Вы находитесь на странице: 1из 22

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
telah saya nyatakan sumbernya

Tandatangan : .....................

Nama

: MUHAMMAD IKHWAN B. MOHD AMIN

Tarikh : 16/3/2014

1.0 Pengenalan
Subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (EDU3101) merupakan komponen teras
yang perlu diambil oleh semua pelajar yang mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) semester 1.
guru

pelatih

mengenai

persejerahan

Subjek ini memberikan gambaran awal kepada


sistem

pendidikan

negara,

organisasi

dan

pentadbiran pendidikan, dasar-dasar yang terkandung dalam pendidikan, perkaitan


antara pendidikan dengan pembangunan negara, serta banyak lagi yang sangat
berkaitan dengan hala tuju pendidikan negara pada masa depan.
Berdasarkan proforma dan objektif yang disediakan, maka guru-guru pelatih yang
mengikuti kursus ini diwajibkan menyediakan satu kerja kursus bagi menilai tahap
pemahaman dan kebolehan guru pelatih semasa mencari serta menganalisis maklumat
yang berkaitan. Oleh itu, kerja kursus ini dibahagikan kepada beberapa bahagian soalan
bagi memudahkan proses pencarian bahan, maklumat, rujukan, dan lain-lain yang
berkaitan.
Soalan A : Penulisan akademik mengenai peranan bakal pendidik serta kekangan
kekangan yang dihadapi dalam menjayakan transformasi pendidikan
negara.
Soalan B : Kerja kursus berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (SBE)
Soalan C : Penyediaan satu portfolio meliputi :I.
Bahan-bahan kuliah
II.
Bahan Tutorial
III.
Nota dari pelbagai sumber
IV.
Bahan-bahan ISL
V.
Dokumen sokongan
VI. Rujukan
2

Konklusinya, kerja kursus ini pastinya akan membantu saya khususnya dan
para guru pelatih yang lain bagi menguasai segala butiran berkenaan topik ini.

2.0 Pendahuluan
Guru. Satu kalimah keramat yang telah melahirkan jutaan umat dalam pelbagai
bidang kemaslahatan manusia sejagat. Seperti yang telah dinukilkan dalam sajak Usman
Awang, Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.. Sajak yang terkandung seribu
makna ini jelas menandakan peranan dan jasa guru itu langsung tidak dapat dinafikan
dalam menyumbang ke arah kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Hal ini turut
diperakui oleh manusia paling berpengaruh sepanjang zaman menurut Michael H Hart
dalam bukunya The 100 A Ranking of the Most Influential Persons, kekasih teragung
seluruh umat Islam, Rasulullah s.a.w iaitu sesungguhnya guru merupakan pewaris para
nabi. Bersandarkan hadis yang mulia ini, membuktikan kepada seluruh dunia
bahawasanya agama Islam juga turut mengiktiraf peranan guru sehingga dikatakan
menyambung tugas para nabi.
Sejajar dengan peralihan zaman dan sofistikasi yang telah ditempa oleh dunia
termasuk dalam dunia pendidikan, maka peranan guru turut mengalami perubahan
dengan tanggungjawab yang semakin besar dan bebanan yang bertambah berat.
Masakan tidak, melihat kepada transformasi kerajaan terhadap pendidikan yang
mengutarakan 11 anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025, 5 daripadanya memfokus kepada peranan atau tugas guru secara signifikan
dalam membentuk sebuah masyarakat berilmu yang turut menjunjung aspirasi negara
menjadi seorang rakyat yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial
seperti juga yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.
3

Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan: 1993, profesion perguruan adalah
bidang yang memberi perkhidmatan yang unik., tetap dan diperlukan oleh masyarakat.
Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion
ini.

Hanya

warga

profesion

perguruan

sahaja

yang

berkemampuan

memberi

perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang
besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan.
Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru masa kini semakin
mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan
minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar-pelajar. Guru juga merupakan
sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi
membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang
berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.
Melihat kepada konteks semasa, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah
dan perkara yang negatif. Media massa sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
mengkritik profesion perguruan. Tidak kiralah terhadap sistem pengurusannya ataupun
mengenai guru itu sendiri. Perkembangan yang berlaku ini telah mendedahkan golongan
pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan.
Oleh itu, kerja kursus ini adalah bertujuan untuk mendapatkan jawapan bagi
masalah yang berhubung dengan persediaan dan peranan guru terhadap profesion
perguruan masa kini, kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru, seterusnya melakar
kejayaan yang cukup cemerlang; melahirkan generasi yang lengkap dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek, dan sosial.
2.1 Apa itu KSSR
Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan
prinsip KBSR, penambahbaikan telah dilakukan pada aspek reka bentuk, organisasi,
pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk
membentuk KSSR. Terdapat 7 perbezaan antara KBSR dan KSSR iaitu dari aspek reka
bentuk

kurikulum,

organisasi,

kandungan,

pedagogi,

peruntukan

masa,

pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum.


4

kaedah

Perbezaan pertama adalah dari segi reka bentuk kurikulum. Reka bentuk KBSR
adalah

berasaskan

tiga

bidang

sekeliling serta perkembang diri individu.

iaitu

komunikasi,

Di dalam

manusia

dan

alam

reka bentuk komunikasi KBSR,

terkandung kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini merupakan
tunggak utama pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara matapelajaran yang
tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Bahasa Cina,
Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1 dan
tahap 2.
Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling yang mana
mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Matapelajaran yang terkandung
dalam bidang manusia dan alam sekeliling ini ialah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Sains dan Kajian Tempatan. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah
perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah
komponen

kemahiran

hidup,

kesenian

dan

kesihatan.

Hal

ini

bertujuan

untuk

meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup seperti bertukang dan
penghayatan keseniaan serta kesihatan.
Namun, setelah pembaharuan dilakukan, berdasarkan reka bentuk kurikulum
transformasi KSSR pula dilihat terdapat enam tunjang iaitu tunjang komunikasi,
perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi,
serta tunjang kerohanian sikap dan nilai. Kesemua tunjang ini membawa kepada
perkembangan individu yang seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta
mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Jika kita lihat di dalam KSSR, reka bantuk yang
digunakan lebih terperinci dan jelas berbanding dengan KBSR.
Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada
proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi sama ada
berlaku dalam bentuk lisan dan juga bukan lisan dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina
atau Tamil semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui tunjang komunikasi
ini murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, membaca dan
menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul (4M).
Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan
aspek kerohanian, sikap dan nilai. Bidang pembelajaran ini berfokus kepada pengamalan
5

ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, matapelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral menjadi matapelajaran yang utama bagi tunjang ini.
Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan. Ia dibina sejajar dengan keperluan
pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya
memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Selain itu
memupuk semangat patriotism serta pepaduan dalam diri pelajar. Subjek yang terlibat
secara langsung ialah subjek Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.
Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian
dan berketrampilan. Melalui tunjang ini pemupukan sifat kepimpinan serta sahsiah diri
setiap pelajar dapat dicapai melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dirancang
dengan rapi.
Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan inteleknya (JERI). Kesihatan jasmani murid menjamin
perkembangan tubuh badan yang sihat dan cerdas. Potensi estetika merujuk kepada
pemupukan kreativiti, dan apresiasi pelajar yang dapat digunakan dalam melahirkan
ekspresi diri melalui daya imaginasi mereka. Kreativiti, dan apresiasi dapat dipupuk
melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni
visual dan muzik.
Akhir sekali, reka bentuk tunjang Sains dan Teknologi adalah bertujuan memenuhi
keperluan perkembangan komunikasi teknologi maklumat yang mana ia menuntut
supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai
berteraskan sains dan teknologi. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR
dan KSSR dimana KBSR tidak begitu menekankan bidang teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula


dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa
bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
7

3.0 Peranan guru dalam merealisasikan transformasi pendidikan persekolahan.


Sebelum penghuraian terhadap peranan guru ini ditulis, elok kiranya kita teliti
terlebih dahulu faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum pendidikan di
Malaysia.
3.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum pendidikan di
Malaysia
Banyak faktor yang mempengaruhi berlakunya rombakan serta perubahan dalam
sistem pendidikan. Paling utama ialah faktor falsafah pendidikan. Falsafah pendidikan
negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di
sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan negara mempunyai
implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR adalah hasil
perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Kamaruddin
Haji Husin (1994), antara perubahan yang jelas terdapat dalam KBSR
pelajaran yang

digubal memberi

penekanan

kepada

ialah

sukatan

aspek kesepaduan dan

keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan dan penyerapan


sentiasa dititik beratkan.
Selain itu, penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Kehendak
masyarakat juga menjadi faktor kepada perubahan kurikulum, ini kerana masyarakat juga
menentukan

samada

kurikulum

itu

sesuai

atau

pun

tidak

dengan

kehendak

mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat
terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat
yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Oleh itu, kajian secara mendalam
perlu dilakukan sebelum apa-apa perubahan dilaksanakan.
Seterusnya, faktor politik turut mendorong perubahan kurikulum di Malaysia. Hal
ini jelas dibuktikan apabila bertukarnya tampuk kepimpinan negara, maka akan
berlakulah perubahan kurikulum dan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran
penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan
bertanggungjawab

menetapkan

Dasar

Pendidikan

Negara

sejajar

dengan

pemerintah.

hasrat

Di samping itu, faktor pembangunan dan perkembangan dunia juga memberi


dorongan perubahan kurikulum. Hal ini jelas kerana negara yang ingin maju dan
membangun seperti Malaysia tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh
itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi.
Faktor perubahan sosial juga perlu dititikberatkan kerana kurikulum yang mantap
mampu mewujudkan sosial yang sihat di kalangan murid. Oleh hal yang demikian, ia
mestilah sentiasa diubah agar sejajar dengan peredaran zaman. Tambahan pula, faktor
perkembangan ilmu serta kepentingannya sangat mendorong ke arah perubahan. Ilmu
yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini
disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan
sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Perkembangan ini sangat penting
dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar
ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan
zaman.
3.2 Persediaan bakal guru dalam menerapkan nilai kemanusiaan dalam diri
pelajar.
Melihatkan kepada peranan guru yang terlalu besar dewasa ini, pastinya segala
persediaan dan bekalan harus disiapkan sebaiknya oleh bakal-bakal guru yang akan
berjuang dalam medan dakwah ini. Maka, tumpuan paling utama yang harus dititik
beratkan oleh seorang bakal guru bahkan seorang guru sekalipun ialah ilmu. Penguasaan
ilmu secara komprehensif dan syumul merupakan kata kunci dalam merealisasikan hasrat
murni kerajaan dan masyarakat ini. Menjurus kepada nilai kemanusiaan yang ingin
dibincangkan, pastinya ia sangat berkaitan kerana hanya dengan pemahaman yang jelas
oleh guru mengenai nilai ini, barulah individu guru dapat menerapkannya dalam
kalangan pelajar pula. Hal ini turut disokong oleh kata-kata ulama yang saya petik
daripada laman sesawang, Al-Alayam.com, Jika seseorang tidak mempunyai sesuatu,
kita tidak mampu memberi sesuatu. Seterusnya, kata-kata yang dinukilkan oleh
Saiyidina Ali R.A. Sesiapa yang hendakkan dunia, maka perlulah ia dengan ilmu, sesiapa
yang hendakkan akhirat, maka perlulah ia akan ilmu, sesiapa yang hendakkan dunia dan
akhirat, maka perlulah ia akan ilmu. Justeru, dalam usaha melahirkan sebuah masyarakat

yang bercirikan nilai kemanusiaan, maka wajib ke atas para guru mempunyai bekalan
ilmu yang cukup dan sempurna untuk disebarkan kepada anak-anak didik kelak.
Selain itu, individu guru juga perlu memupuk satu perasaan minat terhadap
profesion keguruan seterunya subjek yang akan diajarnya. Minat yang ditunjukkan oleh
para guru terhadap profesion keguruan menentukan tahap minat pelajar terhadap guru
tersebut serta pengajarannya (Czubaj, 1996). Salah satu faktor yang memainkan peranan
penting dalam menentukan minat guru terhadap profesyen perguruan ialah motivasi dan
motivasi ini pula berkait rapat dengan personaliti guru tersebut (David Selvam, 2000).
Rohaty Majzub dan T. Subahan Mohd. Merah (1993) menjelaskanbahawa proses
pcngajaran yang dibantu oleh sifat guru yang positif, komitmen guru, cara penyampaian
guru, aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dan kaedah pengajaran guru mempunyai
hubungan yang signifikan dengan kecemerlangan akademik dan tahap kefahaman ilmu.
Guru-guru juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap perkembangan akhlak
dalam kalangan remaja dan pelajar. Pengaruh ini diterapkan dalam peranan guru sebagai
'role model', muaddib, murabbi dan muallim (Ab. Halim et al., 2004). Guru juga
merupakan pendukung aspirasi membentuk modal insan yang holistik. Guru bukan
sekadar melahirkan pelajar cemerlang tetapi lebih utama membimbing generasi
bersahsiah mulia.
Di samping itu juga, antara persediaan lain yang harus dititik beratkan oleh
seorang bakal pendidik juga adalah dengan kemahiran menggunakan serta mengaplikasi
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam sesi PnP. Hal ini disebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan, contohnya
menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa (2000). Menurut
Tan Ai Ngoh (1998), untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan
mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai
kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan.
Seterusnya, bakal pendidik juga tidak harus mengetepikan kebolehan seseorang
individu guru mengawal emosi dan stress. Menurut Sapora Sipon (2007), menyatakan
10

bahawa guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara
ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang
seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu
membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
Selain itu, terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru
pada masa kini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban
dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik. Deraman (2003),
melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas
dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang
tidak diduga. Jika suasana ini dibiarkan berterusan agak pasti suasana pengajaran dan
pembelajaran akan menghadapi kegagalan dan matlamat tidak akan tercapai. Maka,
sebagai bakal pendidik, seharusnya individu ini perlu bersedia mengadaptasi segala
tekanan dan bebanan kerja dengan baik agar hasrat dalam melahirkan kemenjadian
pelajar yang berkualiti dapat dicapai.
3.3 Cadangan-cadangan program dalam usaha menerapkan nilai kemanusiaan
dalam kalangan pelajar.
Antara kriteria yang perlu ada dalam diri seorang guru adalah mampu
melaksanakan pembelajaran di luar kelas dalam usaha menerapkan nilai kemanusiaan
dalam

kalangan

menunjukkan

pelajar.

contoh

Hal

teladan

ini

termasuklah

yang

baik,

menganjurkan

mengadakan

kempen-kempen,

lawatan

sambil

belajar,

ditekankan

dalam

tunjang

mewujudkan budaya datang awal dan lain-lain.


3.3.1 Menganjurkan kempen
Jika

diamati

dengan

baik

aspek-aspek

yang

kemanusiaan di bawah sistem KSSR, saya dapati amatlah penting untuk para pelajar
mengamalkan segala ilmu yang diperoleh terutama yang berkaitan dengan kemanusiaan.
Maka, pada pandangan saya, kempen-kempen seperti kempen memberi salam, kempen
cintakan negara, kempen bersedekah dan sebagainya adalah antara program yang
sangat efektif dalam memupuk nilai kemanusiaan dalam diri para pelajar sedari kecil.
3.3.2 Contoh teladan yang baik
11

Sebagai bakal guru, saya sangat kuat berpegang kepada satu falsafah arab, jika
seseorang tidak mempunyai sesuatu, maka dia tidak mampu memberi sesuatu. Oleh
sebab itu, wajar bagi para guru mengamati serta mengamalkan nilai kemanusiaan ini
dalam diri guru itu sendiri sebelum disemai dalam jiwa anak-anak pelajar kelak. Sebagai
contoh yang mudah, jika seorang guru mengajar pelajarnya akan semangat patriotik,
namun guru tersebut langsung tidak menghormati lagu kebangsaan, tidak menghormati
pemimpin negara dan lain-lain, maka bagaimana ilmu yang diajar tersebut mampu
diadaptasi oleh para pelajar. Sungguh, perkara seumpama ini amatlah sukar, bahkan
hampir mustahil untuk dilaksankan.
3.3.4 Lawatan sambil belajar.
Selain itu, lawatan sambil belajar ke rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang
tua, hospital-hospital dan sebagainya juga mampu memupuk nilai kemanusiaan secara
tidak langsung dalam diri pelajar. Mereka akan dibiasakan dengan sikap simpati akan
kesusahan yang menimpa orang lain, sikap menghormati orang tua, dan sikap lemahlembut semasa berurusan atau bergaul dengan golongan yang kurang bernasib baik.

3.3.5 Mewujudkan budaya datang awal


Sebagai bakal pendidik juga, saya berasa amat wajar aspek pengurusan masa
dititikberatkan dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, budaya datang awal dan bersedia
untuk belajar adalah wajar saya bentuk dalam suasana bilik darjah yang bakal saya ajar
agar mereka akan menjadi insan yang menghormati hak orang lain termasuklah masa
seseorang. Hal ini turut bertepatan dengan firman Allah dalam Al-Quran, Demi masa,
ses
3.3.6 Menjayakan Hari Kebangsaan
Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka sangat penting buat seluruh rakyat Malaysia.
Namun, dewasa ini, baik di peringkat sekolah ataupun peringkat yang lebih atas,
penganjurannya kelihatan agak suram dalam memupuk nilai-nilai patriotisme dalam
12

kalangan peserta Hari Merdeka ini. Oleh itu sebagai cadangan, mungkin forum. drama
pentas, lakonan semula, atau edaran risalah berkaitan sejarah kemerdekaan negara
difokuskan dalam usaha mengenang jasa bakti pejuang-pejuang kemerdekaan di
samping memupuk nilai patriotik dalam kalangan pelajar.
3.3.7 Mengadakan gotong-royong bulanan.
Bagi program ini, saya berpendapat adalah amat wajar untuk saya sebagai guru
kelak, menawarkan diri untuk mengepalai aktiviti ini kerana aktiviti kebersihan sebegini
sememangnya dianjurkan oleh Islam 1400 tahun dulu. Dalam satu hadith nabi S.A.W,
kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Oleh itu, antara objektif penganjuran
program ini ialah dapat mengeratkan ukhuwwah antara guru dengan guru, antara murud
dengan guru, antara murid dengan murid dalm lain-lain. Selain itu, aktiviti ini juga dapat
memupu satu perasaan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar dan guru untuk cakna
terhadap kebersihan dan keceriaan persekitaran sekeliling mereka.
3.3.8 Kempen solat dhuha dan tazkirah dhuha.
Seterusnya, sebagai seorang guru yang bakal memikul status ustaz, saya berasa
terkehadapan dalam usaha terlibat dalam penganjuran satu program berbentuk
kerohanian. Oleh itu, adalah sesuai untuk kempen solat dhuha ini diadakan kerana
penganjurannya yang sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang besar bahkan
hampir tidak menggunakan sebarang kos bagi penganjurannya. Usai solat dhuha, saya
akan mengambil kesempatan atau berbincang dengan guru-guru yang ingin menawarkan
diri menyertai kempen ini, untuk diadakan sedikit tazkirah berkenaan isu-isu semasa
termasuk aspek kebersihan, hormat-menghormati, memberi salam, bermanis muka dan
sebagainya.
4.0 Kekangan-kekangan dalam menerapkan aspek kemanusiaan dalam diri
pelajar
Al-Quran merakamkan satu ayat yang jelas menggambarkan kepada umat
manusia bahawa setiap perkerjaan atau perbuatan yang dilakukan, pasti pada perbuatan
tersebut ada kesusahan dan ada kesenangan. Firman Allah S.W.T dalam surah Asy-Syarh,
mafhumnya, Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya
13

bersama kesulitan ada kemudahan. Melalui dua ayat ini jelas memberi peringatan
kepada kita bahawa semasa kita ghairah memastikan segala perancangan yang diatur
dalam KSSR termasuk membentuk para pelajar dengan nilai kemanusiaan ini, pasti ada
kekangan-kekangan yang akan berbangkit dan perlu kita fikirkan bersama akan solusi
dan cara mengatasinya dalam usaha merealisasikan impian ini.
Antara kekangan yang dihadapi oleh guru ialah seperti yang dinyatakan oleh
Dunham (1992), iaitu berkaitan keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber,
beban tugas, dan hubungan interpersonal.
4.1 Faktor penghargaan
Faktor yang pertama iaitu, faktor penghargaan. Ia merupakan faktor yang boleh
menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada
penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan
cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Othman Idris (1999). Terdapat guru-guru
yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran,
namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guruguru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya
untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan suara guruguru terhadap kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat perhatian yang
baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan perasaan tersinggung
dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang proaktif lagi. Terdapat
segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya
sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang
ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau
tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang
banyak.

4.2 Faktor kekangan masa


14

Faktor kekangan masa dan sumber seperti mengadakan ujian bulanan yang terlalu kerap
telah menyebabkan guru-guru tidak berkesempatan untuk menghabiskan sukatan
pelajaran kerana masa yang terlalu singkat. Guru itu juga harus memeriksa kertas
jawapan pelajar dan membuat analisis keputusan ujian tersebut. Namun begitu, apabila
terlalu rapat masa ujian tersebut, maka guru itu akan berasa tertekan kerana tugas
menyemak kertas baru sahaja selesai dilakukan. Kekurangan sumber seperti kekurangan
bilik darjah, kekurangan makmal komputer, komputer dan perisiannya merupakan faktor
penting kepada guru-guru yang memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran.
Tambahan pula mata pelajaran yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat
tersebut. Sekiranya kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru
menjadi kurang bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti
pengajarannya. Sebagai perbandingan dengan kajian lepas, didapati Manthei et al.
(1996) menunjukkan masalah tekanan kerja guru amat berkaitan dengan ketidakcukupan
masa. Selain itu, kajian tersebut juga konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh
Laughlin (1984) yang mendapati bahawa tekanan masa dan kekangan sumber
merupakan penyumbang utama kepada tekanan kerja guru.
4.3 Faktor bebanan tugas
Kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain yang
banyak selain daripada mengajar. Selain itu, pengagihan tugas yang tidak saksama dan
seimbang dalam kalangan guru juga telah menimbulkan rasa kurang puas hati di
kalangan guru. Guru yang memegang jawatan penting seharusnya tidak diberikan jadual
waktu yang padat, sama seperti guru-guru lain. Sebagai cadangan guru disiplin tidak
seharusnya diberikan waktu mengajar yang padat kerana guru ini berperanan membantu
pihak sekolah menangani masalah disiplin 113 Jurnal Kemanusiaan bil.10, Disember 2007
sekolah sepanjang masa persekolahan. Jika perkara ini dibiarkan tentunya guru ini akan
berasa tertekan disebabkan beban tugas mengajar dan tugas mengawal disiplin sekolah.
Berdasarkan kajian lepas, dapatan kajian Siti Rohani Md. Sharif (1991) menunjukkan
faktor beban tugas merupakan faktor yang dikenalpasti memberi tekanan kerja kepada
guru.

Maka

dalam

usaha

mengurangkan

tekanan

kerja,

pihak

sekolah

boleh

melaksanakan dua pendekatan. Pertama, pihak sekolah hendaklah mengurangkan faktorfaktor yang menyebabkan tekanan kerja guru seperti mengamalkan polisi disiplin yang
lebih mantap, memperlengkapkan kemudahan-kemudahan asas dalam membantu
15

pengajaran dan pembelajaran, pengagihan tugas yang sesuai dan peka dalam
perhubungan antara personal. Kedua, pihak sekolah boleh menganjurkan kursus dan
latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja di kalangan guru.

4.4 Faktor hubungan interpersonel


Faktor hubungan interpersonel ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan
pihak pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang
mata pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong
Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan yang kurang baik di
antara guru biasa juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan
guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati di kalangan guru ketika menjalankan
tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan peribadi
dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan di kalangan guru-guru.
Perbezaan kajiannya dengan dapatan kajian Cooper and Kelly (1993) ialah kajian tersebut
mendapati punca utama yang menyebabkan tekanan kerja guru ialah menangani
hubungan dengan staf yang diklasifikasikan sebagai hubungan interpersonal di antara
staf.

16

5.0 Rumusan
Sebagai

kesimpulan,

keseluruhan

bentuk-bentuk

persediaan

seperti

yang

dinyatakan dalam penulisan ini sewajarnya tidak dipandang enteng oleh warga bakal
guru seluruhnya. Hal ini kerana tanpa persediaan yang rapi; putus asa, tekanan, dan
mudah menyerah kalah akan menjadi rakan-rakan kepada guru-guru yang tidak
bersedia untuk menceburi dunia pendidikan yang menjanjikan bermacam-macam
cabaran dan kekangan.
Seterusnya, segala kekangan yang bakal ditempuh oleh para guru pelatih sekalian
bukanlah satu alasan untuk kita harus menyerah kalah. Sebaliknya, apa yang perlu
dilakukan ialah perlunya komitmen yang lebih tinggi dalam kalangan warga pendidik dan
semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak dalam dunia pendidikan
ini agar solusi yang bakal ditempa lebih kreatif dan sesuai dalam menyelesaikan segala
permasalahan yang dihadapi.
Sesungguhnya, abad ke-21 menjanjikan 1001 cabaran yang sangat getir untuk
ditangani dengan penuh hikmah dan bijaksana. Hanya masyarakat yang bertamadun,
berjiwa merdeka, dan bercita-cita besar sahaja yang mampu u guruntuk terus bangkit
mengharungi pelbagai halangan dan dugaan di hadapan mereka.

17

6.0 Rujukan
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, K.amisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul
Rahim, Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan kaedah pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan
penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti KebangsaanMalaysia dan Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa (2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arussains. Kuala
Lumpur : Arus Intelek Sdn. Bhd. m.s. 2-5.
Cooper, C.L., and Kelly, M. (1993). Occupational Stress in Head Teachers: A National UK
Study, British Journal of Educational Psychology. 63: 130-143.
Czubaj, C.A. 1996. Maintaining teacher motivation. Education. 116 (3), 3 72.
David Selvam. 2000. Pengaruh personaliti terhadap prestasi kerja di kalangan guru-guru
sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Sains (Pengurusan). Universiti Utara
Malaysia
Deraman, Abdullah (2003). Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah
Klang, Selangor Darul Ehsan. Thesis (Masters). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dunham, J. (1992). Stress in Teaching, 2 nd. ed. London and New York: Routledge.
Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). Mengurus Stres, Pendekatan yang
praktikal.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan. (1993). Guru Dan Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009): Siri Pendidikan
Guru Murid dan Alam Belajar :Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Othman Idris. (1999). Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi guru pelatih sarjana
muda
teknologi serta pendidikan kampus skudai johor bahru semasa menjalani latihan
mengajar.Universiti Teknologi Malaysia. Tesis sarjana muda.
Rohaty Mohd Majzub dan T. Subahan Mohd Meerah. 1993. Satu Tinjauan Sahsiah dan
Tingkah Laku Pendidik yang Berkaitan dengan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan,
15, 125-135.
Sapora Sipon (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. dlm. Utusan Malaysia. 27 Julai
2007.
Tan Ai Ngoh (1998). Penggunaan Computer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan
Convent Kajang. Jurnal pendidikan TigaENF. Jabatan Teknologi Maklumat

Internet
http://jpmipgmtaa.webs.com/Kerja_Kursus/contoh%20penulisan%20akademik%201.pdf
http://www.cikgukaunseling.com/2012/10/cara-menulis-penulisan-rujukan.html
http://www.alayam.com/writers/6932

19

Lampiran

20

21

22

Вам также может понравиться