Вы находитесь на странице: 1из 1

Chew Yen Mei 5K

Cara-cara menjaga kesihatan


Kesihatan ialah anugerah Tuhan yang wajar kita syukuri dan
pelihara dengan sebaik mungkin . Menjaga kesihatan ialah
tanggungjawab setiap individu . Pelbagai cara dapat dilakukan
untuk menjaga kesihatan .
Masalah kesihatan seseorang berkait rapat dengan amalan
pemakanan . Sebaik-baiknya , setiap makanan yang diambil
perlu mengandungi zat dan vitamin yang dapat menyihatkan
badan . Setiap hari , kita perlu mengambil makanan yang
seimbang untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh
badan .
Menjaga kebersihan dalam semua aspek amatlah penting
supaya kita dapat hidup ceria dan terhindar daripada sebarang
penyakit . Kebersihan diri dan tempat tinggal menjadikan kita
dalam keasaan selasa . Kebersihan makanan juga dapat
menjamin kehidupan yang sempurna .
Selain itu , kita juga perlu bersenam untuk menyihatkan
badan .Apabila bersenam , badan kita akan mengeluarkan peluh .
Bersenam boleh dilakukan mengikut umur seseorang supaya
selamat dan berkesan .
Badan kita perlu berehat setalah bekerja keras sepanjang
hari . Kita perlu tidur sekurang - kurangnya lapan jam sehari
supaya badan selalu sihat .
Sesungguhnya , menjaga kesihatan amat penting . Badan
yang sihat menjadikan otak cerdas . Jagalah kesihatan kita untuk
kesejahteraan hidup .

Вам также может понравиться