Memadankan Gaya Kepimpinan Dengan Tahap Kesediaan

G1/T1 - Mengarah Kesediaan Rendah. Sesiapapun, tak kira secekap manapun ada
bidang yang mereka kurang berjaya atau kurang yakin. Jika kebolehan atau kesanggupan rendah,
apakah yang boleh dilakukan untuk membantu? Apa yang mereka perlu adalah struktur yang
kukuh, (apa?, di mana?, bila?, dan bagaimana?) Kepimpinan yang cemerlang menyediakan
semua ini dan akan memastikan mereka tetap di haluan yang betul untuk mencapai sasaran.
Adalah penting untuk anda ingat bahawa sebagai pemimpin, anda berkemungkinan tidak cukup
masa atau pengetahuan yang relevan untuk member pandu arah kepada orang bawahan anda.
Dalam situasi begini, anda harus bersedia untuk membantu orang bawahan anda untuk mencari
sendiri sumber kepakaran yang diperlukan. Dengan arahan yang mencukupi, orang boleh
menterjemahkan potensi kepada kebolehan.

G2/T2 – Membimbing Kesediaan Sederhana Rendah.Setiap orang ada dari kita ada
bidang yang kita sanggup cuba tapi kurang pengetahuan untuk menjalankan tugas. Sering juga
berlaku di tahap ini, semangat keterujaan disalahertikan sebagai pengetahuan oleh empunya diri
dan pemimpin. Jika dibiarkan, usaha ini berisiko besar untuk gagal dan ini boleh mengakibatkan
kehilangan keyakinan diri, dan keengganan untuk mencuba lagi. Bantuan terbaik di peringkat ini
adalah sikap mengarah dan menyokong dengan meluas. Struktur masih diperlukan kerana
kurangnya pengalaman orang bawahan. Komunikasi dua hala yang terbuka luas akan membina
keyakinan mereka dan membantu mereka belajar kemahiran baru. Pemimpin yang cemerlang
akan membangunkan manusia, pada tahap kesediaan ini dengan kaedah bimbingan dan latihan.

G3/T3 – Menyokong Kesediaan Sederhana Tinggi. Setiap orang pernah berada di


situasi di mana kemahiran mereka baru dipelajari. Pada peringkat ini, individu ada kemahiran
ang diperlukan tetapi kurang keyakinan diri untuk menggunakan kemahiran tersebut. Apa yang
perlu dilakukkan oleh pemimpin adalah, kata-kata perangsang dan pengukuhan terhadap idea dan
usaha mereka. Dengan mendengar dan menjawab persoalan yang mereka timbulkan serta
memberi maklumbalas yang positif, anda menggalakkan individu tersebut untuk mengambil
tanggungjawab untuk memimpin. Apabila anda member tanggungjawab untuk membuat
keputusan kepada orang lain, secara semula jadi keyakinan diri mereka menurun sedikit. Dengan
sokongan dan penyertaan yang mencukupi, keyakinan diri mereka akan berkembang seiring
dengan kemahiran untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
G4/T4 – Mewakilkan Kesediaan Tinggi. Individu di Tahap Kesediaan 4, sedia
mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Pada peringkat ini, mereka memilikki
pengetahuan, kemahiran, keyakinan diri, dan kesanggupan untuk bertugas di dalam ruang garis
panduan yang tersedia. Apa yang mereka perlukan, adalah maklumat yang lengkap dan ruang
untuk mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Maklumbalas dan pengiktirafan adalah
penting; kerana pada peringkat ini, walaupun orang mahu kebebasan untuk berkerja namun
mereka masih memerlukan bimbingan dan panduan dari masa kesemasa. Ganjaran untuk
membangunkan manusia seperti ini adalah, sebagai pemimpin anda mempunyai ruang untuk
menyelaras aktiviti kumpulan anda, bersaing untuk sumber dan menumpukan kepada pemikiran
strategik.

Secara ringkas, jika anda ingin menjadi pemimpin yang cemerlang dan berpengaruh,
anda perlu mengambil tanggungjawab untuk memberikan apa yang orang bawahan anda
perlukan agar mereka boleh menjadi efektif. Anda perlu menyediakan arahan dan sokongan
sepertimana yang mereka perlukan, dan tidak hanya menggunakan gaya kepimpinan yang anda
selesa. Memadankan gaya kepimpinan anda ke tahap kesediaan orang lain adalah satu cabaran.
Kepimpinan memerlukan pemikiran, perancangan, ketabahan dan, komitmen.
2. Adakah anda melihat diri anda sebagai seorang pemimpin? Kalau ya, kenapa?

Saya melihat diri saya sebagai seorang pemimpin. Ini adalah kerana setiap dari kita
adalah pemimpin pada pelbagai peringkat dan cara. Paling tidak pun, kita mampu menerapkan
dalam skala yang sederhana dulu. pemimpin keluarga, keluarga besar, kejiranan, organisasi.

Jiwa kepemimpinan sebenarnya adalah jiwa yang bertanggung jawab, penuh motivasi,
mampu mengarahkan orang lain, dan harus mampu dapat menjadi teladan bagi orang lain.
Konsep ketam mengajar anaknya berjalan lurus tidak harus wujud.

Apabila setiap manusia menjadi pemimpin,ilmu kepemimpinan mesti dikuasai. Untuk


menjadi seorang pemimpin yang berjaya, harus memilikki kekuatan mental, berani mengambil
keputusan walaupun tidak populis, berjiwa besar dan menghargai orang lain.

Pada pandangan saya, saya memilikki ciri-ciri seorang pemimpin walaupun masih
banyak kelemahan yang perlu saya baiki dan ilmu yang perlu saya kuasai.
3. Berikan contoh individu yang anda anggap sebagai pemimpin. Apa ciri-ciri dan
keistimewaan yang ada pada tokoh tersebut?

Malcolm X dilahirkan pada 19 Mei 1925di Omaha, Nebraska. Menjelang usia 13


tahun, bapa telah terbunuh dan ibunya dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Pengalaman
zaman kanak-kanak, serta didikan bapanya tentang jati diri bangsa kulit hitam,
memainkan peranan penting dalam kehidupan dewasa Malcolm X. Setelah membesar di
beberapa rumah anak angkat, beliau telah terlibat dengan kegiatan jenayah di Boston dan
New York. Dalam tahun 1946, Malcolm X telah dijatuhkan hukuman penjara selama
sepuluh tahun.

Semasa di penjara, Malcolm X telah menyertai Pertubuhan Nation of Islam. Setelah


dibebaskan, beliau telah menjadi salah seorang pemimpin Nation of Islam and ketua
jurucakapnya. Selama hampir 12 tahun, beliau adalah wajah Nation of Islam yang
ditonjolkan kepada orang ramai. Perbalahan pendapat antara Malcolm X dan Elijah
Muhammad, Pemimpin Utama Nation of Islam membawa kepada keluarnya Malcolm X
dari Nation of Islam pada March 1964.

Setelah meninggalkan Nation of Islam, Malcolm X menjadi seorang Ahli Sunnah


Wal-Jamaah dan telah menunaikan fardhu haji ke Mekah, di mana beliau telah
mengecam semangat perkauman. Beliau telah mengembara secara meluas di Benua
Afrika dan Timur Tengah. Beliau telah menubuhkan Muslim Mosque, Inc., sebuah
pertubuhan Agama Islam dan sebuah pertubuhan secular, black nationalist Organization
of Afro-American Unity. Kurang dari setahun setelah meninggalkan Nation of Islam,
Malcolm X telah dibunuh seaktu menyampaikan ucapan di New York.

Semangat perjuang demi agama dan bangsa telah memaksa beliau memilih jalan
hidup yang akhirnya meragut nyawanya. Jiwanya yang bertanggung jawab, penuh
motivasi, mampu mengarahkan orang lain, dan menjadi teladan kepada pengikutnya.
Sifat berani berkata benar, menurut prinsip hidup adalah antara ciri-ciri kepemimpinan
saya hormati pada diri beliau, di samping bakat pemidatonya.

Sumber wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Malcolm_X

Вам также может понравиться